Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Program Bimbingan Peperiksaan PTK Kumpulan A & B oleh Abdul Rashid Baba (PPKT) 3 April 2007.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Program Bimbingan Peperiksaan PTK Kumpulan A & B oleh Abdul Rashid Baba (PPKT) 3 April 2007."— Transcript presentasi:

1 Program Bimbingan Peperiksaan PTK Kumpulan A & B oleh Abdul Rashid Baba (PPKT)
3 April 2007

2 Kompetensi umum Gred/Kumpulan A & B
Teknologi Maklumat Kepentingan teknologi maklumat Microsoft Word Microsoft Excel Microsoft Access Microsoft Powerpoint (Kump. A)

3 Kepentingan Teknologi Maklumat
Takrifan “Teknologi maklumat” Evolusi 3 era Apakah teknologi maklumat? Komponen teknologi maklumat Prinsip teknologi maklumat Fungsi teknologi maklumat Manfaat teknologi maklumat Peluang dan tanggungjawab teknologi maklumat

4 Kepentingan Teknologi Maklumat
Sambungan… MSC Malaysia Bil jaminan NITA Internet Isu-isu semasa Rujukan

5 Takrifan “Teknologi Maklumat”
Dari Wikipedia bahasa Melayu “Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.”

6 Evolusi 3 era Era Pertanian Era Perindustrian Era Maklumat
- Kebanyakan pekerja adalah petani berkisar dgn pertanian Era pengindustrian - Proses kerja dipermudah dgn mekanikal dan automasi dan bil. pekerja dlm pembuatan bertambah Era maklumat -Pekerja terlibat dlm penciptaan, pengagihan dan penggunaan maklumat Era Pertanian Era Perindustrian Era Maklumat Kebanyakan pekerja Petani/ peladang Pekerja kilang Pekerja berpengetahuan Rakan Manusia dan tanah Manusia dan mesin Manusia dan manusia Alat utama Alat tangan Mesin Teknologi Maklumat

7 6 ciri era maklumat Era maklumat muncul dgn meningkatnya masyarakat berasas maklumat Perniagaan/urusan bergantung kpd TM untuk menjayakan tugasnya Proses kerja diubah/ditransformasi utk meningkatkan produktiviti TM menyediakan asas utk berfikir semula – kejuruteraan semula proses bisnes konvensional Kejayaan dlm TM bergantung kpd keberkesanan penggunaan TM TM terkamir (tersirat) ataupun bersepadu di dalam banyak produk dan perkhidmatan

8 Apakah teknologi maklumat?
Data Fakta mentah, rajah dan keterperincian yg lain i.e. bilangan staf, gred pelajar Maklumat Pentafsiran tersusun, bermakna dan berguna terhadap data seperti prestasi staf dan pelajar Pengetahuan/ilmu Kefahaman dan keperihatinan kepada set maklumat dan bagaimana maklumat tersebut boleh digunakan sebaiknya seperti meningkatkan mutu perkhidmatan staf atau kaedah pengajaran yang lebih berkesan Data yang telah ditapis, diformat dan diringkaskan bertukar jadi maklumat. Maklumat yang ditafsir, diputuskan dan diambil tindakan bertukar kepada pengetahuan/ilmu. Teknologi maklumat ialah suatu alat utama dalam era maklumat, bagi mencapai menyimpan dan menyebar maklumat terutama maklumat berbentuk digital

9 Komponen Teknologi Maklumat
Takrif 1: Komponen Takrifan Komputer Yang digunakan utk menerima, menyimpan,memproses dan mempersembah data dan maklumat Rangkaian Komunikasi Yang digunakan utk penghantaran dan penerimaan data dan maklumat Tahu-guna (know-how) Apa, Bila dan Bagaimana TM digunakan secara berkesan bagi menyelesaikan masalah dgn merujuk kpd: ~ kebiasaan dgn alat TM ~ kemahiran yg diperlukan ~ memahami bila hendak menggunakan TM utk menyelesaikan masalah dan mengeksploitasi peluang yg terbuka luas

10 Komponen Teknologi Maklumat
Gabungan komponen Teknologi, Organisasi dan Pengguna. Ia boleh digambarkan seperti berikut: Takrif 2:

11 Teknologi Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat. Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelucur web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari.

