Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
TASAWWUR ISLAM
2
PENGERTIAN WAHYU Segi bahasa:
(1) Mengilhamkan: seperti wahyu kepada ibu Nabi Musa a.s.: “Dan Kami (Allah) ilhamkan kepada ibu Musa: susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Fir’aun), maka (letakkanlah dia di dalam peti) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan janganlah pula berdukacita” Al-Qasas 28:7
3
(2) Ilham berupa naluri pada binatang, seperti wahyu kepada lebah:
“Dan Tuhanmu telah mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di rumah-rumah yang didirikan manusia.” An-Nahl: 16:68
4
(3) Isyarat yang cepat secara fizikal, seperti isyarat Nab Zakariya yang dikisahkan oleh Al-Quran: “Lalu beliau (Zakariya) keluar dari mihrab (tempat solat) sambil memberi isyarat kepada mereka: “Hendaklah kamu bertasbih di waktu pagi dan petang.” (Surah Maryam: 19:11)
5
(Al-An’am: 6:121) (4) Bisikan dan tipu daya syaitan:
“Sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada kawan-kawannya agar mereka membantah kamu” (Al-An’am: 6:121)
6
(5) Perintah Allah kepada para malaikat:
“Ingatlah ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah pendirian orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Anfal: 8:12)
7
Segi istilah: 1) Firman Allah yang diturunkan kepada seorang nabi. 2) Pengetahuan yang didapati seorang nabi atau rasul dari dalam dirinya dengan disertai keyakinan pengetahuan itu datang dari Allah, baik dengan melalui perantaraan Jibril atau tidak. contoh
8
Cara Wahyu Allah Turun kepada Para Rasul:
1) Perantaraan Jibril a.s. 2) Tanpa melalui perantaraan, seperti mimpi yang benar dalam tidur. Cara Penyampaian Wahyu oleh Malaikat kepada Rasul: 1) Datang kepada rasul suara seperti bunyi loceng. Cara begini lebih berat buat Rasul. 2) Malaikat menjelma kepada Rasul sebagai seorang laki-laki dalam bentuk manusia. Cara ini agak ringan buat Rasul. contoh
9
Sebab Keraguan Orang-Orang Yang Ingkar Terhadap Wahyu
1) Mereka anggap Al-Quran ciptaan Muhammad saw. 2) Mereka anggap Muhammad orang yang pintar. 3) Muhammad belajar ilmu-ilmu Al-Quran dari ahli kitab seperti Waraqah bin Naufal di Makkah. contoh
10
Peranan Wahyu Al Quran sebagai petunjuk jalan yang lurus
Al-Quran mengeluarkan manusia dari kekufuran kepada keimanan Al-Quran kitab ilmu yang penuh hikmah Al-Quran pemisah antara hak dan batil Al-Quran kitab hukum yang wajib dipatuhi Al-Quran sebagai kitab yang penuh teladan yang paling baik Al-Quran sebagai penawar segala penyakit zahir dan batin contoh
11
Pengertian Akal ( الْعَقْلُ )
Imam Ghazali membahagikan pengertian akal kepada 4: 1) Akal sifat yang membezakan manusia daripada haiwan. Dengan akal manusia mempunyai kesediaan untuk menerima berbagai macam ilmu nazari (teori) dan untuk mengurus atau mengatur perkara pelik yang berhajat kepada pemikiran. Ini yang dimaksudkan dengan sabda Nabi saw: ” مَا خَلَقَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ خَلْقًا أَكْرَمَ عَلَيْهِ مِنَ الْعَقْلِ“ رواه الترميذي عن الْحسن . “Allah tidak jadikan sesuatu makhluk yang terlebih mulia di sisiNya daripada akal”.
12
2) Akal adalah ilmu pengetahuan yang timbul ke alam wujud pada diri kanak-kanak, yang dengannya dia dapat membezakan tentang perkara yang mungkin dan mustahil. Seperti: mengetahui bahawa dua lebih banyak daripada satu. Dan seorang tidak boleh berada pada dua tempat dalam satu masa yang sama. contoh
13
3). Akal adalah ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada pengalaman
3) Akal adalah ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada pengalaman dengan berlakunya bermacam-macam keadaan. Maka orang yang telah diperkuatkan pemahaman dengan pengalaman biasanya dikatakan sebagai orang yang berakal. Sebaliknya orang yang tidak sedemikian dikatakan jahil atau bodoh. contoh
14
4) Akal sebagai kekuatan daripada perasaan semulajadi yang berkesudahan kepada mengetahui akibat daripada segala perkara dan kepada mencegah serta menundukkan hawa nafsu yang mengajak kepada kesenangan yang dekat. Apabila seseorang telah memiliki kekuatan seperti itu, maka dia disebut berakal. Segala gerak langkahnya mengikut kepada kehendak pertimbangan akan akibatnya, tidak mengikut kepada kehendak hawa nafsu. contoh
15
” أنّ النّبِيَّ (ص) قالَ لأَبِي الدّرْداءِ: اِزْدَدْ عَقْلاً
Dalam pengertian keempat ini Nabi bersabda: ” أنّ النّبِيَّ (ص) قالَ لأَبِي الدّرْداءِ: اِزْدَدْ عَقْلاً تَزْدَدْ مِنْ رَبِّكَ قُرْبًا“. رواه الترميذي وابْنُ الْمحْبَر عن الْحارث بن أبي أُسامة . “Bahawa Nabi s.a.w bersabda kepada Abu Al-Darda: Lebihkanlah akal anda supaya anda lebih dekat dengan Tuhan anda”. Hadis riwayat Al-Tirmizi dan Ibnu Al-Mahbar dari Al-Harith bin Abi Usama.
