Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Hukum Anak Angkat dalam Islam

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Hukum Anak Angkat dalam Islam"— Transcript presentasi:

1 Hukum Anak Angkat dalam Islam
Tafsir 2 Minggu 5 Dikemaskini Oleh Siti Fairuz Ramlan

2 Surah Al-Ahzab Ayat 1-5

3 يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ اتَّقِ اللَّهَ وَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَالْمُنَافِقِينَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا Wahai Nabi, bertaqwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana

4 وَاتَّبِعْ مَا يُوحَى إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا
Dan ikutilah apa yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

5 وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ وَكَفَى بِاللَّهِ وَكِيلًا
Dan bertawakkallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara.

6 dan Dia tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu.
مَّا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِّن قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِهِ وَمَا جَعَلَ أَزْوَاجَكُمُ اللَّائِي تُظَاهِرُونَ مِنْهُنَّ أُمَّهَاتِكُمْ وَمَا جَعَلَ أَدْعِيَاءكُمْ أَبْنَاءكُمْ ذَلِكُمْ قَوْلُكُم بِأَفْوَاهِكُمْ وَاللَّهُ يَقُولُ الْحَقَّ وَهُوَ يَهْدِي السَّبِيلَ Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya; dan Dia tidak menjadikan isteri-isterimu yang kamu zhihar itu sebagai ibumu, dan Dia tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu. Yang demikian itu hanyalah perkataanmu di mulutmu saja. Dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan Dia menunjukkan jalan.

7 ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِندَ اللَّهِ
فَإِن لَّمْ تَعْلَمُوا آبَاءهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ Panggillah mereka dengan nama bapa-bapa mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah. Dan jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka (panggillah mereka sebagai) saudara-saudaramu seagama dan maula-maulamu.

8 وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُم بِهِ وَلَكِن مَّا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

9 Sebab Turunnya Ayat: Pertama:
Diriwayatkan bahawa Abu Sufyan ibn Harb, Ikrimah ibn Abi Jahal dan Abu Al-A’war As-Sulami berjumpa dengan Rasulullah s.a.w pada perjanjian Hudaibiyyah untuk membincangkan syarat-syarat perjanjian. Orang musyrikin kemudian meminta Rasulullah s.a.w supaya berhenti mengaitkan nama “Al-Laata & Al-‘Uzza” dengan keburukan. Maka Allah s.w.t pun menurunkan ayat: يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ اتَّقِ اللَّهَ وَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَالْمُنَافِقِينَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا “ ” Wahai Nabi, bertaqwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti orang-orang kafir dan orang-orang munafik

10 مَّا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِّن قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِهِ ” ”
Kedua: Diriwayatkan bahawa seorang lelaki yang bernama Jamil ibn Ma’mar Al-Fihri merupakan seorang yang kuat daya hafalannya, dan boleh menghafal dengan mendengar sekali sahaja. Dia mengakui menpunyai 2 hati dalam jasadnya; dan mengakui dirinya lebih baik dari Muhammad. Ketika berlaku peperangan Badr, setelah orang musyrikin tertumpas, Jamil ibn Ma’mar ditemui Abu Sufyan dalam keadaan sebelah kasutnya terletak di tangannya lalu beliau pun menegur dan bertanya. Jamil menjawab, “Aku pun tidak perasan bahawa sebelah kasut ini di tanganku!” Maka orang ramai pun menyedari seandainya betul beliau mempunyai 2 hati, tidak akan berlaku hal sebegitu. Lalu Allah s.w.t pun menurunkan ayat: مَّا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِّن قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِهِ ” ” Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya

11 وَمَا جَعَلَ أَدْعِيَاءكُمْ أَبْنَاءكُمْ “ ”
Ketiga****: Rasulullah s.a.w mengambil seorang anak angkat yang bernama Zaid ibn Harithah. Apabila Zaid menceraikan isterinya Zainab r.a, Allah s.w.t memerintahkan Rasulullah s.a.w supaya menikahinya. Lalu apabila Rasulullah s.a.w menikahi Zainab binti Jahasy, orang-orang Yahudi & Munafiq melemparkan tohmahan, “Muhammad menikahi janda anaknya sedangkan beliau melarang orang berbuat begitu”. Maka Allah s.w.t menurunkan ayat: وَمَا جَعَلَ أَدْعِيَاءكُمْ أَبْنَاءكُمْ “ ” dan Dia tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu sendiri

