Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KULIAH 3 - CUKAI PENDAPATAN : PENGGAJIAN (SEKSYEN 4(b))

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KULIAH 3 - CUKAI PENDAPATAN : PENGGAJIAN (SEKSYEN 4(b))"— Transcript presentasi:

1 KULIAH 3 - CUKAI PENDAPATAN : PENGGAJIAN (SEKSYEN 4(b))
CG3513 KULIAH 3 - CUKAI PENDAPATAN : PENGGAJIAN (SEKSYEN 4(b))

2 Seksyen 4, ACP 1967 Perolehan atau keuntungan daripada suatu perniagaan, Perolehan atau keuntungan daripada suatu pekerjaan, Dividen, faedah atau diskaun, Sewaan, royalti atau premium, Pencen, anuiti atau lain-lain bayaran berkala yg tidak terjatuh di mana-mana perenggan terdahulu, Perolehan atau keuntungan yg tidak terjatuh di bawah mana-mana perenggan terdahulu.

3 Penggajian DEFINASI PENGGAJIAN : (Sek. 2 ACP 1976)
apabila wujud perhubungan antara majikan dan pekerja, jika tak wujud perhubungan tapi ada perlantikan dan saraan dibayar. DEFINISI PEKERJA di mana wujud perhubungan orang yang menggaji dan orang gaji, maka orang gaji itu; di mana tiada perhubungan, pemegang jawatan atau penerima perlantikan yang menjadi pekerjaan itu.  DEFINISI MAJIKAN di mana wujud perhubungan orang yang menggaji dan orang gaji, maka orang yang menggaji itu; di mana tiada perhubungan, maka orang yang membayar atau bertanggungjawab untuk membayar saraan, walaupun orang atau pekerja itu sama tetapi bertindak dalam keupayaan yang berbeza.

4 PENENTUAN PENGGAJIAN Beberapa prinsip berikut boleh digunakan :
Kawalan. Kriteria utama di sebalik urusniaga. Penggantian pekerja. Kontrak perlantikan. Bentuk pendapatan dan manfaat yang diterima. Tempat bekerja. Perkongsian risiko kewangan dan kejayaan.

5 PENDAPATAN DARI PROFESYEN/ PERNIAGAAN:
Tiada definasi bagi ‘profesyen’ dalam ACP dari kes I.R.C lwn Maxse, profesyen didefinasikan sebagai sesuaru pekerjaan yang memerlukan sama ada kemahiran kemahiran intelektual semata-mata atau kemahiran tangan seperti dalam seni pemahatan barang dan seni lukis, atau ilmu bedah, di mana kemahiran ini dikawal oleh intelektual sipengguna. KEPERLUAN BEZAKAN PENGGAJIAN DARI PERNIAGAAN: Penggajian di bawah Sek. 4(b), manakala pernigaan Sek. 4(a). Pendapatan perniagaan diberi lebih potongan berbanding penggajian. Pendapatan perniagaan boleh memohon elaun modal, penggajian tidak. Tahun asas bagi penggajian ialah mengikut tahun calendar, bagi perniagaan mengikut tahun perakaunan. Potongan cukai berjadual dimestikan bagi penggajian, perniagaan boleh pilih.

6 PEROLEHAN PENDAPATAN PENGGAJIAN DI MALAYSIA
Sek.13(2) ‘Pendapatan pengajian dikira diperolehi di Malaysia bagi sebarang tempoh: (a) di mana penggajian dijalankan di Malaysia (b) bercuti berkaitan dengan penggajian di Malaysia, (c) di mana kerja dijalankan diluar Malaysia yang beriringan dengan penggajian di Malaysia (cth 5.6 m/s 81), (d) Di mana seseorang itu sebagai pengarah kepada syarikat yang bermastautin di Malaysia (cth 5.9 & 5.10 m/s 82) (e) Di mana penggajian dijalankan oleh syarikat perkapalan dan penerbangan yang bermastautin di M’sia.’

7 JENIS-JENIS PENDAPATAN PENGGAJIAN
Seksyen 13(1)(a)  penerimaan bayaran tunai Seksyen 13 (1)(b)  penerimaan nilai manfaat/ kemudahan yang bukan berbentuk tunai Seksyen 13(1)(c)  penerimaan nilai kediaman Seksyen (1)(d)  penerimaan caruman majikan dari skim pencen atau KWSP yang tidak diluluskan Seksyen 13(1)(e)  penerimaan pampasan kerana kehilangan pekerjaan.

