Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehWidya Jayadi Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
MENGANALISIS AUDIENS, MAJLIS DAN DIRI SENDIRI
UNIT 3 MENGANALISIS AUDIENS, MAJLIS DAN DIRI SENDIRI
2
UNIT 3 MENGANALISIS AUDIENS, MAJLIS DAN DIRI SENDIRI
Topik 1: Analisis Audiens Topik 2: Analisis Majlis Topik 3: Analisis Situasi Topik 4: Analisis Diri
3
T1: ANALISIS AUDIENS Antara perkara yang perlu diperhatikan:
1. Ambil tahu perkara yg mereka telah sedia tahu 7. Ambil tahu status sosial mereka 2. Ambil tahu apakah sikap mereka terhadap bahan ucapan/subjek 8. Siapakah audiens kita (jantina)? 9. Siapakah audiens kita (umur)? 3. Ambil tahu sikap mereka terhadap kita/pengucap 10. Apakah saiz audiens kita? 4. Kenal pasti pekerjaan mereka 11. Ambil kira agama, bangsa serta ideologi mereka secara umum 5. Anggarkan status ekonomi mereka 6. Ambil tahu tahap persekolahan mereka
4
1. Ambil tahu perkara yang mereka telah sedia tahu
Kita perlu tahu sejauhmana audiens kita mengetahui tentang subjek yg akan kita perkatakan. Ambilkira tahap pengetahuan mereka: Jika tahap pengetahuan mereka terhadap subjek yg akan kita bincangkan adalah rendah, elakkan penerangan terperinci. Penerangan hendaklah secara menyeluruh atau secara am shj.
5
2. Ambil tahu apakah sikap mereka terhadap bahan ucapan/subjek
Ambil tahu audiens suka/tidak tajuk yg akan kita perkatakan. Adakah topik kita terlalu sensitif buat mereka? Sekiranya kita terpaksa juga berucap tentang tajuk yg agak sensitif, dan tidak sesuai dengan audiens kita, maka elakkanlah kenyataan serta contoh-contoh yg terlalu langsung yg boleh menggugat tumpuan mereka.
6
3. Ambil tahu sikap mereka terhadap kita sebagai pengucap
Hal ini berkait rapat dengan personaliti dan kewibawaan kita. Adakalanya personaliti kita tidak menggambarkan bahawa kita layak utk membicarakan mengenai sesuatu tajuk. Ini akan menyebabkan audiens susah utk menerima apa yang kita utarakan, dan diaggap sbg omong kosong sahaja. Jagalah perawakan atau personaliti agar kita akan kelihatan lebih berwibawa.
7
4. Kenal pasti pekerjaan/ punca pendapatan mereka
Pekerjaan berkait rapat dgn taraf pelajaran atau pengetahuan seseorang. Apabila kita sudah dapat mengenalpasti taraf perkejaan audiens, kita boleh mengaitkan ucapan kita dengan contoh-contoh yg berkaitan dengan pekerjaan mereka. E.g.: jika audiens kita terdiri drp nelayan, contoh-contoh berkaitan seperti harga ikan, bot, pukat dan org tengah tentu lebih digemari dan senang difahami daripada contoh-contoh tentang harga getah, pisau toreh atau combine harvester.
8
4. Kenal pasti pekerjaan/ punca pendapatan mereka
Apabila kita sudah mengenalpasti taraf pengetahuan mereka, lebih senang utk kita memilih gaya bahasa dan istilah yg sesuai dgn mereka. E.g.: pemilihan istilah yg digunakan utk berucap di hadapan petani di sebuah kampung tentulah berbeza daripada yg digunakan utk berucap di hadapan pegawai-pegawai pemasaran sesebuah syarikat insurans.
9
5. Anggarkan status ekonomi mereka
Maklumat mengenai status ekonomi audiens juga boleh membantu kita memilih kenyataan serta contoh-contoh yg sesuai dgn mereka.
