Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Bahasa Melayu Abad ke-20 Zaman BM abad ke-20 boleh dibahagikan kepada beberapa subzaman berikut: 1. Zaman awal abad kedua puluh 1900-1923 mempunyai perubahan.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Bahasa Melayu Abad ke-20 Zaman BM abad ke-20 boleh dibahagikan kepada beberapa subzaman berikut: 1. Zaman awal abad kedua puluh 1900-1923 mempunyai perubahan."— Transcript presentasi:

1 Bahasa Melayu Abad ke-20 Zaman BM abad ke-20 boleh dibahagikan kepada beberapa subzaman berikut: 1. Zaman awal abad kedua puluh mempunyai perubahan dan perkembangan bahasa. Cth terbitnya majalah al imam yang diusahakan oleh tiga orang ulama dari aliran moden iaitu Syeikh Tahir Jalaluddin al-azhari al-falaki, Syed Syeikh al-Hadi, dan Syeikh Muhammad Salim al-Kalili. Mereka adalah kaum muda yg menganut fahaman yang dirancangkan oleh Syed Jamaluddin al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh dan Syed Muhammad Rasyid Rida dari Mesir. Bahkan majalah al imam itu meniru aliran majalah al-manar yg terbit di Mesir. Pengaruh tiga ulama ini mencetuskan fahaman baharu dlm bidang agama di Sumatera Barat hingga lahir tiga serangkai ulama, iaitu Syeikh Abdul Karim Amrullah (ayah kepada Hamka), Syeikh Muhammad Jamil Jambek dan Syeikh Abdullah Ahmad Padang. Mereka menerbitkan majalah al Munir yg meniru majalah al Manar dan al Imam.

2 2. Zaman Pejabat Karang Mengarang
Bermula 1924 apabila pejabat ini ditubuhkan oleh O.T Dussek, Pengetua Kolej Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Pejabat Karang Mengarang ini penting kerena ia telah menerbitkan berpuluh-puluh buah buku bacaan untuk kanak-kanak dan orang dewasa dengan siri-siri bacaan sekolah dan bacaan di rumah. Buku-buku ini dapat meningkatkan pengetahuan kanak-kanak dan orang dewasa Melayu dalam beberapa bidang ilmu.

3 3. Zaman Bahasa Melayu dalam Pemerintahan Jepun
Pada zaman ini kegiatan kebahasaan dicantumkan menjadi satu, iaitu antara yang di Semenanjung dengan yg di Sumatera. Ibu negeri gabungan Malaya-Sumatera ini terletak di Syionan (Singapura). Di situ terbit akhbar-akhbar Melayu seperti Fajar Asia yg mencipta satu Sistem Ejaan Rumi Melayu.

4 4. Zaman bahasa Melayu Selepas Perang
Zaman ini bermula pd tahun 1945 apabila Jepun menyerah kalah dan bangkit pasukan Bintang Tiga Komunis dan kemudian diikuti oleh pemerintahan BMa (British Military Administration). Selepas itu timbul Malayan Union yg mendapat penentangan oleh orang Melayu yg dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar. Pada masa itu terbit atau terbit semula, majalah dan akhbar Melayu spt Utusan Melayu, Utusan Zaman, Mustika, Majlis, Panduan Rakyat, Pelita, Hiburan dll. Pada masa itu banyak penulis Melayu yg berhijrah ke Singapura terutamanya selepas diisytiharkan darurat oelh kerajaan British yg disebabkan oleh berlakunya perang Gerila Komunis.

5 5. Zaman Bahasa Melayu Pramerdeka
Zaman ini bermula pada tahun 1950, iaitu selepas dua tahun tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Pelbagai parti politik Melayu ditubuhkan bagi memperjuangkan kemerdekaan Tanah melayu spt UMNO (1946), Parti Kebangsaan Melayu Malaya, IMP (Independence of Malaya Party), Parti Negara, PAS, Parti Rakyat Malaya, Persatuan Melayu Semenanjung dll. Dalam zaman ini diadakan tiga kali Kongres bahasa dan Persuratan Melayu, penerbitan Laporan Razak serta Ordinan Pelajaran yg berhubung dgn bahasa pengantar di sekolah dan kedudukan bahasa Melayu, tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka serta Maktab Perguruan Bahasa.

6 6. Zaman Bahasa Melayu selepas merdeka
Dalam zaman ini telah ada kerjasama secara rasmi tentang kebahasaan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Indonesian kemudia Penyata Rahman Talib diterbitkan (1960), tertubuhnya Universiti Malaya di Kuala Lumpur, Akta Pelajaran 1961, terbentuknya Persekutuan Malaysia 1963 dan Akta Bahasa 1967.

7 7. Zaman bahasa melayu Pasca 13 Mei 1969
Bermula 1969 selepas berlakunya rusuhan kaum di Kuala Lumpur. Akibat daripada peristiwa itu maka terbentuklah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang memerintah Negara, Parlimen digantung dan dibentuk pula Majlis Perundingan Negara (Mapen), diwujudkan Dasar Ekonomi Baru, ditukar sekolah aliran Inggeris ke aliran kebangsaan 1970. Sistem ejaan rumi baru dilancarkan 1972 dan penubuhan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM), dan Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia (JKTBM), terbinanya pelbagai universiti USM, UKM, UPM UTM.

8 8. Zaman bahasa Melayu pasca 1983
Mulai 1983 semua universiti mula menggunakan BM sebagai bahasa pengantar, kemudian diadakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-4 (1984), MBIM berubah kepada MABBIM krn Brunei diterima masuk ke dalam majlis bahasa, berlaku ledakan penggunaan teknologi maklumat di pelbagai sektor awam dan swasta.


Download ppt "Bahasa Melayu Abad ke-20 Zaman BM abad ke-20 boleh dibahagikan kepada beberapa subzaman berikut: 1. Zaman awal abad kedua puluh 1900-1923 mempunyai perubahan."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google