Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PERIBAHASA.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PERIBAHASA."— Transcript presentasi:

1 PERIBAHASA

2 PERIBAHASA Ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu

3 Jenis-jenis peribahasa
Kata-kata hikmat perumpamaan Simpulan bahasa bidalan pepatah perbandingan

4 Perumpamaan Perumpamaan
1 Perumpamaan Perumpamaan Merupakan jenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan yang lain. Biasanya, maksud perumpamaan berlainan daripada kelompok kata yang membentuknya. Biasanya, ia menggunakan kata-kata bandingan seperti bagai, laksana, seperti, umpama, ibarat dan macam untuk mengiaskan sesuatu secara perbandingan

5 Perumpamaan Maksud Contoh ayat 1. Bagai pinang dibelah dua Pengantin yang sama padan Pasangan pengantin itu bagai pinang dibelah dua kerana kedua-duanya sama cantik dan berpelajaran 2. Bagai menatang minyak yang penuh Memelihara anak dengan penuh kemanjaan dan kasih sayang Encik Rahmat dan isterinya menjaga anak mereka bagai menatang minyak yang penuh kerana itulah satu-satunya anak yang dimiliki mereka.

6 3. Seperti katak di bawah tempurung
Orang yang cetek pengetahuannya Seman seperti katak di bawah tempurung kerana dia langsung tidak mengetahui perkembangan dunia 4. Seperti ular kena palu Keadaan jalan, lorong atau sungai yang bengkang-bengkok Keadaan jalan Kuala Pilah-Seremban yang seperti ular kena palu membahayakan pengguna jalan itu. 5. Bagai kacang lupakan kulit Orang yang tidak tahu mengenang budi Zamani terus menjaga ibu bapa angkatnya yang banyak berjasa kepadanya kerana dia tidak mahu dikatakan bagai kacang lupakan kulit.

7 S Simpulan Bahasa 2 Simpulan Bahasa Maksud Contoh ayat 1. Ada angin
Berubah perangai kerana jiwa tergangu Adik beradik Abang Rafi tidak berani menganggunya kerana abangnya ada angin. 2. Ada hati Ingin memiliki sesuatu Walaupun gajinya rendah, Effa tetap ada hati untuk membeli rumah yang besar. 3. Berat mulut Orang yang pendiam Amir memang berat mulut kerana sepatah ditanya, sepatah dijawab 4. Berat tangan Bersifat malas Hidupnya agak susah ekoran perangainya yang berat tangan.

8 3 Bidalan -Merupakan sejenis peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran yang benar. -Biasanya, ia merupakan ungkapan pendek yang melekat di mulut orang

9 Bidalan Maksud Contoh ayat 1. Ada gula ada semut Tempat yang menjadi tumpuan kerana ada sesuatu yang menarik Ramai buruh asing datang ke negara kaya kerana ada gula ada semut. 2. Ada udang di sebalik batu Melakukan sesuatu tetapi ada tujuan lain di sebaliknya Tindakan Amir memberi hadiah kepada Mira ada udang di sebalik batu kerana dia ingin memikat gadis itu. 3. Rosak badan kerana mulut Mendapat masalah akibat terlanjur kata Sikap Mak Minah yang suka mengumpat tidak ubah seperti rosak badan kerana mulut kerana dia telah dilempang oleh orang yang diumpatnya.

10 Ialah sejenis peribahasa yang berangkap
Pepatah 4 Ialah sejenis peribahasa yang berangkap biasanya terdapat pengulangan kata yang berperanan sebagai penegasan atau sebagai unsur-unsur pengajaran yang hendak disampaikan.

11 Pepatah Maksud Contoh ayat 1. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Kita hendaklah mematuhi adat dan istiadat di mana-mana kita berada Robert menjalani hidup mengikut adat resam penduduk setempat kerana baginya di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung 2. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya Perangai Ahmad saling tidak tumpah seperti ayahnya kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. 3. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri Tidak mendengar nasihat Kini dia terjebak dalam kancah penagihan dadah kerana nasihat ibunya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

12 Kata-kata Hikmat 5 Ungkapan yang mengandungi pengertian, pengajaran, atau falsafah yang berguna Biasanya, ringkas tetapi bernas dan mudah disebut. Digunakan sebagai cogan kata atau kiasan dalam pertutuan dan penulisan

13 Kita tidak boleh membuang masa kerana masa itu emas.
Kata-kata hikmat Maksud Contoh ayat 1. Masa itu emas Masa sangat berharga Kita tidak boleh membuang masa kerana masa itu emas. 2. Ilmu itu pelita hidup Ilmu pengetahuan menjamin kehidupan seseorang Kita tidak harus jemu menuntut ilmu kerana ilmu itu pelita hidup. 3. Bahasa jiwa bangsa Bahasa ialah semanagt sesuatu bangsa Penduduk negara ini sangat megah menggunakan bahasa kebangsaan mereka kerana bahasa jiwa bangsa. 4. Muafakat itu berkat Sifat bekerjasama membawa manfaat kepada semua pihak Seluruh penduduk kawasan itu sentiasa bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerana muafakat itu berkat.


Download ppt "PERIBAHASA."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google