Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Kepimpinan Dalam Islam
EL4053 Diploma Andalus 2016 Minggu Pertama – Kuliah 1
2
1.0 Pengenalan Modul Tujuan modul ini ialah untuk peserta mendalami dan menghayati prinsip-prinsip kepimpinan Islam dan bagaimana ia dapat digunapakai di dalam era moden ini samada dalam keluarga atau organisasi. Modul ini melibatkan ceramah dan kegiatan-kegiatan bukan sahaja mempertingkatkan pengetahuan kognitif tapi juga menajamkan (skill) kemahiran kepimpinan peserta dalam tugasan harian. Ia juga akan membuat perbandingan ringkas mengenai teori-teori kepimpinan barat serta tamadun-tamadun lain seperti, Cina, Jepun dan India untuk melihatkan kelebihan prinsip kepimpinan Islam.
3
1.1 Hasil Pembelajaran Di akhir modul pelajar dapat:
Mengenalpasti krisis kepimpinan dan jalan keluar kepada krisis tersebut berdasarkan teori kepimpinan Islam Membezakan teori-teori kepimpinan selain Islam dengan teori Islam serta membuat perbandingan. Menghayati Islam serta dapat berfikir secara rasional, kreatif, kritikal dan analatikal berpandukan Islam serta berpengaruh dalam komunikasi.
4
1.3 Silibus Pengajian Minggu Pertama:
Definisi kepimpinan dan fungsinya dalam masyarakat tersusun Krisis kepimpinan Muslim masakini dan penyelesaiannya Kepimpinan, organisasi dan masa depan Muslim
5
Minggu Kedua: Konsep kepimpinan dalam Islam Sumber prinsip Islam dari Al-Quran, Al-Hadis dan sejarah Asas moral kepimpinan Islam Peranan adab dan akibat kehilangan adab dikalangan para pemimpin (Fokus: Hadis Jibrail)
6
Minggu Ketiga: Insan sebagai Khalifah Allah dan tugasannya Ciri-ciri dan kompetensi pemimpin yang berkesan Kepimpinan bermula dengan memimpin diri sendiri Muhasabah untuk meningkatkan potensi sebagai pemimpin (self-leadership)
7
Minggu Ke Empat: Struktur dan fungsi kerja berkumpulan Peranan pemimpin dalam memperkasakan kerja berkumpulan Mengenal naluri insan dan motivasi Prinsip dan kemahiran berkomunikasi sebagai pemimpin Cara-cara membuat keputusan (decision styles)
8
Minggu Kelima: Pemimpin sebagai pembina modal insan (people development and coaching) Delegasi dan membina kemahiran wargakerja Perbandingan ringkas prinsip kepimpinan – mana yang lebih berkesan? Halatuju kepimpinan, organisasi dan prestasi Muslim masadepan
9
2.0 Muqadimah Dunia Islam kini menghadapi satu era yang amat genting dalam sejarah. Walaupun umat Islam merupakan lebih dari satu per lima penduduk dunia dan kaya dengan sumber bumi ia mengeluarkan hanya 8% GNP dunia. Umat Islam diselimuti dengan pelbagai masaalah – buta tuli, kemiskinan, pengangguran dan situasi imbangan ekonomi yang amat rumit. Hampir semua negara Islam telah dijajahi – adanya selama 500 tahun. Kebanyakan negara ini telah dapat kemerdekaan hanya kira-kira 50 tahun yang lalu. Namun begitu boleh dikatakan kesemua negara-negara ini masih dibelenggu pelbagai masaalah, hingga ada yang dipanggil “failed state” atau negara yang gagal.
10
Selepas kolonisasi terdapat dua fenomena ketara di negara-negara ini:
Korupsi dan kronisma dikalangan pemimpin-pemimpin Muslim yang amat berleluasa tanpa perasaan malu dan canggung. Dikotomi diantara kaum secular dan agama.
