Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14 Email:

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14 Email:"— Transcript presentasi:

1 FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14 Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia

2 Kuliah Tajuk Jam 5. Pengurusan Perubahan 10 Organisasi Sumber Keselamatan dan kesihatan persekitaran kerja 6. Keselamatan dan kesihatan Persekitaran Kehidupan Penggunaan lestari Polisi dan perundangan

3 Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran Kehidupan
Tajuk 6 Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran Kehidupan

4 Penggunaan Lestari Simposium Oslo1994 mencadangkan definisi praktikal sebagai ‘penggunaan barangan dan perkhidmatan yang merupakan maklum balas keperluan dan membawa kepada kualiti hidup yang lebih baik, dengan meminimakan penggunaan sumber-sumber semulajadi, bahan toksik dan pelepasan bahan buangan dan bahan pencemar di sepanjang kitaran hidup, supaya tidak merencatkan keperluan generasi masa hadapan’

5 Penggunaan Lestari Konsep ini meliputi komponen: memenuhi keperluan
meningkatkan kualiti hidup menambahbaik kecekapan sumber meningkatkan penggunaan sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui meminimakan bahan buangan menggunakan perspektif kitaran hidup dan mengambikira dimensi ekuiti (ekuiti sosial)

6 Penggunaan Lestari Cabarannya untuk mengintegrasikan semua komponen berkenaan: bagaimanakah untuk menghasilkan perkhidmatan yang sama atau yang lebih baik untuk memenuhi keperluan asas kehidupan dan di masa yang sama mencapai aspirasi untuk penambahbaikan bagi kedua-dua generasi kini dan masa hadapan, berterusan dalam mengurangkan kerosakan persekitaran dan risiko kepada kesihatan manusia.

7 Penggunaan Lestari Konsep penggunaan lestari timbul hasil dari senario-senario yang berlaku masa kini: (Robins and Roberts, 1998) Consumption in a Sustainable World Kerosakan persekitaran Kemiskinan Kesihatan Kecekapan ekonomi Perubahan persekitaran global Kualiti hidup

8 Penggunaan Lestari Senario-senario (samb.) 1. Kerosakan persekitaran
Proses pengeluaran, penggunaan dan pembuangan banyak barangan dan perkhidmatan menyebabkan masalah persekitaran yang teruk seperti pengurangan sumber, pembaziran tenaga, pencemaran udara, air dan tanah, dan berlakunya peningkatan dalam bahan buangan pejal, toksik, dan merbahaya.

9 Penggunaan Lestari Senario-senario (samb.) Kemiskinan
Terdapat golongan yang hidup mewah dengan limpahan sumber dan barangan namun terdapat golongan yang masih kekurangan akses kepada bekalan air bersih dan selamat, kebersihan yang mencukupi, tenaga dan makanan berzat.

10 Penggunaan Lestari Senario-senario (samb.) 3. Kesihatan
Pengeluaran banyak barangan pengguna menyebabkan gejala kerosakan yang teruk kepada kesihatan manusia melalui pencemaran air dan udara. Pencemaran boleh menyebabkan kematian pra-matang, begitu juga dengan penyakit-penyakit yang terhasil dari kehidupan yang mewah dengan pelbagai barangan pengguna.

11 Penggunaan Lestari Senario-senario (samb.) 4. Kecekapan ekonomi
Model pembangunan konvensional cuba mengusahakan supaya lebih ramai orang boleh dilibatkan dalam ekonomi pengguna melalui pertumbuhan ekonomi. Ini akan menyebabkan perubahan kepada agihan dan corak penggunaan, yang boleh lebih menghasilkan kos yang efektif dan kecekapan sumber.

12 Penggunaan Lestari Senario-senario (samb.)
5. Perubahan persekitaran global Penggunaan tenaga bagi sektor industri, perdagangan dan domestk, terutamanya dalam sektor pengangkutan, merupakan punca utama bagi gas rumah-hijau Manakala sistem penghawa-dingin dan peti ais adalah penyebab yang ketara bagi pengurangan ozon. Ancaman kepada persekitaran global ini dapat diatasi melalui perubahan dalam rekabentuk dan pembinaan bangunan dan sistem pengangkutan.

