Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KEPENTINGAN SUNGAI.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KEPENTINGAN SUNGAI."— Transcript presentasi:

1 KEPENTINGAN SUNGAI

2 PENDAHULUAN Malaysia amat bertuah kerana dianugerahkan banyak sungai.
Terdapat 49 batang sungai utama di Malaysia yang menjadi sumber kepada lebih 90 % bekalan air minuman negara. Namun khazanah ini telah dimusnahkan oleh kerakusan manusia mengeksploitasinya. Perairan negara kini dicemari sisa-sisa toksik kilang, efluen manusia dan binatang serta tumpahan minyak. Sepatutnya masyarakat perlu peka bahawa air sangat penting kepada manusia Lantaran kepentingan ini, punca air perlu dijaga dan diselia dengan baik supaya bekalannya sentiasa mencukupi untuk kegunaan penduduk.

3 ISI PERTAMA Sungai membekalkan air untuk kegunaan harian manusia
Manusia memerlukan air untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa. Salah satu kegunaan yang penting ialah untuk minum 2/3 daripada tubuh badan manusia ialah air Kegunaan harian yang lain adalah untuk mandi, membasuh dan keperluan-keperluan harian yang lain. Manusia akan mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari Hal ini demikian kerana, negara kita cuacanya panas dan lembab menyebabkan tubuh kita akan rasa melekit dan perlu mandi Sekiranya tidak ada air, kehidupan harian akan terganggu

4 ISI KEDUA Sungai membekalkan air untuk kegunaan pertanian
Tumbuh-tumbuhan dan haiwan memerlukan air untuk hidup Tumbuhan memerlukan air untuk proses fotosentisis dan tumbesaran Tanaman padi dan tembakau di Kelantan memerlukan banyak air Air perlu dialirkan ke sawah-sawah padi supaya padi akan tumbuh dengan cepat Begitu juga dengan tanaman tembakau yang memerlukan pokok sentiasa dijirus dengan air Bagi sesetengah negara yang kurang air iaitu negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Mesir, tanaman tidak sesuai hidup kerana tanahnya kering kontang. Begitu juga binatang-binatang ternakan juga memerlukan air

5 ISI KETIGA Sungai membekalkan air untuk kegunaan syarikat-syarikat perkilangan Air adalah bahan yang digunakan untuk mengimbangi engin-engin yang panas. Contohnya kereta juga menggunakan air untuk menyejukkan engin yang panas ketika bergerak di jalan raya. Begitu juga halnya mesin-mesin yang besar Kilang-kilang juga menggunakan air untuk membasuh mesin-mesin setelah selesai sesuatu sesi pekerjaan. Sekiranya mesin tidak dibasuh selepas digunakan, jangka hayat mesin itu tidak akan lama. Air juga digunakan oleh industri-industri yang berkaitan dengan membekalkan makanan seperti industri keropok, pusat sembelihan ayam, membuat air batu dan sebagainya. Dalam industri batek juga memerlukan air

6 ISI KEEMPAT Sungai digunakan sebagai alat perhubungan
Suatu ketika dahulu, sungai menjadi jalan pengangkutan yang amat penting kepada manusia Sungai menjadi penghubung utama dari s atu kawasan ke kawasan lain. Tentunya, kawasan sungai ialah kawasan yang memudahkan manusia menjalankan aktiviti harian mereka. Hakikat ini menjadi sebahagian daripada asas ketamadunan manusia. Namun begitu, kini keindahan sungai indah khabar dari rupa. Sungai yang tidak berdosa ini telah dicemar dan dinodai oleh tangan manusia yang hanyut dalam arus pembangunan dunia.

7 ISI KELIMA Sungai dapat mengimbangi suhu dan iklim
Bagi negara-negara yang iklimnya panas, sungai dapat mengimbangi iklim dan suhu. Air sungai akan diserap semasa proses pemeluapan dan titisan air berkumpul menjadi awan dan akhirnya menurunkan hujan. Iklim yang panas tadi akan menjadi lembap dan cuacanya sejuk Suasana iklim sebegini akan melegakan manusia kerana cuacanya tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk contohnya iklim di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Ini menunjukkan betapa pentingnya sungai kepada manusia

8 ISI KEENAM Sungai membekalkan tempat dan aktiviti riadah
Sungai sekiranya diurus dengan baik akan menjadikan tempat itu tempat yang indah dan damai seperti di air terjun, jeram atau tepi sungai. JPS telah melaungkan cogan kata cintailah sungai kita adalah semata-mata satu simbolik supaya sungai diperindah dan dijadikan tempat beriadah. Oleh hal yang demikian, tempat itu akan menjadi kunjungan ramai pengunjung untuk beriadah dan berehat. Di persisiran jeram dan air terjun boleh dibina tempat perkelahan untuk orang ramai melepaskan penat lelah atau stres. Walau bagaimanapun kawasan ini perlu dijaga dan prasarananya mencukupi serta orang ramai diseru supaya sama-sama menjaga keindahan dan kebersihannya.

9 PENUTUP Isu penjagaan alam sekitar menuntut kerjasama semua pihak
Rakyat perlu menyahut seruan kerajaan. Tegasnya, sungai-sunghai dan lautan perlu dipertahankan. Masalah pencemaran sungai tidak boleh lagi dilihat sebagai kesalahan moral semata-mata. Sebaliknya mereka yang terbabit perlu diheret ke muka pengadilan dan yang bersalah patut menerima hukuman yang setimpal. Sebagai penghuni dunia, kita harus berganding bahu dan mengembleng tenaga untuk memerangi gejala ini. Kita semua harus akur bahawa sungai memberikan kepentingan dalam kehidupan manusia.


Download ppt "KEPENTINGAN SUNGAI."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google