Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

2.4 ALATAN TANGAN DAN MESIN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "2.4 ALATAN TANGAN DAN MESIN"— Transcript presentasi:

1 2.4 ALATAN TANGAN DAN MESIN

2 ALATAN TANGAN Alatan tangan digunakan dalam proses pembuatan dan penghasilan sesuatu projek. Alatan tangan mestilah sesuai dengan bahan dan tujuan alatan digunakan. Kriteria pemilihan alatan tangan ialah: Kesesuaian alatan tangan dengan bahan. Kemahiran mengendalikan alatan. Kemudahan mendapatkan alatan. Faktor keselamatan semasa menggunakan alatan.

3 Jenis Alatan Tangan

4 Gerudi Engkol Gerudi Tangan

5 Sesiku L Untuk menguji kepersegian dan kerataan kayu.
Membuat garisan bersudut tepat. Menentukan ketepatan 900. Bilah kelulinya bersudut 900 dengan tonggaknya.

6 Kikir Parut Digunakan untuk meratakan permukaan kayu.
Juga untuk membentuk lengkuk pada penjuru kayu. Saiznya ditentukan oleh panjang kikir dan gred mata pemotongnya.

7 Gergaji Lengkung Halus
Memotong lengkung pada kayu yang nipis seperti papan lapis. Bingkainya diperbuat daripada dawai dan mempunyai mata halus. Matanya dipasang menghala ke hulu

8 Pahat Tepi Serong Meraut, memahat dan menatal tanggam.
Saiz ditentukan oleh lebar mata pemotong. Matanya diperbuat daripada keluli karbon tinggi.

9 Tukul Warington Menukul paku kecil dan halus. Contoh: paku panel.
Saiz ditentukan oleh berat kepalanya.

10 Pita Pengukur Untuk kerja mengukur.
Saiz biasa digunakan ialah 3 m - 6 m. Pita dapat dikeluarkan dan dimasukkan semula ke perumahnya. Pengunci digunakan untuk mengunci pita.

11 Pembaris Keluli Mengukur jarak. Memindahkan ukuran.
Menanda garisan lurus. Menguji kerataan kayu. Diperbuat daripada logam tidak berkarat. Saiz lazim ialah 300 mm.

12 Gergaji Tangan Untuk mengerat dan membelah kayu.
Saiz ditentukan mengikut panjang bilahnya. Bilangan gigi setiap 25 mm

13 Gergaji Puting Memotong kayu yang bersaiz kecil.
Juga untuk memotong tanggam. Jalur logam di bahagian atas adalah untuk meluruskan dan menguatkan bilah gergaji.

14 Tukul Kuku Kambing Menukul dan mencabut paku.
Saiz ditentukan oleh berat kepalanya.

15 Gandin Kayu Digunakan untuk memukul alatan berhulu kayu seperti pahat tepi serong. Juga mengetuk bahagian projek ketika pemasangan. Saiz ditentukan oleh saiz kepalanya. Diperbuat daripada kayu keras.

16 Tolok Penanda Menanda ukuran tebal dan lebar kayu.
Bahagian taji digunakan untuk menanda permukaan kayu. Badannya boleh digerakkan sepanjang batang.

17 Tolok Serong Untuk menguji atau menanda sudut yang bukan 900.
Bilahnya boleh dilaraskan mengikut sudut yang dikehendaki. Skru pelaras berfungsi untuk mengetatkan bilah.

18 Mesin Gerudi Mudah Alih
Digunakan untuk membuat lubang pada kayu atau logam lembut. Boleh dilakuan secara menegak atau mendatar. Saiz ditentukan oleh diameter mata gerudi. Mata gerudi diperbuat daripada keluli tahan lasak atau keluli berkarbon.

19 Mesin Gerudi Lantai Digunakan untuk membuat lubang pada kayu atau logam. Saiznya ditentukan oleh diameter mata gerudi yang dipasang pada rahangnya. Benda yang hendak digerudi mestilah diapit pada ragum gerudi sebelum digerudi. Ragum Gerudi

20

21 Sekian Selamat Mengulangkaji


Download ppt "2.4 ALATAN TANGAN DAN MESIN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google