Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Pengenalan kepada Ekosistem Dinamik

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Pengenalan kepada Ekosistem Dinamik"— Transcript presentasi:

1 Pengenalan kepada Ekosistem Dinamik
Manusia merupakan salah satu komponen ekosistem. Pemahaman tentang interaksi antara organisma hidup dalam ekosistem amat penting untuk memelihara keseimbanagan alam semula jadi. Ekosistem terdiri daripada 2 komponen utama, iaitu komponen Biosis dan komponen Abiosis. HOME

2 Komponen Biosis HOME Komponen biosis terdiri daripada 3 kumpulan;
Pengeluar- organisma autotrof yang mensintesis makanan daripada bahan bukan organik melalui fotosintesis. Pengurai- mikroorganisma yang mengurai sebatian kompleks seperti protein dan karbohidrat. Pengguna- organisma heterotrof yang tidak boleh membina makanan sendiri dan perlu bergantung kepada organisma lain. Pengguna terdiri daripada; Herbivor ~ haiwan yang makan tumbuhan tumbahan Karnivor ~ haiwan yang memakan daging Omnivor ~ organisma yang memakan kedua-dua jenis tumbuhan dan haiwan HOME

3 Contoh-contoh haiwan pengguna
ULAR (KARNIVOR) BERUANG (OMNIVOR) ARNAB (HERBIVOR) HOME

4 Komponen Abiosis Komponen Abiosis yang mempengaruhi kehidupan organisma terbahagi kepada 2, iaitu faktor Iklim dan faktor Edafik (tanah). Faktor Iklim termasuklah suhu, cahaya, hujan, dan angin. Faktor edafik pula adalah nutrien dalam tanah dan pH tanah. HOME

5 Rantai makanan Rantai makanan ditakrifkan sebagai hubungan pemakanan dan pemindahan tenaga melalui satu urutan di mana satu organisma memakan organisma yang sebelumnya dan tenaga dialirkan daripada satu organisma kepada organisma yang lain. Rantai makanan boleh digambarkan sebagai satu piramid nombor dan piramid biojisim. Piramid nombor menunjukkan hiererki hubungan antara organisma dalam sesuatu rantai makanan. Jisim tisu dalam badan sesuatu organisma disebut biojisim. Piramid biojisim mempunyai bentuk yang sama seperti piramid tenaga. HOME

6 Satu contoh rantai makanan.
POKOK PADI (PENGELUAR) BELALANG (HERBIVOR) KATAK (KARNIVOR) ULAR (KARNIVOR) HOME

7 Jaringan makanan Dalam keadaan semula jadi, sesuatu haiwan memakan lebih daripada 1 jenis organisma. Oleh itu,mungkin terdapat beberapa rantai makanan yang saling berhubungan antara satu sama lain untuk membentuk jaringan makanan. Jaringan makanan terdiri daripada rantai makanan yang organismanya hidup saling bersandaran antara satu sama lain. HOME

8 Satu contoh jaringan makanan
KATAK BELALANG ULAR PADI ULAT BURUNG TIKUS HOME

9 Interaksi antara organisma
Organisma sentiasa saling berinteraksi antara satu sama lain dalam habitatnya. Terdapat 3 jenis simbiosis, iaitu komensalisme, mutualisme dan parasitisme. HOME

10 Komensalisme Epifit menunjukkan hubungan komensalisme dengan pokok yang ditumpanginya, misalnya pokok orkid merpati. Epifit menumpang pada permukaan luar cabang pokok dan mendapat sokongan dan cahaya matahari yang mencukupi. Epizoit menunjykkan hubungan komensalisme dengan haiwan yang ditumpanginya misalnya teritip yang melekat pada cengkerang ketam. HOME

11 Parasitisme Ia merupakan hubungan antara 2 organisma dengan salah 1 organisma mendapat faedah dan satu organisma lagi diancam bahaya. Organisma yang mendapat faedah disebut sebagai parasit dan organisma yang diancam bahaya disebut sebagai perumah. HOME

12 Mutualisme atau kesalingan
Kedua-dua organisma mendapat keuntungan dalam interaksi ini dan kedua-dua spesis tidak boleh hidup secara berasingan tetapi saling bersandaran antara satu sama lain untuk terus hidup. Contohnya, buran laut yang melekat pada cangkerang umang-umang. HOME

13 Saprofitisme Haiwan atau tumbuhan yang memperoleh makanan daripada organisma yang mati atau reput dikatakan mempunyai hubungan saprofitisme. Saprofit merujuk kepada tumbuhan yang memperoleh makanan daripada bahan organik reput. HOME

14 AHLI KUMPULAN HOME ILAVARASI A/P KALANDAS 4S MENAKA A/P KOORMACHARI 4S
GAYATHIRI A/P SEGARAN 4T HOME


Download ppt "Pengenalan kepada Ekosistem Dinamik"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google