Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

FALSAFAH BAHASA MELAYU

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "FALSAFAH BAHASA MELAYU"— Transcript presentasi:

1 FALSAFAH BAHASA MELAYU

2 FALSAFAH Berasal daripada bahasa Yunani ‘philosophia’ iaitu :
‘philo’ ertinya cinta dan ‘sophia’ ertinya hikmat. Dari segi istilah : “ingin mengerti dengan mendalam” “cinta kepada kebijaksanaan”.

3 Menurut Al-Farabi: Al-Kindi : Heraclitus :
falsafah adalah “ilmu tentang alam untuk menyelidiki hakikatnya yang sebenar”. Al-Kindi : falsafah adalah “pengetahuan tentang realiti segala sesuatu, sejauh jangkauan kemampuan manusia”. Heraclitus : falsafah sebagai ilmu yang membahaskan hakikat sesuatu.

4 FALSAFAH BAHASA Falsafah bahasa merupakan bidang yang menyelidiki kesahihan dalam bahasa. FB meneliti dan memeriksa secara falsafah pengetahuan konsepsi yang wujud dalam fikiran secara abstrak. Bidang kajian falsafah bahasa :

5 Epistimologi (pengetahuan) Semantik (makna) Etika (prinsip) Estetika (kesenian) Budaya dan sosial Kosmologi (alam raya manusia) Ontologi (hakikat kewujudan) Metafizik (alam ghaib dan nyata)

6 Hakikat bahasa Raja Mukhtarudin (1980), berpendapat bahawa bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat untuk bergotong-royong. Asmah Hj. Omar (1983), bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga tekak manusia

7 Harimurti Kridalaksana (1994), bahasa adalah sistem lambang yang arbitrer yang dipergunakan oleh suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasi diri. Ferdinand De Saussure (1993), bahasa ialah satu sistem isyarat yang berupa gabungan makna dengan bayangan bunyi yang bersifat psikologi.

8 Wilhelm Von Humboldt - mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi.
Ferdinand de Saussure - menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat Charles F. Hockett - bahasa dari sudut psikologi behaviorisme, iaitu sistem tabiat- tabiat sangat rumit.

9 Bahasa dan Pemikiran Melayu
Secara literal “Bahasa” bermaksud : Bunyi-bunyi suara yang diguna oleh setiap kaum untuk menyampaikan maksud-maksud mereka. Bahasa terdiri daripada perlambangan. Ini merupakan hubungan antara tuturan dengan rujukan. (Al-Mu’jam Al-Wasit, 1972, Jld.2, Ms.831)

10 CONTOH : RUMAH

11

12

13

14

15 MAKAN

16

17

18

19 Dalam aspek yang lain pula, perkataan seperti ‘lembu’ secara umumnya akan membuatkan kita terbayang seekor lembu.

20 Namun, dalam masyarakat Melayu khasnya, perkataan ‘lembu’ juga membawa maksud ‘bodoh’.
Sekiranya gambaran seekor lembu terbayang apabila perkataan ‘lembu’ yang disebutkan, fenomena ini dikenali sebagai kegunaan ekstensi(luaran). Tetapi, sekiranya ‘lembu’ itu menggambarkan ‘bodoh’, fenomena ini pula dikenali sebagai kegunaan intensi(dalaman).

21 Begitu juga perkataan ‘jantan’ dan ‘betina’
Begitu juga perkataan ‘jantan’ dan ‘betina’. Secara umumnya, perkataan ‘jantan’ dan ‘betina’melambangkan jantina bagi seekor haiwan. Namun, sekiranya perkataan ‘jantan’ dan ‘betina’ digunakan untuk menunjukkan manusia, ini boleh menunjukkan sikap kurang sopan dan reaksi negatif oleh pendengar.

22 Bahasa Dan Budaya Melayu

23 Sejarah Seawal abad ke 14, bahasa Melayu telah digunakan sebagai lingua franca antara negeri-negeri Melayu dan dunia luar seperti Vhina, India, Portugis, Belanda dan Inggeris. Ini sekaligus membentuk budaya di mana bangsa-bangsa cuba berkomunikasi dan berinteraksi dalam bahasa dan budaya Melayu.

24 Gugusan pulau-pulau Melayu atau nusantara mempunyai kira-kira 350 bahasa, namun bahasa Melayu dijadikan bahasa perantaraan. Bahasa Melayu mampu bertahan dan bersaing dengan bahasa penjajah kerana sifatnya yang berketerbukaan. Bahasa Melayu telah dapat memperkayakan kosa kata dan mampu menukarkan perkataan asing ke dalam bahasa Melayu yang disesuaikan sedikit dari segi fonologinya.

25 Dalam usaha memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu di serantau, satu majlis yang dinamakan Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan Malaysia ( Mabbim ) ditubuhkan. Fungsi Mabbim ialah bagi mencari persamaan dan mengurangkan perbezaan dari aspek sintaksis, morfologi dan fonologi disamping meminimumkan perbezaan ejaan.


Download ppt "FALSAFAH BAHASA MELAYU"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google