Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM"— Transcript presentasi:

1 PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM BAB 4 PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM

2 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN
WAHYU INTUISI HIRARKI ILMU AKAL PANCAINDERA

3 ILMU WAHYU Kedudukan ilmu tertinggi kerana ia datang daripada Allah dan disampaikan kepada manusia menerusi Rasul. Ia adalah sumber ilmu utama bagi orang Islam berhubung aqidah, syariah, akhlak dll. Ilmu yang tidak mempunyai sebarang keraguan padanya. Ilmu yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah spt tafsir, ulum hadis, ulumul Quran, tauhid, feqah, tasawwuf dll.

4 ILMU INTUISI Ia adalah perpindahan sifat potensi ke alam nyata melalui lompatan intelektual yang cepat tanpa memerlukan usaha yang keras dan pengajaran tetapi menerusi deria batin atau disebut keserasian hati serta penyertaan rasa rohani yang langsung. Intuisi ialah ilham akal, fikiran, jiwa aktif yang berlaku tanpa perantaraan, tanpa sengaja dan kemahuan sendiri.

5 Persamaan ilham dan intuisi ialah terhasil menerusi akal yang aktif.
Perbezaan ilham dan intuisi ialah intuisi berhubung dengan ilmu yang memiliki tingkat-tingkat kemujarradan (abstrak) menerusi pancaindera sementara ilham berhubung dengan perkara akliah yang mujarrad, realiti dan ideal.

6 ILMU AKAL Anugerah Allah kepada manusia berbanding makhluk lain.
Akal yang sihat dan aktif mudah menanggapi ilmu pengetahuan. Akal terbatas terutama untuk menanggapi perkara ghaib seperti ketuhanan, kenabian, roh, akhirat dan hikmah. Dari sudut kebenaran, ilmu rasional amat berperanan dalam memberi keterangan tentang kejadian alam fizikal. Islam menolak fahaman Rasionalisme yang mempercayai bahawa kebenaran pengetahuan adalah bersumberkan akal fikiran semata-mata. Pengutusan rasul adalah untuk membimbing akal.

7 ILMU PANCAINDERA Kelima-lima pancaindera berfungsi dalam proses pembelajaran dan pemerolehan ilmu. Ilmu boleh diperolehi melalui pengalaman, pengamatan, pembacaan, penglihatan dan pancaindera yang lain. Maklumat yang terhasil menerusi pancaindera merupakan sumber pertama dalam proses intelektual. Akal merumuskan dan membuat kesimpulan berdasarkan penggunaan pancaindera. Islam menolak aliran emperisisme yang radikal yang berpegang bahawa kebenaran adalah bersumberkan pancaindera semata-mata.

8 FARDHU AIN FARDHU KIFAYAH KLASIFIKASI ILMU

9 Fardhu ain bermaksud perkara yang wajib bagi setiap orang Muslim dan ia mencakupi dua perkara:
Pertama: Mengetahui kewajipan-kewajipan agama yang membentuk akidah dan keimanan (Rukun Iman). Begitu juga rukun-rukun dan fardhu-fardhu sembahyang, zakat, puasa dan haji (Rukun Islam). Mengetahui usul-usul muamalat yang perlu dan mesti wujud di dalam kehidupan setiap orang Muslim spt halalnya jual beli, meminjam, bersyarikat, juga hukuman-hukuman yang telah dinaskan terhadap jenayah seperti hukuman murtad, membunuh, zina, qazaf, mencuri, hirabah dan hukuman meminum arak. FARDHU AIN

10 FARDHU AIN Kedua: Mengetahui perkara haram yang qat’i dan menafikan agama seperti syirik kepada Allah, pengharaman menderhaka kepada kedua-dua ibubapa, menipu, khianat, memakan harta dengan batil, riba, merampas, menipu (putar belit), pengharaman mendedahkan aurat, wanita-wanita yang menjadi mahram di dalam perkahwinan, pengharaman memakan bangkai, memakan daging babi dan binatang yang tidak disembelih kecuali bagi mereka yang terpaksa.

