Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Surah Al-Ghasyiyah 1.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Surah Al-Ghasyiyah 1."— Transcript presentasi:

1 Surah Al-Ghasyiyah 1

2 Perbincangan surah Al-Ghaasyiah
Al-Ghasyiyah adalah salah satu daripada hari nama Kiamat Kelebihan surah - m/s 198 Kandungan surah secara umum Tafsir dan ulasan m/s 199 Pedoman hidup dan hukum hakam m/s 201 Malapetaka hiamat dan keadaan ahli neraka Keadaan mukminin yang ikhlas yang menjadi penghuni syurga

3 Sebab dinamakan surah al-Ghasyiah
Surah ini dinamakan surah al-Ghaasyiah kerana ia dimulai dengan firman Allah: هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَـشِيَةِ Dinamakan surah ini al-Ghaasyiah kerana keadaan yang dahsyat itu menenggelamkan semua makhluk di dalam gelombang malapetaka besar itu.

4 Kandungan surah Menyatakan keadaan hari kiamat dan apa yang akan ditempuhi oleh orang orang kafir dan orang orang yang Mukmin pada hari tersebut Menegaskan dengan mutlak keesaan, kekuasaan dan kebijaksanaan ilmu Allah s.w.t. dengan bukti penciptaan langit, unta, bukit bakau,bumi dan keajaiban ciptaan Allah yang lain (m/s 198) Tugas Rasulullah itu sebenarnya adalah untuk memberi peringatan dengan syariat dan hukum yang diturunkan

5 Kelebihan surah m/s 198 ﴿هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَـشِيَةِ - وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَـشِعَةٌ - عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ - تَصْلَى نَاراً حَامِيَةً - تُسْقَى مِنْ عَيْنٍ ءَانِيَةٍ - لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلاَّ مِن ضَرِيعٍ - لاَّ يُسْمِنُ وَلاَ يُغْنِى مِن جُوعٍ ﴾ seperti yang telah disebutkan oleh An-Nu`man bin Bashir bahawa RasulAllah s.a.w membaca Surat Al-A`la (87) dan Al-Ghashiyah ketika solat Jumaat dan dua hari Raya. Imam Malik Muslim dan Abu Daud yang telah meriwayatkan dpd. An-Nu`man bin Bashir,apabila ditanya; “apakah ada surah lain yang dibaca oleh rasulullah s.a.w pada hari Jumaah selain Surat Al-Jumu`ah'‘?An-Nu`man menjawab "Al-Ghashiyah (88).''

6 Kaedah pertanyaan dalam surah ini digunakan
﴿هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَـشِيَةِ - وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَـشِعَةٌ ) Sudah sampaikah kepadamu berita tentang hari pembalasan? Kaedah pertanyaan dalam surah ini digunakan untuk mengambarkan betapa dahsyatnya keadaan pada hari tersebut Kaedah pertanyaan dalam permulaan surah ini bukanlah pertanyaan sebenar, sebaliknya ia suatu teknik menarik perhatian pendengar supaya menumpukan pendengaran dan perhatiannya

7 Tafsir dan ulasan m/s 199 ﴿هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَـشِيَةِ - وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَـشِعَةٌ - عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ - تَصْلَى نَاراً حَامِيَةً - تُسْقَى مِنْ عَيْنٍ ءَانِيَةٍ - لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلاَّ مِن ضَرِيعٍ - لاَّ يُسْمِنُ وَلاَ يُغْنِى مِن جُوعٍ ﴾ 1.Sudah sampaikah kepadamu berita tentang hari pembalasan 2.Banyak muka pada hari itu tunduk terhina 3. Bekerja keras lagi kepayahan 4. Memasuki api yang sangat pijar (neraka) 5. Yang tidak memperolehi makan selain dari deduri.

