Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif"— Transcript presentasi:

1 BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

2 Pelbagai pemikiran yang mendasari huraian linguistik telah muncul.
Minggu 1 Pengenalan Ilmu linguistik wujud sejak zaman Yunani dan berkembang pada zaman Romawi dan zaman Islam. Pelbagai pemikiran yang mendasari huraian linguistik telah muncul. Huraian bahasa menggambarkan gagasan pemikiran dan teori yang digunakan oleh ahli linguistik.

3 Zaman Yunani Heraclitus ; kaitan bahasa dengan alam
Plato; Kejituan penggunaan bahasa Aristotle: bahasa adalah persetujuan masyarakat, dilihat dalam konteks

4 Zaman Romawi Lanjutan Yunani tanpa banyak perbezaan pemikiran
Varro; buku tatabahasa Latin Priscian; Institutiones Grammaticae Nahu Latin Priscian menjadi asas falsafah linguistik abad pertengahan Eropah

5 Minggu 2 Zaman Islam Falsafah bahasa (lughat) Sintaksis (nahwu)
Etimologi (sarf) Morfologi (ishtiqaq) Semantik (Ilm-ul-Ma’ani) Stilistik (Ilm-ul-Bayan)

6 Retorik (Ilm-ul-Badi’)
Fonologi (ilm-ul-Qira’at) Wacana (Asbab-ul-nuzul)

7 Pengertian Teori Pendapat yg dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Maklumat yang dirumuskan oleh teori mendekati ciri ilmu. Berasaskan kebenaran sama ada fakta atau reason (dalil).

8 Kriteria Teori Ada prinsip asas
Dianalisis secara relevan dan bersifat ilmu Ada korelasi antara persoalan Kekukuhan hujah Sistematik

9 Teori adalah satu penjelasan untuk sesuatu benda @ perkara yang diperhatikan.
Justeru linguistik satu bidang bersifat saintifik, tentu mempunyai teori-teori yang dijadikan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa

10 Minggu 3 Teori Linguistik
Seperangkat hipotesis untuk menerangkan data bahasa sama ada bunyi bahasa atau makna. Cabang linguistik yang menumpukan perhatian kepada teori umum dan kaedah umum dalam penyelidikan bahasa.

11 Pola Teori Linguistik Membina satu sistem (teori) yang mujarad
Mengkaji akibat sistem tersebut Menolak sistem jika tidak dapat meramalkan fakta Mengganti sistem yang lebih sesuai dengan fakta

12 Teori Bahasa Teori dalam linguistik deskriptif yang memperkatakan ciri-ciri dan fakta-fakta tentang struktur bahasa sejagat yang terdapat dalam semua bahasa manusia di dunia ini.

13 Andaian dalam Teori Bahasa
Menurut ahli falsafah bahasa manusia secara innate mempunyai kebolehan untuk berbahasa. Kebolehan ini merupakan sifat akal (bukan sifat biologis) yang bertempat di dalam otak.

14 Minggu 4 Linguistik Tradisional
Pemerian bahasa berdasarkan bahasa Yunani, Latin dan Sanskrit. Nahu tradisional merupakan sumber maklumat yang kaya (banyak contoh). Nahu sebenar (prinsip pembinaan ayat) perlu ditentukan oleh pembaca yang bijak.

15 Bagi setiap rumus terdapat banyak kekecualian.
Masalah timbul apabila kekecualian melebihi bentuk yang seragam atau yang ada dalam peraturan.

16 Aplikasi Pemikiran Tradisional
Menurut Jespersen nahu terbahagi kepada tiga: fonologi, morfologi dan sintaksis. Bunyi dan signifikasi, bentuk dan fungsi tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan bahasa itu sendiri.

