Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAHASA DALAM MULTIMEDIA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAHASA DALAM MULTIMEDIA"— Transcript presentasi:

1 BAHASA DALAM MULTIMEDIA
BBM 3410 : BAHASA DALAM MULTIMEDIA Prof Madya Dr. Arba’ie bin Sujud Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 20-Sep-18

2 Pensyarah/Pengajar Nama : ARBA’IE BIN SUJUD (Prof Madya Dr)
Jabatan : Jabatan Bahasa Melayu, FBMK Fakulti : Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM No Tel Pejabat : HP :

3 Pengenalan Kursus Sinopsis Kursus :
Tujuan Kursus :Memberikan pendedahan kepada pelajar pengetahuan tentang teknologi maklumat dan multimedia serta mengaplikasikannya dalam penggunaan bahasa. Taraf Kursus : YW Kredit : 3 (2 + 1).

4 Kandungan Kursus Terdapat 8 unit dalam modul untuk kursus ini.
Unit 1 :Pengenalan Kursus Unit 2 :Konsep Multimedia dan TM Unit 3 :Internet &Hubungannya Dengan Bahasa Unit 4 :Perisian Komputer Bahasa Melayu Unit 5 :Modul Perisian Bahasa Unit 6 :Fenomena Pemilihan Perisian Komputer. Unit 7 :Pembelajaran Cara Maya Unit 8 :Isu-Isu Semasa Dalam ICT

5 Unit 1: Pengenalan Kursus
Kandungan unit 1 Pengenalan Rangka Kursus Kandungan Modul Jadual Aktiviti Pembelajaran Maklumat Tugasan Maklumat Pengajar

6 Unit 3 Objektif Unit 3 : Pada akhir unit ini pelajar dapat:
Menggunakan internet dalam menguasai kemahiran bahasa. Memahami fungsi internet sebagai alat komunikasi.

7 Unit 4: Perisian Komputer Bahasa Melayu
Objektif Unit 4 Membezakan jenis-jenis perisian komputer yang utama dan kerap digunakan dalam BM. Menjelaskan kriteria yang perlu diberikan pertimbangan dan menentu dan memilih perisian kursus bahasa Melayu. Menyatakan pertimbangan yang wajar dilakukan untuk memilih perisian kursus yang sesuai dalam bahasa Melayu

8 Unit 5 Objektif Unit 5: Mengenal pasti elemen dan prosedur dalam menghasilkan modul bahasa berasaskan satu-satu program yang dicadangkan. Mengaplimentasikan satu-satu program dalam menghasilkan model bahasa berasaskan multimedia. Menjelaskan kelebihan modul bahasa berasaskan multimedia berbanding modul bahasa secara manual.

9 Unit 6 Objektif Unit 6 Mengenal pasti masalah dan fenomena yang wujud dalam memilih sesuatu perisian. Menjelaskan langkah-langkah yang boleh diambil dalam mengatasi masalah pemilihan perisian.

10 Unit 7 Objektif Unit 7 Mengenal pasti falsafah pembelajaran maya dalam konteks memenuhi Falsafah Pendidikan Negara. Menjelaskan kaedah dan prosedur pembelajaran maya sebagai satu satu kaedah pembelajaran dalam persaingan di dunia global.

11 Unit 8 Objektif Unit 8 Mengenal pasti isu-isu yang berlaku dalam perkembangan Teknologi Maklumat (ICT) Menjelaskan faktor-faktor yang merencanakan perkembangan ICT di Malaysia.