11 Fardhu Kifayah ialah perkara yang apabila dilaksanakan oleh sebahagian manusia, maka gugurlah kewajipan terhadap manusia yang lain. Contohnya spt mengetahui secara terperinci tentang sesuatu hukum fardhu ain, hukum-hukum cabangnya serta dalil-dalilnya, menyempurnakan jenazah, dakwah dan amar ma’ruf nahi mungkar. Perkara ini bukanlah sekadar perkara yang berkaitan dengan ilmu-ilmu syariah dan perkara yang bersangkutan dengannya, tetapi ia menjangkau kepada semua jenis ilmu, kepakaran, pekerjaan dan perindustrian. KIFAYAH FARDHU

12 Ilmu fardhu kifayah juga ialah semua ilmu yang diperlukan untuk membangunkan urusan dunia seperti ilmu perubatan kerana ia adalah suatu keperluan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Begitu juga dengan ilmu perakaunan kerana ia adalah keperluan di dalam hubungan muamalat, pembahagian wasiat, pewarisan dan sebagainya. Ilmu-ilmu seperti ini sekiranya sesebuah negeri tidak memilikinya maka penduduk negeri itu akan berada di dalam kesusahan. Apabila seorang daripada mereka memilikinya, maka ia sudah memadai dan jatuhlah kefardhuan daripada yang lain. KIFAYAH FARDHU

13 PENDEKATAN PENDIDIKAN ISLAM
Definisi: Menyediakan seseorang dari aspek fizikal, akal, rohani dan mental sehingga menjadi insan yang berguna untuk diri sendiri dan ummah. Tarbiyah: Suatu proses membentuk keperibadian manusia dari satu tahap ke satu tahap sehingga mencapai matlamat terakhir (insan sempurna). Ta’dib: Proses mendidik manusia utk mengembangkan segala potensi diri ke arah pembentukan tatasusila perlakuan atau adab sebagaimana dikehendaki Islam.

14 MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM
Irsyad: Petunjuk yg benar ke arah jalan yang lurus bagi kehidupan di dunia seperti yang digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Tadris: Pengajaran yang dilakukan oleh seseorang kepada penuntut tentang satu-satu mata pelajaran. Membentuk akhlak Islamiyah dalam diri manusia. Menyediakan persiapan utk manusia hidup di dunia & dapat menguasai ilmu dalam setiap bidang. Menyeimbangkan antara spritual dgn kemahiran fizikal. Menjaga kemanfaatan individu secara kolektif. MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM

15 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan seumur hidup Pembangunan keseluruhan potensi manusia secara bersepadu dari segi rohani, jasmani dan mental bagi mencapai 2 fungsi hamba & khalifah di bumi Allah. Menilai pendidikan, menyelaras dan menganalisis permasalahan dalam kehidupan. Mencipta identiti tersendiri dan menyuntik nilai-nilai Islam dalam perkembangan kebudayaan dan pembangunan masyarakat.

16 POLITIK DAN PEMERINTAHAN
Membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar melaksanakan seluruh hukum syariat Islam. Hakimiyyah Ilahiyyah: Kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi hanyalah hak mutlak Allah SWT (Al-Quran). OBJEKTIF ASAS-ASAS POLITIK ISLAM

17 Risalah: Manusia diperintahkan menerima segala perintah dan larangan Rasulullah SAW (Sunnah).
Khilafah: Manusia sbg wakil Allah menjalankan amanah Allah untuk melaksanakan undang-undang Allah secara menyeluruh. Pemerintahan Islam menekankan matlamat al-bir dan taqwa terhadap para mukminin dan keadilan serta keamanan kepada masyarakat dan manusia seluruhnya. ISLAM DALAM SISTEM PEMERINTAHAN

18 Matlamatnya ialah untuk membawa manusia mengabdikan diri secara total kepada Allah SWT.
Antara asas-asas sistem pemerintahan Islam adalah: a) Taqwa b) Amanah c) Adil d) Cekap dan berkesan

19 SISTEM SOSIAL WANITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Kedatangan Islam telah mengubah persepsi masyarakat dunia terhadap wanita. Dalam masyarakat Greek, wanita tidak diberi peluang langsung untuk belajar dan dihina serta dianggap khadam yang najis. Wanita juga boleh dijual beli seperti barang dagangan. Mereka tidak mempunyai hak untuk membantah malah tidak ada apa-apa hak dalam hidup selain dari makan minum, tempat tinggal dan pakaian.