13 Penggunaan Lestari Senario-senario (samb.) 6. Kualiti hidup
Peningkatan dalam kesediaan bahan-bahan untuk digunakan tidak semestinya membawa kepada kualiti hidup yang lebih baik disebabkan oleh penyusutan dalam persekitaran manusia dan renggangnya hubungan sosial.

14 Penggunaan Lestari Tiga aspek penting penggunaan lestari
Penggunaan yang kurang Penggunaan yang mesra-eko Penggunaan yang mesra-tradisi

15 Penggunaan Lestari Penggunaan yang kurang
Melibatkan pengurangan yang ketara dalam penggunaan. Satu alasan bagi tindakan ini adalah bagi memberhentikan pengurangan sumber-sumber dan memberikan peluang kepada mereka yang tidak memperoleh sumber berkenaan.

16 Penggunaan Lestari Penggunaan yang mesra-eko
Merujuk kepada corak penggunaan yang tidak membawa bencana kepada biosfera. Meliputi tingkah laku seperti mengelak dari menggunakan bahan isirumah yang mempunyai bahan kimia yang merbahaya, mengasingkan dan mengitar semula bahan buangan serta memberi keutamaan kepada produk yang dihasilkan secara mesra-alam. Pencemaran dan penghasilan karbon dioksida perlu dititikberatkan. Perlu menghormati alam sekitar dan menjalami kehidupan secara semulajadi.

17 Penggunaan Lestari Penggunaan yang mesra-tradisi
Merujuk kepada kecitaan untuk barangan gaya lama dan yang dihasilkan secara tradisional. Individu lebih gemar kepada produk lama yang mempunyai jangka hayat yang panjang berbanding produk elektronik yang moden. Individu lebih gemar untuk membeli makanan yang dihasilkan secara biologi, contohnya yang dihasilkan oleh pekebun kecil secara tempatan dan dipasarkan di kedai runcit.

18 Penggunaan Lestari Peranan Pelbagai Pihak 1. Kerajaan/Penggubal polisi
Perlunya kepada pembentukan semula polisi-polisi untuk mempastikan barangan dan perkhidmatan mengambilkira kos ke atas persekitaran dan dengan itu merangsangkan penggunaan yang lebih lestari. Di masa yang sama, negara masih meningkatkan pendapatan dan keluaran negara kasar. Adalah mungkin untuk meningkatkan pendapatan sambil mengurangkan penggunaan sumber.

19 Penggunaan Lestari Peranan pelbagai pihak (samb.)
2. Individu dan keluarga Individu dan keluarga perlu mengutamakan kelestarian dalam penggunaan masing-masing. Barangan yang boleh diguna semula digalakkan untuk di kitar semula supaya dapat mengurangkan proses pengeluaran barangan berkenaan, dan dengan itu dapat mengurangkan penggunaan sumber-sumber semulajadinya.

20 Penggunaan Lestari Peranan pelbagai pihak (samb.)
2. Individu dan keluarga (samb.) Elakkan pembaziran dan gunakan seminima mungkin bahan-bahan terutamanya yang melibatkan sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharui. Menjalani gaya hidup yang menekankan nilai perpaduan sosial, tradisi tempatan dan nilai tidak berorientasikan materialistik

21 Penggunaan Lestari Peranan pelbagai pihak 3. Industri
Perlunya ada inovasi dalam penghasilan produk di mana produk yang dihasilkan melibatkan sumber-sumber semulajadi yang minima atau tiada langsung menggunakannya. Proses penghasilan sesuatu produk juga hendaklah ditumpukan kepada pemilihan proses yang melibatkan sumber-sumber semulajadi yang minima, dan mesra-alam.

22 Polisi dan Perundangan
Dasar Pengguna Negara (DPN) KENYATAAN DASAR Dasar Pengguna Negara bertujuan menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di kalangan dan di antara pengguna, pembekal/pengilang dan kerajaan dalam melaksanakan peranan masing-masing, menggalakkan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna dan pembekal/pengilang ke arah memelihara kedaulatan Negara serta prinsip Agama untuk mencapai Wawasan Negara dalam menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi.

