Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

MPU 1152 Pengajian Malaysia

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "MPU 1152 Pengajian Malaysia"— Transcript presentasi:

1 MPU 1152 Pengajian Malaysia
Topik 2 PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA (Minggu 2 – Minggu 6) ngkammengkkkb

2 2. 1 Latar Belakang Pembinaan Negara Dan Bangsa 2. 1
Latar Belakang Pembinaan Negara Dan Bangsa Mentakrifkan Konsep Negara Dan Bangsa Apa itu Negara? Apa itu Bangsa? Negara bangsa merupakan satu Negara yang mempunyai rakyat yang berciri sama iaitu dalam agama, bahasa dan budaya. Negara bangsa terbentuk apabila rakyatnya berjaya disatukan di bawah satu pemerintahan yang berdaulat. - Kamus Dewan (1994: 924) Tujuan utama pembinaan bangsa itu adalah untuk melahirkan perasaan taat setia dan perpaduan terhadap sesuatu pertubuhan (bangsa) itu.

3 Konsep kerajaan dan negeri telah berubah dengan kedatangan kuasa Barat
Sistem politik zaman moden dengan sistem politik yang diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisional adalah berbeza. Konsep ‘KERAJAAN’ berkait rapat dengan ‘RAJA’. Tanpa Raja, kerajaan tidak wujud. Raja mempunyai kedudukan istimewa dan berkedudukan tinggi / puncak. Raja melindungi dan menjaga keselamatan rakyat. Sebagai balasan, rakyat bertanggungjawab kepada raja, mengakui dan menerima kekuasaan raja. Sempadan negeri ditentukan berdasarkan kesetiaan rakyat. Konsep kerajaan dan negeri telah berubah dengan kedatangan kuasa Barat Setelah British campur tangan di Negeri-negeri Melayu:- Setiap kerajaan Melayu yang wujud ditakrifkan sebagai negeri. Sempadan bagi setiap negeri telah ditetapkan Konsep kerajaan digantikan dengan konsep negeri.

4 2.1.2 Menyenaraikan Ciri-ciri Negara Bangsa
1. Kerajaan Institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah Negara. Bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah Negara. Merujuk kepada 3 badan: Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. 2. Negara Sebuah wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan kawasan yang jelas, dan pemerintah yang wibawa Terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah Merujuk kepada institusi pemerintahan tersusun dan bertanggungjawab membuat dan melaksanakan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.

5 Peraturan bertulis tertinggi di Malaysia.
3. Bangsa Sekumpulan manusia yang menetap di sebuah wilayah atau kawasan dan mempunyai ikatan ketatanegaraan. Masyarakat ini merupakan warga negara sesebuah negara. Idea bangsa digunakan untuk melahirkan perasaan bersatu padu demi membentuk bangsa Malaysia yang kukuh. 4. Perlembagaan Peraturan tertinggi yang menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir / memerintah Negara. Peraturan bertulis tertinggi di Malaysia. Bertujuan meberi jaminan perlindungan kepada rakyat.

6 RUMUSAN

7 RUMUSAN

8 RUMUSAN

9 RUMUSAN

10 CIRI-CIRI BANGSA MALAYSIA Wujud pada 31 Ogos 1957
Konsep bangsa Malaysia – masyarakat berbilang kaum yang berlainan bahasa, budaya, kepercayaan dan pendapat tentang keduniaan. Bangsa Malaysia terbentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan dan Rukun Negara dalam setiap aspek kehidupan. CIRI-CIRI BANGSA MALAYSIA Wujud pada 31 Ogos 1957 Perisytiharan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 Terdiri daripada masyarakat berbilang kaum Setiap kaum mengamalkan agama, budaya dan bahasa yang berlainan Bangsa Malaysia disatukan melalui bahasa kebangsaan dan kebudayaan kebangsaan Bangsa Malaysia mengamalkan Rukun Negara Bangsa Malaysia adalah hasil perjuangan kemerdekaan dan pengisian kemerdekaan Sentiasa berusaha mengekalkan dan mempertahankan kemerdekaan. - TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD

11 2.1.3 Menyatakan proses pembentukan negara bangsa
Proses Pembentukan Negara Bangsa di Tanah Melayu. 1 GAGASAN MALAYAN UNION 1946 2 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 Pengabungan semua negeri Melayu di bawah kerajaan pusat 3 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU YANG MERDEKA 1957 4 PEMBENTUKAN MALAYSIA Penyertaan Sabah, Sarawak dalam Persekutuan Malaysia 1963 Kesimpulannya, negara bangsa diasaskan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, seterusnya melalui penjajahan Barat, kemudiannya perjuangan menuntut kemerdekaan.

