Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 6 TEORI ASAL USUL BAHASA.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 6 TEORI ASAL USUL BAHASA."— Transcript presentasi:

1 UNIT 6 TEORI ASAL USUL BAHASA

2 Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan:
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > teori asal-usul bahasa melalui pendekatan tradisional dan moden > asal-usul bahasa Melayu

3 ASAL USUL BAHASA Terdapat pelbagai teori tentang asal-usul bahasa. Ada yang lucu, ada yang aneh dan ada yang agak ilmiah Pada 1866, Masyarakat Linguistik Perancis melarang perbincangan tentang asal-usul bahasa kerana dianggap tabu dan spekulasi yang tiada maknanya Kebanyakan kebudayaan primitif meyakini bahawa tuhan, dewa, dan sebagainya terlibat dalam sejarah permulaan berbahasa tabu = yang dianggap suci, tidak boleh disentuh, diucapkan; pantangan; larangan

4 ASAL-USUL BAHASA ANALOGIS Suatu gejala semula jadi dan mempunyai logik yang tersendiri Setiap kata dasar dapat dirincikan asal-usul dan makna ANOMALIS Bahasa tidak regular tiada hubungan antara kata dengan alam semula jadi

5 TEORI ASAL-USUL BAHASA
MONOGENETIK Beranggapan bahawa bahasa berasal daripada satu sumber, dan kemudian berpecah kepada beberapa bahasa lain di dunia. Sumber bahasa yang utama itu dianggap pemberian kudus daripada Tuhan POLIGENETIK Beranggapan bahawa sumber kejadian bahasa bukanlah satu tetapi pelbagai. Dengan kata lain, bahasa diwujudkan oleh pelbagai faktor yang dipengaruhi pula oleh pelbagai konteks

6 TEORI ASAL-USUL BAHASA
PENDEKATAN TRADISIONAL Fasa kedewaan dan kepercayaan Fasa organis: teori bow-wow, teori pooh-pooh, teori ding-dong, teori yo-he-ho, teori gerak geri, teori muzikal, dan teori kontak PENDEKATAN MODEN Faktor fizikal dan psikologikal dalam perkembangan bahasa

7 PENDEKATAN TRADISIONAL: FASA KEDEWAAN
Pada abad ke-17, seorang ahli filologi Swedia mengatakan bahawa Tuhan menggunakan bahasa Swedia. Nabi Adam menggunakan bahasa Denmark, dan naga menggunakan bahasa Perancis Bahasa di syurga ialah bahasa Belanda Pada abad ke-17, Raja Mesir, Psammetichus membuat eksperimen tentang asal-usul bahasa. Perkataan pertama yang diucapkan oleh bayi ialah becos yang bermakna roti dalam bahasa Phrygia. Oleh itu, bahasa Phrygia dianggap sebagai bahasa pertama di dunia Versi Cina pula mengatakan bahawa Tuhan mengajarkan bahasa pertama dalam bentuk tulisan kepada manusia melalui seekor kura-kura

8 PENDEKATAN TRADISIONAL: FASA KEDEWAAN
Amaterasu, Tuhan orang Jepun mengajarkan bahasa Jepun Nabu, Tuhan orang Babilonia mengajarkan bahasa kepada keturunan mereka Brahmana mengajarkan tulisan Hindu kepada penganutnya Banyak lagi cerita yang bernada sama daripada pelbagai kebudayaan dini Akhir abad ke-18, spekulasi asal-usul bahasa berobah daripada wawasan keagaman, mistik dan tahyul kepada fenomena baharu yang dinamakan fasa organik

9 FASA ORGANIS Fasa ini bermula dengan karya Johann Gottfried Von Herder yang mengatakan bahawa bahasa bukanlah anugerah Ilahi Bahasa lahir kerana dorongan manusia untuk mencuba berfikir. Bahasa wujud akibat hentakan yang secara naluri semula jadi seperti janin dalam proses kelahiran Teori ini bersamaan dengan lahirnya teori evolusi manusia yang diprakarsa oleh Immanuel Kant, dan kemudian diikuti oleh Charles Darwin Mengikut Darwin, kualiti bahasa manusia dibandingkan dengan suara binatang hanya berbeda dalam tingkatnya