11
Agama Islam mengajarkan prinsip dan amalan kepimpinan yang amat memberangsangkan dan yang telah terbukti berkesan dalam meningkatkan struktur dan mutu kehidupan orang Muslim atau bukan Muslim dan menjana kemajuan sains dan teknologi. Namun nampaknya kepimpinan Muslim masakini samaada dalam bidang politik, pembelajaran dan terutama sekali dalam bisnes amat ketandusan. Dan kita harus mengingati bahawa Islam adalah agama yang paling mesra dengan bisnes di mana umatnya digalakkan giat berniaga. Kemanakah halatuju umat dan negara-negara Islam? Jawapannya banyak bergantung pada mutu kepimpinan individu Muslim masakini dan masadepan.
12
3.0 Definisi Pemimpin Pemimpin (Natural Leader) adalah seseorang yang menggunakan kemampuannya, sikapnya, nalurinya, dan ciri-ciri keperibadiannya yang mampu menciptakan suatu keadaan, sehingga orang lain yang dipimpinnya dapat saling bekerja sama untuk mencapai tujuan.
13
3.1 Definisi Kepimpinan Kepimpinan adalah proses mempengaruhi atau memberi contoh oleh pemimpin kepada pengikutnya dalam upaya mencapai tujuan organisasi. Cara alamiah mempelajari kepimpinan adalah "melakukannya dalam kerja" dengan mempraktikannya.
14
3.2 Pemimpin dalam Al-Quran
Pertama, secara umum manusia di atas dunia ini adalah sebagai khalifah sesuai dengan kehendak Allah Ta’ala tatkala menciptakan Adam As. sebagai manusia pertama dan menjadi umat manusia selaku Hamba-Nya.
15
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui (QS. 2:30).
16
3.3 Kepimpinan dalam hadis:
17
Hampir setiap masa kita melibatkan dengan diri dalam kepimpinan:
20
Kedua, secara khusus pengertian khalifah dalam erti yang lebih luas lagi bererti ia tidak sahaja sebagai manusia biasa (umum) tapi dianugerahkan jawatan oleh Allah Ta’ala seperti menjadi seorang nabi atau rasul. Ini dengan adanya jawatan ini maka secara otomatis para tokoh ini juga adalah sebagai khalifah formal (pemimpin).
21
“Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu KHALIFAH di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia (rakyat dan umat yang engkau pimpin) dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu atau emosi (untuk kepentingan peribadi dan kelompok tertentu), kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan (tuntutan) Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitung (QS. 38:26)
22
Ketiga, kalau pada kedua makna khalifah berasal dari para ahli atau orang pilihan Allah Ta’ala baik sebagai nabi dan rasul, maka pengertian khalifah yang ini berlaku khusus bagi manusia bukan jawatan dari Tuhan.
23
Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah (ada yang jadi raja, sultan, presiden, gubernur.) di muka bumi. Barang- siapa yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. Dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada sisi Tuhannya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kerugian mereka belaka. (QS. 35:39).