12 Sistem Penilaian Ujian Pertengahan – 25 %
Tugasan Individu (ESEI ILMIAH) % Tugasan Berkumpulan % Peperiksaan Akhir – % Jumlah – %

13 Esei Ilmiah Penulisan berdasarkan tajuk yang telah ditetapkan. Sebarang perubahan atau pindaan tajuk tidak dibenarkan. Format – Rasmi kertas kerja yang mengandungi: a. Pendahuluan b. Isi dan Perbahasaan c. Kesimpulan Bibliografi 9/20/2018

14 Format Penaipan Ditaip menggunakan kertas bersaiz A4 berwarna putih.
Jarak taipan dua langkau. Kepanjangan. 10 – 15 halaman tidak termasuk bibliografi. Saiz huruf 12. 9/20/2018

15 Pendahuluan Pengertian dan konsep bagi tajuk yang dibincangkan.
Objektif Kajian. Pembatasan Kajian. Penulisan dilakukan dalam bentuk perenggan. Pendahuluan 1-3 halaman. 9/20/2018

16 Analisis Tugasan Perbincangan berdasarkan kepada aspek yang dinyatakan dalam bahagian pendahuluan. Masukkan contoh dan huraikan. Cara tekan butang (Prt Sc) dan kemudian ‘Paste’ pada paparan MS Word yang diperlukan.

17 Contoh Paparan

18

19 Bibliografi 9/20/2018

20 Penyerahan Esei Diserahkan pada selewat-lewatnya pada pertemuan bersemuka kedua atau tiga minggu sebelum peperiksaan akhir. Semua esei diserahkan kepada pensyarah UPMET, UPM. Kelewatan menghantar esei akan menjejaskan pemarkahan Sila pastikan maklumat penting dicatatkan sebelum penghantaran tugasan. 9/20/2018

21 Tugasan Kedua (15 %) Setiap pelajar secara berkumpulan dikehendaki menghasilkan projek multimedia interaktif (persembahan) menggunakan mana-mana perisian seperti power point atau Flash. TEMA TAJUK “PATRIOTISME” Maksimum anggota kumpulan - empat orang. Projek yang dihasilkan merangkumi aspek-aspek yang berikut : 9/20/2018

22 Lama masa persembahan tersebut antara 3 – 5 minit
Persembahan berdasarkan tema yang diberikan. Projek multimedia tersebut mesti mengandungi eleman multimedia iaitu teks, grafik, animasi dan audio-visual. Dihantar dalam bentuk CD. Nyatakan spesifikasi yang anda gunakan- (Contoh: Power point - Windows2003) , Mikromedia Flash Mx). 9/20/2018

23 Slaid pertama berkaitan dengan maklumat kumpulan.
Sediakan deskripsi tugasan / papan cerita untuk tugasan tersebut. Sediakan sinopsis projek yang dihasilkan secara bertaip tidak lebih daripada 3 halaman. 20-Sep-18

24 Kelewatan menghantar tugasan akan menjejaskan pemarkahan.
Tugasan tersebut perlu dihantar selewat-lewatnya pada dua minggu sebelum peperiksaan akhir melalui pusat pembelajaran dan dihantar terus ke Pusat Pendidikan Luar, UPM. Kelewatan menghantar tugasan akan menjejaskan pemarkahan. Sila pastikan maklumat penting dicatatkan sebelum penghantaran tugasan. 9/20/2018

25 Peperiksaan Peperiksaan Pertengahan Semester 25%) Objektif Struktur
Peperiksaan Akhir Semester (40%) Esei 9/20/2018

26 Skop Perbincangan Unit 2- Konsep multimedia dan teknologi maklumat.
Unit 3 - Internet dan Hubungan dengan Bahasa Pengenalan dan Sejarah Kemahiran Lisan dan Menulis Kemahiran Membaca Komunikasi Maya Unit 4: Perisian Kursus

27 Unit 2 : Konsep Multimedia dan Teknologi Maklumat
Jabatan Bahasa Melayu, FBMK UPM (P), (HP) 9/20/2018

28 BAHASA DALAM MULTIMEDIA
Beri pendapat anda tentang i. Apa itu bahasa? ii. Apa itu multimedia? iii. Bahasa dalam Multimedia dirujuk sebagai ……… 9/20/2018