10 FASA ORGANIS: TEORI BOW-WOW
Bahasa lahir hasil daripada peniruan bunyi alam semula jadi seperti salakan anjing atau ciakan burung. Oleh itu, teori ini dikenali juga dengan nama teori Onomatopia atau echoic theory Banyak kata yang ditiru langsung daripada bunyi alam, iaitu simbolisme bunyi. Contoh bahasa Melayu: kokok, ketak, dentum, wakwak, pitpit, citcak, gelegar, getar, desir, cicit, dentam. Contoh bahasa Inggeris: quack, cuckoo, peeuit, splash, sneeze, grunt, bump, bable, rattle, hiss, ripple… Orang primitif meniru bunyi satwa peliharaan, satwa buruan atau bunyi alam yang didengarnya Kata pertama ialah tiruan terhadap guntur, hujan, angin, sungai, ombak, air terjun dan sebagainya

11 FASA ORGANIS: TEORI POOH-POOH
Nama pooh-pooh diberi oleh penentang teori Evolusi Darwin Bahasa seperti juga manusia berasal daripada bentuk primitif, iaitu daripada ekspresi emosi sahaja Bahasa wujud hasil daripada luahan atau jeritan emosi semula jadi kerana sakit, seronok, jijik atau jengkel Udara yang keluar daripada hidung dan mulut akan mengeluarkan bunyi pooh atau pish Teori ini tidak menerangkan sifat artikulasi bahasa, dan tidak mengaitkan bunyi bahasa itu dengan lambang Seruan merupakan bentuk linguistik yang terawal, iaitu yang berupa panggilan, laungan, ajakan dan anjuran

12 FASA ORGANIS: TEORI DING-DONG
Wujud hubungan yang harmoni antara bunyi dengan makna, iaitu bahasa lahir secara alamiah. Penyataan ini selari dengan idea Socrates yang mengatakan bahawa bahasa lahir secara alamiah Makna terbahagi dua, iaitu makna sosial dan makna linguistik. Makna linguistik pula terbahagi dua, iaitu makna leksikal dan makna struktural Manusia memiliki kemampuan yang istimewa untuk mengeluarkan ekspresi ujaran, dan setiap rangsangan luaran yang diterima akan diberi ekspresi pertuturan Ketika ujaran, wujud tiga suasana, iaitu rangsangan penutur, ujaran (tindak balas penutur dan rangsangan pendengar), dan tindak balas pendengar Teori ini tidak menerangkan apa-apa tentang asal-usul bahasa

13 FASA ORGANIS: TEORI YO-HE-HO
Bahasa tercipta daripada bunyi yang dihasilkan oleh sekumpulan manusia ketika bekerjasama melakukan sesuatu Bunyi wujud dengan tidak disengajakan akibat penggunaan tenaga dan hembusan udara, seperti mengangkat rumah, pokok, batu… Ucapan tertentu wujud kerana gerakan otot, dan pita suara bergetar lalu terciptalah ucapan khusus. Bunyi itu berkembang, dan akhirnya menjadi kata yang bermakna, seperti bunyi: house, left, angkat… Konsep bunyi yang dikemukakan dalam teori ini dapat menerangkan kejadian vokal dan konsonan dalam ujaran Bahasa pertama lahir akibat daripada kegiatan sosial, dan tujuan utamanya untuk berkomunikasi antara manusia dalam konteks budaya tertentu

