Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Latihan Microsoft® Office Excel® 2007

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Latihan Microsoft® Office Excel® 2007"— Transcript presentasi:

1 Latihan Microsoft® Office Excel® 2007
Cipta buku kerja anda yang pertama [Catatan kepada jurulatih: Bagi bantuan terperinci untuk menyesuaikan templat ini, lihat slaid terakhir. Juga, lihat teks pelajaran tambahan dalam anak tetingkap nota pada sesetengah slaid.

2 Kandungan kursus Gambaran keseluruhan: Di mana harus dimulakan?
Pelajaran 1: Berkenalan dengan buku kerja Pelajaran 2: Masukkan data Pelajaran 3: Edit data dan semak lembaran kerja Setiap pelajaran mengandungi satu senarai tugas yang disyorkan dan satu set soalan ujian.

3 Gambaran keseluruhan: Di mana harus dimulakan?
Anda dikehendaki memasukkan data ke dalam Excel 2007, tetapi anda belum pernah menggunakan Excel. Di mana anda harus mulakan? Atau mungkin anda pernah menggunakan Excel tetapi masih kurang jelas bagaimana melakukan perkara asas seperti memasukkan dan mengedit teks dan nombor, atau menambah dan menghapus lajur dan baris. Di sini anda akan belajar kemahiran menggunakan Excel dengan cepat dan mudah.

4 Matlamat kursus Cipta buku kerja yang baru. Masukkan teks dan nombor.
Edit teks dan nombor. Selit dan hapus lajur dan baris.

5 Berkenalan dengan buku kerja
Pelajaran 1 Berkenalan dengan buku kerja

6 Berkenalan dengan buku kerja
Apabila anda memulakan Excel, anda dipaparkan dengan grid kosong yang besar mengandungi lajur, baris dan sel. Jika anda masih baru dengan Excel, anda mungkin kurang jelas apa yang harus dilakukan seterusnya. Kursus ini dimulakan dengan membantu anda merasa selesa dengan perkara asas Excel dengan memberikan panduan apabila anda memasukkan data ke dalam Excel. Apakah perkara lain yang anda lihat apabila memulakan Excel? Terdapat abjad melintang di sebelah atas dan nombor di sebelah bawah kiri. Dan terdapat tab di dasar bernama Helaian1, Helaian2, dan seterusnya.

7 Reben Jalur di sebelah atas tetingkap Excel 2007 dinamakan Reben.
Rumah Selitkan Hapuskan Isih & Tapis Format Sel Pengeditan Reben terdiri daripada pelbagai tab yang berbeza, setiap satu berkait dengan tugasan khusus yang dilakukan oleh pengguna Excel. Anda perlu klik tab di atas reben untuk melihat pelbagai arahan dari setiap satu tab.

8 Reben Tab Rumah, iaitu tab pertama di sebelah kiri, mengandungi perintah harian yang sering digunakan oleh pengguna. Rumah Selitkan Hapuskan Isih & Tapis Format Sel Pengeditan Gambar menunjukkan perintah tab Rumah pada Reben. Reben berada di sepanjang bahagian atas tetingkap Excel. Perintah pada Reben disusun mengikut kumpulan kecil yang berkaitan. Sebagai contoh, perintah untuk bekerja dengan kandungan sel dikumpulkan bersama dalam kumpulan Pengeditan, dan arahan untuk bekerja dengan sel itu sendiri terdapat dalam kumpulan Sel.

9 Buku kerja dan lembaran kerja
Apabila anda mulakan Excel, anda membuka fail yang dinamakan buku kerja. Setiap buku kerja baru dikeluarkan bersama dengan tiga lembaran kerja untuk anda memasukkan data. Buku1 – Microsoft Excel Begini caranya. Helaian1 Helaian2 Helaian3 Ditunjukkan di sini ialah lembaran kerja yang kosong di dalam satu buku kerja baru. Lembaran kerja adalah seperti muka surat dalam dokumen di mana anda memasukkan teks dan nombor. Lembaran kerja juga kadang kala dipanggil “hamparan”. Buku kerja pertama yang anda buka dinamakan Buku1. Nama ini muncul pada bar di atas tetingkap dan bertukar apabila anda menyimpan buku kerja ini menggunakan nama pilihan anda sendiri.

