Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

MINGGU 3 PEMBENTUKAN KATA: KATA TUNGGAL DAN KATA TURUNAN.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "MINGGU 3 PEMBENTUKAN KATA: KATA TUNGGAL DAN KATA TURUNAN."— Transcript presentasi:

1 MINGGU 3 PEMBENTUKAN KATA: KATA TUNGGAL DAN KATA TURUNAN

2 HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat: menghuraikan pembentukan kata bahasa Melayu, khususnya kata tunggal dan kata turunan atau kata jadian, iaitu kata yang mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan

3 PERKATAAN Unit ujaran yang bebas Mengandung makna yang lengkap Satu atau gabungan beberapa bentuk fungsi bahasa

4 PERKATAAN Kata Tunggal/Dasar Kata Jadian/Turunan pengimbuhan pemajmukan penggandaan

5 KATA TUNGGAL/DASAR Satu bentuk dasar/tunggal Tidak mengalami proses morfologi, iaitu belum diberi imbuhan, diulang atau digabungkan dengan kata lain Terdapat juga kata yang belum mengalami proses morfologi tetapi tidak pernah digunakan dalam komunikasi harian. Kata seperti ini dinamakan pokok kata. Contoh: alir, temu, rangkak, renang, uji, lawak…

6 KATA TUNGGAL/DASAR Unit Bebas: Kata tunggal bentuk bebas Tidak bergantung pada unit lain Dapat berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap Kata Tugas: Memerlukan unit bebas yang lain Tidak dapat berdiri sendiri Akronim: Terbentuk melalui proses gabungan Berupa suku kata atau huruf

7 KATA JADIAN/TURUNAN > Kata yang telah mengalami proses morfologi, iaitu pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Contoh: bercanda, pakaian, bermain- main, berdua-duaan, kapal perang, kambing hitam… Pengimbuhan: kata dasar yang menerima imbuhan Penggandaan: penggandaan kata dasar - gandaan penuh - gandaan separa - gandaan berentak - gandaan lain Pemajmukan: dua kata dasar atau lebih yang dirangkaikan menjadi satu kesatuan - kata nama majmuk - kata kerja majmuk - kata adjektif majmuk - kata tugas majmuk

8 PEMBENTUKAN KATA TUNGGAL
> satu suku kata > dua suku kata > tiga suku kata > empat suku kata atau lebih > akronim

9 KATA TUNGGAL SATU SUKU KATA
yu am cat draf bank skru skrip had pos cip bab bas tik rab ram rak sup sut

10 KATA TUNGGAL DUA SUKU KATA
ubi u + bi usang u + sang impi im + pi embun em + bun buih bu + ih leka le + ka pulut pu + lut sendu sen + du benteng ben + teng kayu ka + yu jual ju + al kacau ka + cau layak la + yak runcit run + cit sukar su + kar mata ma + ta batu ba + tu roti ro + ti abstrak abs + trak rantai ran + tai nasa na + si

11 KATA TUNGGAL TIGA SUKU KATA
niaga ni + a + ga siuman si + u + man idea i + de + a mulia mu + li + a tempua tem + pu + a belangkas be + lang + kas maruah ma + ru + ah tempias tem + pi + as aroma a + ro + ma isyarat i + sya + rat antara an + ta + ra asmara as + ma + ra berita be + ri + ta kembara kem + ba + ra ilmiah il + mi + ah sastera sas + te + ra riwayat ri + wa + yat matlamat mat + la + mat kerangka ke + rang + ka sempurna sem + pur + na rahsia rah + si + a Kelantan Ke + lan + tan kelmarin kel + ma + rin Irama i + ra + ma

12 KATA TUNGGAL EMPAT SUKU KATA ATAU LEBIH
keluarga ke + lu + ar + ga bijaksana bi + jak + sa + na senantiasa se + nan + ti + a + sa selesema se + le + se + ma munasabah mu + na + sa + bah sentimeter sen + ti + me + ter singgahsana sing + gah + sa +na nasional na + si + o + nal universiti u + ni + ver + si + ti cenderawasih cen + de + ra + wa + sih Kurikulum ku + ri + ku + lum maharajalela ma + ha + ra + ja + le + la darmawisata dar + ma + wi + sa + ta senderayan sen + de + ra + yan utilitarian u + ti + li + ta + ri + an zabaniah za + ba + ni + ah kodifikasi ko + di + fi + ka +si onderneming on + der + ne + ming papakerma pa + pa + ker + ma paradigma pa + ra + dig + ma paramasastera pa + ra + ma + sas + te + ra Makrokosmos mak + kro + kos + mos