12 Kisah ini diterangkan dalam surah al-Ahzab ayat 37
Terdapat lapan riwayat hadis dhaif yang menceritakan perihal perkahwinan Nabi S.A.W dengan Zainab R.A setelah bercerai dengan Zaid R.A Hikmah disebalik kejadian ini ialah untuk membatalkan adat anak angkat yang dianggap sebagai anak kandung di kalangan orang arab

13 Isi Kandungan Ayat Perintah Allah s.w.t kepada Nabinya supaya mempertingkatkan taqwa larangan mengikuti kehendak orang-orang musyrikin***. Suruhan supaya menjalankan wahyu Allah s.w.t dan bertawakkal kepadanya. Amalan-amalan masyarakat Arab Jahiliyyah yang dihapuskan Islam; menziharkan isteri dan menasabkan anak angkat kepada bapa angkatnya.

14 Allah tidak menciptakan 2 hati dalam satu jasad – suatu perumpamaan yang menunjukkan atas perkara mustahil. Kata-kata yang diucapkan melalui mulut itu tiada kebenarannya; manakala Allah s.w.t lah yang mengatakan perkara yang benar. Anak angkat di sisi syara’ bertaraf seperti saudara semuslim ataupun mawla. Tidak berdosa jika melakukan kesilapan dengan tidak sengaja.

15 Tidak dibolehkan menasabkan anak angkat pada nama bapa angkat, dan hendaklah dibinkan pada nama bapa sebenar anak tersebut Menjauhi amalan zihar yang menyakiti si isteri

16 HUKUM-HUKUM YANG TERKANDUNG DALAM AYAT

17 (1) Apakah boleh terjadi maksiat dari kalangan nabi?
Allah s.w.t berfirman: “Wahai Nabi, bertaqwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafiq” Adakah ini membawa maksud boleh terjadi perkara maksiat dari Rasulullah s.a.w? Mustahil Rasulullah akan mengikut kehendak mereka dan mengingkari Allah S.W.T

18 Sifat wajib bagi para nabi: Ma’sum minal Maksiat
Iaitu terpelihara dari dosa-dosa Sekiranya berlaku kesilapan, ianya hanya kesalahan mereka sebagai manusia yang tidak mencacatkan peribadi mereka Terdapat beberapa kisah yang direka oleh bani israel untuk memburukkan para nabi: Kisah Nabi Adam A.S Kisah Nabi Yusuf A.S

19 2) Apakah hukum Zihar menurut Islam?
Apa itu zihar? Zihar = Salah satu cara yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliyyah untuk menceraikan isteri. Caranya ialah suami menyamakan isteri dengan ibu sendiri, atau muhrim dengan niat untuk mengharamkan isteri seperti haramnya ibu terhadap dirinya. Lafaz Zihar = “Belakangmu seperti belakang ibuku” Zihar merupakan suatu bentuk penceraian yang menghina dan memburukkan isteri

20 Lafaz zihar itu akan menyebabkan sang suami mendapat dosa dan terlarang dari menyentuh isteri sehingga dia membayar kaffarah Salah satu dari kata-kata nista (Surah al-Mujadalah ayat 2) Rukun Zihar: Suami Isteri Sighah (uslub atau metod)

21 Kaffarah zihar: Membebaskan seorang hamba perempuan yang beriman Sekiranya tidak mampu, hendaklah puasa 2 bulan berturut turut Sekiranya tidak mampu, hendaklah memberi 60 orang miskin makan Sebab pensyariatan: Khaulah bin Tha’labah yang mengadu pada Rasulullah S.A.W apabila diziharkan oleh suaminya Aus bin Samit. Maka turunlah surah al-Mujadalah ayat 1-2

22 3) Apakah hukum anak angkat disisi Syara’?
Konsep anak angkat yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliyyah: - Anak angkat diambil secara mutlak oleh ibu/bapa angkat yang menjaganya. - Anak angkat ber“bin” atau “binte” kpd si bapa angkat. -Anak angkat boleh mewarisi harta, boleh dinikahkan oleh bapa angkatnya, berkongsi ahli mahram yang sama, dsbg. Islam menghapuskan amalan-amalan ini dan mengiktiraf status ibu bapa kandung.

23 Hukum anak angkat Dilarang mengambil anak angkat apabila anak tersebut disabitkan dengan hukum anak kandung Tidak termasuk dalam faraid, iaitu tidak terdapat bahagian dalam harta keluarga angkat kecuali melalui wasiat. Tetap berlaku hukum muhrim dengan keluarga angkat dan terdapat batasan aurat kecuali menjadi anak susuan ibu angkatnya Sah mengahwini keluarga angkat


Download ppt "Hukum Anak Angkat dalam Islam"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google