17 Golongan kata menurut Jespersen:
a. kata nama – substantif b. kata ganti nama c. kata kerja (termasuk verbids) d. partikel

18 Penggolongan kata berdasarkan makna dan fungsi dalam ayat, tetapi penekanan hendaklah kepada bentuk.
Dalam menganalisis the young boy ‘young’ sebagai kata adjektif kerana maknanya dan sebagai penerang substantif.

19 Kata ‘young’ tidak boleh berakhiran jamak [-s], tetapi boleh berakhiran perbandingan [-er, -est].
Peringkat kata sekunder) bergantung kepada fungsinya dalam frasa atau ayat sama ada dalam hubungan sendian atau nexus.

20 Definisi ayat menurut Jespersen ialah “pengucapan manusia yang bebas dan sempurna. Kesempurnaan dan kebebasan itu ditunjukkan oleh kehadirannya secara bersendirian”.

21 Minggu 5 Strukturalisme
Bahasa adalah sistem lambang. Lambang terdiri daripada dua komponen, iaitu bunyi (signifier) dan makna (signified). Bunyi yang tidak bermakna tidak dianggap sebagai signifier.

22 Analisis Struktural Kata rumah, strukturnya dua suku kata, ru + mah, iaitu S1 + S2. Struktur fonemnya, KVKVK. Frasa rumah besar, struktur bentuknya KN + KS. Struktur fungsinya Inti + Keterangan.

23 Ayat Saya hendak makan, struktur bentuknya KN – KKB – KK
Ayat Saya hendak makan, struktur bentuknya KN – KKB – KK. Struktur fungsinya Subjek – Predikat, atau Pelaku – Perbuatan.

24 Dalam linguistik struktural bahasa adalah bentuk.
Memberi keutamaan kepada bahasa lisan.

25 Fungsi Bahasa Hubungan antara satu bentuk linguistik dengan bahagian-bahagian lain yang digunakan dalam pola atau sistem linguistik, misalnya dalam nahu, frasa nama boleh berfungsi dalam struktur ayat sebagai subjek, objek, komplemen, dsb.

26 Peranan yang dimainkan oleh bahasa dalam masyarakat atau antara individu, misalnya bahasa digunakan untuk menghubungkan idea, meluahkan perasaan, dsb.

27 7 Fungsi Bahasa Alatan (instrumental) Pentertib (regulartory)
(interactional) Peribadi (personal) Penemuan (heuristic) Khayalan (imaginative) Pernyataan (representational)

28 Fungsi Bahasa dalam Komunikasi
Fungsi yang dijalankan oleh bahasa dalam menimbulkan perhubungan antara pemeran bahasa, sama ada secara menulis. Penyampaian sesuatu komunikasi ada kalanya menimbulkan tindak balas, ada kalanya tidak.

29 Tindak balas boleh berupa bahasa @ gerak geri @ kedua-duanya.
Antara fungsi bahasa dalam komunikasi ialah perisytiharan, penggerak komunikasi, penghargaan, bertanya, bercerita, berbincang, bekerjasama, berbahas, mengkritik dsb.

30 Minggu 6 Lakuan Bahasa Tindakan yang dilakukan yang tergambar dalam bahasa yang digunakan. Fungsi butir tutur kata (lakuan pertuturan).

31 Permintaan maklumat adalah satu lakuan bahasa dan lakuan ini diwujudkan dengan pelbagai cara (bertanya, memberi komen). Bertanya: Siapa nama awak?

32 Meminta: Saya minta izin untuk bercakap.
Membuat komen: A: Ini darah kotor, ya, doktor, perlu dicuci. B: Memang benar.

33 Minggu 7 Teori Lakuan Pertuturan
Bahasa digunakan oleh penutur untuk mempersembahkan lakuan. Bercakap dalam sesuatu bahasa bererti melibatkan diri dengan bentuk lakuan yang terikat dengan peraturan.

34 Sewaktu bercakap, penutur sebenarnya melakukan sesuatu lakuan pertuturan, seperti membuat pertanyaan, memberikan perintah, dan membuat janji. Lakuan pertuturan adalah yang penulis lakukan semasa mengujarkan bentuk-bentuk kata tertentu.

