Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Gangguan berbahasa dibahagikan kepada dua

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Gangguan berbahasa dibahagikan kepada dua"— Transcript presentasi:

1 Gangguan berbahasa dibahagikan kepada dua
gangguan akibat faktor medis yang disebabkan oleh faktor kelainan fungsi otak mahupun kelainan alat-alat bicara, gangguan akibat faktor lingkungan sosial yang disebabkan oleh faktor lingkungan. Yang dimaksud dengan akibat faktor lingkungan adalah terasingnya seorang anak manusia, yang aspek biologis  bahasanya normal dari lingkungan kehidupan manusia. Keterasingannya boleh disebabkan kerana diperlakukan dengan sengaja (sebagai eksprimen), juga kerana hidup bukan dalam lingkungan manusia, melainkan dipelihara oleh binatang serigala, seperti “Kasus Kamala” dan “Mougli” (Chachard, 1983: 68-69).

2 Ada dua proses yang terjadi ketika seorang anak sedang memperoleh bahasa pertamanya, iaitu proses kompetensi dan proses perfomansi. Kedua proses ini merupakan dua proses yang berlainan. Kompetensi adalah pengetahuan yang dimiliki oleh pemakai atau pendengar asli tentang bahasanya secara tidak sedar, secara intrinsik, implisit intensif dan terbatas sedangkan performansi adalah pemakaian bahasa itu sendiri dalam keadaan yang sebenarnya yang menunjukkan kepada proses kognitif, proses kesedaran dan pengertian, yang dipergunakan oleh individu di dalam penggunaan pengetahuan linguistiknya secara semulajadi.

3 Hipotesis yang berlaku terhadap pemerolehan bahasa kanak-kanak ialah :
1. Hipotesis Nurani lahir dari beberapa pengamatan yang dilakukan para pakar terhadap pemerolehan bahasa kanak-kanak (Lenneberg, 1967, Chomsky, 1970), pengamatannya disimpulkan bahawa manusia lahir dengan dilengkapi oleh suatu alat yang memungkinkan dapat berbahasa  dengan mudah dan cepat. Lalu, kerana sukar dibuktikan secara empiris, maka pandangan ini mengajukan suatu hipotesis yang disebut Hipotesis Nurani.

4 2. Hipotesis Tabularasa bererti kertas kosong dalam erti belum ditulis apa-apa. Dalam hipotesis ini menyatakan bahawa manusia dilahirkaan dalam otak yang kosong, yang nanti akan ditulis atau diisi dengan pengalaman-pengalaman. Hipotesis ini dikemukakan oleh John Locke seorang tokoh empiris, yang kemudian disebar luaskan oleh John Watson seorang tokoh terkemuka aliran behaviorisme dalam psikologi. 3. Hipotesis Kesemestaan Kognitif. Hipotesis ini diperkenalkan oleh Pieget untuk menjelaskan proses-proses pemerolehan bahasa. Menurut teori ini ia didasarkan oleh struktur-sruktur kognitif deria motor. Sruktur-sruktur ini diperoleh kanak-kanak melalui interaksi dengan benda-benda atau orang-orang disekitarnya.

5 Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak
1.  Teori perkembangan bahasa kanak-kanak tidak terlepas  dari pandangan, hipotesis atau teori psikologi yang dianut. Berikut ini akan dikemukakan secara singkat ketiga pandangan itu iaitu pandangan nativisme, pandangan behaviorisme dan pandangan kogntif. 2. Perkembangan motorik merupakan perkembangan bayi sejak lahir, yakni sebuah perkembangan yang bertahap dari duduk, merangkak, sampai berjalan. Motor bererti bergerak. Dua kemampuan yang paling banyak diperhatikan pakar adalah berjalan dan penggunaan tangan sebagai alat (Morgan, 1986)

6 3. Perkembangan kognitif berkenaan dengan peristiwa mental yang terlibat dalam proses pengenalan tentang dunia, yang sedikit sebanyak melibatkan fikiran atau berfikir. (a) Tahap sensomotorik yang merupakan tahap perkembangan kognisis anak, dan berlangsung pada sebahagian dari dua tahun pertama alam kehidupannya. (b) Tahap praoperasional merupakan tahap berfikir kanak-kanak masih dikombinasi oleh cara-cara bagaimana hal-hal atau benda-benda itu tampak. Cara berfikirnya masih kurang operasional.

7 (c) Tahap perasional konret merupakan tahap operasional yang dilalui kanak-kanak yang berusia sekitar tujuh sampai menjelang sebelas tahun. Pada tahap ini telah memahami konsep konversi sehingga mereka tahu bahawa air dalam gelas  dan air dalam silinder jumlahnya sama. (d) Tahap operasional formal merupakan tahap yang dilalui setelah anak berusia sebelas tahun ke atas. Anak-anak sudah berfikir logis seperti orang dewasa.


Download ppt "Gangguan berbahasa dibahagikan kepada dua"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google