Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Tajuk: Pemakanan Sihat

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Tajuk: Pemakanan Sihat"— Transcript presentasi:

1 Tajuk: Pemakanan Sihat
BAHASA MELAYU TAHUN 4 Tajuk: Pemakanan Sihat Pada akhir pembelajaran, murid dapat : Melaksanakan arahan yang diberikan secara lisan cara untuk membuat sandwich berdasarkan menu yang disediakan. Membaca kuat cara untuk membuat sandwich pada kadar sekurang-kurangnya 85 peratus sebutan betul. Mengambil imlak sekurang-kurangnya lima ayat cara untuk membuat sandwich dengan menggunakan power point. INDUKSI SET LANGKAH 1 LANGKAH 2 LANGKAH 3 PENUTUP

2 Set Induksi

3 L1-A1 Bersama-sama ahli kumpulan anda, sila klik pautan di bawah :

4 L1-A1 Duduk dalam kumpulan berlima.
Hasilkan sandwich mengikut menu yang dibacakan oleh guru. Sandwich Tuna Panaskan margarin, tumis bawang besar hingga harum, tambahkan ikan tuna dan sos tomato. Masak sambil dikacau hingga mendidih. Kemudian, tambahkan sos mayonnaise dan dikacau sehingga sebati. Alaskan roti dengan daun selada, hirisan buah tomato dan selembar keju Cheddar. Sapukan adunan sos dan tuna di atas kepingan roti dengan rata. Telangkupkan di atasnya dengan sekeping roti yang lain. Potong roti secara menyerong dan hidangkannya di dalam bekas.

5 Sandwich Strawberi Beryogurt
Sila klik pautan di bawah mengikut kumpulan masing-masing. Sandwich KUMPULAN 1 Sandwich Strawberi Beryogurt KUMPULAN 2 Sandwich Coklat KUMPULAN 3 Sandwich Paprika KUMPULAN 4 Sandwich Daging Baca menu tersebut sama ada secara individu, berpasangan atau berkumpulan. Rakamkan pembacaan anda dengan menggunakan movie maker. Bacaan anda hendaklah pada kadar sekurang-kurangnya 85 peratus sebutan betul.

6 Sandwich Strawberi Beryogurt
Bahan: 6 keping roti 3 sudu yoghurt 3 biji buah strawberi Cara membuat: 1.  Hiris buah strawberi dengan nipis. 2.  Campurkan hirisan buah tersebut dengan yoghurt dan kacau hingga sebati. 3.  Sapukan adunan tersebut di atas roti. 4.  Telangkupkan di atasnya dengan sekeping roti yang lain. 5.  Potong roti mengikut citarasa anda.

7 Sandwich Coklat Bahan:
2 keping roti Keju cheddar parut Mentega Parsley cincang Coklat masakan Cara membuat: 1. Campur mentega dengan parsley. 2. Oleskan campuran mentega pada salah satu sisi permukaan roti. 3. Taburkan keju parut. 4. Masak di dalam oven sehingga keju meleleh dan roti renyah. 5. Panaskan coklat masakan dan tuang di atas roti.

8 Sandwich Paprika Bahan : 1 lembar keju 1 biji timun
2 keping roti Mentega 1 biji lada California 1 biji telur rebus Cara membuat : 1. Rebus telur sehingga masak. 2. Hiris lada California, timun dan telur nipis-nipis. 3. Sapukan mentega di atas roti. 4. Susun bahan-bahan hirisan tadi di atas roti. 5. Kapitkan roti dan hidangkan di dalam bekas.

9 Sandwich Daging Bahan : 2 keping roti 100 gram daging 1 biji tomato
1 ulas bawang besar Margarin Cara Membuat : 1. Panaskan margarin dan tumis bawang besar. 2. Masukkan daging yang dicincang dan goreng hingga masak dengan empuk. 3. Sapukan margarin di atas kepingan roti. 4. Ratakan adunan tadi dan lipat roti. 5. Potong mengikut citarasa anda.

10 L3-A1 Menu Ringkas Piramid Makanan Kumpulan 1 Bubur Ayam @
Roti Bawang Putih Kumpulan 2 Bubur Caca @ Bebola Sardin Kumpulan 3 Bubur Kacang Hijau @ Jemput-jemput Roti Kumpulan 4 Bubur Aneka Warna @ Jejari Roti Klik pautan mengikut kumpulan masing-masing. Pilih salah satu daripada tajuk yang diberikan.

11 L3-A2 Setelah memilih pautan yang terbabit, lantik seorang wakil untuk membacakan petikan. Manakala ahli-ahli yang lain diminta mencatat isi penting dari petikan dengan menggunakan power point. Pastikan anda memperoleh sekurang-kurangnya lima ayat cara menghasilkan menu tersebut.

12 Penutup Adakah kamu berasa seronok dengan aktiviti pada hari ini?
Apakah yang telah kamu pelajari pada hari ini? Sila kemaskan meja dan barang-barang sebelum bersurai. Sekian, terima kasih.


Download ppt "Tajuk: Pemakanan Sihat"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google