29 BAHASA DALAM MULTIMEDIA
Konsep Bahasa Bahasa sebagai alat komunikasi Kemahiran Bahasa Kemahiran lisan Kemahiran membaca Kemahiran menulis MULTIMEDIA 9/20/2018

30 Sistem Pembelajaran Multimedia PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERKINI
Berasaskan Komputer Interaktif Video/Animasi Multimedia Audio/Teks Grafik Bestari 9/20/2018

31 Apa itu Komputer? Satu mesin yang dapat menyimpan dan memproses data kepada maklumat yang berdasarkan siri arahan yang tertentu dipanggil aturcara dengan tepat dan cepat. INPUT PROSES OUTPUT 9/20/2018

32 Komputer / Teknologi Maklumat
Penggunaan komputer /IT semakin penting Koridor Raya Multimedia (MSC) Sasaran – Negara maju menjelang tahun 2020 Kenapa Komputer Diperlukan? Kelajuan Ketepatan Storan Kos Kerja-kerja yang bahaya 9/20/2018

33 Merumus keputusan Kecepatan Capaian Menaikan Taraf Hidup Hiburan
Pendidikan Permainan atau Game 9/20/2018

34 Bidang Penggunaan Komputer
Pendidikan Tenaga Pengangkutan Perniagaan dan Kewangan Industri Berat/Sederhana/Ringan Grafik Pertanian Teknologi Tinggi 9/20/2018

35 Generasi Komputer Generasi 1 : 1950 – 1958 Generasi 2 : 1958 – 1964
Generasi 5 : KINI 9/20/2018

36 Pengenalan Konsep Multimedia
i. Seseorang yang duduk mengadap komputer dan berinteraksi sama ada melihat menggunakan persembahan pada skrin komputer seperti teks, grafik dan animasi dan juga bunyi yang dikeluarkan melalui pembesar suara. ii. Multimedia sebagai instrument mempersembahkan sesuatu bahan menggunakan kedua-dua medium iaitu gambar misalnya graf, ilustrasi, foto, peta, animasi, vedio.dan perkataan (sesuatu yang diucapkan) – Richard E Mayer; 2001:2) 9/20/2018

37 Multimedia sebagai Persembahan
i.    Multimedia jika dirujuk kepada persembahan bahan melibatkan kedua-dua aspek iaitu bahan bertulis (teks) dan gambar (grafik/rajah). ii. Multimedia sebagai instrument yang berkesan kerana pengguna lebih mudah memahami sesuatu maklumat/konsep yang dijelaskan melalui rajah, audio dan gambar/grafik berbanding hanya melalui teks semata-mata. 9/20/2018

38 Mod-Mod Persembahan Maklumat-maklumat daripada multimedia dapat disampaikan melalui mod-mod tertentu iaitu: a. Media penyampaian(cth: pembesar suara) dan skrin komputer. b. Mod persembahan (tatacara persembahan- penataan dan gambar c. Mod sensori (Kesan kejiwaan/kepekaan – audio dan visual)  9/20/2018

39 Unit 3 : Internet dan Hubungannya Dengan Bahasa
Pengenalan dan Sejarah Internet 9/20/2018

40 Apa itu Internet? Rangkaian komputer antarabangsa yang menghubungkan antara pengguna-pengguna komputer. Internet adalah sistem jaringan komputer di seluruh dunia. Dibentuk daripada beberapa jaringan kecil komputer. Tujuan asas berkongsi maklumat, penyelidikan, dan perbincangan serta berita.

41 Latar Belakang Internet
Internet wujud sekitar 1960-an. Tujuan utamanya dikhususkan dalam bidang ketenteraan oleh tentera Amerika- Komunikasi cepat sekiranya ada tanda-tanda berlakunya perang nuklear. Internet juga menawarkan sistem pengkalan maklumat ataupun perpustakaan kepada pengguna. 9/20/2018

42 Kegiatan Penting Internet
Terdapat tiga kegiatan yang paling popular dalam internet iaitu Mengirim dan menerima Membaca mesej dalam news-group Melayari world wide web. Perhubungan dalam internet adalah tidak terhad dan juga tanpa kawalan, samada melalui penulisan, angka, mahupun gambar.

