Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU"— Transcript presentasi:

1 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
PN. HJH. HAMINAH BT. ABDULLAH

2 PEMILIHAN HASIL PEMBELAJARN (HP)
Pilih satu HP fokus utama dan satu HP fokus sampingan bagi satu waktu pengajaran (40 atau 80 minit) HP fokus utama diberi penekanan khusus dalam P&P (70-80% daripada masa yang diperuntukkan) HP fokus sampingan digabungjalinkan dalam P&P (20-30% daripada masa yang diperuntukkan)

3 Dinasihatkan pilih aras yang sama bagi kedua-dua HP fokus dan sampingan
Penyerapan Sistem Bahasa dan Kemahiran Bernilai Tambah yang sesuai dengan tajuk

4 TEKNIK KERUSI PANAS Semua pelajar membaca teks/bahan rangsangan yang sama Seorang pelajar dipilih dan diminta duduk di atas kerusi di hadapan kelas Pelajar-pelajar lain diminta mengemukakan soalan untuk dijawab oleh pelajar berkenaan Soalan-soalan spekulasi digalakkan Beberapa orang pelajar boleh mengambil bahagian Latihan

5 TEKNIK PERBINCANGAN SECARA STESEN
Guru menyediakan satu tajuk perbincangan dan menulis tajuk-tajuk kecil (lima/enam tajuk kecil) di atas kertas sebak Kertas sebak ditampal di lima/enam tempat di dalam kelas Pelajar dibahagikan kepada lima/enam kumpulan. Setiap kumpulan diminta berada di hadapan kertas sebak dan berbincang tentang tajuk yang disediakan

6 Seorang pelajar daripada setiap kumpulan akan mencatat isi-isi penting yang dibincang dalam masa yang ditetapkan (3minit) Guru memberi arahan supaya setiap kumpulan bergerak (mengikut arah jam) sehingga semua kumpulan dapat mencatatkan isi penting/idea mereka di atas kertas sebak Semua pelajar duduk di tempat masing-masing dan membaca idea-idea yang telah dicatatkan Guru membuat rumusan Latihan

7 TEKNIK PERBINCANGAN BERDASARKAN SOALAN
Guru menyediakan soalan berdasarkan topik/tajuk tertentu dalam lembaran kerja Guru memberi lembaran kerja tersebut dan meminta pelajar menjawab secara individu dalam tempoh masa yang singkat (5-10 minit) Lembaran kerja dikumpul

8 Pelajar diminta duduk di dalam kumpulan (lima/enam orang) dan guru menberikan lembaran kerja setiap ahli dalam kumpulan Berdasarkan jawapan di dalam lembaran kerja dan pengetahuan mereka, pelajar berbincang untuk mendapatkan jawapan yang tepat Guru meminta wakil kumpulan melaporkan hasil perbincangan mereka Latihan

9 TEKNIK BERCERITA Guru memilih cerita yang sesuai dengan umur, latar belakang dan minat pelajar dan disesuaikan dengan objektif pembelajaran. Hubungkaitkan isi cerita dengan aspek-aspek yang hendak disampaikan Ulang beberapa kali bahagian-bahagian tertentu (frasa/ayat) supaya pelajar dapat mengingatinya

10 Guru bercerita dengan nada suara dan intonasi yang sesuai untuk menarik minat pelajar. Gaya dan gerak-geri guru memainkan peranan penting Guru boleh menggunakan gambar, objek sebenar dan bahan lain yang sesuai Guru boleh mengemukakan soalan semasa atau selepas sesi bercerita

11 TEKNIK BERCERITA/BERBUAL MENGGUNAKAN JALUR PERNYATAAN
Guru sediakan jalur pernyataan mengikut jumlah pelajar di dalam kelas (15 pernyataan yang berbeza) Jalur pernyataan dimasukkan ke dalam kotak dan meminta pelajar mengambilnya. Setiap seorang satu jalur

12 Guru meminta pelajar membaca pernyataan dan menyambung pernyataan tersebut
Setiap pelajar diberi masa 2-3 minit untuk bertutur Teknik ini sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa (Melayu, Inggeris atau Arab)