10 Buku kerja dan lembaran kerja
Apabila anda mulakan Excel, anda membuka fail yang dinamakan buku kerja. Setiap buku kerja baru dikeluarkan bersama dengan tiga lembaran kerja untuk anda memasukkan data. Buku1 – Microsoft Excel Begini caranya. Helaian1 Helaian2 Helaian3 Ditunjukkan di sini ialah lembaran kerja yang kosong di dalam satu buku kerja baru. Sebagai contoh, anda mungkin mempunyai tab helaian dipanggil Januari, Februari, dan Mac bagi bajet atau gred pelajar untuk bulan berkenaan, atau Northcoast dan Westcoast bagi wilayah jualan dan seterusnya. Tab helaian muncul di sebelah bawah tetingkap. Disyorkan supaya anda memberikan nama baru kepada tab helaian agar maklumat pada setiap helaian lebih mudah dikenali.

11 Buku kerja dan lembaran kerja
Anda juga mungkin tertanya-tanya bagaimana mencipta buku kerja yang baru. Buku1 – Microsoft Excel Begini caranya. Helaian1 Helaian2 Helaian3 Klik Bebutang Microsoft Office yang terletak di bahagian kiri di sebelah atas tetingkap. Tip: Anda boleh menambah lembaran kerja sekiranya anda perlukan lebih daripada tiga. Jika anda tidak perlu lebih daripada tiga, anda boleh menghapuskan satu atau dua (tetapi anda tidak perlu berbuat demikian). Anda boleh menggunakan pintasan papan kekunci untuk bergerak di antara helaian. Klik Baru. Pada tetingkap Buku Kerja Baru, klik Buku Kerja Kosong.

12 Lajur, baris, dan sel Lembaran kerja terdiri daripada lajur, baris dan sel. Itulah grid yang anda lihat apabila anda membuka buku kerja. Lajur bermula dari atas hingga ke bawah pada helaian kerja, secara menegak. Setiap lajur mempunyai tajuk abjad di sebelah atas. Baris pula terletak secara mendatar pada helaian kerja. Setiap baris juga mempunyai tajuk. Tajuk baris adalah nombor, dari 1 sehingga 1,048,576. Lebih mengenai lajur: 26 lajur pertama dilabelkan dengan abjad dari A sehingga Z. Setiap lembaran kerja mengandungi 16,384 lajur kesemuanya, jadi selepas Z, abjad bermula semula secara berkembar, AA sehingga AZ. Selepas AZ, abjad berkembar mula semula dengan lajur BA sehingga BZ, dan seterusnya, sehingga kesemua 16,384 lajur mempunyai tajuk menurut turutan abjad, berakhir dengan XFD.

13 Lajur, baris, dan sel Lembaran kerja terdiri daripada lajur, baris dan sel. Itulah grid yang anda lihat apabila anda membuka buku kerja. Tajuk berabjad pada lajur dan tajuk bernombor pada baris menunjukkan di mana anda berada dalam lembaran kerja apabila anda klik pada mana-mana sel. Anda akan belajar lebih lanjut mengenai rujukan sel dalam seksyen seterusnya. Kedua-dua tajuk bergabung menjadi alamat sel. Sebagai contoh, sel yang berada pada persimpangan lajur A dan baris 3 dinamakan sel A3. Ia juga dinamakan rujukan sel.

14 Data ditempatkan ke dalam sel
Sel adalah permulaan kerja anda dan tempat memasukkan data ke dalam lembaran kerja. Gambar di sebelah kiri ialah apa yang anda lihat semasa anda membuka buku kerja yang baru. Sel pertama di sudut kiri sebelah atas buku kerja ialah sel yang aktif. Ia ditandai dengan garis bentuk hitam, menunjukkan sebarang data yang anda masukkan akan disimpan di sana. Sel pertama (atau yang berhampiran) adalah tempat yang baik untuk mula memasukkan data dalam kebanyakan kes.

15 Data ditempatkan ke dalam sel
Anda boleh masukkan data di mana saja anda suka dengan mengklik mana-mana sel dalam lembaran kerja untuk memilih sel. Apabila anda memilih mana-mana sel, ia menjadi sel yang aktif. Seperti yang diterangkan sebelum ini, ia mempunyai garis bentuk hitam. Tajuk bagi lajur dan baris bagi sel yang terpilih juga diserlahkan.

16 Data ditempatkan ke dalam sel
Anda boleh masukkan data di mana saja anda suka dengan mengklik mana-mana sel dalam lembaran kerja untuk memilih sel. Sebagai contoh, jika anda memilih satu sel dalam lajur C di baris 5, seperti yang ditunjukkan dalam gambar di sebelah kanan: Lajur C diserlahkan. Baris 5 diserlahkan.