14 FASA ORGANIS: TEORI GERAK GERI
Kewujudan bahasa berasaskan gerak geri satwa, dan masyarakat primitif. Ini menunjukkan bahawa gerak mendahului pertuturan dalam semua aktiviti kehidupan Pergerakan yang berbeda akan menghasilkan bunyi yang berbeda. Bunyi ini akhirnya akan menggantikan pergerakan untuk digunakan secara meluas Teori ini mengatakan bahawa masyarakat yang semakin maju memerlukan isyarat yang lebih tepat untuk menyatakan sesuatu. Ini bermakna isyarat mendahului ujaran Dalam beberapa hal, isyarat tidak dapat digunakan, seperti di tempat gelap atau sedang membawa sesuatu. Oleh itu, mereka memerlukan isyarat lisan, yang akhirnya berkembang menjadi bahasa

15 FASA ORGANIS: TEORI MUZIKAL
Bahasa berasal daripada nyanyian atau bahasa berirama Sejarah perkembangan bahasa mempunyai haluan yang sama sejak adanya manusia dan bahasa pada zaman dini Bahasa primitif terdiri daripada perkataan atau ungkapan yang panjang, dan menyakitkan rahang apabila membunyikannya Bahasa mempunyai jeda muzik/irama yang luas, sejenis nyanyian tanpa kata, untuk tujuan ekspresi semata-mata, bukannya tujuan komunikasi. Ekspresi yang paling kuat ialah ekspresi CINTA (suka sekali, sayang benar, perasaan atau berperasaan kepada negara, orang tua, kebebasan…)

16 FASA ORGANIS: TEORI KONTAK
Bahasa wujud daripada keinginan semula jadi manusia untuk berhubung sesama mereka dalam kehidupan sehari-hari. Oleh itu, bahasa dini ialah bahasa imperatif, iaitu terdiri daripada perintah, suruhan, arahan, larangan… Peringkat kelahiran bahasa: Bunyi kontak (ekspresi bukan komunikasi) Jeritan (bersifat komunikatif untuk tujuan persekitaran bukannya individu, dan tujuan mengawal bahaya) Panggilan (memenuhi keperluan individu) Perkataan (fungsi simbolik dan kiasan)

17 PENDEKATAN MODEN Mekanisme artikulasi manusia memungkinkan terhasilnya ujaran yang lengkap. Namun, faktor psikologi juga turut membantu perkembangan bahasa yang baik dan berkesan Contohnya, kita bayangkan sebuah kolam yang cantik dan jenih airnya, dikelilingi oleh flora dan fauna yang pelbagai. Indahnya seperti ungkapan sekeping syurga yang jatuh ke bumi. Bagi A, kolam ini mungkin membahayakan, menenggelamkan dan boleh mematikan. Bagi B, kolam ini boleh memberikan sumber rezeki untuk keluarganya. Munkin ikannya banyak dan tempat itu boleh dijadikan objek wisata. Bagi C pula, kolam itu menjadi sumber ilham, tempat istirahat untuk mengurangkan stres, dan sebagainya Dalam batiniah A, B dan C wujud kesan psikologi yang berbeda. Kesan itu perlu diungkapkan dalam bentuk simbol bunyi. Maka wujudlah kata bahaya, ngeri, dalam, dingin, tenggelam, hanyut, arus, indah, tenteram, luas, nyaman, damai, dan sebagainya

18 PENDEKATAN MODEN Kesan psikologi terhadap benda, perkara atau peristiwa dinyatakan dalam bentuk ujaran. Oleh itu, ujaran ialah hasil kemampuan manusia untuk mengenal pasti gejala sebagai lambang dan keinginan untuk mengungkapkan lambang itu dalam pelbagai konteks Ahli Antropologi menyimpulkan bahawa manusia dan bahasa berkembang bersama. Faktor yang mempengaruhi perkembangannya, seperti bentuk tubuh, rupa aras, dan sebagainya telah membantu dalam evolusi manusia. Perkembangan otaknya mengubah manusia menjadi lebih mantap Apabila manusia mempunyai kemampuan, menemukan keterampilan dan mempergunakan alat, maka mulailah mereka berbicara