13 TEKNIK TAMU DALAM PERANAN
Guru menjemput seseorang, contoh; tukang kebun, jururawat, pemandu bas, kerani sekolah dll. Pelajar diminta untuk menyoal tetamu tersebut Tetamu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan Latihan

14 TEKNIK SQ3R S – SURVEY; membuat tinjauan Q – QUESTION; menyoal
R – READ; membaca R – RECITE; melafaz R – REVIEW; mengulang

15 LANGKAH P&P Guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca secara luncuran untuk meninjau gambaran secara menyeluruh bahan yang dibaca Guru/pelajar menyediakan soalan-soalan berkaitan dengan petikan yang dibaca

16 Pelajar membaca dan mencari jawapan kepada soalan yang disediakan
Pelajar melafaz atau menyatakan isi-isi penting petikan Pelajar merujuk petikan untuk mengulang isi-isi petikan

17 TEKNIK KWLH K : What I know
Apa yang saya tahu tentang perkara yang dibaca W : What do I want to learn Apa yang saya hendak belajar L : What I learned Apa yang saya sudah pelajari H : How much I want to know Apa lagi yang saya hendak tahu

18 BORANG KWLH K Apa yang telah anda ketahui W Apa yang hendak diketahui
Apa yang telah anda pelajari H Bagaimana maklumat tambahan hendak diperolehi

19 LANGKAH P&P Guru menyatakan tajuk dan memberi borang KWLH
Guru bersoal jawab tentang perkara yang diketahui oleh pelajar Pelajar diminta untuk mencatat di ruangan K Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang apa yang pelajar ingin ketahui dan catatkan di ruangan W

20 Guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca serta mencatat isi-isi penting dalam ruangan L
Guru berbincang dengan pelajar tentang soalan-soalan yang tidak terdapat melalui petikan Pelajar diminta mencatat nombor soalan yang tidak ada jawapan Guru berbincang dengan pelajar cara-cara mendapatkan maklumat tambahan dan mencatat di ruangan H Latihan

21 TEKNIK LUNCURAN Luncuran ialah membaca secara pantas untuk memahami idea utama, mendapat maklumat secara menyeluruh atau bagi mendapat gambaran am perkara yang dibaca

22 LANGKAH P&P Beri petikan kepada pelajar dan meminta mereka membaca pantas dalam tempoh yang ditetapkan (1 atau 2 minit) Meminta pelajar mencari perkara/isu yang dibincangkan dalam petikan yang dibaca Semasa membaca, perhatian diberi kepada idea penting setiap perenggan untuk mendapatkan gambaran umum

23 Dalam pembacaan sebuah buku, fokus diberikan kepada bahagian tertentu seperti pengenalan, prakata, kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapatkan gambaran umum tentang buku yang dibaca

24 TEKNIK IMBASAN Imbasan ialah pembacaan pantas untuk mendapatkan maklumat yang khusus atau tertentu

25 LANGKAH P&P Guru menyediakan soalan untuk dijawab oleh pelajar berdasarkan petikan Guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca pantas untuk mencari jawapan kepada soalan yang diberi

26 Guru meminta pelajar mengerakkan mata dari atas ke bawah dengan pantas muka surat petikan yang dibaca, sambil memberi tumpuan kepada maklumat yang dicari Dalam pembelajaran, luncuran dan imbasan boleh digunakan bersama

27 TEATER PEMBACA Skrip disediakan berdasarkan watak dalam teks
Setiap pelajar membaca menggunakan sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai Skrip untuk setiap pelajar yang terlibat diasingkan

28 TEKNIK “PERMATA” Teknik ini dapat membantu pelajar mencipta sajak
PERMATA = permainan kata-kata

29 LANGKAH P&P Guru menulis tajuk sajak di tengah papan putih
Guru meminta pelajar memberi kata atau rangkai kata yang menerangkan tajuk tersebut Guru mencatat kata-kata yang dinyatakan Guru membimbing pelajar memilih kata atau rangkai kata yang sesuai sambil membina ayat-ayat yang puitis Pelajar menulis sajak yang lengkap secara kumpulan atau individu

30 TERIMA KASIH


Download ppt "PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google