Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

AQIDAH UNIT 10 Kelas Bimbingan Dewasa.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "AQIDAH UNIT 10 Kelas Bimbingan Dewasa."— Transcript presentasi:

1 AQIDAH UNIT 10 Kelas Bimbingan Dewasa

2 MANUSIA MENURUT ISLAM

3 PERKARA YANG AKAN DIPELAJARI
Tujuan manusia diciptakan. Memahami kategori manusia.

4 HAKIKAT MANUSIA Manusia terdiri dari 2 unsur: Jasmani Rohani
Keduanya tidak boleh dipisahkan. Kesatuan yang utuh, yang tumbuh dan berkembang dengan subur secara seiringan.

5 لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
HAKIKAT MANUSIA Manusia diberi akal untuk menyempurnakan kedua unsur tersebut. Dapat membezakan yang baik dan yang buruk, yang baik dan yang salah. Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Firman Allah Ta’ala: لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ “ Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan mausia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (at-Tin:4)

6 HAKIKAT MANUSIA Dengan kurniaan akal, manusia dapat memanfaatkan dan mengatur alam dunia seisinya. Selain menjadi hamba Allah, manusia juga mempunyai peranan sebagai khalifah di muka bumi ini. Firman Allah Ta’ala: وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً  Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sungguh Aku (Allah) akan mencipta di bumi seorang khalifah.” (al-Baqarah:30)

7 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
HAKIKAT MANUSIA Sebagai khalifah, manusia mempunyai tanggungjawab dan kewajipan mentaati aturan- aturan Allah sebagai pengabdian dan ibadah kepadaNya. Firman Allah Ta’ala: وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ  “ Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.” (adz- Dzariyaat:4)

8 HAKIKAT MANUSIA Ibadah ialah segala perbuatan baik yang disukai dan diredai Allah. Dilaksanakan kerana Iman kepada Allah dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Ibadah Khusus ialah perbuatan atau ucapan dengan syarat atau rukun tertentu dilakukan kerana Allah  Solat fardhu, Puasa Ramadhan, Zakat dan Haji.

9 KATEGORI MANUSIA Mukmin Muslim Muttaqi Musyrik Munafik / Kafir Fasik Murtad

10 PENGERTIAN MUKMIN Orang yang mempunyai kepercayaan dan keyakinan tentang kebenaranajran-ajaran Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bersumber dari wahyu. Keyakinan tersebut disebut dengan lidah, dibenarkan dalam hati dan dibuktikan dengan amal perbuatan. Firman Allah Ta’ala: إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah orang- orang yang beriman kepada Allah dan utusanNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu...” (al-Hujurat:15)

11 PENGERTIAN MUKMIN Orang yang benar-benar beriman ialah orang yang merasa gementar hatinya jika mendengar nama- nama Allah disebut, dan bertambah Imannya apabila ayat-ayat Allah dibacakannya.

12 PENGERTIAN MUSLIM Berserah diri dan tunduk.
Orang yang tunduk serta taat terhadap agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan melakukan perintahNya dan menjauhi larangan- Nya. Perbezaan antara Mukmin dan Muslim: Mukmin: mempercayai ajaran-ajaran Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan keyakinan. Muslim: tunduk serta patuh menjalankan ajaran yang dibawa Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم .

13 PENGERTIAN MUSLIM Keduanya tidak dapat dipisahkan; orang yang mempercayai kebenaran ajaran Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم maka dia harus menjalankan ajaran- ajaran tersebut. Tidak mungkin orang yang mengerjakan ajaran Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan bersungguh-sungguh tetapi tidak percaya akan kebenarannya. Setiap Mukmin adalah Muslim dan setiap Muslim sejati pasti Mukmin.

14 PENGERTIAN MUSLIM Berserah diri dan tunduk.
Orang yang tunduk serta taat terhadap agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan melakukan perintahNya dan menjauhi larangan- Nya. Perbezaan antara Mukmin dan Muslim: Mukmin: mempercayai ajaran-ajaran Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan keyakinan. Muslim: tunduk serta patuh menjalankan ajaran yang dibawa Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم .

15 PENGERTIAN MUTTAQI Orang yang bertakwa. Takwa bererti takut.
Bertakwa kepada Allah = Takut kepada Allah. Takwa dari sudut istilah: Mengerjakan perintah- perintah Allah dan menjauhi larangan-larangan Nya. Muttaqi: Orang yang melaksanakan iman dan islamnya.

16 PENGERTIAN MUTTAQI Firman Allah Ta’ala: ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ * الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ *وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ “ Kitab al-Quran itu, tidak ada keraguan di dalamnya jadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa. (Iaitu) orang- orang yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan yang memberikan (sedekah/zakat) dari sebahagian rezeki yang telah Kami berikan kepada mereka. Dan orang- orang yang beriman kepada (kitab) yang diturunkan kepada engkau (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang diturunkan sebelum engkau, sedang mereka itu yakin akan adanya (hari) akhirat.” (al-Baqarah:2-4)

17 CIRI-CIRI MUTTAQI Daripada ayat tersebut, antara ciri-ciri Muttaqi yang disebutkan ialah: Percaya kepada yang ghaib. Mendirikan solat. Memberi sedekah/ zakat daripada sebahagian hartanya. Percaya adanya Akhirat.

18 PENGERTIAN MUSYRIK Isyrak menurut bahasa: Menyekutukan.
Musyrik: Orang yang menyekutukan Allah menganggap ada tuhan selain Allah atau menganggap ada sesuatu yang dapat menyamai Allah baik dalam Zat, sifat mahupun dalam perbuatanNya.

