Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Perkembangan Tamadun Islam (Pentadbiran Zaman ‘Abbasiyyah)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Perkembangan Tamadun Islam (Pentadbiran Zaman ‘Abbasiyyah)"— Transcript presentasi:

1 Perkembangan Tamadun Islam (Pentadbiran Zaman ‘Abbasiyyah)
Program Berterusan Jarak Jauh FPI, UKM PY1262 SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (Kuliah 2/Bab 8) Perkembangan Tamadun Islam (Pentadbiran Zaman ‘Abbasiyyah)

2 OBJEKTIF Bab 8 Mengenali dan mengetahui sistem pentadbiran ‘Abbasi.
Mengenal pasti sejarah perkembangan pentadbiran Kerajaan ‘Abbasiyyah. Mendalami aspek-aspek kecemerlangan pentadbiran Kerajaan ‘Abbasiyyah. Bab 8 / 2

3 SISTEM PENTADBIRAN ‘ABBASIYYAH
Khalifah Abu al-‘Abbas al-Saffah isytihar Kerajaan ‘Abbasiyyah ialah sebuah dawlah yang berdaulat. Kerajaan ini melaksanakan konsep yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh Khulafa’ al-Rashidin. Turut meminta bantuan ulama bagi membantu untuk mentadbir kerajaan. Ini sesuai dengan kempen yang dilaksanakan dalam gerakan revolusi ‘Abbasiyyah. Namun slogan ini nyata indah khabar dari rupa. Khalifah lantik putera mahkota; monarki. Bab 8 / 3

4 SISTEM PENTADBIRAN ‘ABBASIYYAH
Perbezaan besar: Penghapusan konsep diskriminasi etnik yang diamalkan Kerajaan Umawi sebelum ini. Berjaya hidupkan Sunnah: Memberi hak sama rata kepada semua golongan tanpa bezakan warna kulit. Para khalifah juga bersedia untuk berbincang dengan para ulama. Para ulama boleh menegur segala tindakan kerajaan dengan cara yang lebir responsif. Gandingan kerajaan-rakyat perlu diperkukuh. Jika keadilan tidak diberi perhatian, rakyat pasti akan memberontak. Bab 8 / 4

5 INSTITUSI AL-WIZARAH Penubuhan al-wizarah merupakan satu perkembangan baru dalam sejarah pemerintahan Islam. Zaman Umawi: Khalifah bertanggungjawab atas semua perkara secara langsung. Wazir tidak pernah diwujudkan pada zaman Nabi, Khulafa’ dan Umawi. Institusi ini berasal dari Parsi. Dipercayai orang pertama yang menjadi wazir ialah Abu Salamah al-Khallal. Gelaran rasmi: wazir Al Muhammad. Al-Wizarah: Jentera kerajaan paling utama. Bab 8 / 5

6 INSTITUSI AL-WIZARAH Jabatan ini diketuai oleh Wazir al-Wuzara’ (Perdana Menteri). Beliau dibantu oleh beberapa orang wazir. Kedudukan Wazir al-Wuzara’ paling tinggi dan memiliki kuasa paling besar. Ia merupakan lidah rasmi kerajaan. Ada kuasa untuk melantik dan memecat gabenor dan qadi (hakim) wilayah. Khalifah boleh berikan tumpuan kepada aspek lain seperti pembangunan ekonomi dan sosial untuk kemajuan negara. Urusan pentadbiran dilakukan oleh org lain. Bab 8 / 6

7 JABATAN AL-HAJIB Jawatan kedua penting sepelas Wazir al-Wuzara’ (Perdana Menteri). Tugasnya ialah sebagai setiausaha dan pegawai protokol kepada Khalifah. Menjadi pengganti Khalifah untuk menyelesaikan masalah rakyat. Orang yang paling rapat dengan Khalifah. Jawatan ini wujud semenjak zaman Umawi. Diwujudkan oleh Khalifah ‘Abd al-Malik b. Marwan. Ditugaskan untuk melancarkan urusan untuk berjumpa dengan Khalifah. Bab 8 / 7

8 PENUBUHAN AL-DAWAWIN Diwan telah muncul semenjak zaman Khulafa’ di bawah pemerintahan ‘Umar b. al-Khattab (r.a.). ‘Abbasiyyah telah mengembangkan jabatan ini secara lebih meluas. Antaranya seperti al-Jund, al-Kharaj, al-Rasa’il, al-Sawafi dan al-Sirr. Terdapat dua diwan yang terpenting dalam zaman ‘Abbasiyyah, iaitu al-Jund dan al-Kharaj. Jabatan pos (al-barid) misalnya, tidak berfungsi seumpama pejabat pos hari ini. Bab 8 / 9

