Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Ketam batu : orang yang sangat kedekut

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Ketam batu : orang yang sangat kedekut"— Transcript presentasi:

1 Ketam batu : orang yang sangat kedekut
Contoh : Janganlah kamu mengharapkan sumbangan daripada Kahar yang ketam batu itu.

2 Mulut tempayan : tidak dapat menyimpan rahsia.
Contoh : Cerita ini jangan kamu beritahu kepada Ana kerana dia mulut tempayan

3 Putih mata: Kecewa / mendapat malu
Contoh : Kakak putih mata apabila permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti itu gagal

4 Bagai aur dengan tebing
Tolong- menolong antara satu dengan yang lain

5 Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Tiada kata sepakat dalam sesuatu perbicangan

6 Bagai dakwat dengan kertas
Sangat akrab.

7 Bagai melepaskan batuk di tangga
Membuat sesuatu kerja tetapi kerja tidak selesai

8 Seperti anjing berebut tulang
Orang tamak berebut harta

9 Seperti aur ditarik songsang
Pekerjaan atau perkara yang sukar dilaksanakan kerana sudah salah jalan

10 Seperti hujan jatuh ke pasir.
Nasihat yang tidak dihargai

11 Seperti rusa masuk ke kampung
Tercengang-cengang kehairanan

12 Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Anak menurut baka ibu bapanya; sesuatu itu menurut asalnya

13 Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing
Suka duka sama-sama ditanggung

14 Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Berselisih sesama keluarga akhirnya berbaik kembali

15 Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung
Hendaklah kita menurut adat dan aturan di tempat yang kita diami

16 Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
Pemimpin dengan pemimpin berperang, rakyat mendapat susah

17 Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Setiap manusia dikenang kerana jasa yang dilakukannya semasa hidup

18 Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Saling membantu, susah senang dinikmati bersama

19 Harapkan guruh di langit , air tempayan dicurahkan
Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum pasti, keuntungan yang kecil dilepaskan

20 Jerat tidak lupa akan pelanduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat
Sudah lupa akan bahaya , tetapi sebenarnya bahaya tetap mengancam

21 Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Orang susah harus bekerja setiap masa

22 Kalah jadi abu menang jadi arang
Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tidak menguntungkan mana-mana pihak

23 Kalau kail panjang sejengkal , lautan yang dalam diduga jangan.
Jika mempunyai pengetahuan yang sedikit , janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya

24 Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat dipisahkan

25 Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Mendapat kecelakaan kerana percakapan.

26 Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tidak nampak
Kesalahan orang lain biarpun kecil nampak, kesalahan sendiri tidak disedari.

27 Lautan mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
Segala usaha tetap ada kesukaran dan bahaya

28 Lembu punya susu, sapi dapat nama
Orang lain yang berusaha, orang lain yang mendapat nama

29 Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak
Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.

30 Naik seperti semut, turun seperti ribut
Hendak mendapat kejayaan selalu lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.

31 Tak lapuk di hujan, tak lekang di panas
Adat yang tidak berubah walaupun berganti tahun

32 Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
Sama taraf

33 Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
Sekiranya bernasib baik akan mendapat kejayaan, tetapi jika bernasib malang akan mendapat kerugian

34 Ada gula ada semut Orang akan berkumpul di tempat mendapat rezeki dengan mudah

35 Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga
Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan dilupakan

36 Sarang tebuan jangan dijolok
Jangan sengaja mencari kesusahan

37 Sirih pulang ke gagang Kembali ke tempat asalnya

38 Sediakan payung sebelum hujan
Berjaga-jaga sebelum kita mendapat bencana

39 Sudah jatuh ditimpa tangga
Ditimpa kemalangan yang berturut-turut

40 Telur di hujung tanduk Dalam keadaan bahaya

41 Ukur baju di badan sendiri
Melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri

42 Bahasa jiwa bangsa Bahasa adalah lambang keperibadian sesuatu masyarakat

43 Bahasa menunjukkan bangsa
Daripada pertuturan seseorang kita dapat mengetahui jenis dan keturunannya


Download ppt "Ketam batu : orang yang sangat kedekut"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google