12 2. 2 Negara Bangsa Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka (KMM) 2. 2
2.2 Negara Bangsa Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka (KMM) Menyatakan ciri-ciri negara dan bangsa pada zaman KMM KMM mempunyai ciri-ciri sesebuah negara bangsa moden – wilayah pengaruh, kerjaan, lambang-lambing, rakyat, undang-undang dan kedaulatan Wilayah Pengaruh – Melaka mempunyai wilayah yang luas di Tanah Melayu dan Timur Sumatera. Kerajaan – Kerajaan KMM sebagai raja dan raja adalah kerajaan. Raja dibantu oleh empat orang pembesar – Sistem Pembesar Empat Lipatan. Lambang Negara – Simbol identiti sesebuah negara. Nobat, warna, Bahasa, undang- undang protocol dan adat istiadat lambang kebesaran sultan. Rakyat – Semasa KMM, rakyat diwajibkan memberi kesetiaan kepada raja Undang-undang – KMM ada 2 jenis undang-undang bertulis (Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka). Undang-undang dipengaruhi hokum adat tempatan dan agama Islam. Kedaulatan – Kuasa tertinggi pemerintah terhadap rakyat sesebuah wilayah / negara. Tujuan kedaulatan ialah menjadikan negara itu bebas daripada campur tangan, paksaan dan taklukan penjajahan kuasa asing. Kedaulatan KMM ialah pada raja yang memerintah mewakili negeri kawasan raja.

13 2.3 Menyatakan Warisan Sistem Pemerintah Negeri-Negeri Melayu

14 MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN
2.3 Menyatakan Warisan Sistem Pemerintah Negeri-Negeri Melayu Undang-undang Kerajaan Johor UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR Raja sebagai pemerintah Johor. Raja berhak memilih Menteri Besar, manakala jawatan Naib Menteri Besar ditentukan Jemaah menteri dengan perkenan Raja. Majlis Mesyuarat Kerajaan membantu Raja dalam mentadbir negeri. MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN Majlis Negeri Menteri Besar sebagai Yang Dipertua. Beliau membantu Raja dan Jemaah Menteri dalam mentadbir negeri Jemaah Menteri Terdiri daripada 8 – 12 pegawai kanan kerajaan yang menjadi ahli Majlis Negeri. Persidangan diadakan sebulan sekali

15 RUMUSAN

16 Mula Pembesar Lapan Empat Tugas Singkir Ganti Gelaran Taat
2.3 Menyatakan Warisan Sistem Pemerintah Negeri-Negeri Melayu Sistem Jemaah Menteri di Kelantan dan Terengganu Sistem Jemaah Menteri yang dilaksanakan di Kelantan pada abad ke-19 Mula Sistem Jemaah Menteri mula diamalkan di Kelantan sejak pemerintahan Sultan Muhammad 1 ( ). Pembesar Baginda melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbiran. Lapan Sultan Muhammad II membentuk lapan Jemaah Menteri untuk melicinkan pentadbiran. Empat Setiap Jemaah Menteri dianggotai oleh empat orang pembesar. Tugas Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing. Singkir Sultan Muhammad II menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam perebutan kuasa. Ganti Baginda menggantikan kerabat diraja dengan golongan pembesar. Gelaran Pembesar-pembesar diberi gelaran Nik dan Wan. Taat Golongan pembesar memberikan taat setia kepada baginda.

17 RUMUSAN

18 RUMUSAN

19 Pemerintahan Sultan MB Lantik Jemaah Naib Taat Pewaris Serah Melayu
Persamaan kandungan antara Undang- Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu 1911 Pemerintahan Mengamalkan pemerintahan bercorak Raja Berperlembagaan. Sultan Sultan dibantu oleh Majlis Negeri/Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri. MB Menteri Besar menjadi pengerusi Majlis Negeri/Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri. Lantik Menteri Besar dilantik oleh Sultan. Jemaah Menteri Besar dibantu oleh Jemaah Menteri. Naib Jemaah Menteri mempunyai kuasa melantik Naib Menteri Besar dengan perkenan Sultan. Jemaah Menteri mestilah berbangsa Melayu,Islam dan rakyat negeri. Taat Menteri mesti mengangkat sumpah kepada Raja dan kerajaan. Pewaris Pewaris takhta mestilah beragama Islam,berbangsa Melayu,lelaki dan waris Sultan. Serah Raja atau menteri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa lain. Melayu Orang Melayu diiktiraf sebagai rakyat. Islam Islam sebagai agama negeri.

20 2. 3 Menyatakan Warisan Sistem Pemerintah Negeri-Negeri Melayu 2. 3
2.3 Menyatakan Warisan Sistem Pemerintah Negeri-Negeri Melayu Amalan Demokrasi Dalam Adat Perpatih di Negeri Sembilan Sistem pemerintahan Negeri Sembilan berasaskan Adat Perpatih yang mengamalkan prinsip demokrasi kerana perlantikan pemimpin bermula dari peringkat paling bawah. Negeri Sembilan dibahagikan kepada beberap deaerah atau jajahan yang dipanggil luak atau luhak. Empat luak yang utama ialah Rembau, Sungai Ujong, Jelekbu dan Johol. Ketua setiap luak dipanggil Undang dan keempat-empat Undang ini berkuasa melqntik Yang Dipertuan Besar. Ketua bagi luak-luak lain dipanggil Penghulu. Di bawah Undang dan Penghulu, terdapat Lembaga. Mereka adalah ketua kepada suku. Tugas Lembaga ialah menjaga keamanan dan keselamatan; menjadi perantaraan antara anggota suku; menyelesaikan perselisihan antara suku; dan mengawasi dan mengadili pembahagian harta pusaka. Di bawah Lembaga terdapat jawatan Buapak atau Ketua Perut dan tugas Buapak hampir sama dengan tugas Lembaga.

