Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
PENGENALAN ILMU TAFSIR
2
Ilmu Tafsir Bahasa Penjelasan dan penerangan
3
Istilah Imam al-Suyuti:
Tafsir adalah ilmu yang dengannya dapat memahami al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan menerangkan makna maksud serta hukum-hukum dan hikmat-hikmat yang ada di dalamnya.
4
al-Zarqani: Tafsir adalah satu ilmu yang mengkaji ayat-ayat al-quran dari segi petunjuk lafaznya mengikut kehendak Allah sekadar kemampuan manusia. Abu Hayyan: Tafsir ialah yang membahaskan tentang cara hendak menyebut lafaz al-Quran mengenai dalil-dalilnya, hukum-hakamnya makna-makna dari kata mufrad atau susunan ayat.
5
Kesimpulannya: Satu bidang ilmu yang membincangkan dan menjelaskan kehendak Allah yang tersemat di dalam kitabNya menurut kemampuan manusia. Lantaran itu tafsir mencakupi segala cara dan daya usaha untuk memahami pengertian kehendak kitab suci al-Quran al-Karim.
6
KELEBIHAN & MANFAAT MEMPELAJARI ILMU TAFSIR
1- Ilmu paling mulia kerana ia membicarakan tentang isi kandungan al-Qur’an yang merupakan Kalam Allah Taala & Mukjizat Rasulullah yang Maha Agong.
7
2- Mengembalikan manusia kepada Al-Quran yang merupakan Sumber Islam yang sebenar. 3- Melahirkan insan yang berilmu, bertaqwa dan berakhlaq mulia. 4- Menerokai pelbagai Ilmu Pengetahuan Islam yang Shumul (dunia & akhirat)
8
5- Berupaya untuk mengeluarkan pelbagai hukum syariat Islam serta mengetahui segala hikmah dan rahsia yang terkadung mengikut usul yang ditetapkan oleh generasi salaf. 6- Mampu menjadi sumber asas dalam menyelesaikan permasalahan kehidupan manusia samada dari sudut politik, ekonomi, sosial dan agama.
9
7- Mencapai jaminan Kebahagian hidup yang hakiki di dunia dan di akhirat.
10
AKIBAT KEJAHILAN ILMU TAFSIR
SILA LIHAT DAN TELITI VEDIO INI & TULISKAN 3 SEBAB KENAPA AL-QURAN DISALAH TAFSIRKAN.
11
MAKNA TAFSIR DAN TA’WIL
12
CONTOH-CONTOH TAFSIRAN YANG TIDAK MENEPATI USUL ULAMA
13
1- HERMENEUTIKA (Liberal):
Usaha beberapa cendekiawan modenis muslim cuba untuk menjadikannya sebagai alternatif menggantikan kaedah/ usul tafsir al-Quran yang dipelopori ulama Mutaqaddimin/klasik. Alasan : Penafsiran dahulu tidak relevan dengan situasi zaman dan keadaan masa kini.
14
TAFSIR VS HERMENEUTIKA
ISU TAFSIR-QURAN HERMENEUTIKA-BIBLE Sejarah Teks Umat Islam mengakui al-Quran adalah Wahyu Allah Masih dipertikaikan adakah Bible dari Tuhan mereka atau manusia Bahasa Diturunkan dalam bahasa arab Masih menjadi tanda tanya Kandungan Terpelihara & dihafal oleh umat islam Mengalami penyuntingan dan perubahan
15
KESIMPULAN Tafsir bukan Hermeneutika.
Ulama meletakkan syarat yang ketat untuk mengelakkan dan mengurangkan kekeliruan dan kesalahan dalam pentafsiran. Al-Quran sentiasa terpelihara dan sesuai bagi setiap zaman dan tempat.
16
2- MU’TAZILAH (Jahmiyyah):
Prinsip Pegangan mereka: Mendahulukan Aql dari Naql Ta’wil lafaz ayat-ayat yang menunjukkan Allah berkata – kata (Mengingkari sifat Allah berkata-kata): Alasan : Keadaan yang berkata-kata tidak boleh terjadi kecuali mempunyai anggota badan seperti mulut, kerongkong, dua bibir dan lidah.