8 JENIS-JENIS PENDAPATAN PENGGAJIAN
Sek. 13(1)(a): ‘ialah pendapatan kasar seseorang pekerja berkaitan perolehan atau keuntungan dari sesuatu pekerjaan termasuklah upah, gaji, hadiah, gaji cuti, yuran, komisen, bonus, ganjaran, elaun, dan saraan yang berkaitan dengan mempunyai atau menjalankan pekerjaan itu.’ Maksud ‘mempunyai atau menjalankan’: manafaat yang diterima sama ada secara langsung atau tidak langsung oleh seorang pekerja adalah dikira pendapatan kasar dari penggajian. Bayaran tidak semestinya dari majikan.

9 Sek. 13(1)(a): BONUS Maksud ‘bonus’ ialah bayaran tetap sebagai tambahan kepada gaji biasa. Diterima secara ‘contractual’ atau ‘non-contractual’. Termasuk ‘hadiah’ yang diterima setiap tahun. ‘hadiah kemenangan’, yang berkaitan dengan kecemerlangan pencapaian seseorang dan tidak mempunyai kemungkinan berlaku lagi, maka tidak termasuk. (CONTOH : 6.1 & 6.2 m/s 92)

10 Sek. 13(1)(a): GANJARAN Maksud ‘ganjaran’
Ialah penerimaan wang atas sebab persaraan/berhenti selepas berkhidmat bagi satu tempoh yang diiktiraf oleh majikan. Ianya berkaitan dengan satu tempoh perkhidmatan di masa lepas sebaik sebelum bersara/berhenti. Tidak dicukai, Red lwn Seymour:  Wang yang diterima adalah kerana perkhidmatan lepas, ianya tidak berulang, dan ianya adalah hadiah peribadi dari majikan. Dicukai, Moorhouse lwn Dooland: Wang yang diterima adalah disebabkan oleh kebolehan dan ianya diterima berulang-ulang.

11 Sek. 13(1)(a): GANJARAN Dikecualikan jika memenuhi Para 25,25A,25B (Jadual 6): Memenuhi salah satu…. Persaraan atas sebab masalah kesihatan . Persaraan setelah mencapai 55 tahun, ataupun mencapai umur yang telah ditetapkan oleh undang-undang bertulis, dengan syarat telah berkhidmat 10 tahun atau lebih dengan majikan tersebut atau syarikat dalam kumpulan yang sama. 10 tahun ini mestilah tempoh yang berterusan sebaik sebelum persaraan. Ganjaran dari tabung awam.

12 Sek. 13(1)(a): GANJARAN Diberikan pengecualian separa iaitu RM6000 bagi setiap tahun genap (mulai TT 2003  2006): bersara pada umur 50 tetapi sblm 55 thn, 10 tahun perkhidmatan, DAN dgn majikan sama atau kumpulan sama. PENGECUALIAN PENUH = 10xRM6,000 = RM60,000 Diberikan pengecualian penuh mulai TT 2007 10 tahun perkhidmatan DAN

13 Sek. 13(1)(a): ELAUN Maksud ‘elaun’:
Elaun perjalanan dan keraian: Ambil amaun kasar. Mendapat penolakan utk pendapatan terlaras Elaun pakaian: Fergusson lwn Noble Walaupun elaun digunakan untuk membeli uniform, tetap dicukai. ‘Gift voucher’: Laidler lwn Perry Hadiah wang tunai yang diterima dikira sebagai sebagai balasan penggajian, maka dicukai.

14 Sek. 13(1)(a): SARAAN Maksud ‘saraan’: Termasuklah:
Pinjaman kepada pekerja pada kadar faedah yang rendah dari pasaran.  Amaun faedah yang ditanggung oleh majikan dicukai di tangan pekerja jika : (i) wang yang dipinjam datangnya dari dana luar. (ii) jika dana dalam- TIDAK DICUKAI Majikan minta bayar kadar faedah nominal ??? = faedah – kadar faedah nominal 

15 Sek. 13(1)(a): SARAAN (2) Yuran sekolah / tuisyen anak-anak pekerja  nilai sebenar (3) Yuran pemebelajaran pekerja utk tingkatkan prestasi  TIDAK DIKENAKAN CUKAI (4) Hadiah komputer peribadi  nilai pasaran (5) Keahlian profesional  TIDAK DICUKAI (6) Hadiah perkhidmatan cemerlang  DICUKAI … TT 2007 : Dikecualikan cukai maksimum RM1,000 (7) Kemudahan kad kredit  DICUKAI Yuran tahunan Bayaran yang dibayar TETAPI…. Kalau utk SYARIKAT, yuran tahunan tidak dicukai

