Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
U. Mohamad Zahir Bin Kasir
USUL AL - TAFSIR KULIAH KELIMA U. Mohamad Zahir Bin Kasir
2
Wajah-wajah tafsir Abdullah ibnu Abbas r.a. berkata:
Tafsir mempunyai empat wajah: Tafsir yang diketahui Orang Arab bahasanya Tafsir yang tidak diberikan keuzuran seseorang menjahilinya. Tafsir yang hanya diketahui oleh Ulama Tafsir yang tiada sesiapa mengetahuinya melainkan Allah.
3
Penerangan wajah-wajah tafsir
Tafsir yang diketahui Orang Arab bahasanya: Seperti ilmu Bahasa dan ‘Irab; seorang penafsir perlu mengetahui makna ayat-ayat dan sesuatu nama, ini tidaklah wajib bagi seorang pembaca tetapi perlu bagi seorang penafsir begitu juga perlu berhujah dengan sokongan-sokongan daripada potongan syair-syair yang sudah dimaklumi dan masyhur penggunaannya.
4
Penerangan wajah-wajah tafsir
Tafsir yang tidak diberikan keuzuran seseorang menjahilinya: Ianya adalah segala yang didapati kefahamannya kepada makna daripada nas-nas yang mengandungi hukum syariah dan penunjuk kepada ketauhidan. Sprt; ”فاعلم أنه لا إله إلا الله“ أقيموا الصلاة و ءاتوا الزكاة.
5
Penerangan wajah-wajah tafsir
Tafsir yang hanya diketahui oleh Ulama: Ianya adalah tafsiran yang memerlukan ulama untuk berijtihad dan beristinbat hukum, menerangkan yang ringkas, mengkhususkan yang umum, setiap sesuatu perkataan yang boleh membawa kepada dua makna atau lebih maka tidak boleh seorang yang bukan Alim berijtihad didalamnya و صل عليهم إن صلوتك سكن لهم.
6
Penerangan wajah-wajah tafsir
Tafsir yang tiada sesiapa mengetahuinya melainkan Allah: Maka ianya semua masuk didalam kategori perkara ghaib; seperti ayat-ayat yang mengandungi hal Qiyamat, tafsiran Ruh, huruf-huruf terputus dipermulaan beberapa surah serta ayat-ayat yang mutasyabih tidak boleh berijtihad didalam penafsirannya serta tiada jalan untuk mengetahui tafsirannya kerana ianya adalah tauqif / bersandar kepada pemberitahuan wahyu.
7
Ayat Muhkam & Mutasyabih
Ayat Muhkam: Ayat dalam al-Quran yang jelas makna dan tiada keraguan Ayat Mustasyabih: Ayat dalam al-Quran yang samar dan boleh membawa lebih dari satu makna
8
Contoh Ayat Mutasyabih: Surah Al-Fath ayat 48; ayat yang bermaksud tangan ALLAH atas tangan-tangan mereka. Tangan di sini bukan bermaksud anggota badan tetapi kekuatan.
9
Siapakah yang layak mentafsir Al Quran
Ulama telah berbeza pendapat berkenaan kelayakan penafsir Al Quran kepada beberap pendapat; Tidak boleh seseorang mentafsir sesuatu daripada Al Quran melainkan seorang yang alim, tinggi kesusasteraannya, luas pengetahuannya dari sudut dalil-dalil, ilmu fiqh, Nahu, pengkhabaran dan atsar tidak bolehlah baginya melainkan berakhir dari apa yang diriwayatkan oleh Nabi s.a.w. Ada diantara mereka mengatakan seseorang yang berkumpul dalam dirinya ini ilmu-ilmu yang diperlukan oleh seseorang Mufassir/penafsir Al Quran kesemua dirumuskan sehingga 15 ilmu.