17
( وكلم اللهُ موسى تكليما )
Contoh Ayat ( وكلم اللهُ موسى تكليما ) “ dan Allah telah berkata-kata kepada Musa dengan perkataan-perkataan(Nya) ” Untuk menafikan sifat Allah berkata-kata kepada Nabi Musa a.s maka mereka mengubah baris Nahunya daripada baris ( depan ُ ke baris َ atas) hingga mengubah makna yang sebenar kepada menjadi “ dan Musa telah berkata-kata kepada Allah dengan kata- kata(nya)”.
18
Kesimpulan Prinsip Ahli Sunnah Waljmaah mendahulukan Naql sebelum Aql
Akal yang sihat tidak bertengan dengan Tanzil Mendahulukan tafsiran & ta’wil ayat-ayat al-Quran mengikut urutan usul tafsir Mengisbatkan nama-nama & sifat-sifat Allah mengikut apa-apa yang diisbatkan Allah untuk dirinya sendiri
19
3- SYIAH: Prinsip Pegangan Mereka: Al-Quran mengandung makna yang BATIN berlawanan dengan makna yang Zahir & Al_Quran diturunkan kepada Imam-imam mereka juga dan Imam mereka adalah Al-Quran Ta’wil lafaz ayat-ayat yang sebenar dengan makna Imam atau I’immah mereka.
20
Alasan: Al-Quran bukan Hujjah kecuali dengan Qiyam (Imam/I’immah mereka sendiri), Ilmu pengetahuan al-Quran dikhususkan hanya untuk I’Immah mereka sahaja
21
( ا لم ذلك الكتاب لا ريب فيه..)
Contoh Ayat ( ا لم ذلك الكتاب لا ريب فيه..) “ Alif lam Mim, Itulah dia KITAB (Al-Quran) yang tiada sedkitpun keraguan di dalamNya) Dakwaan mereka : Lafaz (Kitab) ditakwilkan dengan makna Imam Ali R.A. berlawanan dengan makna Zahir yang sebenar seperti yang terdapat dalam banyak ayat-ayat yang lain yang mengertikan kitab sebagai Al-Quran.
22
Kesimpulan Al-Quran adalah kitab Allah yang sempurna dan terpelihara lafaz dan maknanya secara mutawatir. Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul terakhir dan kepadanya sahajalah diturunkan Tanzil. Tafsiran dan & ta’wil ayat-ayat Allah hendaklah mengikut cara yang ditetapkan oleh Ahli Sunnah Waljamaah
23
SYARAT-SYARAT MUFASSIR
24
1- Akidah yang benar 2- Bersih daripada hawa nafsu 3- Mempunyai keahlian dalam bidang hadith, riwayat, dan dirayah 4- Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang bahasa dan ilmu-ilmu yang berkaitan 5- Berpengetahuan dalam ilmu qiraat. 6- Mengetahui dalam Ilmu Nahu dan Sarf
25
8- Mendalami ilmu Usuluddin dan ilmu tauhid
7- Berpengetahuan luas dalam bidang ‘Ulum al-Qur’an 8- Mendalami ilmu Usuluddin dan ilmu tauhid 9- Berpengetahuan dalam ilmu Usul Fiqh 10- Mengetahui ilmu-ilmu lain seperti ilmu sosiologi dan antropologi, zoologi 11- Memulakan tafsir al-Quran dengan al-Quran itu sendiri
26
JENIS-JENIS TAFSIR TAFSIR BIL-MA’THURI, TAFSIR BIL-RA’YI
& TAFSIR ISYARI
27
TAFSIR BIL-MA’THUR 27
28
kata-kata sahabat dan al-Tabiin
TAFSIR BI AL-MA’THUR ..yang diriwayatkan daripada yang terdahulu: al-Quran al-Sunnah kata-kata sahabat dan al-Tabiin 28
29
CONTOH TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN
al-Maidah (5:1): أحلت لكم بهيمة الأنعام إلا ما يتلى عليكم Dengan al-Maidah (5:3): حرمت عليكم الميتة والدم ولحم الخنزير وما أهل لغير الله به 29
30
CONTOH TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-SUNNAH
Al-An’am (6:82): الذين آمنوا ولم يلبسوا إيمانهم بظلم Ditafsirkan oleh Nabi s.a.w. dengan syirik seperti dalam Luqman (31:13): إن الشرك لظلم عظيم 30
31
أحل لكم صيد البحر وطعامه
CONTOH TAFSIR SAHABAT Al-Maidah (5:96): أحل لكم صيد البحر وطعامه صيد البحر: yang ditangkap hidup-hidup. طعامه: yang ditolak ketepi oleh ombak dan mati.