35 3 gerak laku dalam persembahan lakuan pertuturan: a
3 gerak laku dalam persembahan lakuan pertuturan: a. Lakuan pengucapan b. Lakuan niat pengucapan c. Lakuan tindak balas pengucapan

36 Ujaran performatif yang nyata
Niat pengucapan dinyatakan dengan jelas dalam lakuan pengucapan, mis: a) Saya berjanji saya akan datang. b) Saya yakin dia akan menang. c) Saya bersetuju saya silap.

37 Ujaran performatif yang tidak nyata
Niat pengucapan tidak dinyatakan dengan jelas dalam lakuan pengucapan, misalnya: a) Ayah akan padamkan lampu.

38 Syarat Kesesuaian TLP Syarat kandungan proposisi Syarat Persediaan
Syarat Keikhlasan Syarat Tujuan

39 Ujaran Saya berjanji saya akan menunggu di kantin dapat dianggap sebagai satu janji jika ujaran tersebut memenuhi kesemua syarat kesesuaian perjanjian.

40 Ujaran Tak masuk, Inah? juga dapat dianggap sebagai satu pertanyaan jika ujaran tersebut memenuhi syarat-syatat kesesuaian untuk pertanyaan. Ujaran Tak masuk, Inah? juga dapat dianggap sebagai pelawaan jika memenuhi syarat kesesuaian pelawaan

41 Minggu 8 Teori Transformasi Generatif
Bahasa terdiri daripada rumus-rumus yang terhad untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad. Dalam pembentukan ayat terdapat 3 rumus: i) Rumus struktur frasa ii) Rumus transformasi iii) Rumus morfofonemik

42 Rumus Struktur Frasa Memberi huraian lahiriah kepada sesuatu ayat dengan membahagikan ayat kepada unsur-unsurnya, iaitu frasa. Mis:

43 (1) Ayat  FN + FK (2) FN  GNT + N (3) FK  Kata Kerja + FN (4) GNT  itu (5) N  budak, bola dll. (6) Kata Kerja  menendang, dll.

44 Rumus Transformasi Memindahkan bentuk ayat dari satu jenis kepada jenis yang lain. Misalnya daripada ayat berita yang paling ringkas (ayat inti) menjadi ayat tanya, ayat ayat pasif.

45 Rumus Morfofonemik Memberi bentuk ejaan atau bunyi kepada lambang-lambang abstrak seperti FN, FK, dan sebagainya.

46 Transformasi 1965 Pemindahan struktur dari struktur dalaman kepada struktur permukaan. Dua struktur ini sejajar dengan istilah keupayaan dan pengwujudan.

47 Keupayaan (competence) : pengetahuan penutur dan pendengar tentang peraturan bahasanya.
Pengwujudan (performance): penggunaan bahasa yang sebenarnya oleh penutur dan pendengar dalam kehidupannya dalam masyarakat.

48 Teori Standard Melalui karyanya Aspects (1965) tersebut, Chomsky mengemukakan teori semantiknya yang dikenali juga dengan teori standard. Makna sesuatu ayat ditentukan oleh struktur dalaman sintaksis.

49 Teori Standard Tambahan
Struktur permukaan juga menentukan makna ayat. Interpretasi semantik ditentukan oleh struktur dalaman dan struktur permukaan.

50 Minggu 9 Perkembangan Terkini TG (REST)
Makna terbahagi kepada dua, iaitu semantik linguistik (makna I) yang ditentukan oleh struktur dalaman dan struktur permukaan sintaksis, dan semantik bukan linguistik (makna II), apabila ayat dihubungkan dengan knowledge of the world.

51 Semantik Generatif Representasi semantik dan struktur dalaman sintaksis adalah serupa. Rumus transformasi memetakan representasi semantik kepada struktur permukaan. Tidak ada garis pemisah antara sintaksis dan semantik.