19 PENDEKATAN MODEN Ada yang mengatakan bahawa perkembangan bahasa sama seperti bayi yang berkembang menjadi dewasa. Ucapan bayi akan berkembang menuju kemantapan dan ketuntasan Bahasa manusia pertama hampir tidak mempunyai erti, seperti lagu dan ujaran bayi. Ujaran ini akhirnya berkembang menuju ketuntasannya

20 PENDEKATAN MODEN Perkembangan bahasa selari dengan perkembangan budaya dan peradaban. Ini demikian kerana manusia dianugerahi konsep kebahasaan dan kemampuan berbahasa, dan dengannya manusia berupaya mengkonsepkan alam sekitar melalui ujaran yang merupakan penampilan kebahasaannya Manusia dianugerahi langue, iaitu konsep kebahasaan dan kemampuan berbahasa. Dengan itu, manusia mampu mengkonsepkan alam sekitar dalam ujaran atau tulisan (parole). Parole ini ialah aktualisasi konsep dan merupakan penampilan kebahasaannya

21 ASAL-USUL BAHASA MELAYU
Dua kelompok nenek moyang orang Melayu: > Yunan, China: Melayu proto atau Melayu kuno. Tiba di Nusantara sejak SM 2,500 > Asia Tengah: Melayu Deutro atau Melayu moden. Tiba di Nusantara sejak SM 1,500 Melayu proto berpecah menjadi orang Jakun, Laut, Kanak, Temuan, Biduanda… Melayu Deutro memperkembang bahasa Jawa, Dayak, Minangkabau, Batak, Visaya…

22 ASAL-USUL BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu termasuk dalam rumpun Austronesia. Kata Austronesia berasal daripada kata Yunani kuno yang bermaksud pulau selatan benua Asia. Kebanyakan bahasa Austronesia ini terdapat di pulau. Sebelum abad ke-19, Austronesia dikenali dengan nama Melayu-Polinesia. Pada akhir abad ke-20, Melayu-Polinesia diberi takrif baharu dengan memasukkan bahasa Austronesia, tetapi tidak termasuk bahasa Formosa, iaitu bahasa di pergunungan Taiwan Bahasa Melayu ini mempunyai kaitan dengan bahasa Hawaii, Samoa, Fiji dan Maori di lautan Pasifik, dan bahasa Malagasi di Madagaskar Kawasan penyebaran bahasa Melayu meliputi Malaysia, Indonesia dan Filipina, yang sama luasnya dengan kawasan penyebaran bahasa Indo-Eropah

23 BUKTI BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA
Batu bertulis di sekitar Palembang, iaitu prasasti Kedukan Bukit (605M) dan Talang Tuwo (606M), prasasti Batu Kapur (608M) , dan prasasti Karang Berahi (608M) yang ditemukan di antara Jambi dengan Sungai Musi menggunakan bahasa Melayu kuno Catatan musafir Cina yang mengembara ke Sriwijaya menyatakan bahawa untuk mempelajari agama Buddha, mereka terlebih dahulu terpaksa mempelajari bahasa Melayu, kerana pada masa itu, bahasa Melayu menjadi lingua franca I Tsing musafir Cina yang bermastautin di Sriwijaya juga mencatatkan bahawa bahasa Melayu digunakan sebnagai bahasa pengantar untuk mempelajari tatabahasa Sanskrit dan falsafah agama Buddha

24 BUKTI BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA
Piagam Gandasuli (832M), di daerah Kedu menggunakan bahasa yang mirip bahasa Melayu. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu sudah tersebar ke daerah yang berbahasa Jawa Pigafetta telah mencatatkan bahasa penduduk di Tidore (1522). Kebanyakan bahasa (-perkataan) yang digunakan ialah bahasa Melayu Orang Portugis dan orang Belanda yang menjajah kepulauan Melayu telah mendirikan sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, di samping bahasa Portugis dan bahasa Belanda

