Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

SENI BAHASA DAN ALIRAN MAKNA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "SENI BAHASA DAN ALIRAN MAKNA"— Transcript presentasi:

1 SENI BAHASA DAN ALIRAN MAKNA
Kuliah 2-3

2 ALIRAN SASTERA Klasisisme Romantisme Realisme

3 Klasisisme dalam Kesusasteraan
Pengaruh teori klasik sangat besar. Aspek pengaruh : kategori gaya, kualiti gaya, istilah-istilah sastera,, prinsip penilaian, prinsip ciptaan atau kreativiti, dan dasar teori gaya atau stilistik. Kategori Gaya: Gaya tinggi, gaya pertengahan, Gaya mudah. Kualiti Gaya: Kemurnian, Kejelasan, Kewajaran

4 Aliran Klasisisme Nasihat dan tanggungjawab sosial-sastera sebagai medium pendidikan. Tanggung jawab terhadap masyarakat bersifat kolektif dan milik bersama. Sastera berpaksikan fikiran dan akal budi yang luhur dan berpekerti tinggi tanpa dibaluti rasa keburukan. Sastera yang terhasil adalah karya yang bersifat bersih dan suci.

5 Prinsip Aliran Klasisisme
Kebijaksanaan – Pemilihan diksi yang berkesan berhasil memancarkan kebijaksanaan berdasarkan makna-makna yang diungkapkan secara luaran dan dalaman. Kebenaran – Karya yang dihasilkan sewajarnya mengungkapkan kebenaran bukan kepalsuan. Keanggunan – merujuk kepada adab, tatasusila, dan kehalusan berbahasa. Kefasihan – kebolehan pengarang mengadun dan memilih kata yang persis yang akhirnya makna dapat disampaikan dengan persis. Keadilan – aktiviti atau tatacara sesuatu itu dibuat atau diperoleh.

6 Kategori Gaya Berdasarkan Aliran Klasisisme
Cicero memberikan 3 kategori gaya dalam seni pengucapan Gaya tinggi Gaya pertengahan Gaya Mudah

7 Gaya Tinggi Mengandungi mutiara fikir atau falsafah
Bahasanya bersifat impresif, mengesankan dan dicipta mengikut gaya seni bahasa – kehalusan Mempunyai kesan keharuan.

8 Gaya Pertengahan Isinya mengandungi fikir dan moral
Diksi sederhana – tetapi bukan bahasa biasa. Kesannya menyeronokkan.

9 Gaya Mudah Isinya berfenomena biasa.
Bahasanya menggunakan kiasan semasa. Ragamnya konvensional dan sesuai untuk menggambarkan sesuatu yang biasa. Kesannya biasa.

10 Kualiti Gaya Kemurnian (Purity) – Kejelasan (clearity)
Ketepatan bahasa sebagai piawai pertama. Bahasa perlu baik iaitu terlepas daripada kesalahan yang boleh menyalahi maksud atau terkeluar daripada maksud. Kejelasan (clearity) – Bahasa yang mudah difahami Kewajaran (decorum) Seni bersatu dengan alam. Pengucapan seni perlu sesuai dengan konteks, nada, suasana dan sasar khalayaknya.

11 Aliran Romantisme Penulis melahirkan gagasan atau ideanya yang indah-indah tanpa cacat cela atau sebarang kekurangan. Jika kebahagian, maka kebahagian digambarkan dengan penuh kesempurnaan. Jika kesedihan, penulis menggambarkannya sehingga mampu menitiskan air mata pembaca.

12 Aliran romantisme berteraskan sensitiviti atau sensori yang sentimental sifatnya.
aliran ini menonjolkan perasaan dengan mengkesampingkan pemikiran rasional dan lain-lain pertimbangan. Sifat emosional yang terungkap menyebabkan karya-karya sastera beraliran ini tidak berpijak di bumi nyata dan kurang mementingkan aspek kebenaran.

13 Seni Bahasa Berdasarkan Aliran Romentisme
Seni sastera adalah produk hati dan rasa. Hanya dengan intuisi dan perasaan rahsia alam dan fenomenanya dapat diterokai. Isi karya – Biasanya objek-objek biasa dalam kehidupan seperti pengembaraan, kesatriaan dan percintaan yang berkait dentggan sejarah silam, makhluk atau tokoh-tokoh istimewa dalam alam semesta. Sudut Pandangan : Bersifat ‘omnicient point of view’ iaitu pengarang serba tahu. Pengarang terlibat sama dengan cara memberi sempati atau antipati kepada kehidupan dan fenomenanya.

