Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
BAHASA TULISAN DAN SISTEM AKSARA
MINGGU 07 BAHASA TULISAN DAN SISTEM AKSARA
2
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat: memberikan pengertian sistem aksara mengenal pasti: > perbedaan bahasa lisan dengan bahasa tulisan, > fungsi tulisan, dan > jenis tulisan
3
SISTEM AKSARA Bahasa tulisan menjadi objek linguistik kerana sifatnya yang hampir dengan bahasa. Fungsi bahasa tulisan juga amat besar, dan menembusi waktu dan ruang. Bahasa tulisan dapat disimpan lama. Oleh itu, maklumat masa lalu atau maklumat dari tempat yang jauh dengan mudah diperoleh. Pada alaf baru, bahasa lisan juga dapat memainkan fungsi ini dengan bantuan peralatan canggih. Sebagai rakaman bahasa lisan, bahasa tulisan dapat menyimpan bahasanya untuk disampaikan kepada generasi lain menjangkau ruang dan waktu.
4
SISTEM AKSARA Bahasa tulisan kurang sempurna kerana banyak unsur bahasa lisan seperti tekanan, intonasi dan nada tidak dapat dirakam sepenuhnya. Namun, untuk keperluan pentadbiran, dokumentasi dan pendidikan, sistem aksara masih diperlukan. Bahasa tulisan bukanlah bahasa lisan yang dirakamkan secara tuntas kerana unsur pertimbangan dan pemikiran telah diambil kira untuk mengurangkan kesalahfahaman. Sebarang bentuk kesalahan sukar dibaiki dalam bahasa tulisan berbanding dengan bahasa lisan. Bahasa lisan juga dibantu oleh intonasi, tekanan, mimik dan gerak geri.
5
PERBEDAAN ANTARA BAHASA LISAN DENGAN BAHASA TULISAN
- Lisan mendahului tulisan - Wujud setengah juta tahun dahulu - asal-usulnya tidak dapat dipastikan - perubahan sistem berlaku dengan cepat Bahasa tulisan - tulisan hadir kemudian - Wujud sepuluh ribu tahun dahulu - Asal-usul dapat dipastikan - Perubahan sistem berlaku dengan perlahan
6
FUNGSI TULISAN Kontak dengan dunia luar Sihir dan upacara kerohanian Penyimpanan kira-kira keagamaan secara ekslusif Perakaman peristiwa, undang-undang adat, cerita tradisional Peringatan dan pesanan untuk generasi kemudian Pentadbiran awam Perdagangan Pengucapan kesusasteraan dan kesenian Pengembangan ilmu pengetahuan dalam pelbagai disiplin
7
JENIS TULISAN: PIKTOGRAF
Tulisan paling dini bermula daripada gambar yang terdapat di gua Altamira, Utara Sepanyol, dan beberapa tempat lain di Afrika, Indo-Amerika, Eskimo, Siberia dan Cina. Gambar yang sederhana itu menggambarkan objek itu sendiri. Gambar dikodkan supaya dapat dihubungkan dengan makna dan bunyi untuk merekodkan idea, pemikiran, penciptaan, dan sebagainya. Gambar itu sendiri dinamakan PIKTOGRAM, dan sebagai sistem tulisan, gambar itu dinamakan PIKTOGRAF. Piktograf merupakan tulisan yang paling dini, dan penciptaannya memerlukan perhatian terus. Tulisan ini menggambarkan objek tertentu dalam pelbagai bentuk dan gaya.
8
JENIS TULISAN: IDEOGRAF
Piktograf kemudiannya ditafsirkan dengan lebih mendalam, dan tidak lagi menggambarkan sifat benda atau konsep. Piktograf yang menggambarkan gagasan, idea atau konsep dinamakan IDEOGRAF. Ideograf juga dikenali dengan nama logograf atau tulisan idea. Ideograf ini kemudiannya menjadi lebih sederhana, sehingga hubungan antara gambar dengam maknanya tiada kaitan sama sekali, seperti tulisan paku yang digunakan oleh bangsa Sumaria pada 4 ribu S.M. Tidak ada tulisan yang seratus peratus Ideograf. Namun demikian, tulisan Cina dan tulisan Kanji Jepun merupakan tulisan yang paling hampir dengan bentuk ini.
