Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Andalus PPI Minggu 3 Surah An-Nazi’at ayat 1-26

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Andalus PPI Minggu 3 Surah An-Nazi’at ayat 1-26"— Transcript presentasi:

1 Andalus PPI Minggu 3 Surah An-Nazi’at ayat 1-26
Tafsir 3 Andalus PPI Minggu 3 Surah An-Nazi’at ayat 1-26 Disiapkan oleh: Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

2 Pendahuluan Surah Makkiyyah yang mengandungi 46 ayat
Allah s.w.t. memulakan surah ini dengan bersumpah dengan al-Nazi’at iaitu para Malaikat yang mencabut nyawa anak Adam. Bila Allah s.w.t. bersumpah dengan sesuatu ianya menunjukkan suatu perkara yang sangat besar peranannya dalam kehidupan manusia.

3 Kaitan surah dengan surah sebelumnya
Persamaan tema tentang Kiamat Dari segi pendahuluan dan penutup. Pendahuluan: kedua-dua surah membicarakan tentang hari kebangkitan dan hari Kiamat. (Naba’)menegaskan kewujudan hari kebangkitan, perhitungan dan pembalasan. (Al-Nazi’at) kepastian berlaku kiamat bagi mengukuhkan kenyataan di akhir surah An-Naba’.

4 Kaitan surah dengan surah sebelumnya
Penutup: Surah An-Naba’ diakhiri dengan memberi peringatan terhadap azab yang hampir pada hari Kiamat. Surah an-Nazi’at ditutup dengan penetapan hari perhimpunan dan kebangkitan serta kepastian kiamat yang akan terjadi.

5 Kandungan surah secara umum
Ia menekankan persoalan teras akidah iaitu mentauhidkan Allah, beriman dengan kenabian dan meyakini hari kebangkitan. Sumpahan di awal surah ini bagi membuktikan bahawa hari Kiamat itu akan terjadi. Gambaran keadaan Musyrikin selepas mati.

6 Kandungan surah secara umum
Disebutkan tentang kisah Nabi Musa dengan Fir’aun yang mendakwa dirinya sebagai tuhan. Ayat-ayat yang menunjukkan Allah s.w.t. berkuasa menciptakan langit sebagai bukti kekuasaanNya terhadap mereka yang engkar. Diakhiri dengan penerangan dahsyatnya kejadian Kiamat.

7 Sumpah tentang kemestian Kiamat, perihal orang-orang kafir Musyrikin pada hari tersebut dan jawapan Allah terhadap keengkaran mereka mengenai Kiamat. An-Nazi’at Ayat 1-14

8 Tafsiran Demi (malaikat-malaikat) yang mencabut nyawa dengan keras.
Dan (malaikat-malaikat) yang mencabut nyawa dengan lemah lembut. Dan (malaikat-malaikat) yang turun dari langit dengan cepat. Dan (malaikat-malaikat) yang mendahului dengan kencang. Dan (malaikat-malaikat) yang mengatur urusan (dunia).

9 Tafsiran Allah s.w.t. bersumpah dengan malaikat yang bertugas mencabut nyawa orang-orang kafir daripada jasad mereka dengan kuat dan ganas. Ruh orang-orang mukmin dicabut dengan cepat, lembut dan mudah. Allah s.w.t. bersumpah dengan malaikat yang mengiringi ruh orang-orang Mukmin ke syurga, menguruskan perkara yang jalal dan haram dan mentadbir angina serta hujan bagi penduduk bumi dan lain-lain.

10 Tafsiran Dikatakan bahawa urusan mentadbir dunia diserahkan kepada empat Malaikat; Jibril: menjadi penjaga angina dan bala tentera Mikail: menjadi penjaga hujan dan tumbuh-tumbuhan. Izrail: menjadi petugas mencabut nyawa. Israfil: merupakan malaikat yang turun dengan tugas-tugas khusus.

11 Tafsiran Allah s.w.t. menggunakan ‘amra’ bukan ‘umuura’ kerana apa yang dikehendaki daripada sebutan itu ialah “al-Jins” atau kata nama bagi jenis urusan, sebarang urusan. Menguruskan urusan ala mini hakikatnya adalah kerja Allah s.w.t. Tetapi disandarkan kepada malaikat adalah kerana mereka pelaksananya atau mereka adalah pemangkinnya.

12 Tafsiran Jawapan bagi sumpahan ini tidak disebutkan, namun diandaikan jawapannya ialah: “kamu pasti dibangkitkan selepas mati.” Dalilnya ialah dengan kata-kata mereka pada ayat ke 11 “apakah (akan dibangkitkan juga) apabila kami telah menjadi tulang belulang yang hancur lumat?”

13 Tafsiran Pendapat al-Zamakhsyari: tiga ayat yang pertama menggunakan huruf ataf Waw, 2 ayat terakhir menggunakan ataf Fa’, ini dikeranakan dua ayat terakhir inimenjadi penyebab kepada ayat-ayat sebelumnya.