8 Tafsir dan ulasan هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَـشِيَةِ
Maksudnya adakah telah sampai kepada pendengaranmu wahai Muhamad peristiwa kiamat dan adakah engkau mengetahui keadaanya? Maksudnya di sini memang belum pernah sampai padamu khabar mengenai kedahsyatan hari kiamat itu, dan kini ia disampaikan Maka dengarlah dengan baik Al-Munir m/s 199

9 Tafsir dan ulasan Surah ini seterusnya menyebut keadaan manusia pada hari itu dan pembahagian mereka pada dua kumpulan iaitu: A) Orang yang celaka B) Orang yang berbahagia (Mukminun)

10 ,وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَـشِعَةٌ- عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ
2. “Banyak muka pada hari itu tunduk terhina,bekerja keras lagi kepayahan” Setiap wajah pada hari itu akan tunduk Ahli neraka ketika di dunia banyak melakukan ibadat sehingga diri mereka letih Namun begitu tidak ada balasan pahala untuk mereka disebabkan kekufuran dan kejahilan mereka terhadap syariat Allah Ini kerana beriman kepada Allah dan Rasul itu adalah syarat untuk diterima setiap amalan (m/s 200)

11 Tafsir dan ulasan ayat 4 تَصْلَى نَاراً حَامِيَةً - تُسْقَى مِنْ عَيْنٍ ءَانِيَةٍ “Mereka memasuki (dibakar oleh) api neraka yang sangat pijar.Diberi minum dengan air sumber yang sangat panas.” Muka-muka tersebut akan masuk ke dalam neraka yang sangat panasnya Tubuh mereka akan hangus dibakar dan mereka akan tersiksa kerana amalan yang sia-sia , yakni beramal tanpa ilmu dan tidak mengikut syariat Allah s.w.t

12 Tafsir dan ulasan ayat 5-7 - تُسْقَى مِنْ عَيْنٍ ءَانِيَةٍ
لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلاَّ مِن ضَرِيعٍ - لاَّ يُسْمِنُ وَلاَ يُغْنِى مِن جُوعٍ Mereka tiada memperolehi makanan selain dari deduri Yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar Apabila dahaga mereka akan diberi minum dengan cecair panas yang menggelegak Tidak ada hidangan makanan untuk mereka melainkan al-Dhári, iaitu sejenis deduri kering yang sangat pahit dan menyakitkan tekak bila dimakan atau ditelan

13 Pedoman hidup dan hukum hakam
Hari kiamat itu adalah hari yang amat menggerunkan Manusia pada hari itu rasa takut dan huru hara yang dahsyat kerana malapetaka ini Wajah wajah orang kafir pada hari itu menjadi pudar terhina disebabkan oleh azab, sambil tunduk menanti siksaan Walaupun mereka itu ketika di dunia bertungkus lumus beramal sehingga letih (m/s 201) Ini kerana beriman kepada Allah dan Rasul itu adalah syarat untuk diterima setiap amalan

14 Cetusan Minda Sebutkan nama-nama hari Kiamat yang terdapat di dalam al-Quran Apakah syarat-syarat amalan kebajikan kita diterima oleh Allah s.w.t di akhirat kelak? Mengapakah amalan orang yang tidak beriman ditolak oleh Allah s.w.t di akhirat kelak? Walaupun mereka itu ketika di dunia bertungkus lumus beramal sehingga letih?

15 Tafsiran dan ulasan ayat 8-16
﴿وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ - لِّسَعْيِهَا رَاضِيَةٌ فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍ لاَّ تَسْمَعُ فِيهَا لَـغِيَةً فِيهَا عَيْنٌ جَارِيَةٌ فِيهَا سُرُرٌ مَّرْفُوعَةٌ وَأَكْوَابٌ مَّوْضُوعَةٌ وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌ وَزَرَابِيُّ مَبْثُوثَةٌ ﴾ 8. Banyak muka pada hari itu berseri-seri 9. Merasa puas kerana usahanya 10. Dalam syurga yang tinggi 11. Di dalamnya tidak kamu dengar perkataan yang tidak berguna 12. Di dalamnya ada mata air yang mengalir

16 Tafsiran dan ulasan ayat 8-16
Allah menyebut pula keadaan orang-orang yang beriman yang beruntung dan apa yang dijanjikan kepada mereka Terdapat pada hari kiamat itu wajah-wajah yang indah serta cantik berseri-seri Dari raut wajah mereka itu terpancar tanda nikmat dan merasa puas kerana usahanya m/s 203

17 Pedoman hidup dan hukum-hakam
Allah s.w.t menggambarkan orang yang berbahgia dan mendapat balasan baik serta syurga dengan gambaran yang indah Gambaran ini sebagai suatu galakan dan dorongan kepada manusia untuk mencapai dengan cara mereka melakukan amalan sesuai mengikut syariat Allah s.w.t yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w Ada dua ciri orang-orang yang mendapat ganjaran pahala iaitu zhahir dan batin (m/s 205)

18 Tafsir dan ulasan ayat 17- 20
”أَفَلاَ يَنظُرُونَ إِلَى الإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ - وَإِلَى السَّمَآءِ كَيْفَ رُفِعَتْ - وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ - وَإِلَى الاٌّرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ ” 17. Maka apakah mereka tidak memerhatikan unta bagaimana ia diciptakan? 18. Dan langit bagaimana ia ditinggikan? 19. Dan gunung ganang bagaimana ia ditegakkan? 20. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan?