17 Data ditempatkan ke dalam sel
Anda boleh masukkan data di mana saja anda suka dengan mengklik mana-mana sel dalam lembaran kerja untuk memilih sel. Sebagai contoh, jika anda memilih satu sel dalam lajur C di baris 5, seperti yang ditunjukkan dalam gambar di sebelah kanan: Sel yang aktif, dalam kes ini ialah C5, mempunyai garis bentuk hitam. Dan namanya – juga dikenali sebagai rujukan sel – ditunjukkan dalam Peti Nama di sudut kiri di sebelah atas lembaran kerja.

18 Data ditempatkan ke dalam sel
Sel bergaris bentuk hitam, tajuk lajur dan baris yang terserlah, dan rupa sel rujukan dalam Peti Nama memudahkan anda untuk mengenali C5 sebagai sel yang aktif. Petunjuk ini tidak begitu penting semasa anda berada di sebelah atas di dalam beberapa sel pertama pada lembaran kerja. Tetapi apabila anda bekerja lebih jauh ke bawah atau melintang lembaran kerja, petunjuk ini banyak membantu anda. Bagaimana petunjuk berikut boleh membantu anda? Terdapat 17,179,869,184 sel untuk kegunaan kerja dalam setiap lembaran kerja. Anda boleh sesat sekiranya tanpa rujukan sel untuk memberitahu di mana kedudukan anda sekarang. Adalah penting mengetahui rujukan sel jika anda ingin memberitahu seseorang di mana data khusus berada atau perlu dimasukkan dalam lembaran kerja.

19 Latihan yang disyorkan
Namakan semula tab buku kerja. Bergerak dari satu lembaran kerja kepada yang lain. Mewarnakan tab lembaran kerja. Tambah dan hapus lembaran kerja. Semak tajuk lajur dan gunakan Peti Nama.

20 Ujian 1, soalan 1 Anda memerlukan buku kerja yang baru. Bagaimana anda menciptanya? (Pilih satu jawapan.) Dalam kumpulan Sel, klik Selit, kemudian klik Selit Helaian. Klik Bebutang Microsoft Office, kemudian klik Baru. Dalam tetingkap Buku Kerja Baru, klik Buku kerja kosong. Dalam kumpulan Sel, klik Selit, kemudian klik Buku Kerja.

21 Ujian 1, soalan 1: Jawapan Klik Bebutang Microsoft Office, kemudian klik Baru. Dalam tetingkap Buku Kerja Baru, klik Buku kerja kosong.

22 Ujian 1, soalan 2 Peti Nama menunjukkan kandungan sel aktif. (Pilih satu jawapan.) Betul. Salah.

23 Ujian 1, soalan 2: Jawapan Salah.
Peti Nama memberikan anda rujukan sel bagi sel yang aktif. Anda boleh juga menggunakan Peti Nama untuk memilih sel, dengan menaip rujukan sel dalam kotak tersebut.

24 Ujian 1, soalan 3 Dalam lembaran kerja baru, anda mesti mula dengan menaip dalam sel A1. (Pilih satu jawapan.) Betul. Salah.

25 Ujian 1, soalan 3: Jawapan Salah.
Anda bebas bergerak dan menaip di mana saja yang anda suka. Klik di mana-mana sel dan mula menaip. Tetapi jangan sampai sehingga pembaca perlu mengskrol untuk melihat data yang lebih baik dimulakan di sel A1 atau A2.

26 Pelajaran 2 Masukkan data

27 Perbelanjaan Percutian
Masukkan data Anda boleh menggunakan Excel untuk memasukkan pelbagai data, profesional atau peribadi. Anda boleh memasukkan dua jenis data ke dalam sel lembaran kerja: nombor dan teks. Gred Pelajar Laporan Jualan Perbelanjaan Percutian Anda boleh menggunakan Excel untuk mencipta bajet, mengira cukai, merekodkan gred atau kehadiran pelajar, atau menyenaraikan produk jualan anda. Anda juga boleh mencatatkan senaman harian, mengawasi berat badan, atau mengawal perbelanjaan pengubahsuaian rumah anda. Kemungkinannya tidak terbatas. Sekarang mari teruskan dengan kemasukan data.