24
3.4 Kepimpinan dan fungsinya dalam masyarakat tersusun
Pemimpin merupakan individu yang memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan atau kumpulan ataupun masyarakat. Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilakumanusia, pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan. Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke semasa. Kemahiran bekerjasama amat ditekankan di dalam sesebuah negara mahupun organisasi bagi mencapai kecemerlangan. Islam menganggap setiap seorang muslim yang mukallaf sebagai pemimpin. Sekurang-sekurangnya mereka adalah pemimpin bagi diri mereka dan keluarga mereka
25
Dalam Islam menentukan dan memilih pemimpin adalah suatu perkara yang sangat penting dan wajib. Ini dibuktikan dalam sejarah Islam apabila wafatnya Rasullulah s.a.w, maka seorang khalifah dilantik bagi mengantikan beliau. Sabda Rasullulah S.A.W bermaksud, “ Apabila keluar tiga orang dalam bermusafir maka hendaklah dilantik seorang ketua”. (Hadis Riwayat Abu Daud)
26
Keperluan ketua atau pemimpim ini adalah jelas iaitu menjalankan syariat Allah S.W.T di muka bumi ini, terutama suruhan-suruhan yang berkaitan dengan tugas penguasa, juga untuk memberi arahan, menjaga kebajikan dan keselamatan ramai, dan mengelak berlakunya pertelingkahan antara mereka. Seorang pemimpin hendaklah melaksanakan tugas secara berhati-hati dan tiada berkepentingan peribadi dan sebagainya. Jika seorang pemimpin itu gagal melaksanakan tugas dengan adil dan megutamakan untuk kebajikan rakyat, maka pemimpin itu bersalah dan akan diazab oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud, “Sesiapa yang diamanahkan oleh Allah S.W.T untuk memimpin rakyat, lalu dia mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, maka Allah S.W.T telah mengharamkan syurga untuknya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
27
Dalam Islam kepimpinan amat perlu dalam membina dan membangunkan sesebuah masyarakat atau organsasi atau persatuan serta gagal atau berjayanya sesebuah negara, organisasi atau persatuan. Gagal atau berjayanya sesebuah negara itu banyak ditentukan oleh ciri-ciri dan gaya pemimpin negara berkenaan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, makaberilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa-nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan hai perhitungan”. (Surah As-Shaad 34:26)
28
4.0 Krisis Kepimpanan Islam melihat konflik sebagai keadaan yang tidak stabil dalam perhubungan manusia sama ada dengan diri sendiri, orang lain, dalam kumpulan dan sesama kumpulan. Konflik merupakan situatasi di mana adanya ketegangan atau munculnya kesulitan-kesulitan lain di antara dua pihak atau lebih. Konflik dalam sesebuah negara wujud sebagai natijah daripada sikap manusia yang tidak beretika dan mengabaikan sifat utama yang perlu dihayati dalam pekerjaan seperti amanah, bertanggungjawab, adil dan sebagainya.
29
Oleh itu, Islam menggariskan beberapa penyelesaian konflik atau perbezaan pendapat yang berlandaskan syarak iaitu: 1. Kesedaran Bahawa Kepimpinan Sebagai Suatu Ibadah: Allah SWT telah berfirman bermaksud: “tidak aku menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku”. (Surah Az-Zaariyat 51:56) Jelas menunjukkan bahawa ayat tesebut menyatakan setiap perbuatan manusia di dunia adalah ibadah sekiranya dilakukan dengan niat kerana Allah SWT dan diiringi dengan pelaksanaan yang betul. Oleh itu, setiap pemimpin yang didokong adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Di samping itu, modus operandi dalam kepimpinannya juga hendaklah berpaksikan atau berlandasan syarak dan tidak menyeleweng.
30
Menurut Mustafa Daud (1996), asas kepada kepimpinan Islam mestilah menjurus kepada tiga matlamat utama yang jelas iaitu: i. Akidah: Hakikat kepimpinan itu adalah amanah Allah SWT yang mempunyai implikasi kepada keimanan terhadap Rukun Iman yang enam pasti ditanya di akhirat kelak ii. Syarak: Mengakui dan menurut setiap syariat dan undang-undang yang diperuntukkan oleh Allah SWT di dalam sumber teragung iaitu kitab Al- Quran dan al-Hadis iii. Akhlak: Asas kepada kepimpinan Islam dan mestilah bertunjang kepada akidah dan syariat.
31
2. Mengaplikasikan Pendekatan Syura Dalam Negara atau organisasi
“Bermesyuaratlah kamu dalam setiap urusan” (Surah Ash-Syura 42:38) Syura atau lebih dikenali dengan mesyuarat bermaksud seseorang tidak menyendiri pendapatnya dan dalam persoalan yang memerlukan kebersamaan fikiran dengan orang lain. Pelaksanaan syura sebagai jalan penyelesaian konflik dalam sebuah negara mahupun organisasi boleh dilakukan sama ada dalam bentuk formal atau perbincangan di antara pihak atasan dan bawahan
32
3. Mengaplikasikan Kerja Berpasukan: Kerja berpasukan berperanan menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi apabila tugasan yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman dan penilaian digabungkan. Dalam erti kata lain, kerja berpasukan membantu sesebuah negara atau organisasi memaksimumkan bakat dan kemahiran anggota-anggota kumpulan.