16 JENIS-JENIS PENDAPATAN PENGGAJIAN
Seksyen 13(1)(a)  penerimaan bayaran tunai Seksyen 13 (1)(b)  penerimaan nilai manfaat/ kemudahan yang bukan berbentuk tunai Seksyen 13(1)(c)  penerimaan nilai kediaman Seksyen (1)(d)  penerimaan caruman majikan dari skim pencen atau KWSP yang tidak diluluskan Seksyen 13(1)(e)  penerimaan pampasan kerana kehilangan pekerjaan.

17 Sek. 13(1)(b): Sek. 13(1)(b): ‘Ialah pendapatan kasar dalam bentuk manafaat atau kemudahan (yang tidak boleh ditukar kepada wang) yang disediakan oleh majikan untuk pekerja, tetapi tidak termasuk: i) kemudahan perubatan atau pergigian atau penjagaan kanak-kanak, ii) tambang bercuti dalam Malaysia tidak melebihi tiga kali, atau di antara Malaysia tidak melebihi tiga kali, atau di antara Malaysia dan mana-mana tempat di luar Malaysia tidak melebihi satu tambang berjumlah RM3,000, dalam mana-mana tahun calendar, Dengan syarat bahawa manafaat ini adalah terhad kepada pekerja dan ahli keluarganya yang terdekat.’

18 AMAUN YANG DICUKAI (i) Bergantung ke atas kos majikan yang memberikan manafaat tersebut. (ii)LHDN punyai Peraturan Cukai pendapatan 1997/2N bagi tentukan nilai manafaat.

19 AMAUN YANG DICUKAI Kenderaan – pengiraan nilai asaskan kos kereta (nilai sebenar atau pasaran). i) Jika kereta yang disediakan berumur lebih dari 5 tahun, nilai manafaat adalah bersamaan setengah dari kadar di atas, tapi nilai petrol yang dibekalkan tidak berubah. ii) Jika hanya petrol yang dibekalkan keada pekerja tanpa bekalkan kereta, nilai manafaat petrol ialah perbelanjaan petrol yang sebenarnya dialami oleh majikan (PRIVATE USED ONLY). b) Pemandu kereta : Nilai terkini yang ditetapkan oleh LHDN ialah RM600 sebulan. (utk tujuan p’gaan  TIDAK CUKAI)

20 AMAUN YANG DICUKAI c) Perkakas dan perabot rumah
Separuh-lengkap dengan perkakas di bilik tamu, bilik makan, atau biliktidur- RM70 sebulan. Separuh-lengkap dengan perkakas seperti dalam i) di atas dan satu atu lebih bagi yang berikut: alat hawa dingin, langsir atau permaidani – RM140 sebulan. Penuh-lengkap dengan perkakas dalam i) dan ii) dan ditambah, datu atau lebih bagi yang beriku: peralatan dapur, alat memasak dan peralatan – RM280 sebulan.

21 AMAUN YANG DICUKAI d) Utiliti : Contoh; caj perkhidmatan dan bil-bil seperti air, elektrik, dan telefon. Nilai manafaat adalah nama amuan yang dibayar oleh majikan. Premium insurans: Nilai manafaat ialah amaun premium tahunan yang dibayar oleh majikan. f) Lain-lain manafaat: i) Telefon bimbit – nilai RM600 setahun. ii) Tukang kebun – nilai RM3,600 setahun. iii) Pembantu rumah – nilai RM4,800 setahun. iv. Yuran sekolah/kelas tambahan – yuran sebenar yang dibayar.

22 AMAUN YANG DICUKAI Keahlian dalam kelab rekreasi :
(i) Keahlian persendirian: kedua-dua yuran kemasukan dan bulanan yang dibayar oleh majikan adalah dicukai. (ii) Keahlian korporat: Yuran kemasukan dan bulanan adalah dikecualikan.