28 Prihatin kepada pembaca anda: mulakan dengan memberi tajuk lajur
Apabila memasukkan data, disyorkan anda mula dengan memberi tajuk di atas setiap lajur. A B C D E F 1 2004 2005 2006 2007 2008 2 Adventure Works 3 Baldwin Museum of Science 4 Contoso Dengan cara ini, sesiapa yang berkongsi lembaran kerja bersama anda mudah memahami data berkenaan (dan anda juga mudah memahaminya di masa akan datang). Anda juga boleh menamakan tajuk baris.

29 Prihatin kepada pembaca anda: mulakan dengan memberi tajuk lajur
Lembaran kerja dalam gambar menunjukkan arah aliran sebenar dan yang dijangka dalam beberapa tahun. A B C D E F 1 2004 2005 2006 2007 2008 2 Adventure Works 3 Baldwin Museum of Science 4 Contoso Ia menggunakan tajuk lajur dan baris: Tajuk lajur, melintang di atas lembaran kerja, adalah tahun. Tajuk baris ke bawah di sebelah kiri adalah nama syarikat.

30 Mulakan menaip Katakan anda sedang mencipta senarai nama jurujual.
Senarai ini juga mengandungi tarikh jualan serta jumlahnya. A B C D 1 Nama Tarikh Jumlah 2 3 4 5 Anda perlu tajuk lajur berikut: Nama, Tarikh, dan Jumlah. Dalam kes ini anda tidak perlu tajuk baris di sebelah bawah kiri lembaran kerja; nama jurujual akan berada di lajur paling kiri.

31 Mulakan menaip Katakan anda sedang mencipta senarai nama jurujual.
Senarai ini juga mengandungi tarikh jualan serta jumlahnya. A B C D 1 2 3 4 5 Nama Tarikh Jumlah Gambar menunjukkan proses menaip maklumat dan mengubah dari satu sel ke sel yang lain: Taip Nama dalam sel A1 dan tekan TAB. Kemudian taip Tarikh dalam sel B1, tekan TAB, dan taip Jumlah dalam sel C1.

32 Mulakan menaip Katakan anda sedang mencipta senarai nama jurujual.
Senarai ini juga mengandungi tarikh jualan serta jumlahnya. A B C D 1 2 3 4 5 Nama Tarikh Jumlah Buchanan Suyama Peacock Gambar menunjukkan proses menaip maklumat dan mengubah dari satu sel ke sel yang lain: Selepas menaip tajuk lajur, klik sel A2 untuk mula menaip nama jurujual. Taip nama pertama, kemudian tekan ENTER untuk mengubah pilihan ke lajur di bawah iaitu ke sel A3. Kemudian taip nama selepasnya, dan seterusnya.

33 Masukkan tarikh dan masa
Excel menjajarkan teks ke sebelah kiri sel, tetapi ia menjajarkan tarikh ke sebelah kanan sel. A B C D 1 2 3 4 5 Nama Tarikh Jumlah Buchanan 5/3/2009 Suyama 6/5/2009 Peacock 5/5/2009 Untuk memasukkan sel ke dalam lajur B, iaitu lajur Tarikh, anda perlu menggunakan tanda palang atau sempang untuk memisahkan bahagian: 16/7/2009 atau 16-Julai Excel akan mengenali kedua-duanya sebagai tarikh.

34 Masukkan nombor Excel menjajarkan nombor ke sebelah kanan sel. A B C D
1 2 3 4 5 Nama Tarikh Jumlah Buchanan 5/3/2009 5500 Suyama 6/5/2009 6300 Peacock 5/5/2009 4180

35 Masukkan nombor Nombor lain dan bagaimana memasukkannya
Untuk memasukkan pecahan, tinggalkan ruang di antara nombor bulat dan pecahan tersebut. Sebagai contoh, 1 1/8. Untuk memasukkan pecahan sahaja, masukkan satu sifar terlebih dahulu, sebagai contoh, 0 1/4. Jika anda memasukkan 1/4 tanpa sifar, Excel akan mentafsirnya sebagai tarikh, 1 April. Jika anda menaip (100) untuk menunjukkan nombor negatif dengan kurungan, Excel akan memaparkannya sebagai -100.

36 Cadangan untuk latihan
Masukkan data menggunakan TAB dan ENTER. Betulkan kesilapan semasa anda menaip. Masukkan tarikh dan masa. Masukkan nombor.

