Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 3: Gaya Penulisan Berita

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 3: Gaya Penulisan Berita"— Transcript presentasi:

1 UNIT 3: Gaya Penulisan Berita

2 Apakah Berita? • Pelaporan kejadian atau peristiwa yang berlaku berdasarkan fakta-fakta • Berita biasanya ringkas, padat dan tepat; mudah dibaca dan mudah difahami

3 Gaya Penulisan Berita

4 Gaya penulisan berita dipengaruhi oleh perkara-perkara berikut:-
Fakta semasa Pendulu Format piramid terbalik Elemen 5W 1H

5 Fakta semasa Fakta haruslah terkini yang sedang diperbualkan masyarakat

6 2. Pendulu Pendulu berita adalah perenggan pertama sesebuah berita dan merupakan ciri yang terpenting dan berupaya menarik perhatian pembaca.

7 3. Format piramid terbalik
Penggunaan Format Piramid Terbalik sebagai panduan menulis berita digunakan secara berkesan bagi memastikan aturan nilai berita secara strategic sehingga menjadi struktur berita yang lengkap dan padat.

8 4. Elemen 5W 1H Elemen ’5W dan 1H’, iaitu apa (what), di mana (where), siapa (who), kenapa (why), bila (when) dan bagaimana (how) hendaklah dikenal pasti dan dijadikan ’bahan mentah’ sebagai keperluan asas untuk menulis berita. Kebijaksanaan seseorang penulis berita dalam kemahiran ini dapat mempertingkat kualiti berita yang dihasilkan.

9 Nilai Berita Nilai sesebuah berita itu dipengaruhi oleh faktor berikut iaitu:- 1. Penentu berita 2. Komponen berita

10 Menurut Kepplinger & Ehmig (2006), terdapat lima penentu berita:-
Faktor Masa (Timeliness Factor) Faktor Kemanusiaan (Human interest Factor) Faktor Kesan Berturutan (Consequential Factor) Faktor Status (Prominence Factor) Faktor jarak (Proximity Factor)

11 Isu hukuman penjara ketua parti pembangkang
a. Faktor Masa Dari aspek faktor masa, untuk ‘menjadi berita’, maklumat tersebut mestilah baru dan terkini. Contoh: Isu hukuman penjara ketua parti pembangkang

12 b. Faktor Kemanusiaan Contoh:
Berita itu membangkitkan emosi dalam pembaca. Mungkin menaikkan semangat, marah, simpati, sedih, takut, berani dan sebagainya. Contoh: Isu pelajar UiTM yang dikelar lehernya– menaikkan rasa marah, simpati rakyat

13 c. Faktor Kesan Berturutan
Merujuk kepada kesan fizikal kepada khalayak hasil daripada pemberitaan tersebut. Contoh:- Laporan berita tentang kesan kenaikan harga barang-barang:- rakyat mula berjimat cermat.

14 Perdana menteri, selebriti, tokoh negarawan
d. Faktor Status Merujuk kepada tahap pengaruh individu yang terlibat dalam pemberitaan. Semakin kuat dan luas pengaruh individu tersebut, maka semakin bernilai berita yang disiarkan. Contoh:- Perdana menteri, selebriti, tokoh negarawan

15 Berita tanah runtuh atau banjir kilat yang berlaku di Serdang.
e. Proksimiti Merujuk kepada jarak di antara tempat peristiwa yang diberitakan dengan tempat berita disebarkan. Semakin hampir jarak tersebut maka semakin bernilai dan penting berita itu kepada pembaca. Contoh:- Berita tanah runtuh atau banjir kilat yang berlaku di Serdang.

16 2. Komponen Berita Komponen berita adalah sebahagian elemen yang mempengaruhi nilai berita. Semakin banyak komponen berita dalam sesebuah penulisan, semakin tinggi nilai dan kepercayaan berita tersebut.

17 Terdapat 8 komponen berita iaitu:-
Umur Haiwan Jantina Konflik Wang Kanak-kanak Kecantikan Unsur kemanusiaan


Download ppt "UNIT 3: Gaya Penulisan Berita"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google