Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 2 MASYARAKAT MALAYSIA DALAM SEJARAH.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 2 MASYARAKAT MALAYSIA DALAM SEJARAH."— Transcript presentasi:

1 BAB 2 MASYARAKAT MALAYSIA DALAM SEJARAH

2 KONSEP PLURALITI DEFINISI BAHASA
Perkataan “plural” berasal dari perkataan Inggeris iaitu “plurality”. Akar kata asalnya ialah “plural”. Ia membawa maksud lebih dari satu, jumlah besar dan majoriti. Perkataan ini dipinjam secara langsung oleh bahasa Melayu menjadi “plural”.

3 KONSEP PLURALITI DEFINISI BAHASA
Sebelum ini istilah “majmuk” digunakan. Ia dipinjam terus dari perkataan Arab iaitu “majmu’”. Asal akar katanya ialah “jama’” yang membawa maksud mengumpulkan dan menghimpunkan. “Ijma’” membawa maksud permuafakatan dan perkumpulan dan perhimpunan. “Majmu’” membawa maksud yang dihimpunkan dan yang dikumpulkan.

4 KONSEP PLURALITI DEFINISI BAHASA
“Majmuk” dalam bahasa Melayu menurut Kamus Dewan didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup di sesuatu tempat, mengikut peraturan dan cara hidup tertentu yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, ras atau etnik, negara, keturunan, bahasa, warna kulit dan adat resam.

5 DEFINISI ISTILAH Istilah “plural” pertama kali diperkenalkan oleh J.S. Furnival di dalam bukunya Colonial policy and practice: A comparative study of Burma and Netherland India. Kajian itu dilakukan ke atas masyarakat plural di Burma dan Indonesia. Ia digunakan untuk menghuraikan tentang masyarakat yang mempunyai ciri-ciri perpecahan dan konflik antara kumpulan etnik di bawah satu sistem pemerintahan atau politik. Dalam lain perkataan, “plural” membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai agama, budaya, bahasa, adat resam dan sebagainya yang tersendiri, berbeza di antara satu sama lain.

6 PERSPEKTIF POLITIK Terdapat dua kumpulan berdasarkan pandangan dari sudut politik iaitu: (i) Pendapat pakar sosiologi dahulu atau lama yang bersependapat, menegaskan bahawa masyarakat plural terdiri daripada kelompok yang wujud pembahagian kuasa politik. Mereka disatukan berasaskan kepada ketaatan dan kesetiaan yang mencorakkan nilai bersama (cross-cutting). Contohnya ialah di Amerika Syarikat, sebagai sebuah negara demokrasi yang stabil yang dicorakkan oleh kerajaan.

7 PERSPEKTIF POLITIK (ii) Pendapat pakar sosiologi terkemudian atau baharu yang bersependapat, menegaskan bahawa masyarakat plural adalah masyarakat yang terbentuk berasaskan kepada hubungan etnik dan ras yang berlainan di bawah satu sistem pemerintahan.

8 (i) Golongan pemerintah adalah dari kaum majoriti atau
PERPEKTIF PEMERINTAHAN Dari sudut golongan pemerintah juga terbahagi kepada dua kumpulan pendapat iaitu: (i) Golongan pemerintah adalah dari kaum majoriti atau golongan terbesar. (ii) Golongan pemerintah adalah terdiri dari etnik minoriti.

9 Dari sudut sosial dan budaya juga terdapat dua pendapat yang berbeza:
PERSPEKTIF SOSIAL DAN BUDAYA Dari sudut sosial dan budaya juga terdapat dua pendapat yang berbeza: (i) Plural dari segi sosial. Di mana masyarakat plural lahir hasil dari perbezaan struktur sosial dari kalangan pelbagai etnik atau sosial, bukan berasaskan budaya. (ii) Plural dari segi budaya. Di mana kelahiran masyarakat plural itu berlaku atas dasar perbezaan budaya antara pelbagai etnik, bukan perbezaan struktur sosial.

10 (ii) Tidak mesti wujud konflik.
CIRI Dari sudut ciri masyarakat plural pula terdapat juga dua pendapat yang bertentangan: Mesti wujud konflik (ii) Tidak mesti wujud konflik.

11 TINGKAT Masyarakat plural mempunyai tingkat-tingkatnya yang tersendiri. Ada masyarakat plural yang lebih tinggi kedudukannya dari masyarakat plural yang lain. Contohnya di Afrika Selatan yang terdiri daripada empat etnik utama iaitu etnik berkulit putih, etnik berkulit hitam, etnik rendah dan lain-lain etnik. Di Amerika Syarikat terdiri dari dua kumpulan etnik utama iaitu etnik berkulit putih dan etnik berkulit hitam. Di Malaysia mempunyai tiga etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India, di samping 200 etnik kecil di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

12 SEJARAH AWAL MASYARAKAT MALAYSIA
Pribumi-Orang Asli Etnik Melayu Etnik Cina Etnik India Zaman Kesultanan Melayu Melaka

13 MASYARAKAT PLURAL Kemunculan
Masyarakat plural di Semenanjung Tanah Melayu hanya bermula selepas kemasukan orang Cina dan India secara besar-besaran, bermula apabila berlaku campur tangan Inggeris di Tanah Melayu untuk memajukan sektor ekonomi perlombongan bijih timah dan ladang getah mulai tahun Dalam tahun 1870-an penduduk Tanah Melayu hanya berjumlah 500,000 orang. Jumlah itu meningkat secara mendadak. Contohnya pada tahun 1921 berjumlah 3.3 juta orang.