21 RUMUSAN

22 MALAYAN UNION 1. MU diperkenalkan pada 1946
B. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA 2.4 Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu Mentakrif Konsep Malayan Union MALAYAN UNION 1. MU diperkenalkan pada 1946 2. Merupakan usaha British menghapuskan negara dan bangsa sejak zaman KMM 3. MU dirancang sejak pendudukan Jepun oleh Pejabat Tanah Jajahan dan Pejabat Luar British 4. Penubuhan MU dibentangkan di House of Commons, London pada 1945 5. Sir Harold MacMichael ditugaskan untuk mendapatkan persetujuan Raja-Raja Melayu 6. Januari 1946, MU diluluskan oleh Parlimen England 7. 1 April 1946, MU diisytiharkan secara rasmi di King’s House, Kuala Lumpur 8. Sir Edward Gent dilantik sebagai gabenor pertama MU dan pentadbiran British Military Administration (BMA) selama 7 bulan berakhir

23 SEBAB MALAYAN UNION DIPERKENALKAN
B. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA Menyatakan Sebab-Sebab Malayan Union Diperkenalkan SEBAB MALAYAN UNION DIPERKENALKAN 1. Persediaan Membentuk Kerajaan Sendiri 2. Membentuk Bangsa Malayan Union 3. Menjimat Kos Pentadbiran 4. Mengawall Kuasa Ekonomi / Politik Orang Melayu 5. Melahirkan Pentadbiran Yang Licin Selepas digabungkan Tanah Melayu akan diberi latihan berkerajaan sendiri. Langkah ini sesuai dengan Piagam Atlantik 1945. British mahu membentuk bangsa MU dan mahu kaum Cina dan India melupakan negara asal mereka. Mahu mereka menumpukan kesetiaan kepada MU. Pentadbiran berasingan melibatkan kos yang tinggi mendorong British menyatukan sistem pentadbiran sedia ada. British dapat pastikan sumber tenaga dan pelaburan berterusan. Kepentingan ekonomi British lebih terjamin. Pentadbiran tidak seragam antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Pembantunan tidak seimbang antara negeri. Sila Rujuk Nota Slaid ngkammengkkkb

24 2.4.3 Menyatakan isi-isi / ciri-ciri Perjanjian Malayan Union
Tanah Melayu menjadi sebuah negara kesatuan. Gabungan 11 Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan 2 buah Negeri Selat. Singapura diasingkan menjadi Tanah Jajahan Mahkota kerana kepentingannyua sebagai pelabuhan bebas. MU diketuai Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England. Pesuruhjaya mengetuai negeri sebagai Ketua Pentadbir. Kerakyatan sama rata berdasarkan prinsip Jus Soli yang menjadi asas kerakyatan Malayan Union. Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja dan hanya membincangkan soal agama dan adat istiadat Melayu. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan diwujudkan sebagai badan pelaksana dan perundangan. Apakah yang dimaksudkan dengan sebuah negara kesatuan?Apakah peranan majlis Eksekutif Malayan Union? Senaraikan gabungan 11 Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Mengapakah Singapura diasingkan menjadi Tanah Jajahan Mahkota? Siapakah yang mengetuai Malayan Union? Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip jus soli? Apakah peranan Majlis Raja-Raja Melayu setelah Parlimen British mengambil alih? Mengapakah peranan Majlis Raja-Raja tidak begitu penting? Apakah tujuan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan diwujudkan? ngkammengkkkb

25 RUMUSAN 2.4.3 Menyatakan isi-isi / ciri-ciri Perjanjian Malayan Union

26 2.4.4 Menjelaskan reaksi rakyat tempatan terhadap Malayan Union
FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION Bimbang Warisan Melayu tergugat Bimbang kedudukan agama tercabar Tidak bersedia membuat pembaharuan politik MU mengugut kedudukan Raja-raja Melayu Kuasa Raja-raja Melayu terhakis Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berunding Prinsip kerakyatan jus soli mengancam status quo Melayu Jelaskan faktor-faktor yang mendorong ornag Melayu menentang MU. Terangkan masalah orang Melayu sekiranya MU dilaksanakan. Orang Melayu bimbang warisan tamadun Melayu yang dibina sejak zaman KMM turut hilang. Orang Melayu bimbang kedudukan agama Islam akan tercabar. Orang Melayu berpendapat keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai untuk membuat pembaharuan politik. Orang Melayu membantah tidnakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja Melayu bahawa baginda diturunkan daripada takhta jika enggan menerima Malayan Union spt. pada Sultan Badlishah, Kedah Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa dan hilang kewibawaan sebagai ketua orang Melayu. Pesuruhjaya menjadi ketua negeri dan Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu sahaja. Raja bukan lagi ketua agama Islam. Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri tentang MU seperti yang berlaku kepada Sultan Perak. Namun, Sultan Selangor dan Sultan Johor menandatangani perjanjian MU atas dasar setia kawan kepada British. Prinsip jus soli mengancam kedudukan orang Melayu sebagai peribumi Tanah Melayu. ngkammengkkkb

