Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 5: PENULISAN PENDULU BERITA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 5: PENULISAN PENDULU BERITA"— Transcript presentasi:

1 UNIT 5: PENULISAN PENDULU BERITA

2 APAKAH PENDULU?

3 Pendulu berita adalah perenggan pertama sesebuah berita dan merupakan ciri yang terpenting dan berupaya menarik perhatian pembaca.

4 Permasalahan utama menulis pendulu:-
1. Memilih fakta yang terbaru, sesuai dan belum diketahui umum. 2. Memilih fakta penting dan luar biasa.

5 Bentuk-bentuk Pendulu
1. Bentuk Pertanyaan 2. Bentuk Peluru 3. Bentuk Petikan 4. Bentuk Deskriptif 5. Bentuk 5 W dan 1 H

6 1. Bentuk Pertanyaan - Memaparkan kenyataan dalam bentuk pertanyaan kepada pembaca. Soalan akan diajukan kepada pembaca. Namun pembaca tidak perlu menyediakan jawapan kerana ia akan terjawab dengan sendirinya.

7 Contoh Bentuk Pertanyaan:-
Tuduhan melampau-lampau, adakah hanya rekaan? Kuala Lumpur: APAKAH tuduhan ke atas pasangan suami isteri, Azizul Raheem Awalluddin dan isterinya, Shalwati Nor Shal yang didakwa memukul keempat-empat anaknya satu rekaan dan melampau-lampau?

8 2. Bentuk Peluru Pendulu bentuk peluru menggunakan ayat pendek, jitu, padat dan berkesan. Ciri yang berunsur suspens atau mengerikan sering digunakan bagi memainkan emosi pembaca

9 Contoh Bentuk Peluru:-
Langgar Lampu Merah Bagan Serai: Akibat tidak memakai topi keledar, seorang lelaki warga emas menerima padah apabila dia cedera parah di kepala selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian petang kelmarin.

10 3. Bentuk Petikan Pendulu ini menitik beratkan petikan langsung daripada kenyataan seseorang. Ia merupakan kenyataan daripada sumber yang memberi fakta mengenai sesuatu perkara.

11 Contoh Bentuk Petikan :-
‘Usah serah MyKad’ Putrajaya: “Jangan beri MyKad kepada sesiapa, walaupun individu berkenaan mengaku pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tanpa pengesahan, simpan dalam poket rahsia... bila sudah sampai di pusat mengundi baru keluarkan untuk diberikan kepada pegawai di situ,” tegas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

12 4. Bentuk Deskriptif Bentuk pendulu ini adalah penghuraian sesuatu perkara dengan membayangkan bentuk fizikal sesuatu objek. Sebelum membuat huraian, wartawan perlu memiliki daya pemerhatian yang tajam bagi melukiskan sesuatu yang menarik untuk dihidangkan kepada pembaca.

13 Contoh Pendulu Deskriptif:
Tapir Makin Pupus KUALA LUMPUR 27 April - Masyarakat di Malaysia rata-ratanya tidak menyedari haiwan tapir atau dikenali sebagai 'gajah kerdil' kini semakin pupus di muka bumi.

14 5. Bentuk 5W 1H Merupakan pendulu yang mengapalikasi elemen 5W 1H dalam penulisan. Bagaimanapun, tidak bermakna setiap pendulu berita perlu menjawab setiap pertanyaan tersebut (5W1H).

15 Contoh Pendulu What (Apa):
KUALA LUMPUR 21 April - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Honshu, Jepun pada pagi ini. - Apakah yang berlaku di Honshu, Jepun? - Gempa bumi kuat

16 Contoh Pendulu Who (siapa)
PEKAN 21 April - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembinaan sebanyak 140 buah rumah untuk peserta projek Agropolitan Pekan sebagai usaha membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan. - Siapakah yang mengumumkan pembinaan 140 rumah? - PM

17 Contoh Pendulu When (Bila):
Kuala Lumpur- 5 Mei: PEJAM celik, sudah lebih sebulan skuad bola sepak Harimau Muda meninggalkan tanah air pada pertengahan Mac lalu untuk berkelana menimba ilmu di bumi Eropah. - Bilakah skuad Harimau Muda meninggalkan negara? - sebulan yang lalu.

18 Contoh Pendulu Where (Di mana):
KUALA LUMPUR 21 April – Honshu, Jepun dilanda gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter pada pagi ini. - Di manakah gempa bumi berlaku? - Di Honshu, Jepun

19 Contoh Pendulu Why (Mengapa):
PAGOH 21 April - Ucapan Timbalan Perdana Menteri semasa melancarkan kampus sementara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Taman Pagoh Jaya di sini, terpaksa dihentikan kerana hujan lebat dan angin kencang. - Mengapakah ucapan TPm dihentikan? - Kerana hujan lebat dan angin kencang

20 Contoh Pendulu How (Bagaimana):
Lahad Datu: Pasukan keselamatan telah mencapai kejayaan apabila berjaya membunuh 50 orang pengganas setelah dilancarkan “Operasi Selamat di Kampung Air. - Bagaimana kejayaan itu dicapai? - Setelah dilancarkan Operasi Selamat


Download ppt "UNIT 5: PENULISAN PENDULU BERITA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google