Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI DAN MENANGANI CABARAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI DAN MENANGANI CABARAN"— Transcript presentasi:

1 HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI DAN MENANGANI CABARAN
KULIAH 8

2 -. Hubungan etnik yg mantap sangat perlu dalam
- Hubungan etnik yg mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yg mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. - Persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan. - Perpaduan dan Integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara drp digunakan utk menyelelsaikan masalah yg wujud drp kepelbagaian etnik.

3 PEMBINAAN JATIDIRI MALAYSIA.
- Jatidiri bermaksud ciri-ciri, gambaran atau keadaan khusus seseorang. Ia juga boleh dianggap sbg identiti bangsa, keperibadian nasional, semangat kebangsaan, patriotisme dan kewarganegaraan yg menjurus kpd ketahanan dan kemurnian nilai sesuatu bangsa. - Jatidiri ialah sesuatu yg kita miliki bersama, mempunyai nilai sendiri, dihayati secara kolektif dan dominan sifatnya yg dpt mencirikan rupa dan peribadi bangsa (semangat, sikap, pendirian, kepercayaan, tekad dan visi bangsa) yg mampu membina personaliti dan identiti kendiri yg bersifat dinamik dan struktural.

4 -. Cita-cita pemupukan jatidiri boleh dicapai
- Cita-cita pemupukan jatidiri boleh dicapai kerana sudah sedia ada negara, bahasa, nilai, minat dan perlakuan yg sama mengikat seluruh negara. Sebagai sebuah negara yg merdeka dan berdaulat, sepatutnyalah Malaysia mempunyai budaya dan identiti sendiri yg sesuai dgn negara ini. - Namun krisis yg berlaku pd tahun (peristiwa 13 Mei) mencerminkan rakyat Malaysia belum mempunyai suatu budaya nasional yg menjadi asas bersama walaupun sebelum kemerdekaan telah wujud permuafakatan di antara rakyat di negara ini dlm mewujudkan perlembagaan sbg undang2 tertinggi negara.

5 Melalui Perlembagaan Malaysia terdapat beberapa garis kasar tentang bentuk kebudayaan Malaysia seperti: 1. Kedudukan YDA sbg ketua negara – sbg manifestasi penerapan unsur kebudayaan Melayu. 2. Perkara 152 – B.Melayu sbg bahasa kebangsaan. 3. Kedudukan agama Islam sbg agama persekutuan – mencerminkan corak budaya Melayu tradisional kerana agama menjadi pegangan masyarakat Melayu sejak zmn kesultanan Melayu Melaka lagi.

6 Berdasarkan garis kasar tsb satu Kongres Kebudayaan Kebangsaan telah diadakan pd th 1971 yg menetapkan 3 prinsip asas utk membina kebudayaan kebangsaan iaitu: 1. Kebudayaan kbgsaan haruslah berteraskan kpd kebudayaan rakyat asal di rantau ini. 2. Unsur2 kebudayaan lain yg sesuai dan wajar blh diterima menjadi unsur kebudayaan kbgsaan. 3. Islam menjadi unsur yg penting dlm pembentukan kebudayaan kbgsaan. Penerimaan Dasar Kebudayaan Kbgsaan (DKK) sbg jatidiri rakyat Malaysia kerana ia menjadi asas kebudayaan nasional yg berkait rapat dgn budaya, sejarah, politik dan perlembagaan negara ini.

7 Bagaimanakah Jatidiri acuan Malaysia?
- Perlukah kita menjadi ‘salad bowl’ dalam meraikan perbezaan? - Penyatuan pada peringkat kerohanian adalah mustahil kerana kesamaan agama adalah pada etika & moral bukannya pada persoalan kerohanian (hakikat ketuhanan, syurga dan neraka dll). - Penyatuan hanya boleh berlaku pd peringkat kesedaran yg mencetuskan kemahuan memilih untuk bersatu. Kita hanya boleh bersatu jika kita ada ilmu tentang penyatuan dan suka untuk bersatu. - Dari segi fizikal hubungan etnik yg kelihatan adalah menerusi aktiviti2 yg boleh dikategorikan sbg aktiviti penyatuan.

8 -. Sebarang acuan yg hendak diketengahkan di
- Sebarang acuan yg hendak diketengahkan di negara ini perlu menghasilkan agen hubungan etnik yg memilih, tahu, suka dan melakukan aktiviti2 dlm kerangka hubungan etnik nasional. - Perlukah kita meraikan perbezaan ataupun mengiktiraf perbezaan? - Meraikan perbezaan harus dlm lingkungan manifestasi fizikal spt fesyen pakaian, makanan, permainan dll, tetapi bukannya meraikan fahaman kenegaraan yg pelbagai atau menyamatarafkan kedudukan semua agama sbg agama rasmi demi meraikan kepelbagaian.