10
15 JENIS ILMU DIPERLUKAN PENAFSIR
Bahasa Arab; dengannya seseorang dapat mengenal penjelasan sesuatu perkataan dan apa yang ditunjukkan oleh perkataan dalam penempatan didalam Al Quran. Mujahid r.h. berkata : Tidak halal seseorang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat untuk berkata-kata berkenaan dengan Kitab Allah sekiranya tidak alim / mengetahu kepada bahasa Arab. Nahu; ini adalah kerana perubahan baris dan kedudukan sesuatu perkataan akan mengubah makna sesuatu perkataan / ayat maka tidak boleh tidak perlu diperhatikan
11
15 JENIS ILMU DIPERLUKAN PENAFSIR
Sorof; dengan mengenal bentuk sesuatu perkataan ini akan membolehkan pengenalan kepada perkataan yang kurang jelas dengan dikesan bentuk asal perkataan itu. Sprt ayat; يوم ندعوا كل أناس بإمامهم Pengenalan asal usul kalimah / Isytiqaq; sekiranya sesuatu perkataan daripada dua dasar atau satu dasar. sprt; المسيح Balaghah: Ilmu Ma’aniy Balaghah: Ilmu Bayan Balaghah: Ilmu Badi’
12
15 JENIS ILMU DIPERLUKAN PENAFSIR
Qiraat; dengannya diketahui cara pembacaan dan dengannya juga dapat mentarjihkan sesuatu wajah melalui wajah yang lain. Usulud Deen / Aqidah Usulul Fiqh Asbabun Nuzul & Kisah-kisah Nasikh & Mansukh Fiqh
13
15 JENIS ILMU DIPERLUKAN PENAFSIR
Hadith-hadith yang bersangkutan dengan pentafsiran sesuatu yang Mujmal / Mubham. Ilmu Mauhibah; Ilmu anugerah Allah telah berkata sohibul Burhan (Imam Zarkasyi) : ketahuilah sesungguhnya tidak akan dapat kefahaman seseorang yang meneliti makna-makna wahyu mahupun jelas baginya rahsia-rahsianya sedang didalam hatinya Bid’ah, Keangkuhan, hawa nafsu, cinta dunia, berterusan melakukan dosa, tidak mantap dari sudut Iman atau lemah pembahasannya atau dia masih bersandar kepada kata penafsir yang tidak mempunyai ilmu atau bersandar kepada akalnya ini semua adalah merupakan Hijab/ penghadang-penghadang dan penghalang-penghalang kepada pemahaman Al Quran
14
Syarat Penafsir / Mufasir
1) Akidah yang benar 2) Bersih dari hawa nafsu 3) Menafsir al-Quran dengan al-Quran 4) Mencari penafsiran dari sunnah 5) pendapat sahabat, tabien 6) Ilmu Bahasa Arab 7) Ilmu berkaitan al-Quran
15
Adab Mufassir 1) Niat baik dan tujuan benar 2) akhlak baik
3) taat beramal 4) jujur 5) tawaduk 6) berjiwa mulia
16
Adab Mufassir 7)Berani berkata benar 8)Berwibawa
9)Bersikap tenang dan mantap 10)Meluaskan perspektif diri & pelajar 11)Mengamalkan methodologi tafsir yang berkesan (Rujuk Buku text Page )
17
Beberapa rintangan bagi Penafsir Al Quran
Pengambilan daripada Hadith Nabi s.a.w. harus berhati-hati agar tidak mengambil yang lemah dan yang Maudhu’ Sebab itu Imam Ahmad mengatakan 3 kitab yang tiada sandaran baginya; Kitab peperangan, Kitab Fitnah / cobaan dan kita tafsir. Pengambilan daripada kata-kata sahabat r.a. perlu berhati-hati terhadap jenis kata-kata mereka agar sekiranya ada yang bertepatan daripada sudut tafsiran walaupun berbeza dari sudut tidak dianggap berbeza dan memahami pendapat ulama berkenaan dengannya Pengambilan daripada bahasa yang mutlak ini adalah kerana Al Quran telah diturunkan didalam bahasa Arab maka perlu kepada penguasaan yang mantap agar tidak mengambil dari sudut bahasa sahaja sehingga menolak jua daripada makna yang sebenarnya.
