Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
KOMPONEN DAN SISTEM OPERASI KOMPUTER
2
Objektif: Mengenalpasti komponen-komponen komputer
Mengenalpasti beberapa sistem pengoperasian komputer
3
KOMPONEN KOMPUTER Komputer = perkakasan (hardware) + perisian (software) Perkakasan komputer terdiri daripada peralatan fizikal yang berada di dalam dan luar sistem unit. Perisian terdiri daripada siri arahan bahasa komputer yang memberi arahan kepada peralatan komputer apa yang patut dilaksanakan Perisian terdiri dari perisian aplikasi dan perisian sistem
4
Komponen utama komputer:
Papan Induk/ motherboard Unit pemprosesan pusat (CPU) Memori (storan primer) Storan Sekunder Peranti Input Peranti output Peranti komunikasi
7
SISTEM UNIT Sistem unit juga dikenali sebagai chasis melindungi komponen eletronik dalaman komputer daripada kerosakan Motherboard merupakan komponen utama dalam sistem unit ini Semua komponen lain komputer disambungkan kepada motherboard Antara komponen yang disambungkan ke motherboard: −Mikroprosesor(CPU) - Memori - Ports
8
KANDUNGAN DALAM SISTEM UNIT
Kad internet kad bunyi kad video Ram modem cpu
9
Papan Induk/ Motherboard
Motherboard adalah papan litar/ circuit board utama dalam sistem unit. mengandungi pelbagai jenis cip dan litar liat elektronik termasuk CPU.
10
Unit Pemprosesan Utama/ Central Processing Unit (CPU)
Juga dipanggil prosesor, menginterpretasi dan melaksanakan arahan asas yang mengoperasikan sesebuah komputer. Bertindak sebagai “otak” komputer. CPU mempengaruhi kuasa komputeran dan menguruskan kebanyakan operasi komputer Kelajuan diukur dalam unit mega hertz (MHz) dan kini Gega Hertz (GHz) Pengeluar CPU: - Intel - Advanced Micro Device(AMD) - Cyrix - IBM
11
Prosesor Khas Xeon Direkabentuk khas untuk pelayan(server)
Dikeluarkan pada tahun2001 dengan kelajuan 1.4GHz ke atas Mengandungi 140 juta transistors Centrino Direkabentuk khas untuk notebook
12
Memori Sewaktu memproses data dan arahan, prosesor meletakkan data dan arahan dalam memori (storan sementara) Juga dipanggil storan primer Memori menyimpan 3 perkara asas: Sistem operasi Program aplikasi Data yang diproses 2 jenis memori: Memori Volatile −Kandungan hilang bila komputer ditutup Memori Nonvolatile −Kandungan tidak hilang bila komputer tutup
13
Random Access Memory (RAM)
Merupakan memori volatile – menyimpan perisian komputer dan data semasa pengkomputeran Dynamic RAM (DRAM) merupakan jenis RAM yang biasa dipakai Terdapat beberapa variasi DRAM di pasaran: −Synchronous DRAM (SDRAM) −Double data rate SDRAM (DDR SDRAM) −Direct Rambus DRAM (Direct RDRAM) Cip memori biasanya diletakkan pada modul memory. Terdapat tiga jenis modul memori: Single inline memory module (SIMM) Dual inline memory module (DIMM) Rambus inline memory module (RIMM)
14
Read Only Memory (ROM) Merupakan nonvolatile memory.
Data tersimpan dalam cip memori hanya boleh dibaca; tak boleh diubahsuai. Data tidak hilang bila komputer ditutup. Cip ROM mengandungi data, arahan atau informasi direkod secara kekal seperti basic input/output system (BIOS).