23 Polisi dan Perundangan
Dasar Pengguna Negara (DPN) (samb.) memberi fokus terhadap usaha-usaha tiga pihak, perlindungan kendiri (self-protection) di kalangan pembekal/pengilang kerajaan melalui peningkatan tahap perlindungan pengguna yang berkesan pengguna melalui kesedaran hak dan tanggungjawab mewujudkan susasana harmoni untuk menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di antara pengguna, pembekal/pengilang dan kerajaan dengan memantapkan bidang perundangan, amalan perdagangan, pendidikan, kesihatan, kemudahan awam & bidang yang berkaitan.

24 Polisi dan Perundangan
Objektif DPN Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik Amalan Perdagangan Yang Saksama dan Bertanggungjawab Pendidikan Penggunaan Lestari Dalam Era Globalisasi Hubungan Antara Pengguna, Pembekal/Pengilang Pengilang dan Kerajaan

25 Polisi dan Perundangan
OBJEKTIF (samb.) Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik Mempastikan tahap perlindungan pengguna yang terbaik dari segi perlindungan kendiri, kawalselia kendiri dan aspek perundangan. Perlu ada peruntukan yang melindungi pengguna, tindakan yang munasabah terhadap kecurangan pembekal/pengilang dan sistem penyelesaian perundingan yang murah, mudah dan cepat.

26 Polisi dan Perundangan
OBJEKTIF (samb.) Amalan Perdagangan Yang Saksama dan Bertanggungjawab Menggalakkan amalan perdagangan yang saksama dan bertanggungjawab dalam aspek yang melibatkan pengguna khususnya dalam aspek pengeluaran, promosi, penentuan harga dan pemasaran barangan serta perkhidmatan yang dihasilkan oleh pembekal/pengilang. Menggalakkan kawalselia kendiri dalam amalan perdagangan yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

27 Polisi dan Perundangan
OBJEKTIF (samb.) Pendidikan Mempastikan pendidikan pengguna yang berterusan diberi keutamaan oleh sektor awam dan swasta dan diintegrasikan dalam aktiviti pendidikan formal dan tidak formal. Memberi pendidikan pengguna di kalangan pembekal/pengilang mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat yang adil dan harmoni.

28 Polisi dan Perundangan
OBJEKTIF (samb.) Penggunaan Lestari Dalam Era Globalisasi Meningkatkan usaha ke arah amalan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan, untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi dan liberalisasi perdagangan.

29 Polisi dan Perundangan
OBJEKTIF (samb.) Hubungan Antara Pengguna, Pembekal/Pengilang Pengilang dan Kerajaan Mengharmonikan hubungan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan agar semua pihak mempunyai satu matlamat yang bersepadu iaitu mencapai perlindungan pengguna yang terbaik di bawah satu dasar iaitu DPN.

30 Polisi dan Perundangan
Pemantapan Undang-Undang Perlindungan Pengguna (KPDNKK) Memantapkan lagi penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan agensi penguatkuasaan di Kementeriannya supaya tindakan yang berkesan dapat dilaksanakan. Penguatkuasaan boleh dibantu oleh Persatuan Pengguna. Meminda undang-undang yang sedia ada dari masa ke semasa dengan mengenakan tindakan sivil dan jenayah yang setimpal untuk mengawal kegiatan-kegiatan perdagangan yang tidak bertanggungjawab.

31 Polisi dan Perundangan
Pemantapan Undang-Undang Perlindungan Pengguna (samb.) Menggubal undang-undang baru dengan mengambilkira kesan globalisasi, liberalisasi perdagangan dan penggunaan lestari. Memastikan setiap undang-undang yang berkait dengan pengguna mengandungi peruntukan yang menjamin kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

32 Penggunaan Lestari dan Kebahagiaan
Jangkaan perkaitan di antara keduanya mengikut dua pandangan: 1. Pandangan ‘hijau’: Penggunaan lestari menghasilkan suatu kehidupan yang lebih memuaskan, untuk generasi sekarang dan masa datang. Pengurangan amaun penggunaan perubahan kepada komposisi penggunaan yang berbeza memberi kesan positif kepada kebahagiaan.

