Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)"— Transcript presentasi:

1 Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
Diploma Pengajian Islam Andalus (DPIA)

2 Tazkiyah Nafs Pendahuluan

3 Matlamat hidup seorang mukmin
“Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menghambakan diri kepadaKu” (al-Dzariyat:56)

4 Apakah maksud Tazkiyah Nafs
Tazkiyah: Penyucian dan pembaikan Nafs: Jiwa Penyucian Jiwa: Suatu proses pembersihan jiwa yang bermatlamat mencari keredhaan Allah dengan mendidik jiwa mengikut cara yang diajarkan Allah s.w.t.

5 Kepentingan Tazkiyah Nafs
“Sungguh berjayalah orang yang menyucikan jiwanya. Sungguh rugilah orang yang mengotorkan jiwanya” (al-Syams:9-10) Rasulullah pernah berdoa; “Ya Allah berikanlah jiwaku ketaqwaannya. Sucikanlah ia kerana Engkaulah sebaik-baik yang menyucikannya. Engkaulah sebaik-baik penjaganya” (H.R. Muslim)

6 Matlamat modul Diharapkan pada akhir modul ini, peserta dapat:
menjelaskan konsep akhlak dan penyucian jiwa serta kepentingannya mengenalpasti penyakit-penyakit jiwa serta cara penyuciannya menilai akhlak yang baik dan terpuji dalam diri dan masyarakat serta mengadaptasikan nilai yang baik berdaya tahan sebagai Muslim dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran

7 Syarat diterima amalan
Tazkiyah Nafs Syarat diterima amalan

8 Hidup itu ujian “Dialah Allah yang menciptakan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu siapa diantara kamu yang paling baik amalannya dan Allah itu maha mulia lagi maha pengampun.” (al-Mulk:2) “Katakanlah wahai Muhammad, mahukah Kami khabarkan kepadamu siapa mereka yang rugi amalan-amalannya? Sia-sialah amal usaha mereka dalam kehidupan dunia ini sedangkan mereka menyangka bahawa mereka sentiasa tepat dan baik perbuatannya.” (al-Kahf: )

9 2 syarat diterima amalan
Diterima Ibadah Ikhlas Mutaba’ah

10 Kepentingan ikhlas “Barangsiapa yang ingin menemui Tuhannya hendaklah ia beramal amalan soleh dan jangan sekali-kali mempersekutukan dalam menyembah Tuhannya dengan sesiapa pun ” (al-Kahf:20) “Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah dengan tulus ikhlas menjalankan agama untukNya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan solat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar ” (al- Ma’un:4-7)

11 Kepentingan ikhlas “Sesungguhnya setiap amalan itu tergantung kepada niatnya …” (H.R. Bukhari dan Muslim) “Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu semata- mata kerana kepentingan dunia nescaya ia tidak dapat mencium bau syurga di hari kiamat kelak.” (H.R. Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah)

12 Martabat ikhlas Syukur atas nikmat yang dikurniakan
Takutkan dosa atau azab Inginkan pahala atau syurga Syukur atas nikmat yang dikurniakan

13 Bagaimana cara pertingkat ikhlas
Sebab tidak ikhlas Sebab tercapai ikhlas Bincangkan!

14 Ikhlas itu terlalu halus
Seorang lelaki yang sentiasa solat di saf pertama. Orang ramai kenal dengan ketekunannya mendapatkan saf pertama setiap solat fardu. Suatu hari dia terlewat sedikit dan solat di saf kedua. Orang ramai mula memperkatakan hal tersebut. Apakah tindakan yang harus dilakukannya?

15 Pepatah Arab berkata “Seseorang yang ikhlas itu ialah yang menyembunyikan kebaikannya sebagaimana dia menyembunyikan kejahatannya.” –Ya’qub “Meninggalkan sesuatu kejahatan kerana manusia itu riya’ dan melakukan sesuatu kebaikan kerana manusia itu syirik, manakala ikhlas pula agar Allah menjauhkan engkau dari keduanya.” –Al-Fudhail bin ‘Iyadh

16 Kelebihan niat “Sebaik-baik pekerjaan ialah apa yang disuruh Allah, Wara’ pula menjauhkan apa yang dilarang Allah dan niat yang betul itu hanya diketahui Allah.” –Umar bin al-Khattab “Kadangkala amalan yang besar itu menjadi kecil kerana niat dan kadangkala pula amalan yang kecil itu menjadi besar kerana niat juga.” – Ulama “Pelajarilah niat! Sesungguhnya ia lebih berat dari amalan yang ingin kamu lakukan.” –Yahya bin Abu Kasir