12 Sambungan.. Dari segi komersial dan pembangunan sistem, perisian komputer boleh dibahagian kepada dua iaitu: Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya, boleh didapati secara PERCUMA atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux, FreeBSD, dan OpenOffice. Perisian Komersial / Sumber Tertutup - Secara amnya, lesen menggunakan perisian perlu dibeli manakala kod sumber tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan Miscrosoft Office. Namun begitu , untuk mengimbang kebangkitan penggunaan perisian sumber terbuka, syarikat Microsoft telah melancarkan kempen yang dipanggil kongsi sumber (share source). Dengan konsep ini, pengguna komersial dan pihak kerajaan boleh 'melihat' kod sumber perisian Miscrosoft. Namun begitu, pengguna tidak dibenarkan untuk mengguna, menyunting atau mengubah kod sumber tersebut. Pengguna juga perlu menandatangani satu perjanjian untuk membolehkan mereka melihat kod sumber tersebut.

13 Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti:
Sambungan.. Sistem Telekomunikasi merupakan komponen yang amat penting selepas perkakasan dan perisian. Ia merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet, satelit, dan sistem telefon. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti: Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP, OSI dan SNA, dsb Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25, Frame Relay, 3G, SMS, MMS, Bluetooth, dsb Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga, Gentian Optik, Gelombang Mikro, Radio dan Satelit

14 Organisasi Merupakan tempat dimana teknologi maklumat digunakan, ia mempengaruhi pengurusan dan pemprosesan maklumat tersebut. Ia mungkin boleh dilihat dari sudut pentadbiran organisasi yang membahagikan organisasi kepada tiga bahagian iaitu peringkat operasi, taktikal dan strategik dimana setiap peringkat memerlukan sistem yang berbeza seperti rajah dibawah.

15 Pengguna Merupakan pengguna teknologi maklumat yang boleh dipecahkan kepada pengguna yang mengguna dan pengguna yang mentadbir maklumat tersebut. Pengguna teknologi maklumat: Pengguna sistem yang tidak mentadbir sistem tersebut seperti kerani, jururuwang, pengurus, dsb Pentadbir teknologi maklumat: Juruteknik komputer, pengurus/pegawai teknologi maklumat, juru analisa sistem , pengaturcara program , dsb

16 Prinsip Teknologi Maklumat
Memberikan bantuan kpd manusia menyelesaikan masalah, untuk mencetuskan kreativiti, menjadikan manusia lebih berkesan berbanding tanpa menggunakan TM dlm aktivitinya Prinsip teknologi-tinggi-sentuhan-tinggi (high-tech-high-touch) – semakin banyak bergantung kpd teknologi termaju - menyesuaikan TM kpd manusia, drpd meminta manusia menyesuaikan dgn TM.

17 Fungsi Teknologi Maklumat
Takrifan Contoh 1. Pengumpulan Dgn mengumpul rekod aktiviti yg boleh digunakan kemudian Kiraan jumlah undi, baca meter elektrik 2. Pemprosesan Proses menukar, menganalisis, pengiraan dan pengsistesisan semua bentuk data atau maklumat Pemprosesan bil elektrik, pemprosesan gaji, pemproses perkataan 3. Penjanaan Menyusun maklumat kpd bentuk berguna sama ada sebagai teks, suara atau imej Bil elektrik, jadual, carta, graf 4. Penyimpanan Proses komputer menyimpan data dan maklumat utk digunakan kemudian Cakera, pita, CD-ROM, thumdrive, disket, fail 5. Dapatan semula Proses komputer mengakses rekod dan menyalin data tersimpan Rekod pelajar, staf 6. Penghantaran Penghantaran data dan maklumat drpd satu lokasi ke lokasi lain Faks, , pindahan fail

18 Manfaat Teknologi Maklumat
Pantas Relatif : komputer melakukan dgn sekelip mata dan lebih cepat drpd manusia Konsisten Komputer cekap melakukan kerja yg berulang secara konsisten – melakukan aktiviti yg sama setiap masa Jitu Komputer berupaya mengesan perbezaan yg amat kecil Boleh percaya Dgn kepantasan, konsisten dan kejituan, kita boleh jangka keputusan yg boleh dipercaya – hasil yg sama berulang kali