43 Pengaruh Internet Positif – Rangkaian maklumat tanpa sempadan. Maklumat berfaedah seperti untuk melakukan kajian. Negatif - Internet disalahgunakan dengan melayari laman-laman web tertentu. 9/20/2018

44 Maklumat Penting 80% pengetahuan manusia diperolehi melalui deria mata (penglihatan). 11% melalui deria telinga ( pendengaran), 3.5% melalui pancaindera bau, sentuhan dan rasa masing-masing hanya mempengaruhi sebanyak 1-1.5% (Bohdan, 1992). 9/20/2018

45 Unit 3 : Internet dan Hubungannya dengan Bahasa
Komunikasi Ruang Siber 9/20/2018

46 KOMUNIKASI RUANG SIBER
Tumpuan Perbincangan; Konsep Ruang Siber Bentuk Komunikasi Ruang Siber. Aplikasi Komunikasi di ruang siber 9/20/2018

47 Konsep Ruang Siber Medium ICT yang mampu meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan geografi sebuah negara. 9/20/2018

48 Bila Wujudnya Ruang Siber?
Apabila manusia sedar pentingnya berkongsi maklumat. Jalinan komunikasi di ruang siber ini menggunakan satu bahasa yang dipersetujui iaitu 'Internet Protocol (IP)' untuk berkomunikasi. 9/20/2018

49 Komunikasi Di Ruang Siber
Tiga komponan yang mewujudkan hubungan komunikasi di ruang siber (Siti Saniah Abu Bakar;2001). Tiga komponan tersebut ialah i. Manusia, ii. Aplikasi, iii. Pekakasan 9/20/2018

50 Manusia Insan yang dianugerahi akal budi, daya rasa dan pertimbangan akal. Pengguna (user) yang akan bertindak balas berdasarkan rangsangan yang ada atau yang telah disediakan. Rangsangan-rangsangan yang diwujudkan sebahagian daripada proses komunikasi. Aplikasi pengguna dengan rangsangan yang bertujuan tertentu. Cth. – tindak balas 9/20/2018

51 Aplikasi Aplikasi atau pengaplikasian merujuk kepada penggunaan satu perisian, sekumpulan perisian atau pangkalan data untuk melaksanakan sesuatu proses. Contohnya- aplikasi perbankan. 9/20/2018

52 Pekakasan Rogers ( edisi ke-4) dalam Diffusion of Innovation- Pekakasan merujuk kepada teknologi maklumat yang terdiri daripada dua komponen, iaitu i. perkakasan; sebagai alat atau objek fizikal ii.perisian, yakni pengetahuan asas kepada alat. Dalam konteks ini, pekakasan sebagai peralatan yang membentuk satu sistem komputer yang terdiri daripada monitor, papan kekunci , unit pemprosesan dan sebagainya. 9/20/2018

53 Pertemuan dalam Ruang Siber
Pertemuan dalam ruang siber berlaku antara: 1)     Manusia dengan manusia 2)     Manusia dengan aplikasi 3)     Manusia dengan perkakasan 4)     Aplikasi dengan aplikasi 5)     Aplikasi dengan perkakasan 6)     Perkakasan dengan perkakasan 9/20/2018

54 Pertemuan Manusia dengan Manusia di Ruang Siber
Mel Elektronik (e-mel) Sembang Siber (chatting) Suara melalui Protokol Internet (VoIP- Voice Over Internet Protocol) 9/20/2018

55 Komunikasi Melalui Mel Eletronik (e-mel).
Perisian yang sering digunakan ialah netscape communicator, internet explorer, microsoft exchange dan eudora. Kegunaan-menghantar dan menerima surat /mesej kepada seorang atau lebih pengguna yang lain dengan kadar yang cepat dan murah. 9/20/2018