9 DIWAN AL-JUND Dikenali juga sebagai Jabatan Ketenteraan.
Bertanggungjawab dalam semua urusan ketenteraan negara. Perlu untuk menyediakan keperluan asas untuk tentera. Memberi latihan dan memilih anggota tentera baru. Diwan ini diasas oleh ‘Umar b. al-Khattab. Dimansukhkan pula oleh Mu’awiyah. Khalifah Hisham b. ‘Abd al-Malik al-Umawi wujudkan semula dengan perubahan. Khalifah al-Mansur lakukan perubahan lagi. Bab 8 / 9

10 DIWAN AL-JUND Objektif diwan ini ialah mempertahankan negara dan ancaman dan serangan orang bukan Islam. Ketua tentera perlu ingatkan anak buahnya tentang ganjaran dunia dan Akhirat. Orang awam juga turut berkhidmat dalam tentera. Mereka dikenali sebagai al-mutawwi‘in; termasuk Arab dan ‘ajam. Mereka turut diberi ganjaran ibarat gaji. ‘Abbasiyyah perkemaskan dengan selaraskan bayaran gaji. Bab 8 / 10

11 DIWAN AL-JUND Mereka yang berdaftar sahaja boleh meperoleh pelarasan ganji. Gaji yang dibayar adalah berdasarkan kategori; infantri, berkuda. Zaman Umawi, diwan ini eksklusif untuk orang Arab sahaja. ‘Abbasi membenarkan ‘ajam menganggotai diwan ini. Gaji zaman Umawi lebih tinggi daripada zaman ‘Abbasi. Ini kerana kemasukan yang ramai dan keadilan yang perlu diberikan. Bab 8 / 11

12 DIWAN AL-JUND Untuk tujuan keberkesanan, ‘Abbasiyyah telah menubuhkan satu unit khas bagi matlamat perisikan. Misal: Khalifah al-Rashid telah hantar perisik diseluruh negara musuh. Contoh: ‘Abd Allah b. al-Sidi yang dihantar ke Byzantine. Laporan para perisik ini memudahkan para geografi Muslim untuk melakar peta. ‘Abbasiyyah berjaya mencipta peralatan perang yang canggih. Contoh: Manjaniq, peluru, baju kalis api. Bab 8 / 12

13 DIWAN AL-KHARAJ Turut dikenali sebagai Jabatan Percukaian.
Mengutip segala hasil cukai tanah yang mengeluarkan hasil pertanian. Ia diketuai oleh seorang pegawai yang mempunyai kuasa untuk melantik wakil bagi memungut cukai. Kadar kharaj tidak sama antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Kharaj berperanan untuk memantapkan ekonomi negara. Diwujudkan semenjak zaman Nabi (s.a.w.). Mengalami perubahan; Khulafa’ dan Umawi. Bab 8 / 13

14 KECEMERLANGAN BAGHDAD
Zaman keagungan ‘Abbasiyyah ialah pada masa pemerintahan al-Rashid dan al-Ma’mun. Antara sumbangan utama kecemerlangan ini ialah kemantapan aspek ketenteraan. Ini dibantu pula dengan kekentalan aspek perbendaharaan negara. Jika tiada gabungan kedua-dua aspek ini, sukar untuk ‘Abbasiyyah mengecapi kecemerlangan. Zaman ini dikenali oleh Barat sebagai the golden age of Islam. Bab 8 / 14

15 RUMUSAN Kerajaan ‘Abbasiyyah mengecapi aspek kecemerlangan dalam pentadbiran. Ini dapat dilihat pada: Penubuhan Institusi al-Wizarah. Pengwujudan Jabatan al-Hajib. Pemantapan al-Dawawin. Diwan al-Jund dan diwan al-kharaj diberi perhatian kerana ia dapat menjamin pembangunan negara. Kecemerlangan aspek pentadbiran turut menyumbang kepada kecemerlangan kota Baghdad dan ‘Abbasiyyah sendiri. Bab 8 / 15

16

17

18

19

20

21

22 ↑ Bendera ‘Abbasiyyah Istana lama zaman Abbaisyyah 


Download ppt "Perkembangan Tamadun Islam (Pentadbiran Zaman ‘Abbasiyyah)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google