14 Tafsiran (Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan) pada hari (dilaksanakan) tiupan pertama yang menggoncangkan alam. Tiupan pertama itu diiringi oleh tiupan kedua.

15 Tafsiran Dikatakan al-Rajifah itu bermaksud: tiupan pertama yang mematikan semua makhluk. Diikuti tiupan kedua yang menjadikan manusia bangkit semula selepas mati.

16 Tafsiran Hati manusia pada waktu itu sangat takut.
Pandangan mereka tunduk.

17 Tafsiran Kelak akan ada hati-hati yang menjadi kecut dan gementar menghadapi kiamat lantaran dahsyatnya malapetaka hari tersebut yang terpaksa mereka harungi. Mereka menundukkan pandangan dengan penuh hina-dina disebabkan kepayahan padah dan musibah yang mereka lalui.

18 Tafsiran Mereka lantas berkata:
(orang-orang kafir) berkara: “Apakah sesungguhnya kami benar-benar dikembalikan kepada kehidupan yang semula? Apakah (akan dibangkitkan juga) apabila kami telah menjadi tulang-belulang yang hancur lumat? Mereka berkata: “kalau demikian, ini adalah satu pengembalian yang merugikan.”

19 Sebab turun ayat 10 dan 12 Sa’id bin Mansur telah meriwayatkan daripada Muhammad bin Ka’ab, katanya: “Apabila diturunkan firman Allah, “Apakah sesungguhnya kami benar-benar dikembalikan kepada kehidupan yang semula.” Orang-orang kafir Quraisy berkata: “sekiranya kami dihidupkan kembali, maka nescaya rugilah kami?”

20 Tafsiran Orang-orang yang mengingkari hari kebangkitan memandang ianya sesuatu yang mustahil kerana tulang belulang yang telah hancur dan berkecai. Sekiranya ianya benar-benar akan terjadi maka mereka itu akan mengalami kerugian yang amat besar.

21 Tafsiran Ungkapan mereka yang mengatakan bahawa mereka akan rugi jika hari kebangkitan itu benar, adalah bermaksud memperolok-olokkan Nabi Muhammad s.a.w.

22 Tafsiran Sesungguhnya pengembalian itu hanyalah dengan satu kali tiupan sahaja. Maka dengan serta merta mereka hidup kembali di permukaan bumi.

23 Tafsiran Allah s.w.t. menegaskan bahawa kebangkitan itu hanyalah dengan satu kali tiupan, tidak perlu bagi mereka untuk fikirkan lebih jauh tentang bagaimana ia boleh berlaku. Kerana di sisi Allah s.w.t. itu hanyalah perkara yang mudah.

24 Pedoman hidup dan hukum-hakam
Allah telah bersumpah dengan lima jenis malaikat yang mempunyai tanggungjawab yang berbagai bagi menyatakan bahawa kiamat itu merupakanb suatu perkara yang benar. Pada hari kiamat yang menggerunkan itu, bumi dan bukit bergegar dan berbolak-balik. Ini diikuti oleh langit yang terbelah dan bertabur. Rajifah: bumi / tiupan pertama Radifah: langit / tiupan kedua

25 Pedoman hidup dan hukum-hakam
Hati orang-orang kafir yang meninggal dunia bukan dalam agama Islam menjadi takut dan gementar.

26 Pedoman hidup dan hukum-hakam
Musyrikin membuktikan bahawa mereka engkar kejadian hari kebangkitanmelalui tiga kenyataan: “Apakah kami akan dikembalikan hidup selepas mati sama seperti kehidupan kami dahulu?” Kami tidak fikir bahawa kami akan dikembalikan sebagaimana dahulu setelah tulang-belulang kami reput dan hancur berkecai.” “kebangkitan yang disebutkan itu merupakan satu khayalan, bohong dan dusta belaka.”

27 Pedoman hidup dan hukum-hakam
Allah s.w.t. menutup mulut mereka dengan: “jangan kamu menyangka untuk mengembalikan kami kepada kejadian asal itu merupakan satu perkara yang sukar di sisi Allah. Ia tidak lebih dari sekadar satu tiupan lalu mereka semua pun dikeluarkan dari perut bumi dan dihimpunkan di atas permukaan bumi akhirat.”

28 Pengajaran yang menakutkan dari kisah Musa a.s. dengan Firaun.
An-Nazi’at Ayat 15-26

29 Kaitan ayat dengan ayat sebelumnya:
Ayat sebelum menjelaskan kesungguhan orang-orang kafir menafikan kewujudan hari kebangkitan semula seperti yang tercata pada ayat 10-12, ianya menimbulkan satu tekanan perasaan pada jiwa Nabi Muhammad s.a.w. Setelah itu Allah s.a.w. menyebutkan pada ayat-ayat berikut tentang kisah Nabi Musa a.s. berhadapan dengan Fir’aun yang bersifat Taghut.

