Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

AMALAN MAKAN SECARA SIHAT

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "AMALAN MAKAN SECARA SIHAT"— Transcript presentasi:

1 AMALAN MAKAN SECARA SIHAT
1. Nikmati pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan Malaysia 2. Kekalkan berat badan sihat dengan mengimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal 3. Lebih makan bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran dalam makanan harian

2 AMALAN MAKAN SECARA SIHAT
4. Kurangkan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan dan pilih makanan rendah lemak dan kolesterol. 5. Kurangkan penggunaan garam dan pilih makanan rendah kandungan garam. 6. Kurangkan penggunaan gula dan pilih makanan yang rendah kandungan gula.

3 AMALAN MAKAN SECARA SIHAT
7. Minum air sekurang-kurangnya gelas setiap hari. 8. Pilih tempat makan yang bersih dan makanan yang selamat.

4 AMALAN MAKAN SECARA SIHAT
2. Kekalkan berat badan sihat dengan mengimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal

5 X Tanpa Keseimbangan Pengambilan Makanan Dan Aktiviti Fizikal,
Apa Akan Berlaku? Makan lebih, aktiviti kurang X Makan sederhana, aktiviti lebih Berlebihan berat badan Kekal atau penurunan berat badan

6 AMALAN MAKAN SECARA SIHAT
3. Lebihkan makan bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran dalam makanan harian

7 SAYUR-SAYURAN & BUAH-BUAHAN
BIJIRIN KACANG / KEKACANG SAYUR-SAYURAN & BUAH-BUAHAN

8 AMALAN MAKAN SECARA SIHAT
4. Kurangkan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan dan pilih makanan rendah lemak dan kolesterol.

9 Ya! Lemak mempunyai peranan penting dalam tubuh:
Adakah Penting? Ya! Lemak mempunyai peranan penting dalam tubuh: sumber tenaga komponen penting membran sel melindungi tubuh daripada haba dan penyahhidratan membina komponen penting

10 JENIS-JENIS LEMAK LEMAK TEPU
Boleh meningkatkan paras Low Density Lipoprotein (LDL) atau “lemak jahat” yang tinggi akan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular Terdapat pada :- Sumber haiwan seperti lemak pada daging dan kulit ayam Santan atau minyak kelapa Minyak sapi Kurangkan pengambilan lemak dari jenis ini.

11 JENIS-JENIS LEMAK LEMAK DIHIDROGENASIKAN ( TRANS FATTY ACID)
Terdapat dalam marjerin, lelemak dan minyak yang telah digunakan untuk menggoreng Pengambilan yang berlebihan akan meningkatkan paras LDL dan meninggikan risiko penyakit kardiovaskular serta sesetengah jenis kanser

12 JENIS-JENIS LEMAK LEMAK POLI TAK TEPU & MONO TAK TEPU
Sumber minyak sayuran seperti : minyak jagung, kelapa sawit, minyak biji bunga matahari dan minyak zaitun. Boleh meninggikan High Density Lipoprotein (HDL) atau “lemak baik” dan juga menurunkan paras LDL. Sangat baik untuk memelihara kesihatan jantung.

13 KOLESTEROL Sejenis lemak yang merupakan bahan utama untuk penghasilan hormon dan asid hempedu serta bahan dinding sel. Organ hati akan memproses dan menghasilkan kolesterol dalam badan. Kolesterol juga boleh didapati dari sumber makanan berasaskan haiwan, terutama organ dalaman (hati, otak, ginjal, jantung ), kuning telur, udang, sotong dan ikan bilis (dengan kepala).

14 Pengambilan lemak dan kolesterol yang berlebihan akan menyebabkan :-
Penyumbatan salur darah dengan cara membentuk plak di dinding saluran darah Semakin tebal mendapan plak, semakin sempit salur darah

15 Maka, semakin kuat tekanan diperlukan untuk
peredaran darah dan keperluan oksigen badan. Dengan itu, meningkatkan peluang mendapat masalah hipertensi, penyakit kardiovaskular dan sebagainya.