15
Storan Sekunder Boleh menyimpan data dan arahan secara kekal untuk kegunaan akan datang Media storan merupakan bahan fizikal dalam mana komputer menyimpan data, arahan, dan maklumat. Peranti storan merakam dan mengakses data daripada dan kepada medium storan Contoh media storan: Peranti storan: -floppy disk - cakera liut -hard disk - cakera liat - CD R, CD RW - cakera CD - removal disk
16
Peranti Input Peranti input merupakan perkakasan/hardware yang membolehkan pengguna memasukkan data dan arahan kepada komputer. Contoh:
17
Peranti Output Komponen hardware menyampaikan informasi kepada pengguna. Contoh:
18
Peranti Komunikasi Peranti komunikasi membolehkan pengguna komputer berkomunikasi dan bertukar data, arahan dan maklumat dengan komputer lain. Contoh : External modem Router
19
Ports Peranti luaran seperti papan kekunci, monitor dan pencetak biasanya disambung melalui kabel ke sistem unit. Port merupakan perantara (interface) ke sistem unit. Port mempunyai penyambung.
20
Jenis Ports Serial −Perantara hantar data satu bit pada satu masa
−Sesuai untuk peranti yang tidak memerlukan penghantaran data laju seperti tetikus dan papan kekunci Parallel −Perantara untuk menghantar lebih daripada satu bit pada satu masa. −Digunakan untuk pencetak. Universal Serial Bus (USB) −USB boleh digunakan untuk menyambungkan sehingga 127 jenis peranti luaran
21
Contoh port yang boleh didapati pada sistem unit:
24
SISTEM PENGOPERASIAN Membolehkan komputer berfungsi
2 jenis yg berasaskan: 1. antara muka baris perintah (command line interface (CLI)) - semua arahan perlu ditaip mengikut syntax tertentu yg tlh ditetapkan Cth: MS-Dos untuk komputer peribadi
25
2. antara muka grafik pengguna (graphic user interface (GUI))
- pengguna blh berinteraksi dgn komputer guna tetikus, penunjuk grafik Cth: Microsoft Windows dan Mac OS
26
Peranan Sistem Pengoperasian
Mengurus dan mengagih penggunaan memori Mengawal fungsi peranti input dan output Mengendali sistem fail
27
Sistem Operasi Windows
Sejarah: rujuk Kelebihan: 1. nama fail yang panjang – hingga 255 aksara 2. multitasking – keupayaan melancarkan banyak kerja dalam satu2 masa dgn lebih baik 3. Plug-and Play – sistem akan secara automatik configure alatan seperti CD-ROM dan modem
28
4. sokongan kepada multimedia dan grafik
5. sokongan kepada sambungan internet
29
Istilah asas Windows 1. Desktop
- kawasan di skrin apabila buka Windows - ada bar Task dan shortcut kepada aplikasi yang selalu diguna
30
2. Tetikus - alat input yg penting dalam sistem operasi Windows Mempunyai 2 butang: kiri dan kanan Kiri: - melancarkan aplikasi dari butang start – sekali klik - melancarkan aplikasi shortcut di atas desktop – dwi klik - membuat kerja2 suntingan dalam sesuatu dokumen untuk blok teks dan melukis Kanan: - Diguna untuk mempamerkan menu pop-up dengan satu klik. - menu pop-up adalah menu yg terpancar di mana-mana lokasi, berbeza-beza mengikut lokasi yang diklik.
31
3. Folder Dulu dikenali sebagai direktori Tempat menyimpan dokumen atau program Memudahkan lokasi dokumen dan program disimpan – ibarat kabinet fail
32
4. Shortcut - ikon ini diletak di desktop - cara cepat untuk mendapatkan item yang selalu anda guna
33
Memulakan Windows Apabila memulakan Windows, paparan dekstop muncul di skrin. Windows menawarkan beberapa fleksibiliti bagi melancarkan sesuatu program. Cara: - Butang start dan Menu Start, atau - Shortcut
34
Contoh: Bila butang start diklik, menu start terpapar. Anda boleh melancarkan aplikasi, membuka dokumen, mengubahsuai setting sistem komputer, mencari folder dan fail serta mendapatkan bantuan dari menu start ini.
35
Menutup Windows dan komputer
Anda perlu mengikut prosedur tertentu apabila hendak keluar daripada Windows dan menuutup komputer. Sekiranya tidak mengikut prosedur yang ditetapkan, sistem komputer akan mengalami masalah apabila dibuka semula kemudian. Cara: Klik butang Start I Shut Down
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.