33 Penggunaan Lestari dan Kebahagiaan (samb.)
1a. Bahagia dengan penggunaan yang kurang: Penggunaan yang banyak dan peningkatan dalam bekalan bahan dan barangan membuatkan kehidupan kurang memuaskan Sebab: barangan pengguna yang moden memberikan ‘keselesaan’ yang palsu dan kurang kepuasan dalaman dari segi cabaran Tekanan untuk mengekalkan penggunaan barangan tertentu menyebabkan kekurangan masa untuk bersama rakan dan saudara

34 Penggunaan Lestari dan Kebahagiaan (samb.)
1a. Bahagia dengan penggunaan yang kurang (samb.) Kekecewaan dalam memperoleh wang bagi mengekalkan tahap hidup tertentu, Melibatkan tekanan hidup di mana kerja bukanlah merupakan sesuatu yang menyeronokkan Kehendak pengguna tidak menunjukkan keperluan pengguna sebenarnya,oleh itu tidak membawa kepada kebahagiaan. Kesedaran terhadap pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui boleh menggugat kesejahteraan generasi akan datang, maka pengguna merasa kurang bahagia

35 Penggunaan Lestari dan Kebahagiaan (samb.)
1b. Bahagia dengan penggunaan mesra-eko: Bahagia dengan penggunaan mesra-eko ini melibatkan jangka panjang. Penggunaan lestari adalah sebagai satu cara untuk mengurangkan degradasi biosfera, yang mengurangkan kebahagiaan generasi masa datang. Perbandaran yang berterusan mengurangkan hubungan dengan alam semulajadi dan mengurangkan kebahagiaan dalam jangka panjang.

36 Penggunaan Lestari dan Kebahagiaan (samb.)
1b. Bahagia dengan penggunaan mesra-eko (samb.): Mengikut teori ‘Biophilia” evolusi menyebabkan kecenderungan untuk ke arah kehijauan dan persekitaran terbuka, dan dengan itu tidak boleh bertahan dengan bandar moden. Persepsi bahawa barangan mesra-eko adalah lebih sihat terutamanya makananorganik

37 Penggunaan Lestari dan Kebahagiaan (samb.)
1c. Bahagia dengan penggunaan mesra-tradisi: Barangan yang mengambil masa lama untuk disiapkan lebih memberi kepuasan berbanding barangan/makanan yang dihasilkan secara banyak dan moden. Cth. Baca buku lebih rasa puashati berbanding melayari internet

38 Penggunaan Lestari dan Kebahagiaan (samb.)
1c. Bahagia dengan penggunaan mesra-tradisi (samb.): Kebahagiaan bukan sahaja diperolehi dalam penggunaan barangan tradisi tetapi dalam pengeluarannya. Cth. Kraftangan tradisional lebih memberi kepuasan kepada pembuatnya dan mereka yang melihatnya. Penggunaan mesra-eko ini dilihat sebagai satu cara untuk mengekalkan masyarakat baik yang lama yang dianggap lebih baik kehidupannya berbanding masyarakat moden

39 Penggunaan Lestari dan Kebahagiaan (samb.)
2. Pandangan ‘tamak”; 2a. Bahagia dengan penggunaan yang lebih: Kebahagiaan dikaitkan dengan tahap hidup yang tinggi di mana pembelian barangan yang banyak diaruh oleh anggapan bahawa ini membuat mereka lebih puashati spt memberi barangan tahan lama iaitu rumah, dan berbelanja untuk percutian. – ini mengikut teori ekonomi iaitu lebih bahagia dengan penggunaan lebih, walaupun utiliti marginal mungkin berkurang Ini disebabkan oleh pandangan terhadap masa hadapan di mana kemajuan saintifik dan pasaran yang rasional memberikan pilihan untuk sumber yang berkurang.

40 Penggunaan Lestari dan Kebahagiaan (samb.)
2b. Tidak bahagia dengan penggunaan mesra-eko: Menganggap pengguna adalah rasional dan tahu yang terbaik untuk mereka. Oleh itu tidak perlu untuk mendesak pengguna membeli barangan ‘hijau’ untuk kebahgiaan mereka. Sekiranya mereka tidak mahu membeli barangan hijau, ini tidak akan menyumbang kepada kebahagiaan mereka Kesan jangka-panjang mengikut pandangan ‘tamak’ ini tidak penting disebabkan walaupun bahan kimia memberi kesan buruk dalam jangka panjang, ini boleh diatasi dengan perundangan dan teknologi yang akan dihasilkan. Pengeluar juga akan cuba untuk mengurangkan kesan buruk ini.