23 AMAUN YANG DICUKAI Manafaat yang dikecualikan cukai:
(1)Barang dan perkhidmatan bagi penggunaan harian, yang diberikan atau dijual oleh majikan. (2)Pengangkutan bas percuma yang menyediakan pengangkutan kepada pekerja ke tempat kerja. (3)Makanan dan minuman yang dibekalkan atau disubsidi oleh majikan, (4) Tambang cuti : Tiada definasi bagi ‘keluarga terdekat’. Amalannya bermaksud suami atau isteri dan anak pembayar cukai berkenaan, setiap seorang layak dapat pengecualian. Tambang cuti ini terhad kepada kos tiket, insurans, dan transit, tak termasuk penginapan dan makan minum. (5)Komputer peribadi.

24 JENIS-JENIS PENDAPATAN PENGGAJIAN
Seksyen 13(1)(a)  penerimaan bayaran tunai Seksyen 13 (1)(b)  penerimaan nilai manfaat/ kemudahan yang bukan berbentuk tunai Seksyen 13(1)(c)  penerimaan nilai kediaman Seksyen (1)(d)  penerimaan caruman majikan dari skim pencen atau KWSP yang tidak diluluskan Seksyen 13(1)(e)  penerimaan pampasan kerana kehilangan pekerjaan.

25 Sek. 13(1)(c): Sek. 13(1) (c) : ‘Ialah pendapatan kasar dalam bentuk tempat tinggal yang disediakan oleh majikan untuk pekerja.’ Maksud ‘tempat tinggal’: Ialah tempat tinggal tanpa perkakas dan perabot.

26 AMAUN YANG DICUKAI Nilai manafaat kediaman:
1) Sek. 32(2) (a): bagi tempat tinggal yang dibekalkan kepada pekerja atau pengarah urusan syarikat terkawal, nilainya ialah terendah antara : nilai tetap kediaman tersebut, atau 30% dari Sek 13(1) (a) 2) Sek.32(2)(b): Jika kediaman disediakan di tempat berikut: i. hotel,hostel, atau premis serupa, ii. rumah dalam kawasan ladang atau hutan, iii. kawasan yang tidak dikenakan cukai oleh penguasa tempatan maka nilai kediaman ialah 3% dari Sek. 13(1) (a).

27 nilai tetap kediaman tersebut.
AMAUN YANG DICUKAI Nilai manafaat kediaman: 3) Sek.32(3)(a): Jika kediaman disediakan untuk pengarah syarikat (bukan pengarah urusan) dalam syarikat terkawal, maka nilai kediaman adalah : nilai tetap kediaman tersebut. 4) Sek. 32 (3) (b): Jika tempoh kediaman disediakan kurang dari 12 bulan, maka nilai kediaman juga dikurangkan mengikut kepada tempoh sebenar kediaman disediakan.

28 ii. nilai pecahan dari nilai tetap kediaman tersebut.
AMAUN YANG DICUKAI Nilai manafaat kediaman: 5) Sek. 32 (3) (c): Jika kediaman disediakan itu dikongsi dengan pekerja lain di bawah majikan sama, maka nilai kediaman adalah terendah antara: i. 30% dari sek.13(1)(a), dan ii. nilai pecahan dari nilai tetap kediaman tersebut. KES Kongsi dengan pekerja lain Sebahagian utk kegunaan syarikat (entertain client)

29 JENIS-JENIS PENDAPATAN PENGGAJIAN
Seksyen 13(1)(a)  penerimaan bayaran tunai Seksyen 13 (1)(b)  penerimaan nilai manfaat/ kemudahan yang bukan berbentuk tunai Seksyen 13(1)(c)  penerimaan nilai kediaman Seksyen (1)(d)  penerimaan caruman majikan dari skim pencen atau KWSP yang tidak diluluskan Seksyen 13(1)(e)  penerimaan pampasan kerana kehilangan pekerjaan.

30 Sek. 13(1)(d): Sek.13 (1)(d) : ‘ialah pendapatan kasar seseorang pekerja termasuklah dari : (i) Caruman yang dibuat oleh majikan kepada pencen atau kumpulan simpanan wang pekerja, skim atau persatuan yang tak diluluskan, (ii)Faedah, bonus dan sebagainya daripada simpanan wang yang diluluskan.’ Bahagian yang dicukai: (i) Caruman majikan, dan (ii)Faedah dari jumlah caruman majikan dan pekerja. Bahagian yang dicarum oleh pekerja ke tempat yang tak diluluskan adalah bersifat modal dan tak dicukai.