9 -. Kemahuan majoriti amatlah penting kerana
- Kemahuan majoriti amatlah penting kerana tanpanya tidak ada kerjasama yg menyeluruh. Kerjasama mesti berpadanan dgn kontrak sosial kerana ia tlh dipersetujui dan didokumenkan, bukan sesuatu yg subjektif dan tertakluk kpd citarasa semberono iaitu ‘asalkan ada aktiviti shj’. - The chemistry of ethnic relations’ ini sewajarnya mengandungi unsur2 penyatuan yg mencetuskan & memudahkan kerjasama dlm sesuatu sistem masyarakat. Cth dlm kelab2 sukarela, badan2 amal, PIBG dll dgn menjadikan hubungan etnik dan integrasi sbg acara tahunan.

10 -. Agen hubungan etnik mempunyai tahap2 fungsi
- Agen hubungan etnik mempunyai tahap2 fungsi hubungan etnik yg pelbagai iaitu pd peringkat diri sendiri, keluarga, jiran, masyarakat dan negara. - Melalui agen hubungan etnik ini budaya yg mencetuskan perpaduan blh dibentuk, budaya yg berpaksikan kpd wawasan yg boleh dikongsi bersama, disokong oleh media yg positif dan dasar2 kesedrhanaan yg membawa kpd keseimbangan. - Keseimbangan sangat perlu kerana sebarang aspek budaya yg diekstrimkan tanpa berpandu kpd kontrak sosial akan membawa keretakan kpd integrasi nasional.

11 -. Ketidakseimbangan itu juga termasuklah
- Ketidakseimbangan itu juga termasuklah semangat perkauman yg mgatasi semangat kebangsaan, semangat kenegerian yg mgatasi semangat keMalaysiaan dan semangat keakuan yg mgatasi semangat kekitaan. Hubungan etnik menurut acuan Malaysia seharusnya mengandungi sekurang-kurangnya 6 unsur2 berikut: 1. Political Will – hubungan etnik diinstitusikan oleh kepemimpinan kerajaan dgn niat, kemahuan, dan kesukaan dlm aktiviti yg disengajakan. Niat dicetuskan oleh kesedaran tentang kepentingan hubungan etnik.

12 2. Khalayak Kritikal – Adanya badan induk sbg. faktor
2. Khalayak Kritikal – Adanya badan induk sbg faktor pemangkin kpd semua program hubungan etnik dan integrasi misalnya peranan Jbtn Perpaduan Nasional dan Integrasi Nasional. 3. Kekukuhan ekonomi – hubungan etnik, integrasi dan perpaduan hanya blh terhasil jika ada keperluan asas utk survival manusia dipenuhi, cth. Makanan utk meneruskan kehidupan (faktor ekonomi). 4. Agama Islam – realitinya majoriti penduduk yg beragama Islam, sewajarnya hbgn etnik & integrasi nasional serasi dgn majoriti pnduduk dan blh diterima oleh minoriti. Ketamadunan blh dikongsi bersama oleh seramai mungkin rakyat Malaysia.

13 5. Wawasan yg dikongsi bersama. kerana yg
5. Wawasan yg dikongsi bersama kerana yg hendak diintegrasikan itu mesti mempunyai visi yg sama tentang hala tuju & hasil integrasi yg dimahukan – Wawasan 2020. 6. Penggunaan Sains & Teknologi – Teknologi dpt menangani masalah hbgn etnik dan integrasi dgn berkesan. Cth: penggunaan mykad utk mengatasi masalah imigresen, peningkatan interaksi maya dgn penggunaan teknologi tanpa wayar 3G, penerbangan yg lebih murah dan perkongsian laman web. 7. Menerima perbezaan antara agama, menghormati perbezaan dan menghayati persamaan dalam etika dan moral.

14 CABARAN HUBUNGAN ETNIK
1. Perbezaan & pertentangan kepentingan di antara etnik. i. Cabaran dalam aspek sosial: a. Pemisahan penempatan: bukan shj boleh merenggangkan hbgn & interaksi pelbagai etnik tetapi memperkuatkan lagi perasaan kekitaan & etnosentrisme dlm kalangan anggota yg seterusnya menimbulkan prasangka, streotaip & mengekalkan kejahilan di klgn etnik trhadp etnik yg lain. b. Pengasingan sistem pendidikan : interaksi hanya berkisar dlm kalangan etnik yg sama.

15 ii. Cabaran dlm aspek ekonomi
a. Perbezaan pekerjaan. b. Dominasi sektor ekonomi : wujudnya jurang pendapatan antara etnik merupakan cabaran yg sering membawa kpd ketidakstabilan masyarakat majmuk. iii. Cabaran dari aspek politik. - Politik perkauman : menjadi lebih parah apabila isu-isu perkauman diperalatkan utk kepentingan sesuatu pihak dan mendapat sokongan rakyat.

16 2. Perbezaan & pertentangan nilai di antara etnik.
- Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus mengutamakan kaum sendiri dlm memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan dlm urusan seharian sehingga mewujudkan polarisasi antara etnik. 3. Cabaran globalisasi. - Proses globalisasi atau pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi & politik Barat sejagat.

