Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
PENDIDIKAN KESIHATAN KANSER PAYUDARA
NAMA; SYAIDATUL MURSYIDA BT MUSTAFFA NO.MATRIK; A
2
DEFINISI KANSER PAYUDARA
Kanser payudara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser (malignan) dalam tisu-tisu payudara. Kanser payudara boleh berlaku di mana-mana bahagian payudara termasuklah: Lobus yang menghasilkan susu Duktus yang menghantar susu ke puting Tisu lemak payudara (jarang berlaku)
3
sahaja dan jarang pada lelaki.
Insidensnya meningkat dengan umur Penyebab utama kematian akibat kanser INSIDENS Biasanya berlaku di kalangan wanita sahaja dan jarang pada lelaki. salah satu kanser yang amat biasa menyerang kaum wanita
4
FAKTOR RISIKO SEJARAH KELUARGA USIA MENINGKAT TIDAK PERNAH
MELAHIRKAN ANAK ATAU MELAHIRKAN ANAK > 30 TAHUN FAKTOR RISIKO SEJARAH MENGHIDAP KANSER MENGAMBIL MAKANAN YANG BANYAK LEMAK HAIWAN MULA DATANG HAID AWAL < 12 TAHUN ATAU PUTUS HAID LEWAT> 50 TAHUN
5
TANDA-TANDA DAN GEJALA
SAKIT PADA PAYUDARA KEHADIRAN TUMBUHAN PENGELUARAN CECAIR DARI PUTING KETIDAKSELESAAN DI SEKITAR PAYUDARA
6
RAWATAN TERAPI PEMERIKSAAN RADIASI FIZIKAL OLEH DOKTOR MAMOGRAFI
KEMOTERAPI PEMBEDAHAN; MASTEKTOMI DAN LUMPEKTOMI BIOPSI
7
PEMERIKSAAN MAMOGRAFI AWAL
PENCEGAHAN UNTUK KANSER PAYUDARA PSP(PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA)
8
PEMERIKSAAN MAMOGRAFI AWAL
Mamografi ialah satu proses di mana x-ray yang menghasilkan imej payudara pada filem atau kertas yang disalut selenium. Imej tersebut dipanggil mamogram. Fungsi: Mamografi boleh mengenalpasti kanser walaupun dari saiz yang kecil yang tidak dapat dirasa oleh wanita tersebut ataupun doktor yang berpengalaman. Mamografi juga mampu menunjukkan perubahan lain pada tisu payudara yang merupakan tanda-tanda awal kanser payudara. Mamogram dasar (baseline mammogram) adalah penting sebagai garis panduan untuk rujukan di masa akan datang. mamografi telah terbukti sangat berkesan untuk menyelamatkan nyawa, terutamanya bagi wanita yang berumur 50 tahun ke atas yang tidak mempamerkan sebarang gejala kanser payudara.
9
PSP(PEMERIKSAAN PAUDARA SENDIRI)
Wanita yang berumur antara 20 hingga 40 tahun perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan dan perlu berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan payudara setiap tiga tahun. Pemeriksaan awal ini diperlukan sebagai rujukan di masa akan datang. Mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun perlu melakukan PSP sekali dalam sebulan dan melakukan pemeriksaan fizikal yang kerap. Periksa payudara anda 3 hari selepas haid anda berakhir atau pada hari pertama setiap bulan jika anda sudah tiada haid.
10
A) MELIHAT PERUBAHAN DIHADAPAN CERMIN
BAGAIMANA MELAKUKAN (PSP) A) MELIHAT PERUBAHAN DIHADAPAN CERMIN KEDUDUKAN 1 -Tanggal pakaian anda paras Pinggang dan lihat diri anda dihadapan cermin.
11
Angkat kedua-dua tangan ke atas kepala anda. Periksa payudara
KEDUDUKAN 2 Angkat kedua-dua tangan ke atas kepala anda. Periksa payudara anda dari berbagai sudut. KEDUDUKAN 3 Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan anda di sisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang Perubahan.
12
anda dengan mencekak pinggang
KEDUDUKAN 4 Tegangkan otot-otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah.
13
YANG PERLU DIPERHATIKAN
BENJOLAN DI PAYUDARA ATAU KETIAK TANDA-TANDA AMARAN YANG PERLU DIPERHATIKAN SEMASA PEMERIKSAAN PENDARAHAN ATAU LELEHAN YANG LUAR BIASA DARI PAYUDARA PERUBAHAN DAN BENTUK SAIZ PAYUDARA YANG LUAR BIASA PUTTING PAYUDARA TERTARIK KE DALAM LEKUK YANG LUAR BIASA PADA PAYUDARA
14
B) MENGESAN PERUBAHAN DENGAN CARA BERBARING
Langkah 1: Persedian -Mulakan dengan PAYUDARA KANAN. -Baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan kedua-dua lutut anda. -Letakkan bantal atau tuala mandi yang telah dilipat di bawah bahu sebelah kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa. -Kemudian letakkan tangan kanan anda di bawah kepala. -Gunakan tangan kiri anda untuk memeriksa payudara kanan anda. -Gunakan tapak jari-jari anda untuk memeriksa sebarang BENJOLAN atau PENEBALAN
15
Langkah 2;Pemeriksaan payudara
kaedah urutan menegak -Periksa seluruh kawasan payudara dalam corak urutan menegak, dari tulang selangka dibahagian atas kegarisan kutang (bra-line) di bahagian bawah; dan dari garis-tengah antara kedua payudara anda ke garis tengah di bahagian bawah ketiak anda.
16
Langkah 3 : Pemeriksaan Payudara Kaedah Pusingan
-Bermula di bahagian atas payudara anda, buat pusingan yang besar. - Bergeraklah sekeliling payudara anda dengan memerhatikan sebarang benjolan atau penebalan yang luar biasa. -Buat sekurang--kurangnya tiga pusingan kecil sehingga anda sampai ke puting payudara. -Lakukan ini sebanyak dua kali, sekali dengan tekanan ringan dan sekali dengan tekanan kuat. -Jangan lupa periksa bahagian bawah areola (kawasan hitam).
17
Langkah 4 : Pemeriksaan Lelehan
Di Puting Payudara Menggunakah kedua-dua belah tangan, Tekan payudara anda untuk melihat sama ada terdapat sebarang lelehan luarbiasa dari puting payudara. Langkah 5 :Memeriksa Ketiak Anda Jatuhkan tangan kanan anda ke sisi dan rasa ketiak anda dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan.
18
GAMBAR KANSER PAYUDARA
20
KANSER PAYUDARA BOLEH DISEMBUHKAN JIKA DIKESAN AWAL
SAYANGILAH PAYUDARA ANDA!!! -LAKUKAN PEMERIKSAAN LEBIH AWAL DAN JAGALAH PAYUDARA ANDA…. INGAT!!!! KANSER PAYUDARA BOLEH DISEMBUHKAN JIKA DIKESAN AWAL DAN DIRAWAT SECEPAT MUNGKIN
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.