10
6. Ambil tahu tahap persekolahan mereka
Faktor ini penting utk terutamanya dlm pemilihan istilah dan pembuktian kenyataan. Istilah-istilah moden, yg diserap dari bahasa Inggeris atau Latin mungkin biasa bagi audiens yg berpelajaran, tetapi mungkin janggal bagi audiens yg kurang terpelajar.
11
7. Ambil tahu status sosial mereka
Faktor ini penting terutama dlm masyarakat luar bandar. Mungkin ada golongan/individu yg dihormati oleh kelompok audiens kita spt: Golongan tua, penghulu, ketua kampung, penggawa, imam dan sebagainya. Kita sebagai pengucap perlu menghormati mereka krn pengaruh mereka kpd audiens kita amat kuat.
12
8. Adakah audiens kita semuanya lelaki. Semuanya perempuan
8. Adakah audiens kita semuanya lelaki? Semuanya perempuan? Atau bercampur lelaki dan perempuan? Faktor ini penting utk memastikan kenyataan atau contoh yg kita berikan bersesuaian dan tidak menyiggung golongan tertentu.
13
9. Bagaimana dengan peringkat umur audiens?
Anggarkan peringkat umur mereka secara umum. Bagi audiens yg sudah berumur, cara mengulang sebut fakta penting membantu mereka utk mengikuti aliran ucapan kita dgn berkesan. Bagi audiens kita umumnya masih belia remaja, pilihlah contoh- contoh yang mereka gemari dan yang sezaman dengan mereka.
14
10. Apakah saiz audiens kita?
Bilangan pendengar yg akan menjadi audiens kita. Kita perlu tahu bilangan audiens kita utk membuat persediaan awal spt penggunaan alat bantu atau alat pandang dengar (APD). Maklumat ini blh diperolehi drp pihak penganjur.
15
11. Ambil kira agama, bangsa serta ideologi mereka secara umum
Perkara yg berkaitan dgn agama, bangsa serta ideologi politik adakalanya boleh menjadi isu yg terlalu sensitif. Jalan yg paling selamat, pilih sahajalah contoh-contoh yg lebih umum yg tidak menyentuh mana-mana pihak.
16
T2:ANALISIS MAJLIS Antara perkara yang perlu diperhatikan:
1. Apakah tujuan majlis itu diadakan? 2. Di mana majlis tersebut diadakan? Cara utk menganalisis majlis: menghubungi pihak penganjur Dtg sendiri lebih awal utk mendapatkan maklumat daripada penyelaras/pengerusi majlis 3. Apakah kemudahan yang ada utk kita gunakan utk berucap? 4. Bila giliran kita berucap? 5. Apa pula acara selepas ucapan kita? 6. Ambil tahu agenda keseluruhan majlis
17
1. Apakah tujuan majlis itu diadakan?
Tujuan majlis perlu diketahui krn ia boleh dikaitkan dlm ucapan. Ia boleh menjadikan ucapan kita lebih menarik. Yg paling penting, jgn sampai mesej yg kita sampaikan bercanggah dgn tujuan majlis. Tujuan majlis juga menentukan jenis ucapan yg akan kita buat sama ada menghibur, memujuk atau memberi maklumat? Jika majlis kita mempunyai tema tertentu, ambil tahu mengenai tema tersebut dan jika boleh kaitkan dlm ucapan.
18
2. Di mana majlis tersebut diadakan?
Keadaan sekitar sesuatu majis boleh menjadi contoh yg paling dekat dengan audiens. Jadi, ambil tahulah di mana majlis tersebut akan diadakan, dan datanglah lebih awal. Perhatikan alam kelilingnya dan cuba kaitkan dengan ucapan kita.
19
3. Apakah kemudahan yang ada untuk kita gunakan utk berucap?
Adakah rostrum disediakan utk kita? Adakah mikrofon disediakan? Adakah alat bantu disediakan? Jika kita hendak membawanya sendiri, adakah punca tenaga elektrik berdekatan dengan pentas? Datanglah lebih awal supaya kita boleh menguji mikrofon, ambil tahu cara melaraskan ketinggiannya serta menguji alat bantu yg hendak digunakan.