31 Sek. 13(1)(d): Contoh CIK Mashita mempunyai punca-punca pendapatan bagi tahun asas 2001 seperti berikut:- RM Pulangan caruman untuk KWS yang tidak diluluskan Caruman majikan 30,000 Caruman pekerja 22,000 PENYELESAIAN Seksyen 13(1)(d) Caruman majikan ,000 Caruman pekerja dikecualikan 30,000

32 JENIS-JENIS PENDAPATAN PENGGAJIAN
Seksyen 13(1)(a)  penerimaan bayaran tunai Seksyen 13 (1)(b)  penerimaan nilai manfaat/ kemudahan yang bukan berbentuk tunai Seksyen 13(1)(c)  penerimaan nilai kediaman Seksyen (1)(d)  penerimaan caruman majikan dari skim pencen atau KWSP yang tidak diluluskan Seksyen 13(1)(e)  penerimaan pampasan kerana kehilangan pekerjaan.

33 Sek. 13(1)(e): ‘ialah pendapatan kasar seseorang pekerja dengan cara pampasan bagi kehilangan pekerja termasuklah:’ (a) gaji atau upah sebagai gantian notis, (b) pampasan bagi kemungkiran kontrak perkhidmatan, (c) Bayaran bagi melepaskan kewajipan majikan dibawah kontrak perkhidmatan, (d) Bayaran seperti bayaran pemberhentian pekerjaan, gratuity meninggalkan pekerjaan yang dibuat kepada pekerja yang dihentikan.

34 Pengecualian cukai bagi pampasan (Para 15 Jadual 6):
AMAUN YANG DICUKAI Pengecualian cukai bagi pampasan (Para 15 Jadual 6): Selain dari bayaran oleh syarikat terkawal kepada pengarah yang bukan pengarah urusan maka : i) semua bayaran pampasan itu dikecualikan jika dihentikan kerja sebab uzur, atau ii)sebanyak RM6,000 maksimum setahun (mulai tahun taksiran 2003) dikecualikan bagi tiap-tiap satu tahun penuh perkhidmatan dengan majikan yang sama atau dengan syarikat kumpulan yang sama. Sebelum 2003 : RM4,000

35 AMAUN YANG DICUKAI Contoh
Encik Safuan telah berkhidmat dengan Gelap Sdn. Bhd. semenjak Beliau telah diberhentikan oleh majikannya pada yang lepas kerana syarikat telah mengalami kerugian yang teruk. Encik Safuan telah dibayar pampasan sebanyak RM65,000 pada tarikh diberhentikan. Penyelesaian – = 11 tahun 4 bulan. Tahun genap adalah 11 tahun. Seksyen 13(1)(e) Pampasan ,000 (-) Pengecualian (6,000 x 11) (60,000) Pampasan yang dikenakan cukai 5,000

36 TEMPOH ASAS BAGI PENDAPATAN PENGGAJIAN
[Seksyen 25(1) – Seksyen 25(6)]

37 Sek.25(1): Jika pendapatan penggajian tidak bolehdikaitkan dengan sesuatu tempoh asas, maka hanya apabila ianya diterima itulah tempoh asasnya. Contoh: Pada 1/12/2003, Syarikat Smart memutuskan untuk memberi bonus RM1,000 kepada setiap pekerjanya yang berkhidmat lebih dari lima tahun. Bonus itu dibayar pada 1/ Oleh kerana bonus itu tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana tempoh khusus, maka tempoh asas bagi bonus dikira pada tahun asas di mana ianya diterima, iaitu 2004.

38 Sek. 25(2) : Jika pendapatan penggajian boleh dikaitkan dengan sesuatu tempoh asas, maka tempoh yang boleh dikaitkan itu adalah tempoh asasnya. Contoh: Pada 1/12/2003, Syarikat Smart memutuskan bahawa berdasarkkan keuntungan syarikat bagi tahun berakhir 30/11/2003, bonus RM1,000 akan diberi kepada setiap pekerja. Bonus itu dibayar pada 1/1/ tempoh asas bagi bonus itu dikira di tahun di mana ianya berkaitan. i.e 2003

39 Sek.25(3): Bagi pendapatan penggajian yang berkaitan perkhidmatan sekurang-kurangnya enam tahun ke belakang dari tahun ianya diketahui oleh LHDN, maka tahun taksirannya ialah tahun ianya diketahui di tolak dengan lima. Contoh: Pada 31/1/2004, Encik Ali menerima bonus dari syarikat bagi tahun berakhir 31/12/ Oleh kerana bonus itu diketahui oleh LHDN bagi tempoh lebih dari enam tahun, maka tahun taksiran bagi bonus itu ialah : =1999.