27 2.4.4 Menjelaskan reaksi rakyat tempatan terhadap Malayan Union
Tindakan Menentang Malayan Union Bantahan melalui akhbar Demonstrasi Gerakan Persatuan Melayu Mengadakan Kongres Melayu Mengadakan Rapat Umum Menubuhkan UMNO Bantahan Raja-Raja Melayu Soalan Renungan Apakah tujuan mengktifkan Persatuan Melayu? Mengapakah orang Melayu menentang MU? Bincangkan kesan-kesan pelaksanaan MU. Apakah kemuncak penentangan orang Melayu dan Raja-raja Melayu terhadap MU? Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara. Demonstrasi di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar. Mengadakan demonstrasi damai semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu. Mengaktifkan semula persatuan-persatuan Melayu untuk menentang MU dan menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London. Dato’ Onn Jaafar berkongres dengan orang Melayu untuk menubuhkan United Malays Organisation pada 23 Januari 1946. Mengadakan rapat umum di setiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen British L.D. Gammans dan David Reese Williams. UMNO yang merupakan gabungan 29 buah pertubuhan Melayu ditubuhkan untuk menentang MU. Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk membantah Majlis Pengisytiharan Malayan Union ngkammengkkkb

28 2.4.4 Menjelaskan reaksi rakyat tempatan terhadap Malayan Union
RUMUSAN Menjelaskan reaksi rakyat tempatan terhadap Malayan Union

29 2.4.4 Menjelaskan reaksi rakyat tempatan terhadap Malayan Union
KESAN-KESAN PELAKSANAAN MALAYAN UNION 1 Status Tanah Melayu berubah daripada negeri naungan kepada jajahan 2 Kehilangan kuasa Raja-raja Melayu 3 Kedudukan orang Melayu sama dengan orang dagang 4 Penyatuan politik seluruh Tanah Melayu buat pertama kalinya 5 Orang Melayu bersatu padu mempertahankan status quo mereka 6 Isu-isu mementingkan negeri masing-masing diatasi oleh perpaduan kebangsaan ngkammengkkkb

30 8. Gesaan Piagam Atlantik 1945
Menghuraikan faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU PADA 1 FEBRUARI 1948 1. Ketegasan orang Melayu membantah MU 2. Perpaduan orang Melayu daripada semua lapisan 3. Sokongan pegawai tinggi British 4. Sokongan bekas pegawai British 5. Sikap politik Melayu yang sederhana 6. UMNO tidak menuntut kemerdekaan 7. Bimbang tentang pengaruh golongan Melayu radikal 8. Gesaan Piagam Atlantik 1945 Pimpinan Dato’ Onn Jaafar berjaya menjatuhkan penyokong MU dalam menentang MU Orang Melayu dan Raja-raja Melayu berjaya mendesak British mewujudkan semula dasar perlindungan orang Melayu. Sir Malcolm McDonald, Sir Edward Gent menyokong MU digantikan oleh Persekutuan Tanah Melayu Sir Frank Swettenham, Sir George Maxwell, Sir R.O Winstedt bekas pegawai British sokong MU ditolak. Sikap politik tidak menggunakan kekerasan dan membantah secara terbuka melalui akhbar, demonstrasi, kongres. Faktor tidak menuntut kemerdekaan mendorong British menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu Pengaruh politik daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang merupakan golongan radikal Gagasan Piagam Atlantik tidak menggalakkan penjajahan dan berharap negara penjajah memberi latihan berkerajaan sendiri. Piagam ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. ngkammengkkkb

31 2.4.6 Menjelaskan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu (PTM)
Pada 21 Januari 1948, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu di King’s House, Kuala Lumpur. Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi. CIRI-CIRI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1. Gabungan 11 buah negeri 2. Kerajaan Pusat diketuai Pesuruhjaya Tinggi 3. Negeri diketuai Sultan 4. Perkongsian kuasa 5. Wujudnya Raja Berpelembagaan 6. Wujud Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri 7. Sistem kerakyatan diperketatkan 8. Institusi Raja dikekalkan 9. Kedudukan istimewa Melayu diiktiraf oleh Pesuruhjaya Tinggi Gabungan 11 buah negeri diperkenalkan – 4 buah Negeri-negeri Melayu Bersekutu, 5 buah Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan 2 buah Negeri Selat. Pesuruhjaya Tinggi dibantu oleh Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan. Negeri diketuai Sultan dan jawatan Menteri Besar sebagai pentadbir negeri. Perkongsian kuasa antara Pesuruhjaya Tinggi dengan majlis Raja-raja dan kerajaan Pusat dengan kerajaan Negeri. Kuasa Raja ditentukan oleh Perlembagaan. Senarai Persekutuan menyenaraikan tanggungjawab Kerajaan Pusat dan Senarai Neger menyenaraikan tanggungjawab kerajaan Negeri. Pembahagian kuasa antara negeri dan pusat adalah jelas. Syarat kewarganegara diperketatkan bagi orang bukan Melayu. Orang Melayu yang lahir di negeri-negeri Melayu menjadi warganegara secara automatic atas dasar Rakyat Raja Melayu. Rakyat British yang tinggal dan lahir di Pulau Pinang dan Melaka menjadi warganegara secara automatik. Kedaulatan dan kedudukan institusi raja Melayu dikekalkan dan mempunyai bidang kuasa yang jelas dalam pentadbiran. Undang-undang Tubuh Negeri dibentuk di setiap negeri hasil perjanjian dan perlembagaan bertulis dengan British. Kedudukan istimewa orang Melayu diiktiraf dan dijaga oleh Pesuruhjaya Tinggi. ngkammengkkkb