19 Peluang dan Tanggung Jawab Teknologi Maklumat
Membantu manusia – orang cacat, meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan manusia Membantu menyelesaikan masalah – kenalpasti, pilihan penyelesaian dan implementasi penyelesaian dgn jayanya Bidang penggunaan Media massa, pengangkutan, sektor kewangan, pertanian, pendidikan, kesihatan, perkilangan, kewangan, perniagaan dsbnya. Tanggungjawab asas Ketahui keupayaan dan batasan TM, menggunakan dgn beretika dan betul, melindungi keselamatan data dan maklumat drpd pelbagai kemungkinan

20 MSC Malaysia Multimedia Supercorridor (MSC)
agenda Malaysia bagi mencapai Wawasan 2020 dan bersaing dalam ekonomi global Bandar pintar Cyberjaya dan Putrajaya 7 aplikasi utama (flagship) Sekolah bestari Kad pelbagai guna kerajaan (GMPC) Kerajaan elektronik Telekesihatan Program pembangunan teknousahawan Kelompok penyelidikan & pembangunan E-dagang Pembangunan multimedia Persekitaran multimedia

21 Bil jaminan (bill of guarantees)
Menyediakan infrastruktur fizikal dan maklumat bertaraf dunia Membenarkan tanpa sekatan pekerja pengetahuan tempatan dan luar Memastikan kebebasan pemilikan dgn mengecualikan sykt berstatus MSC drpd keperluan pemilikan tempatan Memberikan sykt MSC kebebasan utk menyediakan modal drpd pinjaman tempatan dan dunia utk infrastruktur MSC Menyediakan insentif kewangan yg menarik

22 Bil jaminan (bill of guarantees)
Sambungan.. Menjadi ketua serantau dlm perlindungan Hakmilik Intelektual dan undang-undang siber Memastikan tiada tapisan (censorship) Internet Menyediakan tarif telekomunikasi yg bersaing sejagat Menenderkan kontrak prasarana MSC utama kpd sykt yg ingin menjadikan MSC sebagai hub serantau Menyediakan agensi berkuasa utk bertindak sbg pusat sehentian(one-stop supershop) utk memastikan MSC memenuhi keperluan sykt

23 Agenda Teknologi Maklumat Negara (NITA)
Jika MSC syarat perlu bagi mencapai hasrat wawasan 2020, NITA adalah syarat cukup utk Malaysia bersaing dlm era maklumat. Kerangka pembangunan program IT di semua peringkat kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan 3 unsur : manusia, infostruktur dan aplikasi bagi menggerakkan masyarakat Malaysia kpd masyarakat madani

24 Kerangka Teknologi Maklumat Negara : Manusia
Unsur Strategi Contoh program Sasaran Manusia Pendidikan Sekolah berinternet, Sekolah Bestari, Univ. Multimedia, Asas literasi komputer utk semua 2005 Pembangunan & kemahiran Pembudayaan pembelajaran dlm semua sektor, Sokongan Prestasi Cerdas & Sistem sokongan keputusan, Pengetahuan dan alat kejuruteraan bisnes Pembudayaan Pembudayaan melalui sistem pendidikan komprehensif, Khidmat maklumat atas-talian, Masyarakat berangkaian elektronik, Apresiasi tek. maklumat melalui media, Memperkuat nilai tradisi

25 Kerangka Teknologi Maklumat Negara : Infostruktur
Unsur Strategi Contoh program Sasaran Infostruktur Rangkaian Teknologi rangkaian jalur lebar, Rumah/bangunan baru berangkaian, Liputan sejagat 2000 Peralatan termampu Peralatan cerdas dan kos rendah, Perkhidmatan dan produk buatan Malaysia, Antaramuka pengguna serasi budaya 2005 Undang-undang & peraturan Undang-undang siber, Institut undang-undang siber Asean