56 Bahasa dalam Mel Eletronik
Komunikasi pengirim dan penerima berlaku secara terancang; iaitu dengan menghubungi individu berasaskan identiti mel eletronik. Pemindahan maklumat berlaku secara bertulis, bersuara atau menggunakan simbol/grafik yang dapat diterjemah maknanya melalui bahasa. Pemahaman dan kebolehlenturan maklumat bagi membolehkan tindakbalas atau respons diberikan bergantung kepada peranan, fungsi, hubungan dan sensitiviti 9/20/2018

57 Komunikasi Melalui Sembang Siber
Sembang Siber (chatting)-Ruang atau medan yang disediakan di ruang siber membolehkan pengguna saling berhubung dengan pengguna lain yang mengunjungi ruangan sembang siber. Antara medan pertemuan ialah seperti Yahoo messenger , BBS (Buletin Board System) dan IRC (Internet Relay Chat). Perisian yang popular untuk BBS, IRC dan MIRC. ( dan ( . 9/20/2018

58 Bahasa Di Medan Sembang Siber
Wujud dalam dua situasi; formal dan tidak formal Komunikasi dalam bentuk bertulis - teks sebagai medium menyampaikan maksud atau pertukaran maklumat. Komunikasi bersifat langsung – terancang Buletin Board. Tidak langsung- berchetting- tidak terancang. Jalinan komunikasi dipengaruhi oleh keserasian dan keselarasan input dan output `pelayan-pelayan’. 9/20/2018

59 Komunikasi Melalui VoIP
Suara melalui Protokol Internet (VoIP- Voice Over Internet Protocol). Perkhidmatan berasaskan penggunaan telefon tetapi melalui talian internet. Keperluan - komputer yang mempunyai kad bunyi, pembesar suara dan mikrofon. Perisian yang lazim digunakan ialah Internet Phone Jack daripada Quiknet Technologies ( atau Net2Phone ( 9/20/2018

60 Bahasa di VoIP Bahasa lisan digunakan dengan kemahiran mendengar dan bertutur. Kebolehupayaan mewujudkan komunikasi antara satu pihak dengan satu pihak ditentukan oleh fokus dan inti maklumat. Interaksi bersifat formal atau non-formal. Pertukaran maklumat secara sedemikian ini menyumbang kepada perolehan maklumat sebanyak 14% ketekalan ((Kasser, B. 1998). 9/20/2018

61 Manusia dengan Aplikasi.
Perisian pelayar internet (internet browsers) seperti netscape communicator dan internet explorer untuk melihat dan mengambil maklumat. Pengguna menentukan nama tapak web yang ingin dilawati. Tapak web ialah komputer pelayan (server) yang menyimpan dokumen. Dokumen di dalam web biasanya berbentuk hiperpautan (hyperlink) atau hiperteks (hypertext). 9/20/2018

62 Manusia dengan Perkakasan.
Kawalan Keselamatan Ciri penting syarikat- syarikat besar. Dilakukan – imbasan on-line. Imbasan ibu jari atau telapak tangan boleh dilakukan di 'peranti pembaca‘. Penanda atau simbol yang telah direkodkan dapat dihubungkaitkan dan mampu berkomunikasi secara langsung. Komunikasi yang wujud berasaskan penanda-penanda, kod-kod atau lambang-lambang tertentu. 9/20/2018

63 Aplikasi Pemindahan Data
Tindakbalas Sumber Sistem = alat Pemindahan kod Input + kod komunikasi = respons 9/20/2018

64 Hubungan Aplikasi Dengan Aplikasi
Urus Niaga menggunakan Kad Kredit Aplikasi jual beli akan berkomunikasi dengan aplikasi syarikat kad kredit untuk mengesahkan maklumat pembeli dan kredit. Aplikasi kad kredit memberi maklum balas kepada aplikasi jual beli untuk pengesahan. Keperluan bahasa masih berfungsi dan berperanan untuk menjadikan kelancaran dan hubungan timbal balik berlaku. 9/20/2018