32
TOKOH PENTAFSIR DI KALANGAN SAHABAT
Abu Bakr, Umar, Uthman, Ali, Ibn Mas’ud, Ibn Abbas, Ubay bin Ka‘b, Zayd bin Thabit, Abu Musa al-Ash‘ari, Abdullah bin al-Zubayr
33
NILAI TAFSIR SAHABAT Wajib diterima, Marfu‘: i- sezaman dengan Nabi.
ii- berkaitan sabab al-nuzul dan tidak boleh ijtihad.
34
TAFSIR TABI‘IN Mekah: anak murid Ibn Abbas- Mujahid, Ata’, Ikrimah, Sa‘id bin Jubayr, Tawus… Kufah: anak murid Ibn Mas‘ud- Qatadah, ‘Alqamah dan al-Sya‘bi. Madinah: anak murid Ubay bin Ka‘b- Zaid bin Aslam, Abu al-Darda’ dan Muhammad bin Ka‘b al-Qurazi.
35
NILAI TAFSIR TABI‘IN Diterima jika:
- tiada ruang untuk ijtihad dan jika tidak mengambil dari Ahli Kitab - Ijmak dalam sesuatu tafsiran
36
SEBAb-SEBAB TAFSIR BI AL-MA’THUR MENJADI LEMAH
1- Riwayat palsu… 2- Israiliyyat… 3- Pembuangan sanad…
37
KHILAF DALAM TAFSIR BI AL-MA’THUR
Kebanyakannya khilaf tanawwu‘ dan bukan khilaf tadad. 1- Huraian berbeza: al-Sirat al-Mustaqim- al-Quran, al-Islam… 2- Contoh yang berbeza: Zalim, Muqtasid, Sabiq- solat lewat, tengah waktu, awal waktu; tak bayar zakat, zakat sahaja, zakat dan sedekah.
38
KITAB-KITAB TAFSIR BI AL-MA’THUR
Tanwir al-Miqyas al-Fayruz Abadi. Jami‘ al-Bayan fi Tafsri al-Quran al-Tabari. Tafsir al-Quran al-‘Azim Ibn Kathir.
39
TAFSIR BIR-RA’YI
40
DASAR al-Ra’yi: I‘tiqad, Qiyas, Ijtihad… Dua Jenis: Mahmud Madhmum
41
DALIL PENGHARAMAN TAFSIR BI AL-RA’Y
A- Merupakan zan sahaja, firman Allah (al-Isra’ 17:36) ولا تقف ما ليس لك به علم Jawapan: dibenarkan ijtihad secara zanni jika tidak boleh secara qat‘i, firman Allah: (al-Baqarah 2:286) لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
42
B- Penerangan adalah tugas Rasul sahaja.
Jawapan: Apa yang thabit disampaikan, dan apa yang tidak thabit diijtihad oleh ulama… C- من قال في القرآن برأيه فأصاب فقد أخطأ Jawapan: Itu jika tanpa berpandukan dalil- dalil…
43
D- أي سماء ظلني وأي أرض قلني...
