Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PROGRAM ALUR ILMU,THE HEART OF UKM 2013/2014 NO KELULUSAN JPPEL:PJ/008/000/1213-067 LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PROGRAM ALUR ILMU,THE HEART OF UKM 2013/2014 NO KELULUSAN JPPEL:PJ/008/000/1213-067 LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN."— Transcript presentasi:

1 PROGRAM ALUR ILMU,THE HEART OF UKM 2013/2014 NO KELULUSAN JPPEL:PJ/008/000/1213-067
LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN

2 NAMA : MUHAMMAD AMIRUN IRFAN BIN ZIN AZMI
NO MATRIKS : A146215 FAKULTI : FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT PROGRAM : SARJANA MUDA KEJURUTERAAN PERISIAN DENGAN KEPUJIAN(PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT)

3 PENGENALAN Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan universiti yang dibangunkan oleh rakyat di Malaysia pada ketika dahulu. Universiti yang dikatakan sebagai “tanah suci” ini harus dikekalkan kehebatan dan keunggulannya dalam memberi perspektif yang baik kepada seluruh masyarakat. Sebagai warga UKM yang mencintai dan menghargai kesusahan perjuangan rakyat yang terdahulu dalam menubuhkan UKM ini adalah menjadi satu kewajipan dalam menjaga, mengekalkan serta mengangkat nama dan imej UKM agar sentiasa menjadi universiti terbaik di dalam membawa falsafah, wawasan, misi, visi dan matlamat yang tersendiri. UKM bukan sahaja melatih para pelajarnya dalam bidang-bidang profesional, malah juga membina dan memperkukuh aspek-aspek pembangunan insaniah. Salah satu aspek pembangunan insaniah pelajar adalah melalui kebertanggungjawaban terhadap kelestarian kampus. Pada tahun 2007, UKM telah melancarkan program UKM Kampus Lestari. Program ini adalah berskala jangka panjang yang bertujuan untuk menjadikan UKM kampus Bangi menjadi universiti yang mesra alam dalam semua operasinya dengan temanya “UKM Lestari untuk Malaysia dan Dunia”. Dalam usaha melestarikan kampus, semua komponen ekosistem semulajadi kampus perlulah dipelihara dan dipulihara. Ini termasuklah Alur Ilmu UKM.

4 Alur Ilmu merupakan nadi dan ‘jantung’ kepada persekitaran UKM
Alur Ilmu merupakan nadi dan ‘jantung’ kepada persekitaran UKM. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Alur Ilmu tidak lagi dilihat sebagai nadi dan ‘jantung’ UKM. Malah kewujudannya seolah-olah tidak lagi dipedulikan oleh warga kampus. Ini disebabkan keadaan fizikal Alur Ilmu yang tidak memuaskan dan sering tercemar dengan sedimen yang terhakis dari tebing sungai. Hal ini diburukkan lagi dengan ketiadaan haiwan akuatik dalam Alur Ilmu. Penganjuran Program “Alur Ilmu the Heart of Universiti Kebangsaan Malaysia” oleh mahasiswa/i dari Kolej Ibu Zain dengan kerjasama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM serta Ekorelawan UKM dilihat bertepatan dalam menyelesaikan masalah Alur Ilmu. Projek ini diharap dapat mengembalikan kesedaran dan kecintaan warga UKM terhadap Alur Ilmu. Disamping itu, ia juga diharapkan dapat mengembalikan semula kecantikan dan keindahan Alur Ilmu agar memperlihatkan keperibadian yang mulia seluruh warga UKM dalam menjaga kelestarian dan kepekaan terhadap keadaan universiti.