20
4. Bila giliran kita berucap?
Adakah pengucap lain yg akan berucp sblm atau slps kita berucap? Apa tajuk serta tujuan ucapan mereka? Hal ini perlu diambilkira supaya isi ucapan kita tidak bertindan dgn pengucap lain terutamanya pengucap yg berucap sblm giliran kita.
21
5. Apa pula acara selepas ucapan kita?
Adakah sesi soal jawab selepas kita berucap? Adakah ada sidang akhbar slps giliran ucapan kita? Jika ada, bersedialah terlebih dahulu!
22
6. Ambil tahu agenda keseluruhan majlis
Ambil tahu apa sahaja program yg akan diadakan pada hari itu. E.g.: upacara perasmian, demonstrasi, penyampaian hadiah atau pertandingan dan sebagainya. Semua ini penting dan boleh dikaitkan di dalam ucapan kita, jika perlu.
23
T4: ANALISIS DIRI SENDIRI
Soal diri kita sendiri beberapa soalan. Antaranya: 1. Apakah pengetahuan kita tentang tajuk mencukupi? 2. Cukupkah masa utk kita bersedia? 3. Adakah kita benar-benar berminat dengan bahan atau tajuk ucapan tersebut? 4. Adakah audiens akan menerima kita sebagai pengucap yg berpengetahuan? Adakah audiens akan menerima kita sebagai pengucap yg berpengetahuan?
24
1. Apakah pengetahuan kita tentang tajuk mencukupi?
Adakah kita benar-benar faham apa yg kita hendak sampaikan? Adakah kita yakin dgn fakta yg akan kita hujahkan? Adakah kita pasti dgn fakta yg akan kita nyatakan? Seluas manakah pengetahuan kita tentang isi ucapan? Bagaimana kalau audiens inginkan penjelasan yg lebih lanjut. Berupayakah kita menerangkannya? Cukupkah maklumat utk menyokong kenyataan kita?
25
2. Cukupkah masa utk kita bersedia?
Adakah tempoh masa yg diberi utk kita mengumpul bahan, berlatih dan sebagainya mencukupi? Jika kita rasa masa terlalu suntuk utk kita membuat persediaan kerana ada tugas lain yg lebih utama, maka tolaklah jemputan itu.
26
3. Adakah kita benar-benar berminat dengan bahan atau tajuk ucapan tersebut?
Minat adalah punca segala-galanya. Jika kita berminat dgn tajuk yg diberi, tentu sahaja kita mudah mengumpul bahan dan seterusnya menghayati ucapan kita.
27
4. Adakah audiens akan menerima kita sebagai pengucap yg berpengetahuan?
Hal ini bergantung pd persediaan keseluruhan ucapan kita dari segi: Bahan ucapan Pemilihan contoh, petikan, statistik yg berkaitan Latihan Penggunaan alat bantu yg berkesan Pengurusan masa.
28
5. Adakah penyampaian anda dapat menarik minat audiens terhadap topik?
Mampukah pengucap menyampaikan ucapan yang menarik minat audiens kepada isi bicara? Pengucap hendaklah cuba menjadikan ucapannya lebih menarik dengan menghiaskannya dengan jenaka, petikan-petikan menarik, cerita atau alat-alat bantu.