37 Ujian 2, soalan 1 Menekan ENTER mengubah pilihan sel ke kanan. (Pilih satu jawapan.) Betul. Salah.

38 Ujian 2, soalan 1: Jawapan Salah.
Menekan ENTER mengubah pilihan ke bawah. Menekan TAB mengubah pilihan ke kanan.

39 Ujian 2, soalan 2 Yang mana di antara berikut dikenali Excel sebagai tarikh? (Pilih satu jawapan.) Februari 2,6,47. 2-Feb-47.

40 Ujian 2, soalan 2: Jawapan 2-Feb-47.
Anda boleh gunakan tanda palang atau sempang untuk memisahkan bahagian dalam tarikh.

41 Edit data dan semak lembaran kerja
Pelajaran 3 Edit data dan semak lembaran kerja

42 Edit data dan semak lembaran kerja
Semua orang membuat kesilapan. Data yang anda masukkan dengan betul juga perlu dikemas kini kemudian. Ada kalanya, semua lembaran kerja perlu ditukar. Menyelit Lajur Mengedit Data 13256 123456 Menyelit Baris Sekiranya anda perlu menambah data lajur yang lain, di tengah-tengah lembaran kerja anda, atau anda menyenaraikan satu pekerja setiap baris, mengikut urutan abjad – apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda mengambil pekerja baru? Pelajaran ini menunjukkan anda betapa mudah untuk mengedit, menambah dan menghapus lajur dan baris pada lembaran kerja.

43 Edit data Sekiranya anda ingin memasukkan dalam sel A2, tetapi anda tersilap dengan memasukkan 4500. Sebaik sahaja anda mengesan ralat tersebut, terdapat dua cara untuk membetulkannya. 4500 2007 2008 2009 4500 2700 3900 Edit Dwiklik sel tersebut untuk mengedit data di dalamnya. Atau, setelah mengklik pada sel, edit data dalam Bar Formula. Selepas memilih sel mengikut salah satu kaedah, lembaran kerja menunjukkan Edit pada bar status di sudut kiri sebelah bawah.

44 Edit data Apakah perbezaan di antara dua kaedah ini?
Kemudahan anda. Anda akan dapati bahawa Bar Formula, atau sel itu sendiri, lebih mudah untuk bekerja dengannya. 4500 2007 2008 2009 4500 2700 3900 Edit Di sini ditunjukkan bagaimana anda boleh membuat pembetulan di salah satu tempat: Hapuskan abjad atau nombor dengan menekan BACKSPACE atau dengan memilih keseluruhan abjad dan nombor, kemudian menekan DELETE. Edit abjad atau nombor dengan memilih kesemuanya dan kemudian menaip yang lain.

45 Edit data Apakah perbezaan di antara dua kaedah ini?
Kemudahan anda. Anda akan dapati bahawa Bar Formula, atau sel itu sendiri, lebih mudah untuk bekerja dengannya. 4500 2007 2008 2009 4500 2700 3900 Edit Di sini ditunjukkan bagaimana anda boleh membuat pembetulan di salah satu tempat: Selitkan abjad atau nombor baru ke dalam data sel dengan meletakkan posisi kursor dan menaip.

46 Edit data Apakah perbezaan di antara dua kaedah ini?
Kemudahan anda. Anda akan dapati bahawa Bar Formula, atau sel itu sendiri, lebih mudah untuk bekerja dengannya. 5400 2007 2008 2009 5400 2700 3900 Edit Apa sahaja yang anda lakukan, apabila anda selesai, jangan lupa untuk menekan ENTER atau TAB supaya pembetulan anda tersimpan di dalam sel. Nota: Semasa lembaran kerja dalam mod Edit, sebilangan perintah tidak boleh didapati untuk sementara waktu (berwarna kelabu pada Reben).

47 Alih keluar pemformatan data
Kejutan! Ada pengguna lain menggunakan lembaran kerja anda, mengisi beberapa data, dan menjadikan nombor dalam sel B6 tebal dan berwarna merah untuk menyerlahkan bahawa adalah jumlah paling rendah. A B Rumah 2007 2008 5400 2700 A B 2007 2008 5400 Buang Semua Buang Format A B 2007 2008 5400 4000 Tetapi jumlah telah berubah. Anda ingin membetulkan keadaan.

48 Alih keluar pemformatan data
Kejutan! Ada pengguna lain menggunakan lembaran kerja anda, mengisi beberapa data, dan menjadikan nombor dalam sel B6 tebal dan berwarna merah untuk menyerlahkan bahawa adalah jumlah paling rendah. A B Rumah 2007 2008 5400 2700 A B 2007 2008 5400 Buang Semua Buang Format A B 2007 2008 5400 4000 Seperti yang ditunjukkan dalam gambar: Nombor asal telah diformatkan menjadi tebal dan merah. Jadi anda menghapuskan nombor tersebut. Anda memasukkan nombor baru. Tetapi ia masih tebal dan merah! Apakah yang berlaku?