33
4. Mewujudkan Amalan Nasihat-Menasihati: Konflik juga boleh diselesaikan melalui kaedah yang lebih berhikmah iaitu dengan memberi nasihat bagi menjernihkan situasi keruh yang berlaku. Konsep ini bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w: “Agama itu nasihat. Kami bertanya: Untuk siapa? Rasullulah SAW bersabda: “Untuk Allah SWT, kitabNya, rasulNya, para pemerintah dan untuk umat Islam keseluruhannya”. Hadis ini jelas menunjukkan bahawa amalan nasihat-menasihati wajar diamalkan oleh setiap anggota organisasi dari peringkat atasan ke peringkat bawahan.
34
5. Menghormati Orang Lain Dalam Organisasi: Perbezaan warna kulit, bangsa dan sebagainya bertujuan untuk menambahkan pengetahuan manusia dengan saling kenal-mengenali dan bukan untuk permusuhan 6. Mewujudkan Komunikasi Berkesan: Keberkesanan komunikasi memastikan kelancaran arahan, keputusan dan nasihat.Antara kriteria komunikasi berkesan adalah komunikasi berdepan atau secara face to face.
35
7. Kaedah Penyelesaian Konflik Semasa: Pelbagai kaedah dan panduan untuk menyelesaikan konflik telah dilahirkan dalam teoti pengurusan moden. Kita tidak boleh nafikan keberkesan kaedah-kaedah moden – “Kamu lagi tahu tentang kehidupan kamu!”
36
4.1 Masalah-masalah Kepimpinan!
Tiada pemimpin yang berkaliber Salah faham mengenai modal kepimpanan Salah tujuan serta niat menjadi pemimpin Meminta-minta menjadi pemimpin
37
1. Tiada pemimpin yang berkaliber
Untuk mengetahui penyebab krisis kepimpinan ini maka kita harus menganalisa sistem kepimpinan zaman sekarang dan membandingkannya dengan pemimpin-pemimpin yang sukses di zaman dahulu. Lihat pada pemimpin itu sendiri.
38
Kepimpinan dikatakan gagal apabila tidak dapat memenuhi hak-hak masyarakat. Sekarang kekuasaan dijalankan semaunya, hanya pihak-pihak tertentu saja yang boleh menikmati hak-hak mereka. Berbeza dengan rasulullah dan sahabat Masalah kepimpinan adalah masalah sosial yang didalamnya terjadi interaksi antara pihak yang memimpin dengan pihak yang dipimpin untuk mencapai tujuan bersama, kegagalan dan keberhasilan suatu organisasi maupun sebuah masyarakat dalam mencapai tujuan sangat tergantung kepada kemampuan pemimpinnya dalam mengatur dan mengendalikan roda kepimpinannya.
39
Kegagalan Kepimpinan: Daripada laporan-laporan kita dapat mengenalpasti sebab-sebab mengapa ramai pemimpin gagal dalam tugasan dan peranan mereka. Lima Godaan (Temptations) Yang Mempengaruhi Kepimpinan (Lencioni)
40
1. Mementingkan pangkat (status) lebih daripada pencapaian (results)
Symbol Pakaian Kediaman Protokol Percampuran
41
2. Mencari populariti lebih daripada dorongan bertanggungjawab (accountability).
Tidak melatihkan, mendisiplinkan atau menghukumkan kerabat dan wargakerja yang tidak mencapai matlamat kerja atau cuai dalam tugasan mereka kerana ingin dilihat sebagai orang yang penyayang. Fenomena “Tutup sebelah mata”. Fenomena pilih kasih.
42
3. Mementingkan keinginan pada kepastian (certainty) lebih daripada dorongan mencari penjelasan (clarity). Ingin membuat keputusan pada sesuatu masalah hanya setelah mendapat semua maklumat Takut membuat keputusan kerana takut tersilap sehingga langsung tidak membuat keputusan dan membuat sesuatu isu tergantung tak bertali. Menganalisa berlebihan.