20 Dalam perundangan Rom pula, wanita dikongkong di bawah kekuasaan penjaganya, sama ada bapa atau datuknya. Kekuasaan seseorang penjaga tidak dihadkan, malahan boleh menghalau wanita itu keluar rumah, atau menjualnya. Dalam undang-undang Inggeris sehingga tahun 1805, seorang suami diharuskan menjual isterinya. Undang-undang tersebut telah menetapkan harga  minima bagi seorang wanita ialah 6 pence. Maka Allah SWT telah mengutuskan RasulNya Muhammad SAW untuk memperbaiki kepincangan dan menempatkan wanita ke taraf yang sewajarnya.

21 HAK WANITA MENURUT ISLAM
Nilai kemanusiaan: Islam tidak membezakan antara wanita dan lelaki. Wanita adalah manusia yang mempunyai martabat yang sama seperti lelaki di sisi Allah dan pada pandangan manusia kerana lelaki dan wanita dijadikan dari satu jiwa yang sama. Dalam beragama dan beribadah, wanita sama seperti lelaki iaitu sekiranya melakukan amal soleh maka akan dimasukkan ke syurga dan begitulah juga sebaliknya sekiranya ingkar dan durhaka akan dimasukkan ke dalam neraka.

22 Dalam aspek hak milik, Islam memberikan kepada wanita hak-hak mempusakai harta warisan sama ada sebagai anak, ibu, saudara atau isteri sebagaimana yang terkandung dalam surah an-Nisa'. Wanita bebas membelanjakan hartanya dan sebagainya. Islam memberikan hak mendapat nafkah kepada wanita sama ada sebelum kahwin (daripada bapa) atau selepas berkahwin (daripada suami) atau daripada anak-anaknya sebagai ibu.

23 Islam memberikan hak perseorangan iaitu Islam memerintahkan supaya menghormati wanita sama ada sebagai ibu kepada anak-anaknya atau sebagai isteri kepada suaminya. Islam memberikan hak kepada wanita untuk menuntut talak daripada lelaki dengan sebab-sebab munasabah yang diterma oleh syarak seperti berpisah kerana kemudaratan yang ditanggung oleh isteri atau masalah hubungan kelamin dan sebagainya dengan menggunakan pelbagai kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak.

24 Islam tidak melarang kaum wanita keluar untuk bekerja asalkan memenuhi syarat-syarat berikut :
Kerjaya tersebut mestilah dibenarkan oleh syarak dengan ertikata lain kerjaya tersebut tidak haram atau mendorong ke arah melakukan yang haram. Mendapat keizinan daripada suami atau bapa (jika belum berkahwin). Menjaga diri dan menutup aurat. Menghindari pergaulan yang membawa kepada perkara maksiat seperti berkhalwat dengan lelaki yang bukan mahramnya. Tidak mencuaikan tugas dan tanggungjawab terhadap suaminya atau tugas ibu terhadap anaknya.

25 TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBUBAPA
Patuh kepada perintah mereka selagi mana tidak bertentangan dengan agama. Sentiasa berbuat baik kepada mereka. Sentiasa mendoakan kedua ibubapa. Memelihara nama baik dan maruah keluarga. Memenuhi permintaan mereka setakat yang terdaya.