52 Teori Lain Kuasaan dan Tambatan (government and binding) Program minimalis (Minimalist programme)

53 Minggu 10 Teori Semantik Teori yang dapat meletakkan makna pada setiap perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa. Sebarang teori semantik mesti memenuhi 3 syarat:

54 1. Mesti mencerap setiap makna perkataan dan ayat, dan hubungan antara unsur tersebut. 2. Mesti dapat meramalkan ketaksaan pada perkataan dan ayat. 3. Mesti menjelaskan hubungan sinonim, perangkuman logis, penaabiran, pertentangan dsb.

55 Keperihalan Keadaan Ayat
Makna dilihat berdasarkan konteks tertentu dalam pelbagai peringkat struktur bahasa: Fonologi Morfologi Leksikal Ayat

56 Faktor Keperihalan Keadaan
Para peserta (pengambil bahagian) dalam pertuturan. Perkara yang diperkatakan Kesan daripada pertuturan.

57 Minggu 11 Pragmatik Semantik: makna ditakrif semata-mata sebagai ciri ungkapan bahasa. Pragmatik: makna ditakrif mengambil kira pengguna bahasa. Pragmatik adalah kajian makna yang mengambil kira situasi pertuturan.

58 Aspek Situasi Pertuturan
Penutur dan Pendengar Konteks ujaran Matlamat ujaran Lakuan pertuturan Kesan ujaran

59 Semantik Sistem Penuh Bentuk logik Bentuk proposisi
Prinsip pragmatik dan maklumat konteks.

60 Teori Relevans Konteks Kesan konteks Usaha memproses
Yang ditekankan dalam ujaran adalah kerelevanan bukan kebenaran mutlak.

61 Kesan konteks yang banyak berserta usaha memproses maklumat yang rendah akan menjamin kerelevanan sesuatu ujaran. Semakin rendah usaha memproses maklumat, semakin relevanlah sesuatu ujaran.

62 Minggu 12 Analisis Wacana
Kajian tentang pelbagai fungsi bahasa dalam urutan ujaran. Dalam komunikasi, konteks hubungan ujaran antara ayat sangat penting. Analisis wacana mengkaji bahasa dari segi penggunaannya.

63 Ciri-Ciri Wacana Tujuan Keteraturan Fikiran Tetenunan Susunan Maklumat
Konteks situasi pertuturan

64 Minggu 13 Pendekatan Analisis Wacana
Etnografi komunikasi (grid SPEAKING). Analisis Perbualan (peraturan percakapan, struktur perbualan, pasangan sisi, giliran bertutur)

65 Analisis Genre Genre merujuk kepada kelainan bahasa tulisan) yang dapat dibezakan secara formal dan telah mencapai tahap dikenali secara umum (general recognition) seperti iklan, khutbah dsb. Genre sebenarnya adalah jenis penulisan yang mempunyai bentuk, kandungan, dan tekniknya yang menggambarkan adanya jaringan sosial (social network) tertentu yang menggunakannya.

66 Minggu 14 Unsur Genre dan Jaringan Sosial
Bentuk: pemeran (orang yg terlibat), latar (fizikal, suasana), saluran komunikasi (bersemuka, telefon), peraturan interaksi (giliran, pilihan bahasa), dan struktur interaksi. Kandungan: Maklumat (apa yang diperkatakan) dan tujuan (untuk apa).

67 Teknik: meliputi lakuan bahasa (permintaan, pertanyaan, dsb), dan strategi komunikasi (kaedah langsung, tak langsung, bercerita semula, dsb). Jaringan sosial: para pemeran dalam peristiwa bahasa dan pemeran di belakang tabir yang berkuasa terhadap keseluruhan peristiwa bahasa tersebut.

68 Sekian, terima kasih


Download ppt "BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google