43
4. Takut pada Konflik (perbalahan) kerana inginkan keharmonian yang palsu.
Tidak ingin mengkemukakan dan membincang isu-isu penting kerana mungkin akan timbul percanggahan dan ketidakharmonian. Membenamkan isu-isu panas hingga ia meledak justeru membawa kepadahan pada organisasi atau pada masyarakat. Senang dengan pak turut (yes men) yang membawa berita gembira walau pun tidak benar.
44
5. Mementingkan keegoan (atau air muka) lebih daripada kebenaran.
Ingin memaparkan imej yang pemimpin itu kuat, pandai, dan tak mungkin membuat kesalahan. Tidak mudah mengaku yang dia mungkin kesilapan dalam membuat sesuatu keputusan.
45
2. Salah faham mengenai modal kepimpanan
Masyarat Islam sekarang masih keliru dengan modal kepimpinan yang bagaimana? Islam atau Barat? Sebenarnya bukan modal atau sistem kepimpinan tetapi pemimpin itu sendiri yang penting.
46
Lihat pada Rasulullah s.a.w
Gelaran Al-Amin sebelum menjadi Rasulullah s.a.w Karakteristik kepimpinan Rasulullah s.a.w. adalah kejujuran yang teruji dan terbukti. Kejujuran adalah perilaku kunci yang sangat efektif untuk membangun kepercayaan sebagai seorang pemimpin, di samping itu juga, cekap, cerdas, inovatif, berwawasan ke depan, tegas tapi rendah diri, berani tapi santun, kuat fisik dan tahan penderitaan.
47
Rabun dekat kaum Muslims sehingga tidak melihat sirah Rasulullah s. a
Rabun dekat kaum Muslims sehingga tidak melihat sirah Rasulullah s.a.w secara menyeluruh dalam semua skop kehidupan. Muslim hanya fokus bab ibadah Rasulullah s.a.w sahaja Walhal kalau ikut pun ada yang salah faham
48
3. Salah tujuan serta niat menjadi pemimpin
Hadis niat! Jawatan pemimpin tidak boleh diminta-minta Niat – untuk diri sendiri, harta, tahta dan lain-lain lagi
49
4. Meminta-minta menjadi pemimpin
Hadis Rasulullah saw: Dari Abu Said, iatu Abdur Rahman Ibn Samurah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda kepadaku: “Hai Abdurrahman ibn Samurah, janganlah engkau meminta menjadi pemimpin (pembesar negara). Sebab jika engkau diberi kekuasaan tanpa memintanya, engkau akan ditolong untuk melaksanakannya. Tetapi, jika engkau diberi kekuasaan dengan sebab adanya permintaan daripadamu, maka engkau akan dipalingkan dari pertolongan Allah. Dan jika engkau bersumpah atas sesuatu, kemudian engkau mengetahui yang lebih baik darinya, maka kerjakan yang lebih baik dan tebuslah sumpahmu (Muttafaq 'alaih)
50
4. Meminta-minta menjadi pemimpin
Hadis Rasulullah saw: Kisah Syaidina Umar r.a. serta sahabat yang meminta jawatan
51
5.0 Kepimpinan, organisasi dan masa depan Muslim
Kemanakah arah-tuju umat Islam dengan kepimpinan sekarang? Solusinya: Quran dan Sunnah Caranya: Aplikasi dengan mengikut cara Rasulullah saw sambil prihatin tentang kehidupan dunia sekarang.
52
5.1 Skop Kepimpinan
53
6.0 Kesimpulannya Cara memilih khalifah atau pemimpin harus betul.
Ciri-ciri pemimpin amat mustahak. Ciri-ciri pengikut juga memainkan peranan genting: Syaidina Ali ditanya mengapa kepimpinan dia hura-hara tidak macam zaman Rasulullah saw. Jawapan beliau
54
6.1 Renungan!
55
6.3 Peringatan!
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.