19 Sebab turun ayat 17 Mengenai turunnya ayat yang tersebut:
Maka apakah mereka tidak memerhatikan unta bagaimana ia diciptakan? Ibn Jarir ibn Abi Hatim dan Abid bin Humaid telah meriwayat drp Qatadah katanya:”Apabila Allah s.w.t. menyifatkan apa yang ada di Syurga, golongan orang yang sesat merasa pelik dan hairan! Maka Allah turunkan ayat: أَفَلاَ يَنظُرُونَ إِلَى الإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ m/s 207

20 Tafsir dan ulasan Setelah Allah s.w.t. menegaskan mengenai kedatangan hari kiamat dan terbahaginya manusia kepada dua kumpulan iaitu golongan celaka dan golongan bahagia Allah membuktikan pula dalil kewujudan, keesaan dan kekuasaanNya Semuanya itu dapat dilihat dari penciptaan langit yang tinggi,bumi tempat manusia tinggal, unta yang mereka gunakan untuk membawa barangan dari satu tempat ke tempat yang lain

21 Tafsir dan ulasan Allah s.w.t. menyuruh manusia supaya melihat dan memerhatikan makhluk makhluk ciptaanNya Tidakkah mereka memerhatikan penciptaan unta yang begitu unik? Bagaimana orang musyrikin boleh mengingkari hari kiamat dan menafikannya? Sedangkan mereka seharian melihat unta dan ia adalah binatang paling besar dan mahal serta yang wujud dalam persekitaran mereka (m/s 207)

22 Tafsir dan ulasan ayat 21-24
فذَكِّرْ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٌ - لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُسَيْطِرٍ - إِلاَّ مَن تَوَلَّى وَكَفَرَ - فَيْعَذِّبُهُ اللَّهُ الْعَذَابَ الاٌّكْبَرَ - إِنَّ إِلَيْنَآ إِيَابَهُمْ - ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُمْ ﴾ 21. Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan 22. Kamu bukanlah orang yang berkuasa ke atas mereka 23. Tetapi orang orang yang berpaling dan kafir 24. Maka Allah akan mengazabnya dengan azab yang besar

23 Tafsir dan ulasan Kemudian Allah s.w.t memerintahkan Nabi s.a.w supaya memberikan peringatan dengan bukti-bukti itu. Berilah amaran yang menakutkan mereka Alihkanlah pemikiran mereka kepada perlunya mengamati tanda-tanda dan bukti yang menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t ke atas semua perkara Di antaranya ialah hari kebangkitan (209)

24 Pedoman hidup dan hukum hakam
Ayat ayat tersebut menunjukkan: Selepas Allah s.w.t mencerita keadaan ahli syurga dan neraka, Allah mengingatkan pula manusia akan penciptaan dan kekuasaanNya Orang orang kafir merasa hairan dengan perkara itu lalu mereka ingkar dan mendustakannya Allah s.w.t. memerintahkan Nabi s.a.w supaya memberi peringatan kepada kaumnya, di samping memberi ancaman yang menakutkan

25 Pedoman hidup Allah s.w.t memberi amaran kepada manusia supaya jangan menyanggah dakwah Nabi s.a.w Ayat-ayat di bahgian akhir surah ini mengandungi perkara-perkara yang sesuai dijadikan peringatan dan galakan untuk menarik perhatian manusia Sesungguhnya kesudahan perjalanan hidup manusia selepas mati adalah kembali kepada Allah s.w.t dan mereka akan dihisab segala amalan yang dilakukan di dunia (m/s 212)

26 Cetusan Minda Bagaimana keadaan orang-orang yang berbahagia di Syurga nanti? Apakah akibat mereka yang menyanggah dakwah Nabi s.a.w ? Apakah peranan dan tanggunjawap kita selaku Muslim di dunia ini? Syurga itu mempunyai beberapa sifat: apakah sifat-sifat tersebut?


Download ppt "Surah Al-Ghasyiyah 1."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google