Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Persatuan Pengamal Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara (1874-09-PPG) NRG-SHE No.25 Persiaran Seksyen 3/18, Bandar Putra Bertam, 13200.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Persatuan Pengamal Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara (1874-09-PPG) NRG-SHE No.25 Persiaran Seksyen 3/18, Bandar Putra Bertam, 13200."— Transcript presentasi:

1 Persatuan Pengamal Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara (1874-09-PPG)
NRG-SHE No.25 Persiaran Seksyen 3/18, Bandar Putra Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang LAPORAN RINGKAS PROGRAM Tajuk projek : Safe Motorcycle Riding Programme 2016 Tarikh : 22 Disember 2016 Tempat : IOI Acidchem Sdn Bhd Latarbelakang Projek Peningkatan kes kemalangan pergi dan balik kerja membimbangkan 09/06/ :00pm KOSMO KUALA KANGSAR - Sebanyak 10,069 kes kemalangan membabitkan golongan pekerja dalam perjalanan pergi dan pulang tempat kerja direkodkan sejak Januari hingga April tahun ini. (2016) Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib berkata, kes dicatatkan itu agak membimbangkan berikutan trend kemalangan terbabit, meningkat sejak tiga tahun lepas. Beliau berkata, statistik kemalangan terbabit sepanjang tahun meningkat sejak 2013 iaitu sebanyak 27,699 (2013), 28,037 (2014) dan 28,591 (2015). "Lebih membimbangkan, daripada keseluruhan kes dicatatkan tahun lalu, sebanyak 40 peratus daripadanya iaitu 11,330 kes melibatkan pekerja berumur di bawah 30 tahun. Jika trend ini tidak dibendung, ia menyebabkan kerugian kepada negara kerana kita berpotensi kehilangan khidmat tenaga kerja muda akibat kecederaan atau kehilangan nyawa," katanya. - Bernama Kemalangan tersebut yang selalunya melibatkan kehilangan nyawa atau hilang keupayaan kekal menyebabkan kerugian modal insan, kerugian ekonomi kepada negara dan juga keluarga. Sehubungan itu, semua pihak termasuk NGO, seperti NRG-SHE telah berkerjasama dengan Perkeso, JKKP dan Boon Siew Honda Safety Riding Center bagi mewujudkan program-program yang dapat memberi kesedaran dan membimbing pekerja seperti program Safe Riding untuk pekerja yang menunggang motosikal.

2 Yuran Menghadiri Program
Persatuan Pengamal Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara ( PPG) NRG-SHE No.25 Persiaran Seksyen 3/18, Bandar Putra Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang Dengan bantuan kewangan PERKESO, pihak NRG-SHE melalui penyedia latihan Boon Siew Honda Safety Riding Center telah berjaya melatih “Safety Riding Simulator” kepada pengunjung pameran Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan raya Peringkat Kebangsaan Sempena Tahun Baru Cina. Secara umumnya, program ini telah berjaya memberi pendedahan dan bimbingan yang berguna kepada para pengunjung. Semua peserta diberi tunjuk ajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam mengendalikan atau menunggang motorsikal dengan selamat. Kursus sehari ini yang dijalankan secara teori dan praktikal ini dapat memberi kesedaran, panduan, dan cara yang terbaik kepada peserta untuk menunggang motorsikal dengan selamat. Kesemua peserta berpuas hati dan gembira dengan program yang dijalankan ini dan mereka berharap ia akan mencapai matlamat dan objektif program. Semoga usaha tanggungjawab korporat NRG-SHE ini dapat membantu menurunkan kadar kemalangan kemalangan pergi ke tempat kerja dan balik dari tempat kerja ini. Peserta Program Seramai 25 orang peserta telah menyertai program ini. Mereka terdiri daripada golongan pekerja yang mencarum dengan PERKESO. Yuran Menghadiri Program Tiada yuran dikenakan dan kos ditanggung oleh NRG-SHE. Jadual Program Seperti di lampiran. Pembentang Kertas Kerja Seperti di lampiran

3 Sekitar Hari-Hari Berlangsungnya Program
Persatuan Pengamal Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara ( PPG) NRG-SHE No.25 Persiaran Seksyen 3/18, Bandar Putra Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang Sekitar Hari-Hari Berlangsungnya Program

4 LAMPIRAN – JADUAL PROGRAM
Persatuan Pengamal Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara ( PPG) LAMPIRAN – JADUAL PROGRAM (22 Disember 2016) 8.30 pagi Pendaftaran peserta 9.00 pagi Taklimat Wakil PERKESO Sumbangan dan Faedah Caruman 10.00 pagi Rehat 10.15 pagi Asas Pengetahuan Motorsikal Aspek Keselamatan Menunggang Motorsikal 1.00 ptg Makan Tengahari 2.00 ptg Sessi Praktikal Slalom, Zigzag, Pusingan 8, Pengendalian Brek 4.45 ptg Minum Petang 5.00 ptg Bersurai Laporan disediakan oleh: Laporan disemak oleh: ……………………………………………… …………………………….. Mohd Yussaydi Bin Md Eusoff Anuar Bin Saidin Pemantau/ AJK NRG-SHE Pengerusi NRG-SHE NRG-SHE No.25 Persiaran Seksyen 3/18, Bandar Putra Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang

5 LAMPIRAN – SENARAI PESERTA


Download ppt "Persatuan Pengamal Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara (1874-09-PPG) NRG-SHE No.25 Persiaran Seksyen 3/18, Bandar Putra Bertam, 13200."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google