9
TULISAN SUKU KATA/SILABIK
Tulisan suku kata atau silabik merupakan perubahan dan kemajuan daripada tulisan ideograf, khususnya aksara paku yang diperkembang oleh orang Parsi zaman Darius I. Lambang atau tulisan dalam sistem silabik ini mengandung bunyi suku kata, dan tidak menyatakan gambar, gagasan atau kata. Selain orang Parsi, orang Mesir juga memperkembang sistem tulisan silabik. Aksara Mesir ini mempengaruhi sistem tulisan bangsa lain, termasuk bangsa Fenesia di pantai timur laut tengah. Aksara Fenesia mengandung 22 suku kata, dan setiap aksara melambangkan satu konsonan yang dikuti satu vokal.
10
TULISAN SILABIK Pada awal abad ke-9, wanita di istana maharaja Jepun telah mencipta ejaan sukuan sambung yang dikenali sebagai hiragana, iaitu tanda yang berasal daripada huruf Cina. Jika huruf Kanji dapat melahirkan pendapat, konsep dan citra, hiragana menambahkan satu lagi matra, iaitu transkripsi fonetik yang bebas daripada sistem ideografik. Pada abad ke-11, Murasaki Shikibu melalui tulisan hiragana ini telah menghasilkan The Tale of Genji, iaitu sebuah karya klasik yang terkenal yang menjadi tanda ketamadunan Jepun. Pada akhir abad ke-8, wujud tulisan katakana yang telah dihasilkan oleh sami Buddha untuk mempermudah bacaan sutra.
11
TULISAN SILABIK Hiragana digunakan untuk menulis kata/frasa asli bahasa Jepun, dan katakana digunakan untuk menulis kata/frasa pinjaman. Tulisan Jepun mengekalkan percantuman empat bentuk, iaitu kanji, hiragana, katakana dan roman. Ini demikian kerana sistem perlambangan fonetik Jepun memerlukan pendekatan lelurus yang memperlahankan proses bacaan dan melewatkan pemahaman isi. Di Korea, wujud sistem tulisan hankul. Sistem tulisan ini lebih canggih daripada sistem tulisan Jepun. Pada dasarnya sistem tulisan Cina, Jepun, Korea, Sanskrit, Jawa, Thai dan lainnya masih meneruskan sistem ideogram (lambang), dan fonogram (tanda bunyi) yang berbentuk suku kata.
12
TULISAN SILABIK Bahasa Arab mempunyai cara yang berbeda, iaitu mementingkan bunyi konsonan sebagai akar kata, sedangkan bunyi vokal hanya menyatakan jenis kata, dan aspek tatabahasa yang ditegaskan dengan bentuk tersendiri, bukannya huruf. Bahasa Yunani, Latin, Romawi, Jerman dan lainnya menggabungkan huruf mati dengan huruf hidup untuk mewujudkan satu deretan bunyi bahasa yang bermakna. Tulisan silabik orang Fenesia diubah suai oleh orang Yunani, dan aksara Yunani telah diubah suai oleh orang Romawi. Pada abad pertama masihi, aksara Romawi (Latin) tersebar ke seluruh dunia. Pada abad ke-16, aksara ini tiba di Kepulauan Melayu.
13
TULISAN SILABIK Terdapat dua sistem yang luas digunakan, iaitu Romawi dan Cryrilik. Sistem Romawi inilah yang digunakan dalam sistem tulisan rumi, Sistem Cryrilik digunakan dalam bahasa Yunani, Rusia dan bahasa Eropah Timur yang lain. Di Nusantara, sebelum aksara rumi digunakan, telah wujud sistem aksara batak, Sunda, Mandailing, Bugis, Makasar, Kerinci, Lampung, Rejang,, Tagalog, Rencong, Jawa, Sanskrit, Dewanagari dan Sasak. Aksara ini diwarisi daripada aksara Palava yang tersebar bersama agama Hindu dan Buddha. Aksara Palava berasal daripada aksara Brahmi yang ada kaitannya dengan aksara Semit.
14
SALASILAH AKSARA Hieroglif Mesir Semit Kuno Semit Utara Semit Selatan Aramea Fenesia Ibrani Parsi Arab Brahmi Yunani Palava Nagari Etruski Sirilik Hankul Thai Jawa, Lampung, Bugis…Romawi (Latin)
15
KESIMPULAN Sistem aksara bermaksud bahasa tulisan Bahasa tulisan berbeda dengan bahasa lisan dari segi penampilan, masa, asal-usul dan perubahan Fungsi bahasa tulisan amat besar, menembusi ruang dan waktu. Tulisan berkembang daripada jenis piktograf, ideograf dan akhirnya silabik.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.