41 Penggunaan Lestari dan Kebahagiaan (samb.)
2c. Tidak bahagia dengan penggunaan mesra-tradisi: Spt mana dibincang di atas, produk tradisional jug tidak menyumbang kepada kebahagiaan. Ia akan menjadi barangan ketinggalan zaman dan tidak diperlukan dengan adanya barangan moden

42 Cabaran Untuk Penggunaan Lestari
Di pihak pengguna: Kompleksiti Penggunaan Limitasi Cara Perolehan Maklumat Tahap Penggunaan dan Kesan Berbalik Sokongan Kepada Penggunaan Tidak Lestari

43 Cabaran Untuk Penggunaan Lestari
Kompleksiti Penggunaan: Penggunaan yang kompleks dari segi barangan & infrastruktur Individu menggunakan barangan/perkhidmatan untuk memenuhi fungsi dan kualiti, juga untuk nilai simbolik atau nilai identiti. Ini menghasilkan suatu dunia sosial tertentu untuk mereka hidup Penggunaan individu dan bandingannya dengan orang lain membawa kepada kesejahteraan

44 Cabaran Untuk Penggunaan Lestari
Kompleksiti Penggunaan (samb.): Begitu juga, pilihan pengguna bergantung juga kepada kesediaan barangan/infrastruktur dan norma sosial Selain itu faktor pelbagai budaya dan tahap individualistik dalam masyarakat juga berperanan dalam pilihan pengguna Walaupun pengguna cuba untuk melaksanakan penggunaan lestari, mereka menghadapi konflik disebabkan penggunaan tidak sepenuhnya merupakan pilihan mereka semata-mata.

45 Cabaran Untuk Penggunaan Lestari
Limitasi Cara Perolehan Maklumat: Untuk meningkatkan kesedaran dan mengubah corak penggunaan, perlu diperoleh maklumat yang sesuai oleh pengguna. Walaupun maklumat telah diberikan kepada pengguna, masih terdapat tindakan yang kurang dalam amalannya. Ini boleh disebabkan oleh limitasi kognitif untuk mengambil tindakan dan juga oleh pengaruh emosi dalam situasi pembelian.

46 Cabaran Untuk Penggunaan Lestari
Limitasi Cara Perolehan Maklumat (samb.) Satu cara perolehan maklumat mengenai impak sekitaran dan sosial oleh sesuatu produk adalah melalui pelabelan-eko. Ini kadangkala boleh mengelirukan pengguna. Produk berkenaan mungkin tidak sepenuhnya mesra-eko disebabkan terdapat beberapa peringkat dalam proses pengeluarannya adalah tidak mesra-eko. Contohnya sumber bahan mentah yang digunakan adalah tidak mesra-eko dan tidak disedari/diketahui oleh pengeluar

47 Cabaran Untuk Penggunaan Lestari
Limitasi Cara Perolehan Maklumat (samb.) Maklumat yang tidak lengkap berkaitan dengan deklarasi mesra-eko menghasilkan pilihan yang sebenarnya tidak bijak bagi pengguna Ramai pengguna cenderung membeli produk berkenaan dan dalam kuantiti yang banyak. Ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan. Sebaliknya, disetengah tempat, pemahaman mengenai mesra-eko masih rendah dan pengguna tidak cenderung menggunakannya

48 Cabaran Untuk Penggunaan Lestari
Tahap Penggunaan dan Kesan Berbalik: Walaupun terdapat peningkatan dalam proses pengeluaran dan penghasilan produk melalui kecekapan-eko dan pengurangan bahan-bahan mentah, KNK meningkat dengan kadar lebih tinggi berbanding peningkatan dalam kecekapan-eko Oleh itu sebenarnya tahap penggunaan meningkat dengan kadar lebih tinggi berbanding peningkatan dalam proses penghasilan produk dan produk itu sendiri dari segi kesan terhadap persekitaran

