Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 5: AKHLAK MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN DI AKHIRAT

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 5: AKHLAK MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN DI AKHIRAT"— Transcript presentasi:

1 BAB 5: AKHLAK MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN DI AKHIRAT
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 4 AKHLAK ISLAMIAH BAB 5: AKHLAK MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN DI AKHIRAT

2 MENYEDARI HAKIKAT MATI
Setiap sesuatu yang diciptakan Allah s.w.t. akan binasa termasuk manusia. Seperti firman Allah : “Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal wajah Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.” (al-Rahman:26-27) 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5

3 MENYEDARI HAKIKAT MATI
Hakikat kematian tidak dapat disangkal oleh semua manusia. Setiap yang hidup pasti akan mati. Firman Allah, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (al-Ankabut:57) 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5

4 MENYEDARI HAKIKAT MATI
Kematian merupakan sesuatu yang telah ditetapkan bagi setiap manusia. Kematian itu pasti, tetapi tidak dapat ditentukan bila, di mana dan bagaimana ia berlaku. “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaatpun dan tidak dapat pula memajukannya.”(al-A’raaf:34) 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5

5 MENGINGATI MATI Rasulullah menganjurkan umatnya supaya sentiasa mengingati mati tetapi tidak bermaksud perlu meninggalkan segala urusan dunia. Dengan mengingati mati, dapat memelihara diri daripada kelalaian oleh kenikmati dan kelazatan dunia. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5

6 MENGINGATI MATI Selain itu, akan sentiasa sedar menginsafi diri bahawa Allah s.w.t. sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Kita juga akan sentiasa ada rasa takut untuk melakukan perkara-perkara yang dibenci oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. serta memperbanyakkan amalan. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5

7 MENGINGATI MATI Wasiat Rasulullah kepada umatnya, rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara: Masa muda sebelum masa tua Masa sihat sebelum sakit Masa senang sebelum masa susah Masa hidup sebelum mati Masa lapang sebelum masa sibuk 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5

8 MENGINSAFI ADANYA PERSOALAN KUBUR DAN AZAB KUBUR
Kematian adalah penutup alam dunia dan permulaan kepada kehidupan yang hakiki. Seorang Muslim yang meninggal dunia wajib diuruskan jenazahnya iaitu: a. memandikan b. mengkafankan c. bersolat d. mengkebumikannya 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5

9 MENGINSAFI ADANYA PERSOALAN KUBUR DAN AZAB KUBUR
Alam kubur ( alam barzakh ) merupakan perantaraan antara kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Merupakan alam pembalasan yang pertama bagi manusia. Ketika jenazah dimasukkan ke dalam kubur, maka tibalah malaikat Munkar dan Nakir dan mulalah persoalan kubur. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5

10 MENGINSAFI ADANYA PERSOALAN KUBUR DAN AZAB KUBUR
Keadaan jenazah di dalam kubur tergantung kepada amalannya di dunia. Jika baik amalannya, maka ringanlah ujian dan dugaan. Dan jika buruk amalannya, beratlah azabnya. Umat Islam disunatkan untuk menziarahi kubur agar mengingati mati dan hari akhirat. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5

11 BERTAFAKUR MENGENAI KEDAHSYATAN HARI KIAMAT
Percaya kepada Hari Kiamat adalah rukun Iman yang kelima. Hari Kiamat itu di antara perkara ghaib. Allah menerangkan keadaan kiamat dalam al-quran: Langit yang berdiri kukuh akan terbelah dan digulung Bintang-bintang yang menghiasi langit akan jatuh berserakkan 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5

12 BERTAFAKUR MENGENAI KEDAHSYATAN HARI KIAMAT
Gunung-gunung akan dihancurkan dan menjadi seperti bulu yang berhamburan. Lautan yang luas akan menjadi panas meluap-luap. Bumi digegarkan dan memuntahkan segala isi perutnya. Manusia akan menjadi seperti kupu-kupu. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5

13 BERTAFAKUR MENGENAI KEDAHSYATAN HARI KIAMAT
Sebagai Muslim, hendaklah sentiasa beringat dan bertafakur akan amaran Allah s.w.t. mengenai kedatangan hari Kiamat kerana semua amalan akan diperlihatkan semula. Kita hendaklah sentiasa segera dalam melaksanakan ibadah, amal kebaikan serta menyempurnakan akhlak agar termasuk dikalangan orang yang beruntung dan terselamat dari azab Allah s.w.t. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5

14 BERTAFAKUR MENGENAI KEDAHSYATAN HARI KIAMAT
Nota Tanda-tanda KECIL hari Kiamat: Ilmu agama diremehkan dan tidak dipedulikan Perbuatan zina tersebar luas Urusan diserahkan kepada yang bukan ahli Berlakunya pembunuhan di merata tempat 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5

15 BERTAFAKUR MENGENAI KEDAHSYATAN HARI KIAMAT
Nota Tanda-tanda BESAR hari Kiamat: Munculnya Dajjal Turunnya Nabi Isa a.s. Matahari terbit dari arah barat Keluarnya Yakjuj dan Makjuj 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5

16 KEBAHAGIAAN MANUSIA TERGANTUNG KEPADA TIMBANGAN AMALANNYA
Setelah seluruh isi dunia dihancur, manusia akan dibangkitkan semua untuk dipertanggungjawabkan segala amal perbuatannya. Allah s.w.t tidak memandang remeh perbuatan manusia walau seberat dzarrah. Di hari perhitungan amal, manusia tidak lagi dapat membantu antara satu sama lain. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5

17 KEBAHAGIAAN MANUSIA TERGANTUNG KEPADA TIMBANGAN AMALANNYA
Sabda Nabi s.a.w: “Orang yang paling bijaksana di kalangan kamu ialah orang yang sentiasa menghisab dan menghitung dirinya serta beramal sebagai persediaan untuk menghadap Allah selepas mati. Sedangkan orang yang lemah (akalnya) ialah orang yang sentiasa menuruti hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah.” (HR. Tirmidzi) 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 5


Download ppt "BAB 5: AKHLAK MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN DI AKHIRAT"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google