32 2.4.7 Menerangkan pergerakan politik di Sarawak dan Sabah
Setelah tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu, Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British kerana beliau telah uzur dan tua serta Anthony Brooke, penggantinya tidak layak memerintah Sarawak. Vyner Brooke hantar wakil Gerald MacBryan untuk mendapatkan persetujuan penyerahan daripada pembesar Sarawak. Penyerahan diisytiharkan pada 8 Februari 1946 tetapi mendapat tentangan daripada pemimpin dan persatuan kaum tempatan spt. Datu Patinggi Abang Hj. Abdiliah, Persatuan Melayu Sarawak dan Persatuan Dayak Sarawak. Mereka menentang Brooke kerana beliau tidak berbincang dengan pemimpin tempatan. Penyerahan itu bercanggah dengan Perlembagaan 1941 yang menyatakan Sarawak akn berkerajaan sendiri atas persetujuan Vyner Brooke). Pada 1 Julai 1946, Sarawak diisytihar Tanah Jajahan Mahkota, ditentang Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak dan persatuan lain secara terbuka. Kaum ibu mendemonstrasi dan hantar surat bantahan kepada British. Kumpulan sulit Rukun Tiga Belas diwujudkan antara kaum terpelajar dan orang muda Sarawak untuk menentang penyerahan itu. Pada 3 Disember 1949, Rosli Dhobi membunuh Sir Duncan Stewart, Gabenor baru, semasa melawat Sibu. Akhirnya Rosli dan 3 rakannya dihukum gantung dan British mengambil peristiwa itu untuk menghapuskan segala aktiviti antipenyerahan.

33 2.4.7 Menerangkan pergerakan politik di Sarawak dan Sabah
PERGERAKAN POLITIK DI SABAH Pergerakan politik Sabah perlahan, tidak berkesan dan berpecah belah sebab penduduknya tidak menerima pendidikan di bawah pemerintahan Syarikat Borneo Utara British. Persatuan-persatuan seperti Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan, Persatuan Melayu Jesselton dan Barisan Pemuda yang diasaskan oleh tokoh setempat daripada guru dan pegawai kerajaan bersifat sederhana. Persatuan ini merupakan persatuan yang bercorak sosio-ekonomi dan memperjuangkan supaya taraf ekonomi masyarakat bumiputera Sabah ditingkatkan. Keadaan ini menyebabkan tiada penentangan yang jelas dan kuat apabila Sabah dijadikan jajahan takluk British pada tahun 1946. Selepas tahun 1951, kesedaran politik semakin kurang dan persatuan- persatuan politik menjadi tidak aktif.

34 RUMUSAN 2.4.7 Menerangkan pergerakan politik di Sarawak dan Sabah

35 C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA 2
C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA 2.5 Sistem Ahli, Pakatan Murni dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu Mentakrifkan Sistem Ahli APA ITU SISTEM AHLI ? Takrifan: Sistem yang melatih penduduk tempatan mentadbir Tanah Melayu Idea Dato’ Onn b. Jaafar sewaktu berbincang dengan Sir Henry Gurney Sir Henry Gurney mencadangkan model Kenya selaras hasrat British menjalankan dasar dekolonisasi Dekolonisasi ialah dasar pemberian bantuan ke arah berkerajaan sendiri secara beransur-ansur kepada tanah jajahan Sistem Ahli diharap dapat mengurangkan tekanan daripada Parti Komunis Malaya Pada Februari 1950, Sistem Ahli dipersetujui Majlis Raja-raja Melayu Pada Februari 1950, Sistem Ahli dibincangkan antara British dan wakil penduduk Tanah Melayu Sir Henry Gurney menjemput beberapa wakil dan mereka semua bersetuju dengan Sistem Ahli

36 Menentukan Kemerdekaan
C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA Menghuraikan kepentingan Sistem Ahli KEPENTINGAN SISTEM AHLI 1 Melatih pemimpin tempatan 2 Memulakan Perpaduan Kaum 3 Menentukan Kemerdekaan 4. Mengajar penduduk cara mentadbir Tapak asas yang penting bagi melatih pemimpin tempatan ke arah berkerajaan sendiri. Memulakan proses perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu. Ahlinya adalah gabungan pemimpin pelbagai kaum. Sistem Ahli telah memberi pendedahan dan mengajar penduduk tempatan cara mentadbir kerajaan dengan baik walupun dikuasai British. ngkammengkkkb

37 SISTEM AHLI Mengapakah pihak British memperkenalkan Sistem Ahli?
Menjadikan pentadbiran negara Kenya dan Rhodesia Utara Sebagai model Selaras dengan hasrat British menjalankan dasar dekolonisasi Dapat mengurangkan tekanan PKM Dapat melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran

38 Ciri-ciri Sistem Ahli Beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat memegang jawatan yang dibentuk Anggotanya dikenali sebagai AHLI Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu Ahli terdiri daripada sembilan orang anggota

39 Nyatakan tugas-tugas Ahli dalam sistem tersebut
Menjaga satu portfolio yang mengandungi beberapa jabatan Menguruskan pentadbiran Mencadangkan undang-undang yang berkaitan jabatannya Berbincang dengan pegawai kanan British untuk menyediakan undang-undang Menerima arahan Pesuruhjaya Tinggi British

40 Kepentingan Sistem Ahli kepada Pentadbiran negara
Sebagai asas melatih orang tempatan berkerajaan sendiri Memulakan proses perpaduan kaum Kemerdekaan yang akan dicapai mendapat sokongan seluruh penduduk Pendedahan kepada penduduk tempatan menerajui sendiri kerajaan