16
Al-Quran panduan hidup
kitab suci yang mengandungi kalam Allah dan diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui perantaraan Jibrail Disampaikan kepada manusia secara mutawatir Membacanya adalah ibadah Tidak dapat diubah serta dijamin kebenarannya oleh Allah Menjadi sumber rujukan Merupakan petunjuk dan panduan Menenangkan jiwa yang keresahan dan kesusuahan Penurunan al-Quran mengambil masa selama 23 tahun; 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah Dibukukan pada pemerintahan Khalifah Uthman Sumber penting membimbing dalam mencapai kebahagian dunia dan akhirat
17
Ekonomi Ibadah Sosial Aqidah Syariah contoh
Kepentingan al-Quran dapat dibahagikan kepada 5 bentuk : Ekonomi Ibadah Sosial Aqidah Syariah contoh
18
1) Ibadat Umum 2) Ibadat Khusus
Ibadat dan syariat Matlamat utama penciptaan manusia ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah selain itu, manusia juga perlu menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan keperluan hidup Pengabdian kepada Allah meliputi semua aspek – ibadat umum dan khusus atau ibadat sunat dan ibadat wajib bentuk dan pengertian ibadat dibahagikan kepada dua jenis : 1) Ibadat Umum 2) Ibadat Khusus contoh
19
Ibadat umum Segala bentuk ibadat dan amalan manusia yang mempunyai hubungan ketuhanan dengan Allah Semua perkara yang di kepada Allah merupakan ibadat umumusahakan dengan tujuan untuk mengabdikan diri Menyentuh hal –hal berkaitan : - pergaulan sesama manusia - peradaban serta akhlak -muamalat - perkahwinan - sosial dan pentadbiran - ekonomi - pengurusan serta politik
20
Ibadat khusus Segala ibadat yang mempunyai hubungan langsung dengan Allah; seperti : Puasa, solat dan sebagainya Ibadat yang menjadi ketetapan ke atas setiap individu muslim yang mukallaf Wajib melakukannya jika tidak dikira sebagai dosa Kefarduan ibadat khusus sentiasa kekal tanpa ada perubahan contoh
21
BIDANG SYARIAH Syariah ialah segala perkara yang bersangkutan dengan hukum-hakam dan taklif serta tanggungjawab manusia terhadap Allah, manusia dengan manusia seperti memberi nafkah dan menyediakan tempat tinggal bagi suami terhadap isterinya Tanggungjawab manusia dengan maklhuk dan alam sekitar dan kemudahan awam Tanggungjawab dengan Allah dengan melakukan segala ibadat yang ditentukan dan meninggalkan larangan yang ditegah-Nya Segala syariat dan sistem perundangan Islam adalah dibuat oleh Allah yang mengetahui kehendak manusia dan mengikut kesesuaian fitrah manusia contoh
22
Sumber syariat islam Sumber Qat’i Sumber Zanni
Perundangan dan syariat Islam mempunyai sumber yang cukup jelas dan benar. Dibahagikan kepada dua: Sumber Qat’i Ialah sumber yang disepakati oleh semua ulama, atau ijmak ulama serta merupakan sumber utama dalam mengadakan rujukan di dalam sistem dan perundangan Islam. Sesiapa yang mengingkari dan tidak beriman dengan kebenaran sumber ini dikira berdosa besar Sumber qat’I ialah : 1) al-Quran 2) Hadith Mutawatir Sumber Zanni Ialah segala sumber yang menjadi perselisihan dan tidak disepakati oleh ulama dan mujtahid di dalam melaksanakan hukum dan sebagai sumber perundangan Sumber zanni : 1) Hadith Ahad 2) Ijtihad 3) Qiyas 4) Istihsan 5) Istishab 6) Masolih al-mursalah
23
Ciri-ciri dan konsep syariat
Syariat Islam mempunyai ciri dan kosep tersendiri yang jauh berbeza dengan perundangan yang digariskan oleh manusia. Ciri-ciri seperti berikut : 1) menjamin kebahagian dan kerukunan hidup 2) memandu dan mengajak manusia sentiasa mengambil berat tentang urusan agama dan ibadat 3) mengawal serta menjaga kesucian Islam daripada pengaruh dan budaya luar 4) membentuk masyarakat yang penyayang dan bertanggungjawab 5) membentuk manusia supaya tidak mementingkan diri, menjaga kehormatan, maruah peribadi, keluarga dan negara serta agama, ilmua pengetahuan, harta, keluarga dan masyarakat contoh
24
PERBINCANGAN Bincangkan dengan ringkas aspek syariat Islam.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.