26 TANGGUNGJAWAB IBUBAPA TERHADAP ANAK
Memelihara dan memenuhi tuntutan asas anak-anak. Memberi pendidikan yang sewajarnya kepada mereka sama ada agama atau akademik. Menunjukkan tauladan yang baik kepada mereka. Menyemai nilai akhlak islamiyah dalam diri mereka. Menjaga keselamatan dan kebajikan anak-anak.

27 ISLAM DALAM SISTEM EKONOMI
ASAS EKONOMI ISLAM Konsep Tauhid - Merangkumi hubungan manusia dengan Tuhan, sesama manusia dan alam. Hubungan sesama manusia lahir daripada pegangan tauhid yang mantap. Tidak timbul rasa takut kepada manusia atau makhluk lain kerana Allah sahajalah yang berkuasa. Konsep Rububiyah – Berkaitan sifat Allah sebagai penguasa yang mencipta dan membuat peraturan untuk meningkatkan kualiti hidup dunia dan akhirat.

28 Konsep Tazkiyah - Proses pembentukan sahsiyah dan akhlak bagi menyucikan manusia dalam hubungannya dengan Allah, manusia dan alam. Antara kaedah penyucian diri ialah melalui zakat, sedekah, hibah dan sebagainya. Konsep Ubudiyah – Iaitu manusia sebagai khalifah yang patuh kepada perintah Allah dan pemegang amanah untuk memakmurkan alam ini. Khalifah mestilah bersifat adil dan tidak membuat kerosakan.

29 Konsep Persaudaraan – Persaudaraan adalah sebahagian daripada tauhid (iman). Keimanan kepada Allah akan melahirkan rasa kasih sayang, bertanggung jawab dan menghindarkan tindakan tindas menindas dan eksploitasi sesama manusia. Konsep al-Falah- Matlamat kegiatan ekonomi Islam ialah al-Falah. Kebendaan bukanlah matlamat tetapi ia adalah wasilah bagi mencapai al-Falah dengan memenuhi tuntutan rohani yang tercapai melalui ketaatan kepada Allah

30 INSTITUSI KEWANGAN ISLAM
BANK ISLAM Pada 1974 Bank Pembangunan Islam ditubuhkan di Jeddah manakala Bank Komersial Islam ditubuhkan ialah Bank Islam Dubai pada 1979. Di Malaysia sistem perbankan dan kewangan berdasarkan Islam telah dicadangkan sejak awal 70-an lagi tetapi pada 30 Julai 1980 satu jawatankuasa Kebangsaan Bank Islam telah dilantik oleh Perdana Menteri.

31 Jawatan Kuasa ini mencadangkan penubuhan Bank Islam yang dikorporatkan sebagai sebuah Syarikat Berhad di bawah Akta Syarikat 1965. Bank Islam telah dikorporatkan pada 1 Mac 1983 dengan nama Bank Islam Malaysia Berhad. BAITUL MAL Baitulmal adalah perbendaharaan Islam. Ia berfungsi untuk pembangunan berkaitan ibadat khusus seperti pembangunan masjid dan kegiatan pembangunan umum negara, sama ada untuk pembangunan ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan lain-lain.

32 Antara fungsi lain BaitulMal:
Pemberian pinjaman pelajaran. Pemberian bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat. Bantuan kepada orang-orang miskin dan yang memerlukan.

33 PUSAT ZAKAT Ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 17 November 1989 dan mula beroperasi pada Januari 1991 dan dilancarkan secara rasmi oleh Dato Seri Dr Mahathir pada 8 Mac 1991. Jenis-jenis zakat yang ditumpukan ialah zakat yang berkembang seperti pelaburan, dan simpanan termasuk akaun simpanan, tetap, semasa dan sebagainya. Zakat emas termasuk dalam zakat yang ditumpukan dan nisbahnya yang perlu dikeluarkan ialah sebanyak 85 gram iaitu 2.5% dari nilai emas tersebut.

34 USTAZ MOHAMAD ZAKI RAZALY
DISEDIAKAN OLEH: USTAZ MOHAMAD ZAKI RAZALY


Download ppt "PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google