Jawapan: Itu pada perkara yang tidak diketahui bukan yang diketahui ertinya walaupun secara zan…
44
أفلا يتبدرون القرآن أم على قلوب أقفالها
DALIL PENGHARUSAN 1- Dalil-dalil yang menyuruh supaya bertadabbur: أفلا يتبدرون القرآن أم على قلوب أقفالها (Muhammad 47:24) 2- Tiada Tafsir bi al-Ra’y = tiada ijtihad = tergendala banyak hukum syara‘… 3- Para sahabat mentafsirkan al-Quran sehingga wujud sedikit perbezaan…
45
PEMBAHAGIAN TAFSIR BI AL-RA’Y
1- al-Ja’iz/ al-Mamduh Sejajar dengan Syara‘, jauh dari kejahilan, selari dengan bahasa Arab… 2- al-Ghayr Ja’iz/al-Madhmum Tanpa ilmu, menurut hawa nafsu, dengan kejahilan terhadap bahasa Arab…
46
CONTOH TAFSIR BI AL-RA’Y AL-MADHMUM
Al-Isra’ (17:71) : يوم ندعو كل أناس بإمامهم إمام jama‘ kepada أم: manusia akan dibin kepada ibunya. Al-Isra’ (17:72): ومن كان في هذه أعمى فهو في الآخرة أعمى وأضل سبيلا Buta: sebagai buta mata.
47
KITAB-KITAB TAFSIR BI AL-RA’Y- TURATH
1- Mafatih al-Ghayb oleh Fakhruddin/ Fakhr al-Razi ( H). 2- Anwar al-Tanzil Wa Asrar al-Ta’wil (Tafsir al-Baydawi) oleh Nasir al-Din al-Baydawi (691H). 3- Madarik al-Tanzil wa Haqaiq al-Takwil oleh Abu al-Barakat al-Nasafi (701H). 4- Lubab al-Ta’wil fi Ma‘ani al-Tanzil oleh ‘Ala al-din al-Khazin (678H-741H).
48
CIRI TAFSIR BI AL-RA’Y YANG DIBENARKAN
Sejajar dengan: 1- al-Quran, 2- al-Sunnah, 3- Kaedah Syara‘ yang tetap 4- bahasa Arab…
49
AL-TAFSIR AL-ISHARI AL-SUFI
49
50
PENDAHULUAN Tasawwuf: perilaku yang mengenepikan kemewahan hidup dan menghias diri dengan sifat-sifat terpuji… Pada zaman sahabat tidak dikenali dengan nama atau gelaran ahli sufi… hanya bermula pada abad kedua Hijrah… 50
51
PEMBAHAGIAN TASAWWUF NAZARI Penyelidikan & Kajian AMALI Taqashshuf
52
SYARAT PENERIMAAN TAFSIR AL-SUFI
Pentafsiran sufi ini tidak bertentangan dengan kenyataan nuzum al-Quran atau makna-makna yang zahir. Tidak ada bertentangan dengan syariat atau akal. Pentafsiran tersebut perlu disokong dengan bukti-bukti syarak yang benar.
53
Pentakwilan yang dibuat tidak terlalu asing, contohnya mentafsir ayat al-Quran:
(إن الله لمع المحسنين) Surah al-Ankabut: 69 Maksudnya: “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang baik”. Iaitu menjadikan perkataan ( لمع ( sebagai فعل الماضى dan perkataan ( المحسنين ) sebagai مفعول به.
54
Seseorang mufassir tidak boleh mendakwa bahawa tafsir al-sufi atau al-Isyari sahaja yang tepat. Namun perlu baginya mengetahui makna secara zahir terlebih dahulu dan tidak wajar sama sekali terburu-buru mentafsir ayat al-Quran secara batin sebelum mentafsir secara zahir.
55
DIANTARA KITAB-KITAB TAFSIR AL-ISYARI
1- Tafsir al-Quran al-Azim oleh al-Tusturi 2- Haqa’iqul Tafsir oleh Abu Abdurrahman as-Sufi 3- al-Ta’wilat al-Najmiyah oleh Njamuddin Dayah dll
56
KESIMPULAN 1- Sentiasa berpegang teguh dengan Al-Quran & Al-Sunnah.
2- Fahami tujuan sebenar al-Quran diturunkan (dibaca, difahami, diamalkan dan disebarkan kepada seluruh manusia. 3- Menyakini bahawa tafsiran Generasi Mutaqaddimin lebih selamat dan lebih benar daripada Generasi Muta’akhirrin. 4- Banyak membaca dan membuatkan kajian ilmu. 5- Jangan menafsirkan al-Quran tanpa mempunyai dasar-dasar ilmu al-Quran. 6- Pelajari Al-Quran dengan AhliNya.
57
SELESAI SOAL-JAWAB
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.