49 Cabaran Untuk Penggunaan Lestari
Tahap Penggunaan dan Kesan Berbalik (samb.): Lebih ramai orang menjadi pengguna dan menjadi pengguna kepada pelbagai jenis produk Ini boleh disebabkan oleh peningkatan populasi dan tahap kemewahan Juga didapati, negara sedang membangun juga mempunyai pengguna yang setanding dengan negara membangun

50 Cabaran Untuk Penggunaan Lestari
Tahap Penggunaan dan Kesan Berbalik (samb.): Selain tahap penggunaan, corak penggunaan juga meningkat menghasilkan impak kepada persekitaran dan sosial Contoh: produk menjadi lebih besar dan pengguna mempunyai beberapa versi produk yang serupa, juga beberapa versi produk mewah Kesan globalisasi pula menyebabkan pengguna di bahagian lain dunia dapat menggunakan makanan (buah) dan melancong ke pelbagai tempat di pedalaman negara lain

51 Cabaran Untuk Penggunaan Lestari
Tahap Penggunaan dan Kesan Berbalik (samb.): Penghasilan produk di negara lain yang lebih murah (kos bahan mentah dan tenaga kerja yang murah) menjadikan produk itu lebih murah digunakan/beli Kesan berbalik yang timbul adalah: peningkatan dalam kecekapan membawa kepada peningkatan penggunaan. Penghasilan boleh berlaku dalam kuantiti yang banyak dan dengan itu wujud kesediaan produk di pasaran

52 Cabaran Untuk Penggunaan Lestari
Sokongan Kepada Penggunaan Tidak Lestari: Ini melibatkan kepentingan oleh pihak peniaga/industri dan kerajaan dalam penggunaan yang sedia ada Peningkatan berterusan dalam ekonomi bergantung kepada pengeluaran dan penggunaan yang intensif dari segi bahan dan tenaga. Bagi industri, penghasilan produk bagi memenuhi permintaan pengguna adalah merupakan suatu yang mengaruh semua aktiviti mereka. Perlunya kepada peningkatan permintaan berterusan. Ini menggambarkan pertumbuhan dan pembangunan sesuatu industri

53 Cabaran Untuk Penggunaan Lestari
Sokongan Kepada Penggunaan Tidak Lestari (samb.): Pihak industri cenderung mengekalkan harga murah produk (bagi meningkatkan permintaan) walau dengan apa cara sekalipun, termasuk sumber yang murah, tenaga kerja yang murah, persekitaran kerja yang kurang baik. Mengambil peluang dari perundangan dan peraturan yang longgar untuk menyeludup produk yang tidak mesra-eko Kerajaan pula mengambilkira kehendak pengundi yang mahukan produk murah oleh itu mungkin mengabaikan penguatkuasaan polisi tertentu mengenai kelestarian

54 Cabaran Untuk Penggunaan Lestari
Di pihak peniaga/industri: Kurang maklumat mengenai apa yang merupakan lestari Maklumat yang sedikit boleh dimuatkan pada label Perlakuan pengguna Pertalian di antara pembekal

55 Cabaran Untuk Penggunaan Lestari
Kurang maklumat mengenai apa yang merupakan lestari: Takrifan kelestarian berbeza dalam kalangan organisasi. Salahfaham dari segi lestari di pihak industri menyebabkan syarikat yang mengiklankan barangannya sebagai barangan lestari mungkin terdedah kepada kempen negatif oleh pertubuhan bukan kerajaan atau aktivis lestari – jualan terjejas

56 Cabaran Untuk Penggunaan Lestari
Maklumat yang sedikit boleh dimuatkan pada label: Tidak banyak maklumat yang boleh dimuatkan pada label barangan atau dalam iklan mengenai perkhidmatan sesuatu syarikat. Contohnya tidak semua maklumat mengenai tenaga dan pengeluaran boleh dimaklumkan. Oleh itu pengguna hanya boleh keputusan berdasarkan maklumat yang sedikit/tak mencukupi