18
Syubuhat dalam penafsiran Contoh-contoh kisah Israiliyat
Israiliyat: Tafsir ayat dan hadis yang berkenaan kisah-kisah dan dongeng yang dinisbahkan pada ahli kitab yang bertujuan untuk merosakkan aqidah umat Islam Kisah Nabi Yusuf dengan isteri pembesar Mesir (Surah Yusuf ayat 24) Kisah Nabi Musa dengan kitab Taurat (Surah Al-A’raf ayat 150) Kisah Nabi Adam dan Siti Hawa (Surah Al-A’raf ayat )
19
Syubuhat dalam penafsiran kisah-kisah yang diriwayatkan dengan hadis dhaif
Tafsir ayat bersandarkan hadis lemah dan yang direka. Jenis tafsir ini dibahagikan kepada tiga bahagian: 1)Hadis yang direka mengenai kelebihan ayat atau surah. Cth Kelebihan surah Ali Imran (Diselamatkan dari api neraka) Kelebihan surah An-Nisa ( Pahalanya seperti telah bersedekan ke semua harta warisan) Kelebihan Ayat Kursi ( Seseorang itu tidak didatangi syaitan 30 hari dan sihir untuk 40 malam termasuk keluarga dan jiran )
20
2) Hadis yang direka mengenai sebab penurunan
2) Hadis yang direka mengenai sebab penurunan. Cth surah al-Insan (ayat 8) tentang Saydina Ali memberi makan kepada orang lain. 3) Hadis lemah berkaitan sebab penurunan ayat cth Surah at-Taubah ayat 75 mengenai kisah Tha’labah. Begitu juga dengan kisah perkahwinan Nabi Muhammad dengan Saydatina Zainab Bte Jahsy
21
Tafsiran Bir Ra’y yang Tidak Dibolehkan
Ibnun Naqiib r.h. telah mengatakan secara rumusan daripada makna hadits tafsiran Bir Ra’y kepada 5 pendapat. Penafsiran tanpa ilmu yang diperlukan untuk tafsir. Penafsiran ayat-ayat mutasyabih yang tidak mengetahuinya melainkan Allah S.W.T. Penafsiran yang dibina daripada madzhab yang salah dan rosak seperti menjadikan mazhab sebagai dasar dan penafsiran sebagai ikutan, walau dapatan lemah tetap didokong. Penafsiran dengan mengatakan bahawa ini adalah apa yang Allah inginkan/ maksudkan secara putus dengan tanpa dalil. Penafsiran dengan istihsan dan hawa nafsu.
22
Ilmu Al Quran ada 3 bahagian
Ilmu yang tidak Allah Ta’ala menyingkapnya keatas sesiapa daripada ciptaanNya, yaitu ilmu yang hanya Allah mengetahuinya dan merahsiakannya. Seperti; pengetahuan keperincian ZatNya, sifatNya, keghaibanNya melainkan apa yang disingkapiNya didalam KitabNya atau sunnah RasulNya, yang tidak mengetahuinya melainkan Allah sendiri. Secara Ijma’ tidak dibenarkan berkata-kata akannya.
23
Ilmu Al Quran ada 3 bahagian
Ilmu yang mana Allah S.W.T. menyingkapnya keatas RasulNya s.a.w. daripada Rahsia KitabNya yang dikhususkan untuknya. sunnah RasulNya, yang tidak mengetahuinya melainkan Allah sendiri. Secara Ijma’ tidak dibenarkan berkata-kata akannya.
24
Ilmu Al Quran bahagian ke3
Ilmu-ilmu yang diajari Allah keatas NabiNya daripada apa yang Allah letakkan didalam KitabNya makna-makna yang jelas dan tersembunyi dan memerintahkan untuk dipelajari ini pula dibahagi kepada 2 bahagian; (1) Apa yang boleh diambil daripada jalan penelitian, pendalilan, istinbat, serta pengeluaran lafadznya. Ini pula terbahagi kepada 2 ; Yang tidak disepakati pembolehannya / keharusannya; seperti ta’wil ayat-ayat mutasyabih Yang disepakati pembolehannya seperti istinbat hukum-hukum yang dasar dan cabangan atau kedudukan perkataan / ‘irab. Ini adalah kerana ia berlandas kepada pengkiasan.
25
Ilmu Al Quran ada 3 bahagian
(2) Apa yang tidak boleh berkata-kata akannya melainkan melalui jalan pendengaran yaitu wahyu. Seperti ilmu Asbabul Nuzul, Nasikh & mansukh, Qira’at, bahasa, Kisah-kisah umat-umat yang lepas serta khabar-khabar yang akan berlaku atau perkara ghaib seperti kebangkitan dan pengumpulan.
26
Berakhir Madah Usul Tafsir
Sekian Berakhir Madah Usul Tafsir Perlu meneruskan pembahasan didalam bab ini kerana apa yang disentuh hanyalah sebahagian sahaja. Semoga Maju Jaya !
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.