29
PENGUMPULAN DAN PENYUSUNAN MAKLUMAT UNTUK UCAPAN INFORMATIF
UNIT 4 PENGUMPULAN DAN PENYUSUNAN MAKLUMAT UNTUK UCAPAN INFORMATIF
30
UNIT 4 MENGUMPUL IDEA DAN MENYUSUN BAHAN UCAPAN
Topik 1: Menjana idea dan mengumpul maklumat Topik 2: Kaedah sarang labah-labah Topik 3: Format ucapan informatif Topik 4: Menulis rangka ucapan Topik 5: Jenis-jenis susunan isi
31
T1:MENJANA IDEA DAN MENGUMPUL MAKLUMAT
Setelah menentukan tajuk ucapan, kini tibalah masanya utk kita mencari bhn utk dijadikan isi ucapan. Bagaimanakah caranya? Langkah Pertama Renungkan sejenak tajuk tersebut. Catatkan apa sahaja yg tergambar drp tajuk tersebut. Langkah Kedua Rujuklah koleksi maklumat yg boleh kita sediakan. Cth: keratan akhbar /majalah yang mungkin anda simpan berkaitan topik. Langkah Ketiga Jika maklumat masih belum mencukupi, barulah merujuk kepada sumber-sumber lain – bahaan-bahan di perpustakaan atau Internet. Langkah Keempat Kaedah sarang labah-labah
32
T1: MENJANA IDEA DAN MENGUMPUL MAKLUMAT
Setelah menentukan tajuk ucapan, kini tibalah masanya utk kita mencari bhn utk dijadikan isi ucapan. Bagaimanakah caranya? Langkah Pertama Renungkan sejenak tajuk tersebut. Catatkan apa sahaja yg tergambar drp tajuk tersebut. Langkah Kedua Rujuklah koleksi maklumat yg boleh kita sediakan. Langkah Ketiga Rujuklah kepada sumber-sumber lain Langkah Keempat Kaedah sarang labah-labah
33
Cuba khususkan kepada:
Langkah Pertama Renungkan sejenak tajuk tersebut. Catatkan apa sahaja yg tergambar drp tajuk tersebut Cuba khususkan kepada: Pembuktian atau sokongan kepada hujah-hujah atau idea-idea kita. Jelaskan maksud idea kita tadi Jadikan idea-idea kita mudah diingati Jadikan ucapan kita lebih menarik
34
1. Pembuktian atau sokongan kepada hujah-hujah atau idea-idea kita
Kita cuba menyokong kenyataan yg akan kita buat dgn memilih petikan atau statistik yg berkaitan, yg kita dapati daripada radio, televisyen, perbualan, akhbar, majalah atau buku. Hujah/idea: Keruntuhan akhlak remaja di negara kita semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Buktinya : Lebih 200 ribu muda-mudi kita terlibat dgn dadah. Lebih 75 peratus kes jenayah lainnya melibatkan golongan remaja.
35
Statistik dari suratkhabar
36
1. Pembuktian atau sokongan kepada hujah-hujah atau idea-idea kita
Anda juga boleh menggunakan definisi untuk memberikan fakta. Berikan penerangan yang terperinci (vivid descriptions) – saiz, bentuk, bunyi, dan warna.
37
2. Jelaskan maksud idea kita tadi
Kita cuba membuat sedikit kupasan/huraian terhadap hujah/idea kita. Hujah/idea : Penggunaan Internet boleh membantu mempercepat proses pembangunan negara. Penjelasan :Media baru ini boleh melicinkan proses penyebaran mesej-mesej pembangunan, sama ada maklumat-maklumat sosial, ekonomi atau politik.
38
3. Jadikan idea-idea kita mudah diingati
Ini termasuklah memahami rangkai kata tertentu dan memahami kaitan antara rangkai kata tersebut dgn pembentukan ayat. Rangkaian peristiwa atau insiden tertentu yg menjadi idea utama kita kadangkala amat berkesan dlm membantu kita mengingati isi serta turutannya.
39
4. Jadikan ucapan kita lebih menarik
Fikirkan kenyataan, petikan atau sorotan peristiwa aneh atau istimewa yg berkaitan dengan idea. Ini blh menimbulkan minat audiens utk terus mendengar ucapan kita serta turut sama berfikir mengenainya. Jika berbakat, tambahkan sedikit kelucuan pada idea-idea ucapan kita supaya lebih menarik.