65 Aplikasi = Aplikasi Tindak balas Aplikasi 1 Aplikasi 2 Pengesahan
komunikasi Tindak balas Aplikasi 1 Aplikasi 2 9/20/2018

66 Hubungan Aplikasi dengan Perkakasan
Penggunaan Kad Pintar meluas – Contoh Touch & Go- Komunikasi yang diarturcarakan berdasarkan sistem yang dibina atau dibangunkan. Kad pintar mampu berkomunikasi dengan komputer di setiap lorong yang disediakan di plaza tol untuk mengemaskinikan dokumen seperti baki di dalam kad tersebut. Hubungan komunikasi berdasarkan perolehan maklumat dan data yang telah sedia diaturcarakan. 9/20/2018

67 Hubungan Perkakasan Dengan Perkakasan.
Penyimpanan Data- storan menerusi penyimpanan melalui cakera keras (hard disk) Storan di ruang siber - yahoo.com atau 20m.com. Kerja lebih anjal -di pejabat, rumah dan menyimpan data dan boleh mendapatkannya jika diperlukan berdasarkan identiti atau maklumat yang telah ditetapkan. Implikasi bahasa sebagai alat hubungan dan komunikasi tetap wujud terutama bagi menentukan maklumat-maklumat yang dipilih untuk disimpan dalam storan. 9/20/2018

68 Kesimpulan Ruang siber pembekal maklumat.
Keperluan perkongsian maklumat menjadikan capaian menerusi ruang siber memberi kesan mendalam. Komunikasi langsung diwujudkan terutama sifat ruang siber yang tanpa sempadan memungkin jalinan multi interaksi diwujudkan. Eleman bahasa menjadi penyalur interaksi dilihat dari sudut yang positif. Selagi manusia berinteraksi, selagi itu bahasa akan terus digunakan. Ini kerana bahasa merupakan wahana penting komunikasi. Ruang siber hanya sebagai medan yang menjadi laman pertemuan. 9/20/2018

69 Internet & Hubungannya Dengan Bahasa.
Kemahiran Lisan dan Menulis 9/20/2018

70 Skop Perbincangan Kemahiran Lisan - Konsep
- Aspek Penting Kemahiran Lisan Kemahiran Menulis - Aspek Penting Kemahiran Menulis. Aplikasi Multimedia. 9/20/2018

71 Kemahiran Lisan Kemahiran asas yang penting bagi bahasa pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak normal. Kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa melalui peniruan di sekeliling. Faktor yang hampir dengan pengalaman membantu penguasaan kemahiran lisan dan begitu sebaliknya. 9/20/2018

72 Kepentingan Kemahiran Lisan
Berani bergaul Cenderung untuk melahirkan idea. Mudah melakukan perkongsian maklumat. Kemahiran lisan memberi persediaan kepada penguasaan kemahiran bahasa seterusnya. Contoh; Membina ayat secara lisan dengan betul membantu mereka menguasai kemahiran menulis ayat dengan baik dan menggunakan struktur bahasa yang tepat. 9/20/2018

73 Tujuan Pengajaran Lisan
Membolehkan seseorang menyebut sesuatu dengan betul. Sebutannya jelas dan tepat serta dituturkan dalam bentuk pertuturan yang biasa. Melatih seseorang mendengar dan memahami pertuturan orang lain dengan lebih baik. Membolehkan berhubung dengan orang lain secara tepat untuk menyatakan kehendak, perasaan, pengalaman serta mengutarakan pendapat dan pandangan yang berkesan. 9/20/2018

74 Menyuburkan keyakinan dan kepercayaan kepada diri sendiri.
Membolehkan seseorang bertutur dengan ayat-ayat yang tersusun, menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai dengan perbendaharaan kata yang luas. Membolehkan menguasai kemahiran bahasa yang lain dengan lebih cepat dan mudah. Menyuburkan keyakinan dan kepercayaan kepada diri sendiri. Membolehkan seseorang mendapat kemahiran bahasa secara menyeluruh 9/20/2018