17 Ringkasan kelebihan niat
Amalan tidak sah tanpa disertakan dengan niat Niat berperanan dalam merangsangkan semua anggota badan untuk berfungsi mengikut apa yang diniatkan Seseorang apabila berniat untuk melakukan kebaikan kemudian tidak dapat melakukanya maka baginya pahala niat baiknya itu Adapun seseorang berniat untuk melakukan kejahatan kemudian dia tidak jadi melakukannya maka baginya pahala kerana meninggalkan niat jahatnya itu

18 Mengikut ajaran / cara ibadah Rasulullah
“Dialah Allah yang menciptakan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu siapa diantara kamu yang paling baik amalannya dan Allah itu maha mulia lagi maha pengampun.” (al-Mulk:2) “Katakanlah wahai Muhammad, mahukah Kami khabarkan kepadamu siapa mereka yang rugi amalan-amalannya? Sia-sialah amal usaha mereka dalam kehidupan dunia ini sedangkan mereka menyangka bahawa mereka sentiasa tepat dan baik perbuatannya.” (al-Kahf: )

19 Bahaya tidak ikut cara ibadah Rasulullah
“Sesiapa yang beramal dengan cara yang tidak pernah diajarkan olehku maka amalannya itu tidak diterima.” (H.R. Muslim)

20 Kepentingan mutaba’ah
“Dan hendaklah kamu ikut segala yang diajarkan Rasulullah dan jauhkan segala yang dilarangnya.” (al-Hasyr:7) “Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang- orang beriman) jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah aku, niscaya Allah akan mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu …” (Aali Imran:31)

21 Kepentingan mutaba’ah
“Sesungguhnya sesiapa yang hidup sesudahku akan melihat perbezaan yang banyak. Maka berpegang teguhlah dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ rasyidin sesudahku. Gigitlah sunnah ini dengan gerahammu …” (H.R. Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Ibn Majah dll) “Tidak diterima suatu kata-kata kecuali dengan amalan, tidak lurus kata-kata dan amalan itu kecuali dengan niat yang betul dan tidak lurus ketiga-tiganya kecuali dengan mutaba’ah.” – Sufyan

22 Kelebihan ilmu dan ulama
Tazkiyah Nafs Kelebihan ilmu dan ulama

23 Kelebihan ilmu dan ulama
“Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang dikurniakan ilmu beberapa derajat.” (al- Mujadalah:11) “Allah mengakui bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Dia dan begitu juga para Malaikat dan orang-orang yang berilmu.” (Aali Imran:18)

24 Kelebihan ilmu dan ulama
“Katakanlah adakah sama orang yang mengetahui dan yang tidak mengetahui.” (al- Zumar:9) “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya niscaya Allah faqihkannya dalam urusan agamanya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

25 Kelebihan ilmu dan ulama
“Sesiapa yang menempuh jalan mencari ilmu, Allah permudahkan baginya jalan ke syurga.” (H.R. Muslim) “Ilmu pertama yang dihilangkan Allah dari manusia ialah Khusyu’.” –Ubadah bin Somit r.a) Katanya lagi, “Ini adalah kerana ilmu itu terbahagi kepada dua. Ilmu yang diamalkan dan ilmu yang hanya disebut di lidah. Maka Allah hilangkan amalan ilmu itu dari manusia hingga mereka hanya menyebut-nyebut ilmu itu tanpa mempraktikkannya.”

26 Kelebihan ilmu dan ulama
“Tidak boleh berhasad kecuali dalam dua perkara: Seseorang yang dikurniakan Allah harta yang banyak dan dia belanjakan di jalan yang haq Seseorang yang dikurniakan Allah ilmu, kemudian dia mengamalkannya dan mengajarkannya (H.R. Bukhari) “Setinggi-tinggi darjat manusia disisi Allah ialah para Nabi dan ulama.” –Sufyan bin ‘Uyainah

27 Tugasan

28 Tugasan berkumpulan Tajuk: Pembahagian markah: Sabar dan Syukur
Tawakkal Mahabatullah Redha terhadap takdir Allah Takut dan Harap (2 kumpulan) Taubat Pembahagian markah: Kehadiran: 15% Tugasan: Pembentangan: 20% Tulisan: 20% Peperiksaan: 45%


Download ppt "Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google