25 BUKTI BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA
Sejak zaman Sriwijaya, bahasa Melayu telah digunakan oleh suku di Kepulauan Melayu dan orang asing untuk berkomunikasi sesama mereka Bahasa Melayu juga digunakan oleh penguasa untuk berkomunikasi dengan rakyat dalam konteks penyampaian pengumuman, perintah atau menulis perjanjian, dan sebagainya

26 PENYEBARAN BAHASA MELAYU
Kerajaan Sriwijaya: kota Sriwijaya menjadi pusat perdagangan dan ilmu pengetahuan di Asia Tenggara, dan bahasa Melayu menjadi lingua franca utama selama tujuh abad Kedatangan dan penyebaran agama Islam: Kerajaan Islam Samudera Pasai telah mengambil alih usaha memperkasakan bahasa Melayu, terutama dalam penyebaran Islam. Pengaruh bahasa Arab dalam bahasa Melayu mula terserlah Kerajaan Melaka: kerajaan Melaka mengambil peranan menyebarkan bahasa Melayu (100 tahun). Bahasa Melayu digunakan dengan tuntas, terutama dalam penciptaan dan penyebaran hasil kesusasteraan Melayu milik kerajaan dan rakyat jelata

27 PENYEBARAN BAHASA MELAYU
Kedatangan Inggeris dan Belanda: Inggeris di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia telah telah memperkembang bahasa Melayu secara tidak langsung. Mereka terpaksa juga menggunakan bahasa Melayu, di samping bahasa mereka dalam memberikan pendidikan kepada anak negeri Balai Pustaka dan Pujangga Baru: pemerkasaan dan penyebaran bahasa Indonesia, terutama melalui karya kesusasteraan Melayu ASAS 50: konsep seni untuk seni dan seni untuk masyarakat dijelmakan dalam karya kesusasteraan untuk mendidik minda masyarakat dan menanamkan semangat cinta akan tanah air Pendudukan Jepun: pengenalan konsep Asia untuk Asia secara tidak langsung telah memperkembang bahasa Melayu

28 KESIMPULAN Asal-usul bahasa digarap oleh golongan Analogis dan Anomalis Golongan Analogis mewujudkan teori Monogenetik, dan golongan Anomalis newujudkan teori Poligenetik Pendekatan tradisional melihat asal-usul bahasa daripada dua fasa, iaitu fasa kedewaan dan kepercayaan, dan fasa organis Pendekatan moden melihat bahasa melalui fakta fizikal dan psikologikal

29 KESIMPULAN Bahasa Melayu berasal daripada dua kelompok asal orang Melayu, iaitu dari Yunan, China, dan Asia tengah Bahasa Melayu sebagai lingua franca terbukti daripada batu bertulis, catatan musafir Cina, piagam, peranan Portugis dan Belanda, dan juga penguasa tempatan Bahasa Melayu tersebar oleh faktor kerajaan Sriwijaya, kedatangan dan penyebaran agama Islam, kerajaan Melaka, kedatangan Inggeris dan Belanda, peranan Balai Pustaka, Pujangga Baru, ASAS 50, dan pendudukan Jepun

30 Wahai anakanda dengarlah amanat sifat malu peganglah erat
MADAH PUJANGGA MENIKMATI HIDUP TIDAK SEHARUSNYA DENGAN HARTA, ORANG TERSAYANG PUN MEMBUATKAN HIDUP KITA LEBIH BERMAKNA Wahai anakanda dengarlah amanat sifat malu peganglah erat supaya hidupmu tidak melarat selamat hidup dunia akhirat

31 SEMUA SOALAN MERANGKUMI ASPEK KOGNITIF ARAS TAKSONOMI, IAITU
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER 100 SOALAN OBJEKTIF BERDASARKAN KULIAH MINGGU 1 – 5 MASA 2 JAM SEMUA SOALAN MERANGKUMI ASPEK KOGNITIF ARAS TAKSONOMI, IAITU PENGETAHUAN, PEMAHAMAN, APLIKASI, SINTESIS DAN PENILAIAN


Download ppt "UNIT 6 TEORI ASAL USUL BAHASA."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google