13 AKRONIM Singkatan gabungan huruf awal suku kata, atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan disebut dengan wajar CARA PENULISAN AKRONIM Singkatan huruf awal rangkai kata ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri Gabungan huruf awal atau suku kata bukan nama khas Tadika Taman Didikan Kanak-Kanak Tabika Taman Bimbingan Kanak-Kanak Gabungan huruf awal atau suku kata nama khas MARA Majlis Amanah Rakyat GAPENA Gabungan Penulis Nasional

14 CONTOH AKRONIM Angkasa Angkatan Kerjasama Kebangsaan ASAS 50 Angkatan Sasterawan 1950 ASEAN Association of South East Asian Nation Bernama Berita Nasional Malaysia FAMA Federal Agricultural Marketing Authority FELDA Federal Land Development Authority INTAN Institut Tadbiran Awam Negara IPTAR Institut Penyiaran Tun Abdul Razak KOBENA Koperasi Belia Nasional MALINDO Malaysia Indonesia SETPOL Setiausaha Politik

15 KATA BERIMBUHAN Morfem terikat yang melekat pada kata dasar untuk membentuk kata yang lebih besar JENIS IMBUHAN awalan: hadir sebelum kata dasar akhiran: hadir selepas kata dasar apitan: hadir serentak (morfem terikat terbahagi serentak) atau hadir secara bertingkat (morfem terikat terbahagi bertingkat)pada bahagian awal dan bahagian akhir kata dasar sisipan: hadir di celahan kata dasar

16 KATA IMBUHAN AWALAN (awalan kata nama)
pe - penyimpan juru - jurutulis pem - pembantu maha - mahaguru pen - pendamai tata - tatabahasa peng - penggoda pra - pratonton penge - pengekod sub - subkultur pel - pelajar supra - supranasional per - perburu eka - ekakutub ke - ketua dwi - dwikepak swa - swakaji panca - pancaindera se - serumah se - sekawan

17 KATA IMBUHAN AWALAN (awalan kata kerja)
me merasa, meraba mem membantu, membuta men mendayung, menduda meng menggaru, mengganas menge mengeram, mengehad memper memperindah memperbesar ber bersantai, berlagu be berantai, berenang bel belunjur, belajar ter terlaju, terlayang di diketawa, dijeling diper diperoleh, diperdua

18 KATA IMBUHAN AWALAN (awalan kata adjektif)
ter termerah te teruncing tertinggi terendah tertua teranum tergagah teramah termuda terancak terlaju terendam teringin teramai se seindah, sehitam, setebal, sekeras, selena, sekotor, sependek, sejarang, serapi, setinggi sepanjang, serajin, semalas, secantik…

19 KATA IMBUHAN AKHIRAN (kata nama)
an makanan, tulisan, manisan, kritikan, latihan wan budayawan, hartawan, sasterawan, karyawan man budiman, seniman wati seniwati, karyawati isme kapitalisme, kelantanisme, nasionalisme in, at, ah hadirin, muslimin, hadirat, muslimat, sultanah ustazah wi manusiawi, duniawi iah alamiah, insaniah nda ibunda, adinda, kekanda or koruptor, proklamator nya larinya, hebatnya, lajunya, merahnya

20 KATA IMBUHAN AKHIRAN (kata kerja)
kan gunakan luaskan menangkan tuangkan musnahkan merdekakan kenakan sampaikan matikan padamkan biarkan i sakiti jauhi dekati hindari baiki sirami masuki hadiahi mulai pelajari minati

21 KATA IMBUHAN APITAN (kata nama)
pe…an - pelaksanaan, pelantikan, pelucutan pem…an - pembuatan, pembunuhan, pembaikan pen…an - pencapaian, penswastaan, pendudukan peng…an - penggantungan, pengguguran penge…an - pengeraman, pengeboman, pengehadan per…an - persatuan, perdamaian, pertubuhan pel…an - pelajaran, pelbagaian ke…an - kedutaan, kebahasaan, kesungguhan