57 Cabaran Untuk Penggunaan Lestari
Perlakuan pengguna: Sebahagian besar dari pengguna mendakwa menekankan kepada pemilihan barangan yang lestari, sedangkan dalam keadaan sebenarnya kurang dari 10% sahaja yang membeli barangan lestari. Harga belian barangan masih menjadi fokus utama dalam pemilihan barangan dan merupakan sumber bagi kelebihan persaingan (competitive advantage). Pengguna masih tidak mahu berbelanja lebih untuk barangan beretika Oleh itu, pengeluar hanya cenderung mengeluarkan barangan lestari mengikut pilihan atau permintaan pengguna

58 Cabaran Untuk Penggunaan Lestari
Pertalian di antara pembekal: Wujudnya rakan perkongsian jangka-panjang dalam kalangan pembekal. Oleh itu mereka biasanya ada visi yang sama dan jaminan dari segi kesinambungan operasi perniagaan. Tetapi dalam hal lestari, ia melibatkan kos tambahan dan harga barangan. Oleh itu sukar untuk mempunyai persetujuan dari segi penggunaan dan pengeluaran secara lestari dalam kalangan pembekal.

59 Pengurusan Sumber Lestari
1. Pengurusan Sumber Lestari dalam Polisi Kerajaan Terdapat strategi dalam polisi yang menekankan mengenai keperluan untuk menjaga sumber-sumber semulajadi Dalam pelaksanaan untuk menjaga sumber semulajadi, polisi mesti mempunyai peraturan terhadap pembuangan bahan di fasa terakhir dan memberi insentif kepada kitar-semula

60 Pengurusan Sumber Lestari
1. Pengurusan Sumber Lestari dalam Polisi Kerajaan (samb.) Selain itu perlu melihat kepada mengelak bahan sisa/buangan dan menjimatkan sumber-sumber Perlu ada strategi untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan kesan kepada persekitaran di samping wujudnya peluang perniagaan Perlu ada strategi untuk mengurangkan kadar penggunaan sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti harga bahan mentah yang tinggi dan jaminan bekalan bahan mentah

61 Pengurusan Sumber Lestari
2. Pengurusan Sumber Lestari Dalam Strategi Perniagaan Harga yang tinggi bagi sumber tenaga dan logam adalah pencetus kepada pengurusan lestari bagi sumber semulajadi Contoh: nikel yang digunakan dalam penghasilan keluli berkualiti tinggi. Selain itu harga timah, kuprum, plumbum, bijih besi meningkat tinggi Namun, peniaga tidak dapat mengenakan harga tinggi kepada pengguna, dengan itu perlu mengurangkan penggunaan bahan mentah semulajadi berkenaan

62 Pengurusan Sumber Lestari
2. Pengurusan Sumber Lestari Dalam Strategi Perniagaan (samb.) Tanggungjawab sosial korporat yang perlu dipatuhi menyebabkan pengurusan sumber di pihak industri diperluaskan bukan sahaja terhad kepada bahan/sumber yang memasuki premis mereka tetapi juga meliputi kesan sosial dan persekitaran bagi ekstraksi sumber di negara sedang membangun dan penggunaan produk dan perkhidmatan Pihak industri perlu memikirkan kesinambungan di antara penghasilan/ekstraksi sumber dan juga strategi penggunaan sumber dan produk

63 Pengurusan Sumber Lestari
3. Pengurusan Sumber Lestari Dalam Tindakan Pengguna Pertubuhan pengguna menyokong agenda penggunaan lestari (lihat Deklarasi Oslo) tetapi tidak menekankan kepada proses ekstraksi dan bagaimana organisasi berbeza mengubah bahan-bahan kepada produk dan perkhidmatan yang berguna Pengguna juga kekurangan maklumat mengenai amaun sumber semulajadi yang mencukupi yang diperlukan bagi menghasilkan barangan pengguna

64 Pengurusan Sumber Lestari
3. Pengurusan Sumber Lestari Dalam Tindakan Pengguna (samb.) Umumnya, tiada pengukuran yang dapat menentukan amaun penggunaan sumber bagi isirumah kecuali bagi air, elektrik dan gasolin. Oleh itu, pengguna tidak tahu sejauhmana kesan penggunaan lestari ke atas penggunaan sumber berkenaan. Adakah aktivitinya setakat ini telah memberi kesan yang dikehendaki?


Download ppt "FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14 Email:"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google