40 Sek.25(3): Jika pendapatan penggajian diketahui oleh LH kurang dari enam tahun, maka tahun taksiran akan dikaitkan dengan tahun yang mana pendapatan penggajian itu harus diterima. Contoh : Pada 1/2/2004, Encik Ali menerima bonus dari syarikat bagi tahun berakhir 31/12/ Oleh kerana bonus itu diketahui oleh LHDN kurang dari enam tahun ke belakang, maka seksyen 25(3) tidak terpakai. Tahun taksiran bagi bonus itu ialah Taksiran bagi pendapatan di tahun taksiran 2002 boleh dibuat sehingga 31/12/2008.

41 Sek.25(4): Bagi pendapatan penggajian yang bertindih dalam dua tahun asas, maka ianya perlu dibahagi mengikut bilangan hari dalam setiap tahun asas yang mana pendapatan penggajian dikaitkan, kecuali LHDN mengarahkan yang lain. Contoh: Komisen En. Ali menerima komisen berjumlah RM18,000 pada 1/4/ Komisen itu adalah bagi tempoh hingga 31/3/ Oleh kerana komisen itu bagi dua tahun asas, maka ia perlu diagihkan seprti berikut: Tahun taksiran 2003 : 9/12 X RM18,000 =RM13,500 Tahun taksiran 2004 : 3/12 X RM18,000 = RM4,500 RM18,000

42 Sek.25(4): Ganjaran Jika ganjaran diterima dalam sesuatu tahun taksiran yang berkaitan tempoh perkhidmatan lebih dari lima tahun sebelum tahun taksiran berkenaan, maka ianya perlu dibahagi sama rata sepanjang lima tahun ke belakang termasuk tahun taksiran ianya diterima, iaitu dibahagi dengan enam. Ganjaran yang tidak dkecualikan yang diterima dalam tahun 1999 dan seterusnya, akan dicukai berdasarkan pengiraan berikut: Jika tempoh perkhidmatan lebih 5 tahun, bahagi 6. Jika tempoh perkhidmatan kurang dari 5 tahun, bahagi sama rata dengan tempoh tersebut.

43 Sek.25(4): Contoh : En. Amir menerima ganjaran dari majikannya sebanyak RM24,000 pada 30/6/2004, iaitu tarikh beliau berhenti. Beliau mula bekerja pada 1/1/ Umur beliau sewaktu berhenti ialah 40 tahun. Oleh kerana tempoh perkhidmatannya lebih dari 5 tahun, maka ganjaran akan dibahagi 6 secara sama rata, bermula tahun taksiran 2004. Tahun taksiran 2004, 2003, 2002, 2001, 2000, 2000:- RM24,000/6=RM4,000

44 Sek.25(4): Contoh : En. Ali menerima ganjaran dari majikannya RM24,000 pada 30/6/2004, iaitu tarikh beliau berhenti. BEliau mula bekerja pada 1/1/ Umur beliau sewaktu berhenti ialah 40 tahun. Oleh kerana tempoh perkhidmatannya kurang dari 5 tahun, maka ganjaran akan dibahagi bagi tempoh-tempoh berkenaan: Tahun taksiran 2004 : RM24,000X6/30 = RM4,800 Tahun taksiran 2003 : RM24,000X12/30 = RM9,600 Tahun taksiran 2002 : RM24,000X12/30 = RM9,600 RM24,000

45 Sek. 25(5): Jika pendapatan penggajian berkaitan dengan tempoh akan datang atau tempoh semasa dan akan datang, pendapatan berkenaan harus dianggap sebagai pendapatan dalam tahun bila ia diterima.

46 Sek. 25(6): Jika seseorang pekerja meninggalkan Malaysia dalam satu tahun asas dan : (i) tidak bermastautin bagi tahun asas berikutnya, dan (ii) tidak menerima pencen bagi tahun asas berikutnya, dan (iii)pendapatannya berhenti pada penghujung tempoh bercuti berikutan dengan pemergian pekerja dari Malaysia. Maka, pendapatan bagi tahun asas selepas tahun asas pemergiannya adalah diambilkira sebagai pendapatan bagi tahun asas apabila beliau meninggalkan Malaysia, ATAU Pembayar cukai boleh memilih untuk tidak mengikut Sek. 25(6). Pemilihan mesti dibuat sebelum meninggalkan Malaysia.


Download ppt "KULIAH 3 - CUKAI PENDAPATAN : PENGGAJIAN (SEKSYEN 4(b))"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google