22 KATA IMBUHAN APITAN (kata kerja)
meng - kan menghilangkan ter – i tersaingi meng - i menggauli di – i didatangi mem - i membasahi di – kan ditentukan mem – kan membebankan ke – an ketulangan men - kan mendermakan memper – i mempercayai me - kan melukakan menge - kan mengehadkan ber - kan berdasarkan ber – an berdekatan per - kan permainkan per - i perbaiki ter - kan terabaikan

23 KATA IMBUHAN APITAN (kata adjektif)
ke…an - kemelayuan kecinaan keinggerisan kearaban kejantanan keemasan keamerikaan keanak-anakan kebetinaan kelaki-lakian kemalu-maluan

24 KATA IMBUHAN SISIPAN (kata nama) el - telunjuk kelabut kelengkeng telapak pelatuk er - seruling keruping em - jemari in - kinerja tinambah

25 KATA IMBUHAN SISIPAN (Kata Adjektif) el - kelebak selerak gelembung er - serabut gerigi jerebu genderang em - gemilang gemuruh semerbak gemerlap kemilau (kata kerja) in - sinambung

26 KATA MAJMUK Proses yang merangkaikan dua atau lebih perkataan, dan perangkaian perkataan itu akan mewujudkan satu kesatuan makna yang berbeda daripada makna sebelumnya. Contoh: rumah sakit, kampung halaman… Urutan unsurnya seolah-olah telah menjadi satu sehingga tidak dapat ditukarkan tempatnya. Contoh: temu duga bukan duga temu, tatap muka bukan muka tatap, kerusi malas bukan malas kerusi Urutan unsurnya juga tidak boleh dipisahkan dengan tidak merosakkan makna. Contoh: temu untuk duga, tatap dengan muka, kerusi yang malas Terdapat kata yang sama, mungkin berupa kata majmuk dan mungkin juga frasa. Contoh: orang tua itu masih kuat lutut (frasa); orang tuanya sudah meninggal dunia (kata majmuk). Contoh lain: baju hijau, rumah putih, meja bulat…

27 KATA MAJMUK Kata majmuk berbeda dengan idiom (ungkapan). Pembentukannya sama, iaitu dibentuk daripada penggabungan dua kata atau lebih Perbedaannya ialah kata majmuk mewujudkan makna secara langsung dapat ditelesuri daripada makna kata yang digabungkan itu. Contoh: payung terjun – alat seperti payung yang digunakan dalam keadaan terjun dari angkasa. Idiom mewujudkan makna lain yang tiada kaitannya dengan gabungan kata itu. Contoh buah hati bermaksud jantung hati, iaitu kekasih yang tercinta Idiom: A + B mewujudkan makna C A (bulan) + B (madu) = C (masa pengantin baharu menikmati perkahwinan) kata majmuk: A + B mewujudkan makna AB A (rumah) + B (sakit) = rumah (bangunan) untuk merawat orang sakit

28 Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu:
- rangkai kata bebas, termasuk nama jawatan - istilah khusus - bentuk yang telah mantap

29 RANGKAI KATA BEBAS cita rasa janji temu alat tulis menteri besar pegawai tadbir jaya diri kapal terbang kereta lembu lembu kereta ketua polis negara jalan raya meja tulis terima kasih ketua menteri naib canselor kereta api kemas kini kenal pasti pasar raya timbalan ketua sidang

30 ISTILAH KHUSUS ulang kaji reka bentuk kertas kerja mata pelajaran isi padu reka cipta lut cahaya reka letak kaji selidik urus niaga kaji bumi hasil darab kaji cuaca latih tubi rukun negara segi tiga surat cara susut nilai kata sandang kata terbitan

31 BENTUK KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP
antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kakitangan kerjasama olahraga matahari setiausaha sukarela suruhanjaya tandatangan tanggungjawab warganegara pesuruhjaya

32 PENGGANDAAN KATA MAJMUK
Gandaan Unsur Pertama: kertas-kertas kerja mata-mata pelajaran perdana-perdana menteri pegawai-pegawai tadbir naib-naib canselor Gandaan Seluruh Unsur: kakitangan-kakitangan suruhanjaya-suruhanjaya setiausaha-setiausaha pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara

