Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

EED 3217 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "EED 3217 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak"— Transcript presentasi:

1 EED 3217 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak
Prof. Madya Dr. Abdul Rasid Jamian

2

3 Estetika dan kanak-kanak
Teori Estetika Awal abad ke-18, perkataan estetika pelbagai tafsiran serta huraian dalam penulisan yang bercorak ilmiah. Tumpuan kepada hal-hal yang bersangkutan dengan ungkapan indah dan keindahan Jerome Stolnitz (1965), estetika ialah cabang falsafah, seperti ilmu falsafah secara umum, dan persaingan pertukaran idea.

4 Perkataan aesthetics berasal daripada dua perkataan Greek, iaitu aisthetikos
bermaksud tanggapan menerusi perasaan dan juga aisthanesthai yang membawa maksud menanggapi atau merasai bahasa Inggeris, aesthetics atau esthetics (kajian tentang keindahan).

5 Christopher Kul-Want dan Piero (2007), estetik ini diperkenalkan oleh seorang ahli falsafah metafizik berbangsa Jerman, iaitu Alexander Gottlieb Baumgarten ( ) 2 buah karyanya iaitu Reflections on Certain Matters Relating to Poetry (1735) dan karya lagi yang tidak sempat diselesaikannya, iaitu Aesthetica (1750).

6 A. Wahab Ali (2000), estetika merujuk kepada sesuatu objek alam dan seni yang bernilai dan berguna kepada penglihatan dan penikmatan sesuatu yang indah, mengkagumkan, mempersonakan, menarik, cantik dan yang agung termasuk juga yang melucukan. Teori estetika merangkumi dua aspek terpenting iaitu seni dan keindahan

7 Persepsi Estetika Zakaria Osman (2000) - menggunakan persepsi estetika untuk menilai dan menikmati unsur-unsur estetika dalam karya-karya seni yang terkemudian Persepsi estetika mengandungi dua ciri yang terpenting, iaitu A. sikap estetika (aesthetic attitude) dan B. pengalaman estetika (aesthetic experience).

8 Sikap Estetika Pembaca atau pengkaji sesebuah karya seni mempunyai sikap yang tersendiri apabila berhadapan dengan karya Ia menjadi unsur yang sangat penting dalam pendekatan estetika. Sikap estetika iaitu analisis terhadap objek seni telah memberi kesan untuk mengenal pasti sifat yang lebih formal, dari segi sudut lain mampu mengemukakan sifat yang lebih konkrit.

9 F.E. Sparshott (1963) - sikap estetika karektor dan juga dalam apa-apa sahaja bidang yang berkait dengan seni A. Wahab Ali (2000), - sikap estetika dapat disimpulkan seperti berikut; “Apabila kita berhadapan dengan karya seni, kita jangan mempunyai minat lain untuk tujuan mendapatkan keseronokan atau kenikmatan daripada karya itu.”

10 Pengalaman Estetika Memperoleh pengalaman setelah berlaku proses penghayatan terhadap karya sastera Pengalaman yang diperoleh pelbagai iaitu menghairankan, menyeronokkan, mengembirakan, menyedihkan dan mengkagumkan. Pengalaman estetis pada saat memahami suatu karya seni, baik dengan cara membaca, mendengar, menonton dan menghayati

11 Nyoman Kutha Ratna (2007), - pengalaman yang dilakukan dengan sengaja, yang pada gilirannya disertai dengan proses pemahaman. Howard Gardner (2001) - keasyikan pembaca dalam aktiviti membaca dengan cara menangguhkan dengan sengaja berbagai tujuan lain.

12 Pengalaman estetika memerlukan kesesuaian estetika semasa melakukan penelitian estetika
Umpamanya puisi, seseorang pengkaji perlu memiliki pengetahuan atau tahap kemampuan menginterpretasi atau mengetahui latar belakang sesuatu karya sastera.

13

14 TERIMA KASIH, DAUN KELADI, NANTI KITA JUMPA LAGI……
CIK BEDAH ANAK PAK MAT; UDAH TAMAT. TERIMA KASIH, DAUN KELADI, NANTI KITA JUMPA LAGI…… JANGAN LUPA KERJA KURSUS LAGI…..

15 KERJA KURSUS 2 TAJUK: Edward de Bono (1993) menggunakan pendekatan CoRT Thinking Program. Huraikan teori di atas dalam membina perkembangan dan kecerdasan pemikiran kanak-kanak.

16 FORMAT KERJA KURSUS 1. Pendahuluan - Huraikan tentang Edward De Bono
2. Pemeringkatan Pemikiran De Bono - Huraikan tentang peringkat pemikiran De Bono 3. Kesimpulan 4. Bibliografi (Rujuk Format APA)

17 Teknikal Kerja Kursus 1. Markah 20 %
2. Bilangan muka surat dalam lingkungan 18 hingga 20 muka surat. 3. Saiz font 12 dan langkau 1.5 4. Perlu dinyatakan Nama, No. Matrik, Program, Pusat Pembelajaran, Tajuk kerja kursus dan Nama Pensyarah 5. Hantar pada atau sebelum bersemuka ketiga.


Download ppt "EED 3217 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google