75 Kemahiran Berbahasa -Lisan
Bercakap dengan tenang dalam gaya yang betul. Bertutur dalam nada, intonasi, tekanan yang betul. Mendengar, memahami dan menghormati percakapan orang lain. Berbincang dengan fasih. Melaporkan dengan gaya yang menarik. Membuat pengumuman dengan jelas dan tepat. Memberi arahan secara berkesan. Mengemukakan pendapat secara bernas. 9/20/2018

76 Aspek Penting Kemahiran Lisan
Pertuturan secara sopan. Topik atau tajuk dalam cakupan pengetahuan. Rangsangan yang boleh menarik topik. Perbincangan dalam situasi tertentu – mengikut kesesuaian topik. Galakan kepada percambahan dan idea baru. Memberi peluang kepada semua yang terlibat. Ada pihak yang mendengar dan ada pihak yang bercakap. 9/20/2018

77 Kemahiran Mendengar Kemahiran lisan yang paling asas dan berlaku pada peringkat penerimaan. Peringkat-Peringkat Kemahiran Mendengar Peringkat Awal Peringkat Pertengahan Peringkat Maju 9/20/2018

78 Peringkat Awal Mengecam dan mengajuk dan memilih bunyi.
Mendengar dan mengecam makna. Melakukan sesuatu yang disuruh. Menjalankan perintah dan permintaan. Bertindak terhadap soalan-soalan mudah. Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat mudah secara tepat. 9/20/2018

79 Peringkat Pertengahan
Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci. Mengenal informasi-informasi saintifik Mengesan urutan. Mengenal sebab dan akibat. Mengenal perhubungan orang yang berinteraksi. Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap. 9/20/2018

80 Peringkat Maju Mengenal isi-isi penting.
Mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap. Mentafsirkan maksud orang yang bercakap. Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi. Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar. Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan. Menafsir tujuan penutur dalam pelbagai bentuk atau struktur nahu. 9/20/2018

81 Aplikasi Multimedia Kesesuaian bahan. Mencari maklumat.
Perkongsian Maklumat Aktiviti-aktiviti Multimedia Kesan Penerapan Multimedia Cotoh aktiviti. 9/20/2018

82 Kemahiran Menulis Bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi.
Alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Kemahiran menulis berkait dengan teknik dan akal. Kemahiran menulis dan membaca sifatnya selari. 9/20/2018

83 Jenis Kemahiran Menulis
Terbahagi kepada dua iaitu; Kemahiran Menulis secara mekanis. Kemahiran Menulis untuk Pelahiran (Mental) 9/20/2018

84 Kemahiran Menulis Secara Mekanis
Latihan pergerakan tangan. Membuat bulatan garisan bentuk-bentuk tertentu. Melatih dan tunjukcara membuat huruf - berbantukan komputer. 9/20/2018

85 Kemahiran Menulis Penglahiran
Latihan penyataan fikiran dan pendapat. Latihan pernyataan perasaan Latihan pernyataan kehendak. Latihan menyatakan pendapat yang tulen dan asli. 9/20/2018

86 Format PPS

87 Contoh Format ARAHAN: Bahagian A (15%)
Bahagian ini mengandungi 30 soalan aneka pilihan. Jawab semua soalan dengan menghitamkan pilihan jawapan pada kertas OMR yang disediakan.

88 BAHAGIAN B : Jawab semua soalan yang diberikan dalam bahagian ini
BAHAGIAN B : Jawab semua soalan yang diberikan dalam bahagian ini. Jawapan perlu ditulis dalam ruang yang disediakan. Jawapan yang diberikan perlu ringkas, tepat dan padat. (10 m)

89 Sekian, terima kasih 9/20/2018


Download ppt "BAHASA DALAM MULTIMEDIA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google