40
4. Jadikan ucapan kita lebih menarik (Cont…)
Untuk menyedapkan lagi ucapan, gunakanlah beraneka jenis maklumat, spt: Alat bantu Contoh-contoh Perbandingan Petikan-petikan Definisi Cerita-cerita statistik
41
4. Jadikan ucapan kita lebih menarik (cont…)
Jenis-jenis maklumat Huraian Contoh-contoh Berilah contoh yg mudah dibayangkan audiens, iaitu contoh yg hampir dgn kehidupan mereka. Petikan-petikan Petikan daripada org ternama, pakar bidang, individu yg mempunyi autoriti dlm sesebuah organisasi Kitab-kitab spt Al-Quran, daripada buku, majalah, akhbar. Cerita-cerita Sama ada cerita benar, fantasi, fiksyen atau dongeng semata-mata. Mungkin juga cerita rakyat yg telah popular, tetapi masih blh ditokok tambah dan diubah suai supaya berkait dgn ucapan. statistik Tidak perlu menggunakan nilai-nilai yg terlalu tepat, krn ini boleh menyukarkan audiens mengikuti ucapan kita.
42
4. Jadikan ucapan kita lebih menarik (cont…)
Jenis-jenis maklumat Huraian Definisi Jika kita menggunakan istilah-istilah yg agak kompleks atau agak baharu bg audiens, berilah definisinya dlm bahasa yg mudah utk mereka fahami. Perbandingan Sekiranya kita bercakap tentang konsep yg agak abstrak, penggunaan kiasan dan perumpamaan lebih memudahkan pemahaman. Alat bantu Penggunaan alat bantu dgn berkesan blh menjadikan penyampaian kita lebih menarik. Penggunaan powerpoint, model atau gambar boleh memudahkan sesuatu perkara dgn lebih terperinci.
43
Langkah Kedua Rujuklah koleksi maklumat yg boleh kita sediakan
-Nota -Artikel dari akhbar atau majalah - Koleksi risalah, bulletin atau brosur
44
Langkah Ketiga Rujuklah kepada sumber-sumber lain
Membaca buku, jurnal atau penerbitan lain yg blh didapati di perpustakaan. Melayari laman web Menemuramah individu berkenaan Membuat kajian persendirian -secara pemerhatian atau lebih sistematik
45
T2: Langkah Keempat Kaedah sarang labah-labah
Kesan Individu Keluarga Masyarakat Bangsa Negara Punca Didikan Asuhan media massa Idola Rakan sebaya Siapa terlibat Pelajar Remaja Idola Dewasa Masalah sosial remaja Pihak bertanggungjawab individu Ibubapa Keluarga Masyarakat Institusi Pemerintah Cara atasi Didikan agama Keintiman keluarga Kawal media Kawal hiburan Program remaja Undang-undang Jenis Lepak Dadah Seks bebas Buang bayi
46
T3: FORMAT UCAPAN INFORMATIF
PENGENALAN Salam dan ucap selamat Penghormatan protokol Teknik menarik perhatian Preview Prosedur BADAN ATAU ISI Idea utama Pecahan idea Bahan sokongan PENUTUP Review Kenyataan untuk diingati Penyudah bicara
47
? PEMBAHAGIAN UCAPAN Berapa panjangkah bahagian pengenalan?
Berapa panjangkah bahagian badan? ? Berapa panjangkah bahagian penutup?
48
Pembahagian Ucapan Pengenalan (Introduction) = 15% Badan (Body) = 75%
Penutup (Conclusion) = 10%
49
Pembahagian Masa PERMULAAN 1.5 – 2 MINIT BADAN/ ISI 7.5 – 8 MINIT
PENUTUP 0.5 – 1 MINIT
50
T4: Menulis rangka ucapan
Rangka ucapan bukan untuk dibawa bersama semasa menyampaikan ucapan, tetapi hanya sekadar garis panduan untuk menyediakan keseluruhan ucapan.
