Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
ASAL-USUL BAHASA DAN BANGSA MELAYU
2
Mengikut Zuber Usman, perkataan Melayu berasal daripada perkataan “Himalaya” yang telah disingkatkan kepada “Malaya”, dan kemudian menjadi Melayu. Perkataan “Himalaya” berasal daripada perkataan “hima” dan “alaya”. “Hima” bererti salji atau salju, sedangkan “alaya” bererti tempat. Dengan itu hima alaya maksudnya tempat sejuk, seperti di puncak gunung yang tinggi. 10-Nov-18
3
Ada juga pengkaji yang mengatakan bahawa Melayu itu daripada perkataan “Malaiyur-pura” yang terpahat pada prasasti Bukit Gombak I di Sumatera Barat. Malaiyurpura bererti kota malaiyur, atau kota gunung. Dari situ timbul perkataan malaiyur = malaiyu = malayu = melayu. 10-Nov-18
4
Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa perkataan itu berasal daripada perkataan “pamalayu”, iaitu peristiwa ketika berlaku penyerangan oleh Raja Kertanegara dari Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi di sempadan Sumatera Barat. Kemudian di situ didirikan sebuah prasasti, iaitu prasasti Amoghapasa. 10-Nov-18
5
Prasasti itu dibina sebagai peringatan tentang berlakunya ekspedisi angkatan perang dari jawa Timur tadi ke daerah Malayu pada tahun Pamalayu itu bermaksud Ekspedisi Malayu, iaitu penyerangan dan seterusnya penguasaan terhadap negeri Malayu. 10-Nov-18
6
Begitu juga ada pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Melayu itu berasal daripada perkataan Jawa Kuno dan juga Jawa Baru, iaitu mlaya dan mlayu yang bererti lari. 10-Nov-18
7
Akhir sekali ialah pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Melayu berasal daripada Malayu iaitu sebuah kerajaan yang berpusat di Muara Jambi. Kerajaan Malayu ini terwujud pada abad ke-7 (644M) dan pernah dilawati oleh I Tsing pada 671M. Nama Malayu bagi kerajaan Malayu ini berasal daripada nama sebuah sungai yang terletak di situ, iaitu Sungai Malayu. 10-Nov-18
8
Penamaan kerajaan atau negeri daripada nama sungai adalah perkara biasa dalam budaya Melayu, seperti nama Negeri Johor, Pahang, Kelantan, Sarawak, Selangor, Perak, Kedah, Siak, Terengganu, Inderagiri dan banyak yang lain-lain lagi, semuanya daripada nama sungai. 10-Nov-18
9
Pengertian Bangsa Melayu
Bangsa atau orang Melayu itu mempunyai beberapa pengertian, iaitu: 1. Melayu mengikut Perlembagaan negara Malaysia. Di sini yang dikatakan Melayu ialah orang yang lazim berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu dan beragama Islam dan dia mestilah warganegara Malaysia. 10-Nov-18
10
Pengertian dalam Perlembagaan itu telah termaktub pada Ceraian 160 Perlembagaan Malaysia. Ia telah wujud sejak Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 dahulu. 10-Nov-18
11
2. Melayu dari segi Suku Bangsa, yang bermaksud mereka ini mestilah daripapda keturunan Suku Melayu dari segi darah dagingnya, bertutur bahasa atau dialek Melayu dan berkebudayaan serta beradat resam Melayu. Agama Islam tidak menjadi syarat. Suku Melayu jenis ini terdapat di Semenanjung Malaysia, termasuk Thailand Selatan, Pantai Sarawak, Brunei, Pantai Sabah, Pesisir Kalimantan Indonesia, Pantai Timur Sumatera dari Tamiang hingga Palembang dan Bengkulu, di Kepulauan Riau-Lingga serta Bangka-Belitung. 10-Nov-18
12
3. Melayu dari segi suku bangsa mempunyai satu pengertian lagi, iaitu syarat beragama Islam itu mesti ada, tetapi sebaliknya syarat keturunan darah suku Melayu ditiadakan. Ini bermakna jika terdapat suku lain memeluk Islam dan tinggal di kalangan orang Melayu ia menjadi Melayu. Pertukaran agama menjadi Islam itu dikatakan masuk Melayu. Ini pernah berlaku di Sarawak, Tanah Melayu, dan Sumatera Timur. 10-Nov-18
13
4. Melayu dari segi pengertian yang didukung oleh UNESCO
4. Melayu dari segi pengertian yang didukung oleh UNESCO. Mengikut kajian yang dibuat oleh UNESCO Melayu itu merupakan satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama, bentuk fizik tubuh badan yang hampir sama, berkulit sawo matang, rambut lurus dan tinggi yang sederhana dan mereka ini adalah penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar, iaitu dari Madagaskar di pantai timur benua Afrika di barat hingga ke Pulau Paskah (Easter Islands) di Lautan Pasifik berhampiran dengan Republik Chile di timur, kemudian dari Kepulauan Hawaii dan Taiwan di utara hingga ke Pulau New Zealand di selatan. Dengan kata lain Melayu di sini merupakan satu “stock” bangsa yang sejak beberapa lama dahulu dikenali sebagai Malayo-Polynesia (Melayu-Polinesia) atau Austronesia yang sering dipakai sekarang. Ini bermakna yang dikatakan Melayu itu merangkumi pelbagai suku kaum seperti Aceh, Batak, Lampung, Sunda, Jawa, Bugis, Filipino dan lain-lain. 10-Nov-18
14
Banyak teori tentang asal-usul orang Melayu, antaranya:
1. Bangsa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara. Pendapat ini banyak yang didukung oleh pengkaji-pengkaji dari Barat. H. Kern misalnya menyatakan bahawa penduduk di Kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam, di bahagian timur negara India. Beliau membuat kesimpulan sedemikian lantaran terdapat persamaan-persamaan adat resam beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku-suku di Assam seperti suku Naga di India. 10-Nov-18
15
2. Henry Yule berpendapat seperti J. R
2. Henry Yule berpendapat seperti J.R. Logan iaitu tentang wujudnya persamaan adat resam antara penduduk-penduduk di daratan Asia Tenggara dengan yang terdapat di Kepulauan Melayu. Persamaan-persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang sama. 10-Nov-18
16
Begitu juga dengan A.H. Keane yang telah membuat kajian pada separuh kedua abad yang lalu. Beliau telah mengkaji dari sudut antropologi budaya, iaitu tentang penduduk-penduduk di tanah besar Asia Tenggara dengan yang terdapat di daerah Kepulauan. Selain itu masih banyak lagi para pengkaji barat yang membuat kajian tentang hubungan antara penduduk-penduduk di daratan Asia Tenggara dengan yang di Kepulauan Asia Tenggara seperti Dr. Hamy, K. Himly, G.K. Niemann, P.W. Schmidt, E. Aymonier, A. Cabaton, Robert Von Heine Geldern, Thor Heyerdhal, Heeren-Palm, Wilhelm Von Humboldt, William Marsden dan lain-lain. 10-Nov-18
17
10-Nov-18
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.