17 -. Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima dlm
- Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima dlm rangka nilai & kebebasan manusia masa kini, maka kuasa Barat memperjuangkan pula hak asasi manusia. - Pengaruh Barat dari segi ideologi, budaya hedonisme & nilai negatif, ekonomi bebas, sains & teknologi yg memusnahkan, serta sistem politik yg dianggap terbaik bagi semua manusia dieksport / dibawa masuk ke seluruh dunia. - Malaysia tidak terkecuali drp pengaruh arus pembaratan dan globalisasi yg mendesak. Globalisasi menjadi faktor perubah budaya yg amat kuat & deras, mengakibatkan lenyapnya

18 nilai2 luhur secara tidak disedari dan pemikiran
nilai2 luhur secara tidak disedari dan pemikiran Barat diterima secara halus ke dalam masyarakat. Ketiga-tiga cabaran tsb jika tidak dibendung & dikawal akan menjurus kpd pembentukan semangat perkauman yg mendalam, menimbulkan prasangka & mengukuhkan lagi fahaman etnosentrisme yg akan meninggalkan kesan kpd hbgn etnik, integrasi & mudah terjadinya konflik yg mengundang rusuhan kaum. Situasi ini ditambah lagi dgn beberapa persepsi yg kurang tepat tetapi menjadi pegangan dan terus dipercayai oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia.

19 Sejarah hbgn etnik di Malaysia membuktikan bhw hbgn etnik mengalami turun naik mengikut kategori baik, sederhana,dingin dan baik.

20 Peristiwa 13 Mei 1969 terjadi kerana pelbagai faktor:
- Faktor jangka panjang: kesan dasar pecah & perintah British. - Dasar2 pembangunan selepas merdeka belum cukup mantap dalam menangani masalah pembangunan sosioekonomi rakyat dan hbgn etnik. - Perjalanan kempen pilihan raya yg dipenuhi dgn isu-isu perkauman & sensitif spt bahasa, agama & kedudukan istimewa Melayu. - Ketidakseimbangan dlm ekonomi dan jurang perbezaan yg wujud dlm bidang pendidikan antara org Melayu dan bukan Melayu menimbukan rasa tidak puas hati org Melayu.

21 Iktibar drp Peristiwa 13 Mei 1969
1. Kerosakan harta benda awam : rusuhan itu tidak mendatangkan faedah kpd semua etnik, malah tragedi itu mengakibatkan banyak nyawa terkorban (kematian: 196 orang dan kecederaan: 493 orang) dan harta benda musnah. 2. Perintah berkurung & pgisytiharan darurat: menyekat kebebasan dan pergerakan semua org utk menjalankan urusan, berinteraksi dan berniaga.

22 3. Mencabar kedudukan org Melayu dlm keadaan
3. Mencabar kedudukan org Melayu dlm keadaan org Melayu belum terjamin dr segi ekonomi akan sia-sia shj kerana ia mengundang konflik perkauman berdarah. Penghayatan Islam sbg kaedah penyelesaian. - Sbg agama rasmi, kedudukan Islam harus mendapat tempat yg wajar dlm penyelesaian masalah seperti yg diperakui dlm Perlembagaan Malaysia. - Ajaran Islam yg mengandungi norma-norma yg bercorak universal dan menentang paksaan terhadap orang bukan Islam sangat sesuai utk masyarakat berbilang kaum.

23 -. Unsur toleransi dlm Islam harus ditonjolkan dan
- Unsur toleransi dlm Islam harus ditonjolkan dan diterima dlm konteks penyelesaian cabaran yg wujud dlm hbgn etnik di Malaysia. Sahifah Madinah / Piagam Madinah. - Piagam yg digunakan semasa Nabi Muhammad mendirikan kerajaan di Madinah yg ketika itu wujud kepelbagaian etnik (golongan pendatang yg trdiri drp Yahudi & Muhajirin, golongan tempatan Ansar, perbezaan dari segi agama spt Islam, Yahudi dan Kristian)

24 -. Menerusi sahifah/piagam tsb, Nabi Muhammad
- Menerusi sahifah/piagam tsb, Nabi Muhammad telah memperkenalkan konsep perpaduan & kesatuan dlm menyatukan org Islam dan bukan Islam yg tidak ada dlm mana2 negara atau agama lain. Antara beberapa peraturan berhubung org bukan Islam ialah: i. Semua org bukan Islam & penganut agama Yahudi dlm kalangan kabilah Arab Madinah hendaklah mengikut org Islam dan menolong mempertahankan negara bersama mereka dlm mana2 peperangan. Mereka tidak dibenarkan menolong orang Quraisy Mekah dan menghalang org Islam menyerang org Quraisy Mekah.

25 ii. Keselamatan mereka dijamin dan mereka diberi
ii. Keselamatan mereka dijamin dan mereka diberi hak kewarganegaraan dgn syarat mereka memutuskan segala hubungan atau ikatan dgn org Quraisy dan bersikap berkecuali. iii. Setiap orang tidak mengira bangsa dan agama berhak mendapat pertolongan dan persamaan, tidak dizalimi dan diserang. iv. Setiap orang hendaklah berpegang kpd agama mereka. v. Setiap orang tidak boleh dihalang daripada menuntut haknya apabila dicerobohi.

26


Download ppt "HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI DAN MENANGANI CABARAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google