26 Kerangka Teknologi Maklumat Negara : Aplikasi
Unsur Strategi Contoh program Sasaran Aplikasi Pembangunan kandungan asli Tujuh aplikasi utama MSC, Kandungan sesuai budaya 2005 Kesalingaktifan Komuniti Elektronik, Perpustakaan elektronik, Suratkhabar elektronik, Telebelibelah Infohiburan, Didikhiburan, Infokomunikasi Telepersidangan: multimedia, Mel elektronik multimedia, Fokus kandungan infohiburan dan Didikhiburan dlm media, Perkhidmatan pendidikan atas permintaan

27 Internet Internet Intranet Extranet
“Satu rangkaian komputer yang dibentuk hasil gabungan semua rangkaian-rangkaian komputer seluruh dunia yang membolehkan pengguna mencapai makulmat dan perkhidmatan” Intranet “Satu rangkaian komputer setempat (LAN) dalam sesuatu organisasi ynag berasaskan teknologi Internet” Extranet “Satu rangkaian yang menggabungkan beberapa intranet yang melibatkan lebih dari satu lokasi”

28 Ciri-ciri Internet Perpustakaan maya Setor perisian, muat turun, FTP
Medan diskusi i.e. USENET Komunikasi lebih murah i.e. emel, telephony, messaging Sumber berita semasa Permainan rangkaian Perniagaan

29 Masalah di Internet Tidak boleh kawal perniagaan
Tiada penapisan/suntingan berita Kos masih tinggi – komputer+talian Keselamatan data diragui utk kad kredit dan e-commerce Bahasa Inggeris, kekurangan dlm BM. Penggodam (hacker) Tahap penghantaran perlahan utk bahan-bahan multimedia i.e. video, audio

30 Isu-isu semasa Jenayah komputer Masalah kesihatan

31 Jenayah komputer DPMA “..penggunaan, pencapaian, pengubahsuaian dan penghancuran/perosakan tanpa izin ke atas sumber perkakasan, perisian, data atau rangkaian” Bil Jenayah Komputer 1997 Capaian tanpa kuasa dgn niat utk melakukan atau memudahkan berlakunya kesalahan lanjut (denda tidak melebihi RM150k atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya), termasuk kesalahan: Utk melakukan suatu kesalahan melibatkan fraud atau kecurangan atau menyebabkan kecederaan sbgmana yg ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan atau Utk memudahkan berlakunya sesuatu kesalahan itu sama ada oleh sendiri atau mana-mana org lain

32 Jenayah komputer Sambungan.. Pengubahsuaian tanpa kuasa kandungan mana-mana komputer (denda tidak melebihi RM100k atau penjara tidak melebihi 7 tahun atau kedua-duanya), jika melibatkan kecederaan RM150k, 10 tahun. Komunikasi salah ( RM25k, 3tahun) – no., kod, kata laluan selain kepadanya dia diberikuasa dgn sempurna utk berkomunikasi Pensubahatan dan percubaan dihukum sbg kesalahan.

33 Jenayah komputer Contoh jenayah komputer: Curi wang Curi perkhidmatan
Sambungan.. Contoh jenayah komputer: Curi wang Curi perkhidmatan Curi perisian Ubahsuai data Virus komputer: merosakkan perisian/data Pencerobohan Penyebaran maklumat palsu

34 Perkomputeran selamat
Guna perisian berlesen Jaga kata laluan dgn selamat Jaga storan sekunder dgn baik Selalu buat ‘backup’ data Install perisian antivirus dan selalu kemaskini Install Windows ‘patches’ Perkongsian data lebih berhati-hati Encryption

35 Masalah kesihatan Terdedah kpd sinaran
Sakit mata i.e. mata pedih, pandangan kabur, pening kepala Kesan pada otot-otot tangan, leher dsbnya. Cumulative trauma disorder - kawasan kerja tak selesa Stress

36 Rujukan Teknologi Maklumat & Penggunaannya; Rusli Haji Abdullah, Nooraini Che Pa’ & Noorsalwati Nordin, 2003, Prentice Hall. Teknologi Maklumat ; Abdul Razak Hamdan, Yazrina Yahya, Mohd Shanudin Zakaria, Mohd Zamri Murah -2000, McGraw Hill

37 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "Program Bimbingan Peperiksaan PTK Kumpulan A & B oleh Abdul Rashid Baba (PPKT) 3 April 2007."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google