19 PERBUATAN SYIRIK Perbuatan yang paling besar dosanya, tidak akan mendapat keampunan Allah kecuali benar-benar bertaubat. Menyesal atas perbuatannya dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan syirik. Termasuk menyembah Allah dan pada masa yang sama melaksanakan upacara penyembahan kepada selain Allah seperti menyembah matahari, berhala, batu, pohon dan sebagainya. Dan menganggap tuhan itu dua, tiga, ada tuhan bapa, tuhan ibu atau ada tuhan anak.

20 PERBUATAN SYIRIK Firman Allah Ta’ala: إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ ۚ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّـهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا “ Sesungguhnya Allah tidak akan memberi keampunan jika disekutukan, dan memberi ampunan selain itu kepada orang yang dikehendaki. Barangsiapa yang menyekutukan Allah, maka sungguh ia telah sesat yang jauh.” (an- Nisa’:116)

21 PENGERTIAN MUNAFIK DAN KAFIR
Nifak bereti: berpura-pura. Munafik: Orang yang hatinya tidak beriman kepada Allah Ta’ala dan tidak percaya terhadap ajaran- ajaran Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم tetapi mulutnya menyatakan dirinya sebgai orang yang beriman. Kufur bererti ingkar. Kafir: Orang yang mengingkari lebenaran Islamatau tidak mengakui ketuhanan Allah yang Maha Esa atau tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم .

22 PENGERTIAN MUNAFIK DAN KAFIR
Secara dasarnya manusia terbahagi kepada3 golongan: Mukmin, Munafik dan Kafir. Firman Allah Ta’ala berkaitan orang kafir: إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ*  خَتَمَ اللَّـهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلَىٰ أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ ۖوَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ  “ Sesungguhnya orang-orang kafir sama sahaja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kepada mereka, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang amat berat.” (al-Baqarah:6-7)

23 PENGERTIAN MUNAFIK DAN KAFIR
Firman Allah Ta’ala berkaitan orang Munafik: وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّـهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ “ Sebahagian manusia ada golongan yang mengatakan: Kami beriman kepada Allah dan hari Akhirat, padahal mereka itu sesungguhnya tidak beriman.” (al-Baqarah:8) إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا  “ Sesungguhnya orang-orang Munafik berada dalam neraka yang paling rendah tingkatannya dan mereka tidak akan mendapatkan penolong.” (an-Nisa’: 145)

24 CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK:
Bersifat ragu terhadap kenebaran Islam. Enggan mendirikan solat. Melakukan solat dengan tunjuan menunjuk-nunjuk. Mudah goyang pendiriannya. Bersikap menipu. Berdusta, ingkar pada janji dan khianat. Suka berkata manis di hadapan orang Islam.

25 PENGERTIAN FASIK DAN MURTAD
Fasik berasal dari “fisq” yang bererti: Berbuat derhaka. Fasik: Orang yang berbuat derhaka, tetapi dalam hatinya masih beriman. Tidak suka mematuhi perintah-perintah agama dan melanggar larangan-laranganNya. Orang yang tidak mahu menunaikan solat, mengeluarkan zakat dan berbuat maksiat. Murtad berasal dari “riddah” yang bererti: Terkeluar dari Islam. Murtad: Orang Islam yang keluar dari agama Islam.

26 PENGERTIAN FASIK DAN MURTAD
Apabila seseorang yang telah mengucapkan 2 kalimah syahadah atau yang beragama Islam, melakukan sesuatu atau mengucapkan sesuatu yang menyebabkan kekafiran maka dia dikira terkeluar dari Islam.

27 PERBEZAAN MUSYRIK, MUNAFIK DAN FASIK
Percaya di dunia ini ada tuhan selain Allah. Maka dia menyembah tuhan-tuhan yang diyakini itu. Melakukan perbuatan mengikut keyakinannya. Apa yang diyakini dibuktikan dengan amal perbuatannya.

28 PERBEZAAN MUSYRIK, MUNAFIK DAN FASIK
Mengingakari dalam hatinya, tidak beriman. Di berpura-pura menyatakan dirinya Mukmin untuk mengelabui mata orang Mukmin. Setelah berpaling dari orang Mukmin, dia pun menyatakan bahawa dia tidak berpihak kepada orang Mukmin.

29 PERBEZAAN MUSYRIK, MUNAFIK DAN FASIK
Firman Allah Ta’ala:  وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَىٰ شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ  “ Apabila orang-orang munafik berjumpa dengan orang-orang yang beriman mereka berkata: “Kami telah beriman” . Dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata: “Sesungguhnya kami bersamamu, kami hanyalah olok-olok.” (al-Baqarah:14)

30 PERBEZAAN MUSYRIK, MUNAFIK DAN FASIK
Masih da[at digelar sebagai orang Islam. Hanya melakukan dosa kerana tidak mahu mematuhi perintah dan larangan agama. Balasan yang akan diterima di akhirat ialah dia akan masuk ke dalam syurga setelah diseksa di neraka dengan balasan yang setimpal dengan dosa-dosanya. Manakala orang Munafik dan Musyrik pula ahli neraka selama-lamanya.

31 PENGERTIAN MURTAD Pada mulanya beriman dan melakukan ajaran- ajaran Islam kemudian keluar dari Islam. Orang yang terlanjur murtad, mestilah cepat-cepat bertaubat dan kembali semula kepada Islam. Jika dia mati sebelum bertaubat maka dia mati dalam kekufuran dan amal yang pernah dilakukan sebelum ini akan menjadi sia-sia.

32 PENGERTIAN MURTAD Firman Allah Ta’ala: وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَـٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ  “ Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agama kamu lalu ia mati atas kufur, maka terhapuslah segala amal kebajikannya di dunia dan akhirat. Mereka itu penghuni neraka yang abadi.” (al-Baqarah:217)


Download ppt "AQIDAH UNIT 10 Kelas Bimbingan Dewasa."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google