Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
KAEDAH FONETIK ( “BIG BOOK”)
Abjad a – z Perkataan / gambar Sukukata ( perkataan 2 susukata. 3 sukukata & 4 sukukata) Frasa / gambar
2
KAEDAH ABJAD 1.KAEDAH ABJAD CARA PELAKSANAAN
Guru mempamerkan carta huruf Aa – Zz di hadapan kelas. Guru menyebut huruf dan murid-murid mengikutnya. Menjalankan aktiviti latih tubi sehingga murid-murid dapat menyebut huruf a – z. Setelah murid mengenal semua huruf , barulah guru menjelaskan tentang huruf besar dan huruf kecil. Guru boleh menjalankan aktiviti menyebut huruf berdasarkan huruf yang ditunjukkan oleh guru. Tujuan untuk memastikan murid telah mengenal huruf walaupun tidak dibaca secara berturut atau mengikut turutan huruf. Menyanyikan lagu A – Z berdasarkan carta huruf yang telah dipamerkan. Guru juga boleh meminta murid menuliskan huruf yang disebut oleh guru di papan putih.
3
SUKUKATA (V KV) CARA PELAKSANAAN
Guru mempamerkan carta perkataan di hadapan kelas. Guru meminta murid menyebut huruf yang berwarna merah. Huruf tersebut adalah huruf vokal (a,e,i,o,u) Seterusnya guru akan mengeja perkataan tersebut mengikut suku kata .Contoh a – pi = api. Kemudian guru meminta murid mengikut perkataan yang telah dieja oleh guru mengikut suku kata. Guru meminta murid mengeja berulang kali sehingga murid dapat mengeja tanpa melihat perkataan tersebut. Guru boleh meminta beberapa orang murid menulis perkataan yang disebut oleh guru di papan putih. Di samping itu juga, guru boleh menjalankan aktiviti ejaan dalam kumpulan.
4
AYAT CARA PELAKSANAAN Guru mempamerkan carta ayat di hadapan kelas.
Guru meminta murid-murid mengeja setiap perkataan yang terdapat carta tersebut. Murid-murid mengeja mengikut suku kata kerana guru telah membezakan di antara suku kata pertama dengan warna merah dan suku kata kedua dengan warna hitam. Tujuan dibuat begitu untuk memudahkan murid-murid LINUS mengeja mengikut suku kata. Setelah mengeja guru menjalankan pula aktiviti membaca ayat. Aktiviti seterusnya adalah aktiviti soal jawab dengan murid-murid bagi memastikan murid-murid memahami petikan tersebut. Boleh juga guru menyediakan lembaran kerja mengisi tempat kosong dengan jawapan berpandukan petikan .Contoh 1. Nanas Rani rasa ______________.
5
KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
CARA PELAKSANAAN . Guru memaparkan gambar dan murid menyebut gambar tersebut. . Secara rawak, guru meminta murid memilih gambar,( perkataan yang disebut guru.) . Murid memadankan gambar dengan perkataan yang betul di hadapan kelas.
6
PENYERAPAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
GAMBAR DAN PERKATAAN (VKV…KVKV…KVKVK) CARA PELAKSANAAN . Guru memaparkan gambar yang mempunyai perkataan di hadapan kelas. . Murid mengikut bacaan guru. .Secara rawak, murid diminta membaca perkataan-perkataan tersebut.
7
PENGAJARAN MENGGUNAKAN BONEKA
CARA PENGGUNAAN (BONEKA JARI) . Guru mengajarkan cara melafazkan dialog dengan intonasi dan gaya persembahan yang betul. . Murid dikehendaki membaca dialog (skrip) . Murid lain pula diajar menggerakkan boneka jari mengikut bacaan dalam skrip . Guru membimbing murid melaksanakan aktiviti
8
PENGAJARAN MENGGUNAKAN BONEKA
SKRIP BONEKA
9
Perkataan dua suku kata kv + kv
10
raga
11
cili
12
bapa
13
Perkataan dua suku kata kv + kvk
14
kapur
15
bakul
16
tikar
17
BENGKEL PEMBINAAN BAHAN PEMULIHAN DENGAN POWERPOINT
18
Aa api
19
Bb buku
20
Cc cawan
21
Dd daun
22
Ee epal
23
Ff feri
24
Gg guli
25
Hh harimau
26
Ii itik
27
Jj jambu
28
Kk katak
29
Ll lampu
30
Mm mata
31
Nn naga
32
Oo oren
33
Pp pisang
34
Qq qari
35
Rr roti
36
Ss satu
37
Tt tikus
38
Uu udang
39
Vv van
40
Ww wau
41
Xx x-ray
42
Yy yoyo
43
Zz zip
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.