41 Apakah yang dimaksudkan dengan pakatan murni?
C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA Memerihalkan Pakatan Murni PAKATAN MURNI Apakah yang dimaksudkan dengan pakatan murni? Usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan Pakatan merupakan jalan penyelesaian tuntutan dan masalah kaum Merupakan usaha untuk menyatupadukan pelbagai kaum

42 C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA 2. 5
C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA Memerihalkan Pakatan Murni Perkara-perkara yang telah dipersetujui hasil perundangan antara UMNO dengan jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) Penubuhan Lembaga Pembangunan Indusri Desa (RIDA) Memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar Dato’ Onn Jaafar menjadi pengerusi RIDA Kerakyatan Negeri 1951 kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu dengan syarat ibu atau bapanya rakyat Tanah Melayu Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai

43 Mewakili orang Melayu dalam Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA Memerihalkan Pakatan Murni Apakah peranan Dato’ Onn Jaaafar dalam mewujudkan pakatan murni antara kaum di Tanah Melayu sebelum Parti Perikatan? Mewakili orang Melayu dalam Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum Menjadikan perpaduan kaum sebagai asas kemerdekan Menjadi Pengerudi Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) Membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu Menubuhkan Kemerdekaan Malaya (IMP) Membuka IMP kepada semua kaum

44 C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA 2. 5
C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA Memerihalkan Pakatan Murni Sebab-sebab Dato’ Onn Jaafar membuka keahlian Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) kepada semua kaum Konsep kerjasama pelbagai kaum dalam sebuah parti Semua kaum dapat bekerja untuk kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Perubahan politik yang berlaku di Tanah Melayu ketika itu Orang Melayu tidak lagi menjadi rakyat tunggal negara ini Orang bukan Melayu turut menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu

45 C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA 2. 5
C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA Memerihalkan Pakatan Murni Usaha-usaha mengadakan pakatan murni dalam kalangan penduduk-penduduk di Tanah Melayu sebelum penubuhan Parti Perikatan CLC - Membentuk Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (Communities Liaison Committee- CLC) yang dianggotai kaum Melayu dan Cina INDIA - Pada bulan Ogos 1949 CLC turut disertai orang India TUJUAN - Menjadikan perpaduan kaum sebagai asas kemerdekaan. RUNDINGAN - Mengadakan rundingan antara UMNO dan CLC 1. Langkah pertama sebelum penubuhan Perikatan ialah penubuhan CLC merupakan asas permulaan kerajaan antara kaum. UMNO telah mengamalkan dasar berunding dengan kaum-kaum lain demi kepentingan bersama. Menurut Dato’ Onn Jaafar, perpaduan antara kaum merupakan asas iaitu jalan ke arah kemerdekaan. ngkammengkkkb

46 RUMUSAN

47 KERAKYATAN - Kerakyatan kepada imigran mengikut Kerakyatan Negeri 1951
C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA Memerihalkan Pakatan Murni RIDA Bersetuju menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa KERAKYATAN - Kerakyatan kepada imigran mengikut Kerakyatan Negeri 1951 PILIHAN RAYA - Mengadakan pilihan raya pada masa yang sesuai UMNO Dato’ Onn membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu IMP Dato’ Onn Jaafar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) PERSIDANGAN - Sir Malcom Macdonald menubuhkan Persidangan Kebangsaan untuk mencapai kerjasama politik dan mengurangkan perkauman KONVENSYEN - Tunku Abdul Rahman mengadakan konvensyen kebangsaan bersama MCA untuk mewujudkan kerjasama dalam politik Penubuhan RIDA untuk memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar. Pengerusi pertamanya ialah Dato’ Onn b. Jaafar. Imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu dengan syarat ibu atau bapanya telah menjadi warganegara berhak mendapatkan kerakyatan di bawah Kerakyatan Negeri 1951. Pilihanraya diperkenalkan di peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Langkah kedua sebelum penubuhan Parti Perikatan ialah cadangan Dato’ Onn untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu. Beliau kemudiannya meninggal UMNO setelah cadangannya ditolak oleh orang Melayu. Setelah meninggalkan UMNO, Dato’ Onn telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Melayu atau Independence Malaya Party (IMP). Keahliannya terbuka kepada semua kaum yang inginkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Namun, IMP gagal mendapat sokongan Cina, India dan kaum lain yang belum mempunyai perasaan perpaduan. Langkah ketiganya ialah penubuhan Persidangan Kebangsaan untuk mencapai kerjasama politik demi mengurangkan sentimen perkauman. Tunku Abdul Rahman pula menganjurkan Konvensyen Kebangsaan bersama-sama MCA dan parti-parti politik yang lain. Konvensyen ini akhirnya membawa kepada pembentukan PARTI PERIKATAN. ngkammengkkkb

48 RUMUSAN

49 C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA 2. 5
C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA Memerihalkan Pakatan Murni Kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam politik hasil daripada pakatan murni antara kaum sehingga negara mencapai kemerdekaan KUALA LUMPUR - Kerjasama UMNO-MCA telah memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran beberapa bandar utama PERBANDARAN - Gabungan UMNO-MCA memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran beberapa bandar utama NEGERI - Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Negeri pada tahun 1954 JAWATANKUASA - Pemimpin-pemimpin parti politik yang terdiri daripada Parti Negara, UMNO, MCA, MIC menganggotai Jawatankuasa Pilihan Raya Majlis Mesyuarat Perundangan

