Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK"— Transcript presentasi:

1 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
UMUM Pengisian Markah PAJSK untuk murid Tahun 4 dan 5 sahaja pada tahun 2015. Pemberian Markah Pencapaian diperluaskan ke tempat keempat (5 markah) dan kelima (4 markah) di peringkat sekolah tetapi hanya untuk acara individu sahaja ( tidak melibatkan acara pasukan).

2 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
UMUM Penyertaan dan pencapaian yang tertinggi sahaja yang perlu direkodkan dalam sistem. Laporan PAJSK hendaklah dicetak oleh guru tingkatan. Laporan PAJSK disahkan oleh Tuan Pengetua/Guru Besar

3 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
UMUM Semua salinan bukti/eviden penglibatan dan pencapaian murid perlu disimpan sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pengumuman keputusan. Sebarang bantahan boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan selepas pengumuman keputusan.

4 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
UMUM Pihak sekolah perlu sentiasa: i. kemas kini data SPS-APDM; ii. memastikan murid yang berpindah masuk membawa markah kokurikulum daripada sekolah asal. iii. pihak sekolah perlu menyediakan maklumat yang sama untuk murid yang berpindah keluar.

5 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
UMUM Pihak sekolah perlu mencetak 2 (dua) salinan pelaporan. Bagi tujuan: i. Salinan pertama kepada murid/Ibu Bapa. ii. Salinan kedua untuk simpanan sekolah. Salinan ‘softcopy’ adalah perlu sebagai simpanan rekod dan tujuan lain selanjutnya.

6 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
SUKAN & PERMAINAN Semua acara sukan di bawah kendalian Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan anjuran persatuan. Peringkat : i. Bagi kemasukan markah dalam ruangan penglibatan, markah yang diambil kira bermula dari peringkat daerah hingga ke peringkat antarabangsa.

7 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
SUKAN & PERMAINAN ii. Pencapaian di peringkat sekolah tidak perlu direkodkan di ruangan ini. iii. Kategori Penglibatan 1 dan 2 perlu disertakan sijil sebagai bukti penyertaan; dan iv. Kategori Penglibatan 3 perlu disahkan oleh penganjur atau pengurusan sekolah.

8 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
SUKAN & PERMAINAN Tahap Pencapaian: Sijil Pencapaian adalah maklumat rasmi bagi keesahan tahap pencapaian (salinan sijil perlu disertakan bersama).

9 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
SUKAN & PERMAINAN Kehadiran murid dalam aktiviti berikut tidak dikira/dianggap hadir dalam aktiviti kokurikulum sukan: i. Sukan Tahunan ii. Merentas Desa iii. Sukan Tara iv. Latihan Rumah Sukan ** Walau bagaimanapun pencapaian dalam Sukan Tahunan dan Merentas Desa dikira dalam Tahap Pencapaian dan Khidmat Sumbangan.

10 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
SUKAN & PERMAINAN Komitmen: i. Bagi ruangan komitmen, markah yang boleh diambil kira adalah 4 (empat) daripada pilihan yang diberikan sahaja. ii. Pemilihan adalah merujuk kepada kehadiran dan minat murid melaksanakan tugasan yang diberikan semasa perjumpaan.

11 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
SUKAN & PERMAINAN Khidmat Sumbangan: i. Ruangan khidmat sumbangan ini adalah penglibatan bagi peringkat sekolah sahaja.

12 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
EKSTRA KURIKULUM Pengiraan markah Ekstra Kurikulum adalah berdasarkan pada mana-mana markah yang tertinggi daripada 5 (LIMA) elemen Ruangan Khidmat Masyarakat terdiri daripada 7 aktiviti yang boleh ditandakan semua merujuk kepada aktiviti yang telah dilaksanakan (tidak termasuk aktiviti dalam kelab persatuan, badan beruniform, dan sukan permainan)

13 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
EKSTRA KURIKULUM Semua aktiviti akademik seperti latihan, teknik menjawab soalan, kem kecemerlangan akademik, kem motivasi, kelas tambahan, dan lain-lain aktiviti akademik tidak diiktiraf sebagai aktiviti ekstra kurikulum.

14 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT ANTARABANGSA Penyertaan dan penglibatan murid di luar negara yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kebenaran dan kelulusan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK), KPM .

15 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT ANTARABANGSA Penyertaan dan penglibatan murid di luar negara yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO)/kumpulan/individu dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada BKK serta Bahagian Dasar Hubungan Antarabangsa (BDHA), KPM.

16 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT ANTARABANGSA Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara dengan melibatkan jemputan penyertaan murid dari luar negara yang diurus sepenuhnya oleh BKK, KPM melalui tapisan BDHA, KPM

17 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT ANTARABANGSA Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara dengan melibatkan penyertaan murid dari luar negara yang dikelola/dianjur oleh sekolah, agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dengan kelulusan BKK, KPM dan telah melalui tapisan serta kebenaran BDHA, KPM.

18 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT KEBANGSAAN Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui BKK, KPM

19 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT KEBANGSAAN Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada BKK, KPM. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 buah negeri (3 buah sekolah dari setiap negeri). Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak bertindan dan berulang dengan aktiviti yang dikelolakan oleh KPM bagi tahun semasa.

20 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT KEBANGSAAN Program kebangsaan yang dikelolakan oleh pihak sekolah tanpa kelulusan BKK, KPM adalah dikira markah penyertaan peringkat sekolah sahaja.

21 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT NEGERI Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

22 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT NEGERI Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah, JPN. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 Daerah (sekurang-kurangnya 3 buah sekolah bagi setiap daerah). Bagi negeri yang tiada daerah pengelolaan hendaklah melibatkan sekurang-kurangnya 5 buah sekolah. Penyertaan mestilah melibatkan pelbagai keturunan kaum. Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak bertindan dan berulang dengan aktiviti yang dikelolakan oleh JPN bagi tahun semasa.

23 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT NEGERI Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah boleh diiktiraf sebagai program peringkat negeri dengan syarat melibatkan sekurang-kurangnya 15 buah sekolah dari 3 daerah dan mendapat kebenaran daripada Pengarah, JPN. Kos program ditanggung oleh sekolah berkenaan.

24 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT DAERAH Penyertaan dan penglibatan murid di dalam daerah yang diusahakan serta diurus sepenuhnya oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

25 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT DAERAH Penyertaan dan penglibatan murid di dalam daerah yang diusahakan dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada PPD. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 5 buah sekolah

26 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT DAERAH Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah (melibatkan lebih daripada 5 sekolah) tanpa kelulusan PPD adalah dikira markah penyertaan aktiviti peringkat sekolah sahaja.

27 PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT DAERAH Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah (melibatkan lebih daripada 5 sekolah) tanpa kelulusan PPD adalah dikira markah penyertaan aktiviti peringkat sekolah sahaja.


Download ppt "PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google