16 CARA-CARA MENGURANGKAN LEMAK DALAM MAKANAN
Buangkan kulit ayam atau lemak yang kelihatan pada daging Gunakan santan cair atau susu rendah lemak

17 CARA-CARA MENGURANGKAN LEMAK DALAM MAKANAN
Hadkan organ dalaman 1 kali sebulan sahaja Gunakan minyak sayuran menggantikan lemak haiwan atau gunakan sedikit minyak sahaja dalam masakan Gunakan salad dressing rendah lemak

18 KURANGKAN LEMAK – Semasa memasak
Bakar Panggang Rebus Stim Guna kuali / periuk tak melekat Periuk tekanan tinggi Ketuhar gelombang mikro Gril / BBQ

19 KURANGKAN LEMAK – Semasa memasak
Elakkan menggoreng semula makanan Gunakan tisu/kertas penyerap minyak Pastikan minyak betul-betul panas semasa menggoreng

20 Kurangkan kekerapan pengambilan makanan tinggi lemak
KURANGKAN LEMAK – Kurangkan kekerapan pengambilan makanan tinggi lemak Roti Canai 31% LEMAK Nasi Briyani 27% LEMAK Mee Kari 44% LEMAK Kue Teow Goreng 44% LEMAK Mee Hokkien 39% LEMAK Nasi Ayam 34% LEMAK

21 AMALAN MAKAN SECARA SIHAT
5. Kurangkan penggunaan garam dan pilih makanan rendah kandungan garam.

22 Mengurangkan pengambilan garam dalam makanan
Natrium - penting untuk kesihatan bagi fungsi keseimbangan air dalam badan, menghantar impuls saraf, mengatur fungsi membran sel dan aktiviti otot. Tetapi …pengambilan yang berlebihan dikaitkan dengan tekanan darah tinggi

23 Mengurangkan pengambilan garam dalam makanan
Keperluan sehari 500 mg ( Saranan WHO < 6g/hari bagi individu) 1 sudu teh garam = 2100 mg natrium Sumber lain natrium – MSG, kicap soya, sos-sos

24 Sumber dan kandungan natrium dalam makanan
RENDAH <30mg/100g SEDERHANA 30-300mg/100g TINGGI >300mg/100g Buah segar Sayur segar Minyak sayur Tepung Bijirin Kekacang tanpa garam Semua jenis daging Ikan Telur Susu Sos – kicap, sos tomato/cili, tauceo ( mg) Ekstrak sayur/daging (>3000mg) MSG (700mg) Ikan masin (1500mg) Telur masin (500mg) Belacan (1400mg) Cincaluk (4000mg)

25 Cara-Cara Mengurangkan Garam Dalam Makanan
Kurangkan penggunaan garam semasa menyedia dan memasak makanan Elak menabur garam semasa menghidangkan makanan Sekiranya menggunakan garam beriodin, pastikan garam ditambah selepas api dipadamkan

26 Cara-Cara Mengurangkan Garam Dalam Makanan
Kurangkan kekerapan menghidangkan telur masin, ikan masin, sayur jeruk dan makanan diproses Hadkan penggunaan sos cili/tomato/kicap/ tiram serta serbuk perasa

27 AMALAN MAKAN SECARA SIHAT
6. Kurangkan Pengambilan Gula Dan Pilih Makanan Rendah Gula

28 Menarik….Sedap…tetapi AWAS!!
Contoh gula adalah seperti madu, sirap jagung. Pengambilannya perlu dihadkan kerana ia menyumbang kepada penambahan kalori tanpa sebarang zat makanan dan kerosakan gigi. Berhati-hati dengan gula tersembunyi di dalam makanan dan minuman manis.

29 PENGAMBILAN BERLEBIHAN MENINGKATKAN RISIKO :
Barah Candida albicans (jangkitan rahim) Osteoporosis Penyakit jantung Diabetes Kegemukan Kerosakan gigi

30 Cara-Cara Mengurangkan Pengambilan Gula
Kurangkan gula secara perlahan-lahan Kurangkan gula di dalam masakan dan minuman Gunakan buah-buahan segar atau buah-buahan tin di dalam sirap kurang pekat Amalkan minum air kosong

31 AMALAN MAKAN SECARA SIHAT
6. Minum air secukupnya setiap hari

32 Keperluan = 6 - 8 gelas sehari
Air penting untuk : mengawal suhu badan Mengeluarkan bahan sisa toksin badan Menggantikan cecair yang hilang dari badan Tubuh hilang liter air sehari Keperluan = gelas sehari

33 8. Pilih Tempat Makan Yang Bersih Dan Makanan Yang Selamat.

34 Pilihlah makanan yang bersih dan selamat.
Makan hanya di premis yang bersih. Amalkan cara penyediaan, penyimpanan dan penyajian makanan yang bersih dan selamat.

35 TERIMA KASIH ...


Download ppt "AMALAN MAKAN SECARA SIHAT"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google