5 OBJEKTIF PROGRAM Objektif Program Alur Ilmu,The Heart Of UKM 2013/2014 adalah untuk: Memupuk dan mengukuhkan kesedaran memelihara dan memulihara alam sekitar di dalam UKM melalui Alur Ilmu. Mempertingkatkan usaha melestarikan universiti dan alam sekitarnya dengan mendapat pelbagai sokongan oleh seluruh warga UKM. Memberikan maklumat tentang permasalahan kekotoran Alur Ilmu kepada warga UKM dan mencari solusi akan permasalahan ini. Melahirkan warga UKM yang mempunyai disiplin dan keperibadian yang baik dalam memelihara alam sekitar di dalam UKM. Menjaga nama baik UKM dalam memperlihatkan suasana yang bersih dan harmoni terhadap keadaan persekitaran universiti kepada masyarakat di luar kampus.

6 PERJALANAN PROGRAM Program Alur Ilmu,The Heart of UKM ini berlangsung dari tarikh 30/11/2013 sehingga 27/2/2014. Berikut merupakan tentatif aktiviti program :

7 TENTATIF LAWATAN KE TAMAN WETLANDS PUTRAJAYA
29 November 2014 (Jumaat) Masa Perkara Tempat 7.30a.m a.m Pendaftaran peserta Lobi Kolej Ibu Zain 8.00a.m a.m Bertolak ke Taman Wetlands Putrajaya Perhentian Bas KIZ 8.30a.m – 9.00a.m Pengenalan Alur Ilmu kepada semua peserta & tayangan video Putrajaya 9.00a.m – 9.30a.m Taklimat ringkas daripada wakil Perbadanan Putrajaya 9.30a.m – 12.00p.m Pembentangan dan lawatan ke Taman Wetlands Taman Wetlands 12.00p.m – 2.00p.m Rehat dan solat Masjid Putrajaya 2.00p.m p.m Kajian Sosiologi Alamanda Putrajaya 4.00p.m – 4.30p.m Balik ke KIZ dan bersurai KIZ

8 TENTATIF KEMBARA ALUR ILMU DI SEPANJANG ALUR ILMU UKM
30 November 2014 (Sabtu) Masa Perkara Tempat 7.30a.m a.m Pendaftaran peserta Lobi Kolej Ibu Zain 8.00a.m a.m Senamrobik Dataran Kafe KIZ 8.30a.m – 11.00a.m Kajian Persekitaran di sepanjang Alur Ilmu Sepanjang Alur Ilmu (dari Fakulti Sains & Teknologi sehingga ke bangunan Canselori) 11.00a.m – 12.00p.m Latihan dalam kumpulan (LDK) Dataran Canselori 12.00p.m – 1.00 p.m. Balik ke KIZ dan bersurai KIZ

9 TENTATIF PROGRAM KEMPEN
Perkara/ Atur Cara Tarikh & Masa Tempat Pameran & Kempen 14/12/2013 16/12/ /12/2013 Alamanda Putrajaya Pusanika UKM Flashmob 6/12/2013 7/12/2013 8/12/2013 Stadium UKM Kolej Ibu Zain Roadshow 17/2/2014 19/2/ /2/2014 Fakulti Sains & Teknologi Kolej-Kolej Kediaman

10 TENTATIF SESI DIALOG ALUR ILMU
Tarikh & Waktu Perkara/ Aturcara 27 Februari 2014 8.00 am am 8.00 am 9.00 am 9.10 am 9.45 am 9.55 am 10.30 am Majlis Perasmian: Ketibaan tetamu jemputan Ketibaan perasmi : Prof. Datuk DR. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor UKM Ucapan Aluan Pengerusi JK Pelaksana Ucapan Pengerusi JK Pemandu Ucapan perasmian Gimik pelancaran Pelancaran Derma RM 1 Ringgit untuk Alur Ilmu Pelancaran Kelab Ekorelawan Lawatan pameran Jamuan 11.00 am – am Tayangan Multimedia Ucaptama : Perancangan dan Pembangunan Alur Ilmu, The Heart of UKM Encik Nik Mohd Noor Faizul Md Saad Timbalan Pengetua Kolej Ibu Zain (KIZ) 11.45 am – 1.00 pm Pengerusi Sesi : Pengerusi Sesi : YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr Othman A. Karim Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni ), UKM Perkara 1: Isu dan permasalahan Alur Ilmu UKM Perkara 2: Usaha-usaha penambahbaikan Alur Ilmu UKM Perkara 3: Kesimpulan 1.00 pm – 2.00 pm Jamuan dan bersurai