14 Watak bersifat superhuman dan supernatural iaitu memperlihatkan unsur-unsur keluarbiasaan dan keajaiban dari segi kelakuan dan tindakan. Seniman – bersifat opologetik dan menolak moral dalam sastera kerana tujuan yang demikian akan merosakan seni itu sendiri. Teknik – menggunakan unsur fantasi dan imaginasi. Gaya bahasa menjadi cukup romantis = halus dan hiperbolistik sifatnya.

15 Aliran Realisme Aliran ini menggambarkan sesuatu berdasarkan keseluruhan kenyataan atau realiti yang sebenarnya ada. Pemaparan kejadian dan peristiwa dilihatkan secara teliti. Sesuatu itu diperlihatkan secara logik tanpa membawakan sesuatu yang berlebih-lebihan sehingga terkeluar daripada garis kerasionalan dan realitinya.

16 Seni Bahasa dalam Aliran Realisme
Aliran realisme yang menggambarkan realiti secara jujur dan objektif seperti yang dilihat dan dirasa indera. Seni realisme menekankan realiti iaitu kebenaran indera. Kewujudan manusia bukan disebabkan paksaan nasib tetapi berdasarkan sebab dan akibat seperti keturunan, kemiskinan, penyakit, fenomena alam,

17 Pemaparan tentang kisah, tokoh, watak dan perwatakan dalam sesebuah karya wujud secara alamiah.
Dapat ditafsir secara zahir dengan mata hati tanpa diwarnai oleh sesuatu yang boleh mengaburi kebenaran dan sesahihan dalam dunia nyata.

18 Pengarang bersifat empati iaitu tidak terlibat di dalam penceritaannya.
Pelukisan manusia dan kehidupan bersifat semulajadi – ‘panoramic dan impresi’. Penggunaan imaginatif dan kreativiti tidak ditolak oleh pengarang Watak dan kehidupan adalah sebagai manusia biasa – Ada kelebihan dan kekurangan. Semua unsur intrinsik disesuaikan mengikut konteks.

19 CIRI BAHASA KESUSASTERAAN

20 Gaya Bahasa Fungsional dan Gaya Bahasa Sastera
Gaya Bahasa Rasmi Fungsi : Mengadakan hubungan / urusan rasmi Teks : Isinya bersifat arahan dan perintah Unsur Stilistik : Struktur ayat rumit. Tidak mengandungi perasaan

21 Gaya Bahasa Ilmu Fungsi : Menyampaikan kebenaran ilu. Bersifat logik dan objektif. Teks : Isinya bersifat ilmiah, komentar, kritikan dan ulasan. Unsur stilistik : Kata bersifat netural daripada nilai sastera. Tanpa emosi Istilah monosemi, jarang menggunakan istilah sastera Ayat terjalin dengan padu.

22 Gaya Bahasa Wartawan Fungsi Teks Unsur stilistik
Menyampaikan maklumat atau informasi Memberi penjelasan dengan tepat dan jelas Teks Artikel majalah dan akhbar Unsur stilistik Kata sebagai lukisan tentang perkara-perkara dan kejadian, penggunaan slogan dan kata pemula yang menarik

23 Gaya Bahasa Seharian Fungsi Teks Unsur stilistik
Untuk pergaulan santai yang alamiah Teks Isinya berkaitan harian; ada unsur emosi, tegang dan santai Unsur stilistik Bahasanya mudah, lancar dan santai Bahasanya mudah Ada hambatan dalam perbincangan Cenderung kepada ayat dasar; pendek-pendek Tidak mementingkan tatabahasa dan ketepatan

24 Gaya Bahasa Sastera Fungsi Teks Unsur stilistik
Menyampaikan fikiran dan perasaan Teks Karya Sastera Unsur stilistik Bahasa yang bergaya Gaya yang terbentuk daripada gaya di atas Menghasilkan segala kemungkinan kesan bahasa.


Download ppt "SENI BAHASA DAN ALIRAN MAKNA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google