50 C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA 2. 5
C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA Memerihalkan Pakatan Murni MPP - Perikatan memenangi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 KERAJAAN - Perikatan berjaya menubuhkan kerajaan dan membentuk kabinet TAR - Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Ketua Menteri KABINET - Membahagikan anggota kaninet daripada pelbagai kaum ROMBONGAN - Tunku Abdul Rahman mengetuai rundingan kemerdekaan

51 Penubuhan Persidangan Kebangsaan Penubuhan Parti Perikatan
C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA Memerihalkan Pakatan Murni RUMUSAN PENUBUHAN PAKATAN MURNI SEBELUM PERIKATAN Penubuhan CLC Keahlian Terbuka UMNO Penubuhan IMP Penubuhan Persidangan Kebangsaan Penubuhan Parti Perikatan

52 Pakatan merupakan jalan penyelesaian tuntutan dan masalah kaum
C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA Menghuraikan kepentingan Pakatan Murni Pakatan merupakan jalan penyelesaian tuntutan dan masalah kaum Merupakan usaha untuk menyatupadukan pelbagai kaum

53 2 Pilihan Raya Negeri 1954 PILIHAN RAYA YANG DIADAKAN SEBELUM MERDEKA
C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA Menyatakan syarat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 PILIHAN RAYA YANG DIADAKAN SEBELUM MERDEKA 1 Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur 2 Pilihan Raya Negeri 1954 3 Pilihan Raya Perundangan Persekutuan (MPP) 1955 Diadakan pada Februari 1952.Gabungan UMNO-MCA memenangi 9 daripada 12 kerusi. Dalam pilihan raya Majlis Perbandaran, gabungan tersebut memenangi 26 daripada 37 kerusi. Parti Perikatan memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan menunjukkan permuafakatan kaum dalam parti diterima penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Kerjasam UMNO-MCA mengasaskan Parti Perikatan dan disertai MiC pada 1955. Parti Perikatan menyertai pilihan raya MPP yang diadakan pada 27 Julai dan memenangi 51 daripada 52 kerusi. Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Parti Perikatan menjadi Ketua Menteri. ngkammengkkkb

54 RUMUSAN C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA Menyatakan syarat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

55 Mencapai kemerdekaan dalam 4 tahun Mewajibkan pendidikan
C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA Menyatakan syarat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 MANIFESTO PARTI PERIKATAN Mencapai kemerdekaan dalam 4 tahun Mewajibkan pendidikan Menjadiakn perkhidmatan awam bercorak tempatan Menjaga hak asasi manusia Melindungi hak Raja-raja Melayu sebagai Raja Diadakan pada Februari 1952.Gabungan UMNO-MCA memenangi 9 daripada 12 kerusi. Dalam pilihan raya Majlis Perbandaran, gabungan tersebut memenangi 26 daripada 37 kerusi. Parti Perikatan memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan menunjukkan permuafakatan kaum dalam parti diterima penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Kerjasam UMNO-MCA mengasaskan Parti Perikatan dan disertai MiC pada 1955. Parti Perikatan menyertai pilihan raya MPP yang diadakan pada 27 Julai dan memenangi 51 daripada 52 kerusi. Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Parti Perikatan menjadi Ketua Menteri. ngkammengkkkb

56 C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA 2. 5
C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA Menyatakan syarat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

57 C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA 2. 5
C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA Menyatakan syarat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

58 C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA 2. 5
C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA Menyatakan syarat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

59 C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA 2. 5
C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA Menyatakan syarat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

60 C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA 2. 5
C. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA Menghuraikan peranan tokohhhhh-tokoh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

61 D. PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA 2.6 Pembentukan Malaysia Menjelaskan cadangan ke arah pembentukan Malaysia Idea pengabungan negeri-negeri di Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei di bawah satu pentadbiran telah mula disuarakan sejak abad ke-19 1 1887 – Lord Brassey, pengarah Borneo Utara cadang British gabungkan Sarawak, Sabah dengan Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat 2 1948 – Sir Malcolm MacDonald, Gabenor Jeneral Asia Tenggara cadang gabungkan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu 3 Dato’ Onn Jaafar cadang Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamakan Malaysia 4 1959 – Lee Kuan Yew mendesak supaya Singapura gabung dengan Persekutuan Tanah Melayu tetapi cadangan ini ditolak oleh tunku Abdul Rahman atas dasar tidak keseimbangan penduduk 5 27 Mei 1961 Tunku mencadangkan pembentukan semasa majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Negeri di Singapura. Pembentukan menjamin kedudukan politik agar mewujudkan kerjasama ekonomi dan sosial