51
BADAN / ISI Rangka ucapan hendaklah mengikut panduan berikut: Topik ucapan: Objektif ucapan: Idea utama 1 Pecahan isi 1 - hurai / sokong / hias Pecahan isi 2 - hurai / sokong / hias Pecahan isi 3 - hurai / sokong / hias Idea utama 2
52
Contoh rangka ucapan Topik: Pendedahan hiburan TV dan remaja Objektif : Supaya audiens memahami perkaitan pendedahan hiburan TV kepada remaja Isi ucapan: II. Kajian mengenai pendedahan hiburan dan remaja A. Kajian Sonia Livingstone dan rakan (2009) B. Kajian Samsuddin Rahim (2007) III. Pengajaran dari peristiwa ini A. Keperluan penyeliaan terhadap menonton dalam kalangan remaja. B. Keperluan penyelarasan siaran hiburan oleh stesen TV Sila rujuk contoh lain di m/s 34
53
HURAI Beri makna Takrif / definisi Penerangan (explain) SOKONG Petikan (quotations) Pemerhatian (observations) Pengetahuan (knowledge) Pengalaman (experience) Fakta (facts) Data statistik (statistics) HIAS Jenaka (humor) Puisi (poem) Perumpamaan
54
Bilangan idea utama 3 – 5 idea utama boleh membentuk ucapan berkesan. Tetapi ianya bergantung pada jangka masa yang diperuntukkan.
55
2. BADAN/ISI UCAPAN INGAT!
Mengambil kira bilangan idea yg ingin disampaikan Merangka peralihan antara isi
56
Peralihan Isi Supaya ucapan tidak kelihatan terputus-putus E.g.:
“ Faktor pertama …, faktor kedua …, faktor ketiga …, dan faktor keempat …” “Mula-mula …, ekoran drp itu …, seterusnya …” “… sebaliknya, … oleh itu …, justeru itu …”
57
T5: Badan – Jenis-jenis susunan isi
Penyusunan isi utama (sila rujuk m/s 35-36): Susunan masa (chronological) Susunan ruang (spatial) Susunan tajuk-tajuk kecil atau subtajuk (topical) Susunan sebab musabab (causal) Susunan masalah penyelesaian (problem-solution) Susunan pro-kontra
58
T5: Badan – Jenis-jenis susunan isi
5. susunan masalah penyelesaian Kaedah ini dibuat dengan menyatakan masalah-masalah yang timbul dan kemudiannya memberikan beberapa cara untuk mengatasinya kaedah ini amat berkesan teutama bagi audiens yang terlibat secara langsung dengan masalah-masalah tersebut. Contohnya: (a) Kadar jenayah meningkat di negara ini tahun demi tahun (i)jenayah-jenayah berat sperti rompakan senjata api dan pembunuhan semakin menjadi-jadi (ii)kadar jenayah dalam kalangan remaja meningkat dengan cepat
59
T5: Badan – Jenis-jenis susunan isi
(b)Masalah-masalah ini boleh diatasi dengan cara dengan cara: (i)melancarkan kempen cegah jenayah besar-besaran di seluruh negara. (ii)memberikan lebih kuasa dan kerjasama kepada pihak berkuasa (iii)memasukkan pendidikan sivik dalam kukurikulam sekolah
60
T5: Badan – Jenis-jenis susunan isi
6.Susunan pro kontra Kaedah ini mustahak bagi audiens fikir dan mempertimbangkan sesuatu keadaan. Contohnya: Tajuk ucapan: MEROKOK DAN KESIHATAN (a)tiada bukti yang jelas bahawa merokok punca barah –hanya kebetulan sahaja ramai penghidap barah merokok,malah bukan perokok pun ada yang menghidap barah (b)Jika rokok diharamkan industri tembakau negara akan lumpuh (c) Tanpa merokok juga kesihatan gigi lebih terjamin (d) Rokok juga boleh menjadi punca kebakaran. (e) Tanpa merokok wang saku
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.