14 Ciri Masyarakat Plural Malaysia
(a) Ekonomi Pemisahan etnik berlaku atas perbezaan bidang ekonomi sekaligus menyebabkan berlakunya pemisahan dari segi demografi. Etnik Cina di lombong bijih, etnik India di estet getah dan etnik Melayu di pedalaman dan menyebabkan interaksi dan sosialisasi antara tiga etnik utama ini adalah terhad dalam jual beli sahaja di pasar dan kedai.

15 Jadual 1.1 ini menerangkan perangkaan l957.
(b) Agama Aspek agama merupakan ciri masyarakat plural Malaysia yang terpenting. Jadual 1.1 ini menerangkan perangkaan l957. Agama Etnik Peratus Islam Melayu 53 Buddha Cina/India 17.3 Confucious/Taoisme Cina 11 Hinduism India 7 Kristian Cina/India dll

16 Umat Islam merayakan beberapa perayaan penting di sepanjang tahun Hijriah seperti sambutan Awal Muharram, Maulidur Rasul, Nuzul al-Qur’an, Idil Fitri dan Idil Adha. Penganut Buddha mengutamakan perayaan hari Wesak. Penganut Konfusius dan Toisme memuja roh dato’ nenek, merayakan hari jadi dewa-dewa yang dipuja dan diraikan pada setiap tahun. Penganut Hinduisme merayakan hari Deepavali dan Thaipusam. Penganut Kristian merayakan hari Krismas dan Easter.

17 (c) Pendidikan Sebelum kemerdekaan Malaysia 1957, pendidikan Melayu bersifat tradisional yang berteraskan pengajian al-Qur’an dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pendidikan Cina juga bersifat tradisional iaitu berasaskan pengetahuan klasik konfusius yang masih berorientasikan tanah besar Cina. Pendidikan India menggunakan bahasa Tamil sebagai pengantar di mana kebanyakan buku teks diimport dari India yang memberi pengetahuan mengenai kebudayaan, sejarah dan geografi benua kecil India.

18 (d) Politik Demi kepentingan politik dan ekonomi, penjajah Inggeris menjalankan dasar “divide and rule”. Pemisahan etnik Melayu, Cina dan India disengajakan melalui faktor ekonomi dan demografi. Sebab itulah hanya etnik Melayu tetap menumpukan kesetiaan mereka kepada Tanah Melayu. Sedangkan etnik Cina pula kesetiaan mereka berkiblatkan tanah besar China. Etnik India pula berkiblatkan benua kecil India.

19 (e) Kebudayaan Setiap etnik utama di negara ini mewarisi tamadun dan kebudayaan besar dunia. Etnik Melayu dengan warisan tamadun dan kebudayaan Melayu, etnik Cina mewarisi tamadun dan kebudayaan antara yang tertua di dunia dari tanah besar China dan etnik India mewarisi tamadun dan warisan terkenal dari benua kecil India.

20 MASYARAKAT PLURAL BARU
Masyarakat plural Malaysia berwajah baru selepas tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963 dengan kemasukan Sabah dan Sarawak. Etnik Sabah Mereka boleh dibahagikan mengikut pembahagian pertempatan mereka seperti berikut:

21 MASYARAKAT PLURAL BARU
(a) Persisiran Penduduk peribumi di pesisiran pantai Sabah terdiri daripada keturunan seperti berikut: Orang Brunei ii) Orang Bajau (iii) Orang Suluk (iv) Orang Kadazan

22 (b) Pendalaman Di kawasan pendalaman Sabah, penduduk utamanya ialah Orang Murut. Pusat pertempatan mereka ialah Tenom, Rundum dan Pesiangan. Tempat tinggal mereka ialah di dalam rumah panjang. Sumber ekonomi mereka bergantung kepada padi huma, memburu binatang dan mengutip hasil hutan. Dari segi agama mereka percaya kepada “Aki Kopuno”. Ia mempunyai kuasa penciptaan alam dan penyelesaian semua masalah. Terdapat etnik-etnik kecil yang lain mendiami Sabah seperti Orang Rungus, Orang Tambanuo, Orang Sungai, Orang Maragang, Orang Bisaya, Orang Idahan, Orang Tidong dan Orang Bamarau.

23 Etnik Peribumi Sarawak
Pada umumnya penduduk peribumi atau bumiputera Sarawak terbahagi kepada dua golongan: (a) Persisiran Pesisiran pantai Sarawak didiami oleh peribumi daripada etnik berikut: Orang Melayu (ii) Melanau

24 Etnik Peribumi Sarawak
(b) Pedalaman Di pedalaman Sarawak didiami oleh beberapa etnik peribumi seperti di bawah ini: Orang Iban (ii) Bidayuh (iii) Orang Kayan (iv) Orang Penan (v) Etnik-etnik lain iaitu Kenyah dan Kelabit.


Download ppt "BAB 2 MASYARAKAT MALAYSIA DALAM SEJARAH."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google