11 BAGAIMANA HP DICAPAI MELALUI PROGRAM
Saya sebagai seorang mahasiswa yang menyertai program Alur Ilmu,The Heart of UKM berpendapat HP kemahiran pemikiran kritikal,penyelesaian masalah dan pendekatan telah dicapai melalui program ini hasil daripada aktiviti-aktiviti yang telah saya lakukan sepanjang program ini. Pada peringkat awal program ini,kami telah dibawa pergi ke Pejabat Kompleks Perbadanan Putrajaya bagi mendapatkan pandangan dan pengetahuan daripada pihak mereka berhubung bagaimana sesebuah sungai itu dijaga atau dipelihara.

12 Kita sedia maklum bahawa Putrajaya suatu ketika dahulu merupakan sebuah ladang dan kemudiannya dibangunkan menjadi sebuah bandar dan menjadi tempat pentadbiran kerajaan pusat.Putrajaya juga merupakan bandar yang dikelilingi tasik dan kami mempelajari konsep yang dibangunkan oleh Perbadanan Putrajaya dalam mengurus tasik-tasik di Putrajaya sebagai panduan untuk kami membangunkan semula sungai Alur Ilmu,UKM.

13 Pihak Perbadanan Putrajaya juga telah mengadakan sesi soal jawab bersama mereka selepas diberi penerangan mengenai konsep penjagaan tasik yang dibangunkan oleh pihak mereka.Sesi soal jawab ini menjana pemikiran yang kritikal bagi saya. Selain itu,kami juga telah mengadakan kembara di sepanjang sungai Alur Ilmu bagi melihat sendiri dengan lebih dekat mengenai permasalahan sungai tersebut.Kami telah dibahagikan kumpulan bagi mengenal pasti punca serta solusi yang sesuai bagi menangani masalah sungai tersebut.Hal ini telah mencapai salah satu entiti HP ini iaitu penyelesaian masalah dan pendekatan.

14 Di samping itu,usaha kami mempromosikan alur ilmu dengan cara melakukan tarian Flashmob serta mengumpul seberapa banyak tandatangan pengunjung sebagai tanda sokongan pihak luar dalam menjana program kami di Kompleks beli-belah Alamanda,Putrajaya turut memperlihatkan nilai HP saya.Pendekatan sebegitu yang dilakukan dapat mempromosikan lagi program kami bagi mendapatkan sokongan serta dana untuk memulihkan sungai Alur Ilmu.

15 REFLEKSI MENGENAI PROGRAM
Program Alur Ilmu,The Heart of UKM ini sememangnya memberi banyak input yang bermanfaat dalam diri saya.Perjalanan program ini sejak program ini dirangka sehinggalah kini penuh dengan pelbagai cabaran yang telah diharungi. Suara-suara sumbang yang kedengaran merendah- rendahkan usaha kami menjalankan program ini tidak sama sekali menjadi alasan untuk kami berputus asa. Tidak kurang jua ada yang menyokong usaha kami dalam membangunkan semula sungai Alur Ilmu ini

16 Sememangnya pemikiran-pemikiran kritikal awal-awal lagi sudah ditanam dalam diri semasa mengendalikan projek ini.Penyelesaian masalah secara terancang serta pendekatan yang berkesan turut digunakan dalam melaksanakan program ini. Saya turut menyelitkan video-video pembuktian sepanjang program ini berlangsung Sekian,Terima Kasih.

17 Gambar Pembuktian HP

18

19

20

21


Download ppt "PROGRAM ALUR ILMU,THE HEART OF UKM 2013/2014 NO KELULUSAN JPPEL:PJ/008/000/1213-067 LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google