62 D. PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA 2. 6
D. PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA Menyenaraikan faktor-faktor pembentukan Malaysia Faktor Ekonomi – Penubuhan Malaysia akan dapat membantu memajukan dan mewujudkan kerjasama ekonomi antara negara-negara. Ini kerana setiap negara mempunyai keistimewaan tersendiri. Faktor Politik - Di Singapura, Parti Tindakan Rakyat atau ‘Peoples Action Party’ (PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew semakin lemah kerana pengaruh sosialis semakin kuat. Perkara ini akan melewatkan proses kemerdekaan Singapura. Justeru itu, beliau mendesak Tunku Abdul Rahman agar mempercepatkan pergabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Lee juga menggunakan alasan ancaman komunis untuk mendesak British menubuhkan Malaysia. (Sejak tahun 1938, Persekutuan Tanah Melayu telah di ancam oleh Parti Komunis Malaya sehingga tahun 1960). Sarawak juga turut menghadapi ancaman komunis yang diperjuangkan oleh Clandestine Communist Organisation (CCO). Tunku juga bimbang pengaruh komunis yang tidak dibendung akan mengancam keselamatan Persekutuan Tanah Melayu. Justeru, penggabungan merupakan langkah terbaik untuk membanteras ancaman dn pengaruh komunis. Persidangan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga menyeru British melaksanakan dasar dekolonisasi. Faktor Sosial - Pembentukan Malaysia dapat mengimbangi komposisi dan kadar pertumbuhan kaum. Selain itu, gabungan ini dapat membangun dan memajukan negeri-negeri yang ketinggalan seperti Sabah dan Sarawak. ngkammengkkkb

63 Reaksi di Sabah dan Sarawak
D. PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA Menjelaskan reaksi terhadap pembentukan Malaysia REAKSI TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA Reaksi Dalam Negeri Rakyat Persekutuan Tanah Melayu menyokong Penubuhan Malaysia Pas dan Barisan Sosialis meminta dirundingkan di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu. UMNO bersetuju tanpa penyertaan Singapura Reaksi Singapura Lee Kuan Yew dan PAP menyokong kerana bimbang pengaruh komunis. Pembangkang Singapura ( Barisan Sosialis menentang. Reaksi di Sabah dan Sarawak Peringkat awal menentang. Akhirnya bersetuju setelah diberi penerangan kebaikan menyertai Malaysia Reaksi Brunei Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong Gagasan Malaysia. Ditentang oleh Parti Rakyat di bawah A.M.Azahari Reaksi Indonesia Menentang Pembentukan Malaysia dan menjalankan Dasar Konfrantasi terhadap Malaysia. Slogan Ganyang Malaysia digunakan Reaksi Filipina Filipina menentang gagasan Malaysia dan Presiden Macapagal menunut hak ke atas Sabah

64 LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
D. PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA Menjelaskan langkah-langkah pembentukan Malaysia LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA Akhir Mei 1961, Tunku Abdul Rahman berucap di Singapura. Jun 1961, beliau melawat Sabah dan Sarawak. Julai 1961, beliau melawat Brunei. Semua lawatannya bertujuan untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia. Hasilnya Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan. Brunei hanya menghantar pemerhatinya. Julai 1961, JPPK ditubuhkan di Singapura dan dipengerusikan Donald Stephens. Peranan JPPK ialah untuk menerangkan kepada orang ramai; mengumpul pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia. Mesyuarat JPPK berlangsung sebanyak 4 kali; Jesselton, Kuching, KL dan Singapura. Februari 1962, JPPK mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold. Sabah dan Sarawak dimasukkan dalam perlembagaan baru. Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang Gagasan Malaysia; mengemukakan cadangan kepada pihak British dan mengemukakan laporan kepada British pada Jun Isi laporan Suruhanjaya ialah 1/3 penduduk Sarawak dan Sabah menyokong tanpa syarat; 1/3 penduduk Sarawak dan Sabah menyokong dengan syarat dan 1/3 menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia. Cadangan Suruhanjaya ialah Perlembagaan Malaysia yang baru mesti berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957; Nama Malaysia untuk negara baru yang dibentuk; Kuasa menentukan dasar imigresen adalah hak kerajaan Sabah dan Sarawak. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan. Hak dan kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak dijamin dan dilindungi. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) dibentuk untuk membicangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak. JAK dibentuk pada Ogos 1962 dan dianggotai oleh Lord Landsdowne (Menteri Negara bagi Tanah Jajahan) dan Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu). Tujuan JAK adalah untuk membuat lawatan ke Sabah dan Sarawak bagi menerangkan tentang penubuhan Malaysia serta membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak. Pada Disember 1962, dipersetujui bahawa 31 Ogos 1963 diisytiharkan sebagai tarikh penubuhan Malaysia. Namun, penentangan Indonesia dan Filipina telah menyulitkan pembentukan Malaysia. MAPHILINDO ditubuhkan di Manila pada 1963 setelah perjumpaan pemimpin-pemimpin dari Persekutuan Tanah Melayu (Tunku Abdul Rahman), Filipina (Presiden Macapagal) dan Indonesia (Presiden Soekarno) bersetuju mendapatkan bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mencari jalan penyelesaian. U Thant, Setiausaha Agung PBB telah membentuk United Nations Malaysia Mission ( Perwakilan Malaysia) ke PBB. PBB telah menghantar Lawrence Michaelmore dari Amerika Syarikat dan pasukannya untuk meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sabah dan Sarawak. Hasilnya didapati majoriti penduduk Sabah dan Sarawak bersetujui menyertai Malaysia daripada menyertai Indonesia dan Filipina. Brunei pula menarik diri. ngkammengkkkb

65 D. PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA 2. 6
D. PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA Menyenaraikan syarat Perjanjian Malaysia 1963 PERJANJIAN MALAYSIA 1963 ngkammengkkkb

66 D. PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA 2. 6
D. PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA Menyenaraikan syarat Perjanjian Malaysia 1963 ngkammengkkkb

67 PENILIAN BERTERUSAN Satu Ujian (10%)


Download ppt "MPU 1152 Pengajian Malaysia"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google