Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

ELEKTIF BAB2 ASAS ELEKTROMEKANIKAL Pengenalan Pergerakan Mekanikal

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "ELEKTIF BAB2 ASAS ELEKTROMEKANIKAL Pengenalan Pergerakan Mekanikal"— Transcript presentasi:

1 ELEKTIF BAB2 ASAS ELEKTROMEKANIKAL Pengenalan Pergerakan Mekanikal

2 Konsep Pergerakan Mekanikal
Mekanisme atau sistem yang berfungsi, bergerak atau berputar. Pergerakan boleh dihasilkan secara manual, enjin atau motor elektrik.

3 Konsep Pergerakan Mekanikal
Pergerakan yang dihasilkan secara manual :

4 Konsep Pergerakan Mekanikal
Pergerakan yang dihasilkan secara motor elektrik :

5 Konsep Pergerakan Mekanikal
Pergerakan yang dihasilkan oleh enjin :

6 Jenis Pergerakan Mekanikal
Terbahagi kepada dua ; Gerakan lurus (linear) Gerakan putaran (rotary)

7 Jenis Pergerakan Mekanikal
Terjadi apabila mekanisme atau sistem membolehkan sesuatu objek bergerak dalam satu garisan lurus. Arah pergerakan tidak berubah tetapi perubahan berlaku pada arah halaju sahaja.

8 Jenis Pergerakan Mekanikal
Gerakan Lurus Digunakan untuk memindahkan suatu sumber pergerakan, iaitu input, melalui proses untuk menghasilkan suatu pergerakan yang lain, iaitu output Glue stick

9 Jenis Pergerakan Mekanikal
Gerakan lurus INPUT PROSES OUTPUT Daya dan Pergerakan Sistem kawalan mekanikal Daya dan Pergerakan

10 Jenis Pergerakan Mekanikal
Gerakan Putaran Terjadi apabila suatu sistem atau mekanisme menyebabkan sesuatu objek berpusing. Contoh : kipas angin, mesin gerudi dsb.

11 Takal Dan Tali Sawat Sistem takal dan tali sawat serta gear biasanya digunakan dalam sistem mekanikal. Pergerakan mesin jahit dikendalikan oleh sawat dan takal. Tali sawat Takal

12 Takal Dan Tali Sawat Tali sawat digunakan untuk menghubungkan takal pemacu yang dipasang pada enjin atau motor elektrik dengan takal pemacu.

13 Takal Dan Tali Sawat Takal digunakan bersama-sama tali sawat untuk memindahkan gerakan atau kuasa. Digunakan dalam lif dan kren untuk memindahkan gerakan putaran kepada gerakan linear. kren

14

15 Mengenal Pasti Kelajuan Pergerakan Sistem Takal Dan Tali Sawat
Sistem takal dan tali sawat boleh digunakan untuk menukar dan memindahkan kelajuan tinggi kepada kelajuan rendah dan sebaliknya. Kelajuan rendah ; Tali sawat pada takal dipacu akan dipasang pada takal yang berdiameter besar. Kelajuan tinggi ; Tali sawat pada takal dipacu akan dipasang pada takal yang berdiameter kecil.

16 Mengenal Pasti Kelajuan Pergerakan Sistem Takal Dan Tali Sawat
TAKAL PEMACU TAKAL DIPACU

17 Gear Berfungsi sebagai penghantar kuasa dan penggerak mesin.
Penghantaran ini berlaku menerusi aci yang memegang gear-gear. Arah penghantaran yang dibuat terpulang kepada kedudukan aci sama ada selari, bersilang dan bersudut.

18 GEAR Selari Bersudut Bersilang

19 Gear Digunakan untuk menghubungkan semua bahagian yang berputar dan menukar kelajuan sesebuah mesin. Mempunyai gigi untuk membolehkan gear bersirat dengan pasangannya.

20 Gear Taji (Spur Gear ) Biasanya dipasang antara dua aci yang selari.
Banyak digunakan dalam mekanisme pergerakan jam dan enjin kereta.

21 Gear Serong (Bevel Gear )
Digunakan untk memandu aci yang dipasang pada sudut 90 antara satu sama lain. Didapati pada alat gerudi tangan dan kebanyakan patung elektrik.

22 Gear Belitan (Worm Gear )
Digunakan untuk mengurangkan kelajuan mesin. Didapati pada mesin mudah alih dapur seperti food mixer.

23 Gear Rak Dan Pinan (Rack And Pininon Gear )
Gear ini digunakan untuk menukarkan gerakan putaran atau sebaliknya. Banyak digunakan pada stereng kereta dan kelengkapan elektronik moden seperti pemain cakera padat.

24 Gear Heliks Digunakan dalam mesin yang memerlukan mekanisme kelajuan tinggi seperti dalam kotak gear kereta.

25 Pengenalan Pergerakan Elektromekanikal
Produk yang menggunakan komponen elektronik dalam operasi mekanismenya dinamakan produk elektromekanikal. Contoh produk elektromekanikal ialah kamera, pemain cakera padat, mesin layan diri.

26 Perbandingan Antara Sistem Mekanikal Dan Sistem Elektromekanikal
Tidak mengandungi litar elektronik. Mengandungi litar elektronik dalam operasi mekanismenya. Kefungsiannya kurang lancar dan kurang tepat. Kefungsiannya lebih lancar dan tepat. Binaan dan kerja baik pulihnya mudah. Binaannya kompleks dan sukar dibaik pulih. Saiz besar dan tidak mudah alih Saiznya kecil atau padat dibawa ke mana-mana. Menggunakan sumber tenaga manusia atau enjin. Menggunakan sumber tenaga elektrik. Harga sederhana atau murah. Harganya lebih mahal.


Download ppt "ELEKTIF BAB2 ASAS ELEKTROMEKANIKAL Pengenalan Pergerakan Mekanikal"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google