49 Alih keluar pemformatan data
Apa yang berlaku adalah sel itu sendiri telah diformatkan, dan bukan data di dalam sel. A B Rumah 2007 2008 5400 2700 A B 2007 2008 5400 Buang Semua Buang Format A B 2007 2008 5400 4000 Apabila anda menghapuskan data yang mempunyai pemformatan khas, anda juga perlu menghapuskan pemformatan bagi sel tersebut. Sehingga anda berbuat demikian, sebarang data yang anda masukkan ke dalam sel akan mengandungi pemformatan khas.

50 Alih keluar pemformatan data
Berikut adalah cara menghapuskan pemformatan. A B Rumah 2007 2008 5400 2700 A B 2007 2008 5400 Buang Semua Buang Format A B 2007 2008 5400 4000 Klik di dalam sel, kemudian pada tab Rumah, dalam kumpulan Pengeditan, klik anak panah pada Buang Klik Buang Format, yang menghapuskan format dari dalam sel. Atau anda boleh klik Buang Semua untuk menghapuskan kedua-dua data dan pemformatan serentak.

51 Selit lajur atau baris Selepas memasukkan data, anda akan dapati bahawa anda perlu menambah lajur atau baris untuk menunjukkan maklumat tambahan. Adakah anda perlu mulakan sekali lagi? Sudah tentu tidak. Selitkan Selitkan Sel… Selitkan Baris Helaian Selitkan Lajur Helaian Selitkan Helaian Untuk menyelit satu lajur: Klik mana-mana sel di dalam lajur di sebelah kanan di mana anda ingin lajur baru berada. Pada tab Rumah, dalam kumpulan Sel, klik anak panah pada Selitkan. Pada menu juntai bawah, klik Selitkan Lajur Helaian. Satu lajur kosong baru diselitkan.

52 Selit lajur atau baris Selepas memasukkan data, anda akan dapati bahawa anda perlu menambah lajur atau baris untuk menunjukkan maklumat tambahan. Adakah anda perlu mulakan sekali lagi? Sudah tentu tidak. Selitkan Selitkan Sel… Selitkan Baris Helaian Selitkan Lajur Helaian Selitkan Helaian Untuk menyelit satu baris: Tambahan bagi langkah 1: Sebagai contoh, untuk menyelit satu baris baru di antara baris 4 dan baris 5, klik satu sel dalam baris 5. Klik mana-mana sel pada baris di bawah di mana anda ingin baris baru berada. Dalam kumpulan Sel, klik anak panah pada Selitkan. Pada menu juntai bawah, klik Selitkan Baris Helaian. Satu baris kosong baru diselitkan.

53 Cadangan untuk latihan
Edit data. Hapuskan pemformatan sel. Bekerja dalam mod Edit. Selit dan hapus lajur dan baris.

54 Ujian 3, soalan 1 Apakah yang pertama sekali anda lakukan untuk menghapuskan pemformatan dalam sel? (Pilih satu jawapan.) Hapuskan kandungan sel. Klik Format dalam kumpulan Sel pada tab Rumah. Klik Buang dalam kumpulan Pengeditan pada tab Rumah.

55 Ujian 3, soalan 1: Jawapan Klik Buang dalam kumpulan Pengeditan pada tab Rumah. Kemudian klik Buang Format.

56 Ujian 3, soalan 2 Untuk menambah lajur, klik satu sel dalam lajur di sebelah kanan di mana anda ingin lajur baru berada. (Pilih satu jawapan.) Betul. Salah.

57 Ujian 3, soalan 2: Jawapan Betul.
Kemudian pada tab Rumah, dalam kumpulan Sel, klik anak panah pada Selitkan, dan klik Selitkan Lajur Helaian untuk menyelit lajur.

58 Ujian 3, soalan 3 Untuk menambah baris baru, klik dalam sel di sebelah atas di mana anda ingin baris baru berada. (Pilih satu jawapan). Betul. Salah.

59 Ujian 3, soalan 3: Jawapan Salah.
Sebaliknya, anda perlu klik mana-mana sel dalam baris di sebelah bawah di mana anda ingin baris baru itu berada.


Download ppt "Latihan Microsoft® Office Excel® 2007"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google