33 PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
Imbuhan Awalan dan Akhiran: ambil kira mengambil kira ubah suai diubah suai uji bakat menguji bakat daya serap daya serapan kemas kini dikemas kini Imbuhan Apitan: ubah suai mengubahsuaikan kemas kini pengemaskinian pindah milik dipindahmilikkan tandatangan menandatangani cina buta dicinabutakan

34 KATA GANDA Kata yang mempunyai bentuk dasar yang diulang atau digandakan sebahagian atau seluruhnya PENGGANDAAN PENUH Penggandaan seluruh kata dasar, dan diberi tanda sempang. Contoh: bodoh-bodoh manis-manis duduk-duduk pegawai-pegawai kehendak-kehendak kekasih-kekasih pemimpin-pemimpin tanaman-tanaman apa-apa mana-mana hidup-hidup mangga-mangga jemput-jemput bukan-bukan siapa-siapa

35 GANDAAN SEPARA Penggandaan sebahagian kata dasar sahaja sama ada di hadapan atau di belakang PENGULANGAN SUKU KATA PERTAMA laki - lalaki - lelaki langit - lalangit - lelangit kuda - kukuda - kekuda tupai - tutupai - tetupai daun - dadaun - dedaun PENGULANGAN KATA DASAR UTAMA Berjalan-jalan, seindah-indah, tercari-cari, cinta-mencintai, tolong-menolong, kejar-mengejari, dirayu-rayu, intai-mengintai…

36 GANDAAN BERENTAK Penggandaan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu Gandaan Suku Kata Awal: licin-licau, remuk-redam, warna- warni, corat-coret, kelap-kelip, serba-serbi… Gandaan Suku Kata Akhir: sayur-mayur, saudara-mara terang-benderang, punah-ranah, kuih-muih, saki-baki, calar-balar, haru-biru…

37 GANDAAN YANG LAIN Gandaan Konsonan: gunung-ganang, susup-sasap, gopoh-gapah, suku-sakat, deram-derum, desas-desus, gedebak-gedebuk… Gandaan Bersisipan: tali-temali, jari-jemari, awan-gemawan, kilau-kemilau, gilang-gemilang, tayum- temayum, tulang-temulang… Gandaan Bebas: porak-peranda, simpang-perenang, anak- pinak, lintang-pukang, mentua-taya, patah- riuk, ulang-alik, ipar-duai, gelap-gulita…

38 BUKAN KATA GANDA Terdapat kata yang seolah-olah kata ganda tetapi bukan kerana tidak terdapat kata dasar yang diulang. Contoh: biri-biri, rama-rama,sia-sia, tiba-tiba, hati-hati, kupu-kupu, kura-kura, alun-alun, kunang-kunang… Terdapat juga kata yang sama, mungkin kata ganda dan mungkin juga bukan kata ganda. Contoh: kuda-kuda: banyak kuda (kata ganda) kuda-kuda: sikap tubuh dalam bela diri (bukan kata ganda)

39 KESIMPULAN Pembentukan kata bermaksud kata yang telah mengalami proses morfologi, iaitu pengimbuhan, pengulangan dan pemajmukan Kata tunggal dibentuk daripada kata satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata, empat suku kata atau lebih, dan akronim Kata berimbuhan dibentuk daripada kata dasar yang menerima awalan, akhiran, apitan, sisipan dan gabungan Kata majmuk dibentuk dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu rangkai kata bebas, istilah khusus, dan bentuk yang telah mantap Kata ganda dibentuk secara gandaan penuh, gandaan separa, gandaan berentak dan gandaan yang lain

40 MADAH PUJANGGA BANYAK HAL PENTING DI DUNIA INI DICAPAI OLEH ORANG YANG TERUS BERUSAHA MESKIPUN TAMPAKNYA TIADA HARAPAN Wahai anakanda dengarlah petuah bersangka baik kepada Allah supaya menjauh hasrat dan fitnah hidupmu tenang kerja berfaedah


Download ppt "MINGGU 3 PEMBENTUKAN KATA: KATA TUNGGAL DAN KATA TURUNAN."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google