30 Kaitan ayat dengan ayat sebelumnya:
Supaya dengan kisah tersebut dapat melegakan tekanan ke atas baginda Muhammad s.a.w. kerana Nabi Musa menanggung kesusahan yang lebih besar dalam dakwahnya terhadap Fir’aun. Pada masa yang sama juga ianya menjadi suatu pengajaran bagi orang-orang kafir bahawa mereka juga boleh ditimpakan musibah dan azab daripada Allah s.w.t.

31 Tafsiran Sudahkah sampai kepadamu (ya Muhammad) kisah Musa
Tatkala Tuhannya memanggilnya di lembah suci iaitu Lembah Thuwa.

32 Tafsiran Kenapa Nabi Musa? Kerana Nabi Musa a.s. merupakan antara nabi-nabi yang paling menonjol dari segi mukjizatnya. Sebutan tentang kisah Nabi Musa dapat menghiburkan Rasulullah s.a.w. setelah baginda berhadapan dengan kesukaran golongan Musyrikin yang kufur dan memperolok-olokkan seruan baginda s.a.w.

33 Tafsiran Ianya juga sebagai pengajaran bagi mereka yang kufur dengan hari kebangkitan, dengan diberikan contoh wujudnya mereka yang lebih berkuasa daripada mereka mendustakan kebenaran wahyu Allah s.w.t. dan kemudian diturunkan azab sehingga mereka lenyap.

34 Tafsiran “Pergilah kamu kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas.” Dan katakanlah (kepada Fir’aun): “Adakah kamu mahu membersihkan diri (dari kesesatan).” Dan kamu kupimpin ke jalan Tuhanmu agar kamu takut kepadaNya.

35 Tafsiran Dan kemudian Allah s.w.t. menceritakan secara ringkas kisah Nabi Musa a.s. berhadapan dengan Fir’aun. Allah s.w.t. berkata kepada Musa a.s. pergilah kepada Firaun yang bersifat Taghut. Dan sampaikanlah seruan agar dia takut kepada Allah s.w.t.

36 Tafsiran Kemudian Allah s.w.t. mengajar kepada Nabi Musa a.s. cara-cara menyampaikan dakwah dengan berfirman (maksudnya): “maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” Surah Taha ayat 44. Allah s.w.t. mengingatkan Nabi Musa a.s agar menyampaikan peringatan-peringatan kepada Fir’aun itu dengan kata-kata yang lembut agar dakwahnya lebih berkesan kepada golongan penguasa yang jahat.

37 Tafsiran Dengan pendekatan yang demikian, ianya akan dapat mengurangkan tindakbalas negatif dari seorang raja yang sangat zalim dan melampaui batas terhadap Allah s.w.t. Ayat-ayat ini juga menjadi dalil bahawa tujuan utusan para rasul adalah untuk menyampaikan Hidayah Allah s.w.t. kepada manusia agar mereka kenal Pencipta mereka. Manakala panduan untuk mengenal Allah ini tidak boleh dicapai melainkan dari orang yang membawa petunjuk.

38 Tafsiran Lalu Musa memperlihatkan kepadanya mukjizat yang besar.

39 Tafsiran Kemudian Allah s.w.t. menjelaskan bahawa Musa a.s. telah menunjukkan kepada Firaun mukjizat yang besar dimilikinya. Mukjizat para nabi yang diutus Allah s.w.t. hanyalah untuk membuktikan kebenaran kenabian atau kerasulan mereka.

40 Tafsiran Tetapi Fir’aun mendustakan dan mendurhakai.
Kemudian dia berpaling seraya berusaha menentang (Musa).

41 Tafsiran Walaupun begitu Fri’aun masih tetap mendustakan kebenaran wahyu yang disampaikan oleh Nabi Musa a.s. Dia derhaka kepada Allah s.w.t. dan berpaling serta bersungguh-sungguh merancang tipu muslihat ke atas Musa dan menentang dakwah Nabi Musa dengan sekeras-kerasnya. Allah s.w.t. menghimpunkan perkataa ‘kazzaba’ dan ‘aso’ bagi menunjukkan bahawa pendustaan mereka adalah dengan hati dan juga lidah.

42 Tafsiran Maka dia mengumpulkan (pembesar-pembesarnya) lalu berseru memanggil kaumnya. (Seraya) berkata: “Akulah tuhanmu yang paling tinggi.”

43 Tafsiran Lalu Fir’aun mengumpulkan bala tenteranya untuk beliau mendapatkan buah fikiran mereka atau tukang sihirnya bagi merancang persaingan terhadap Nabi Musa a.s. Seterusnya beliau menyeru dari tempat perhimpunan itu atau memerintah orang menyeru: “Akulah tuhan kamu yang paling tinggi, tuhan yang berkuasa mutlak, tidak ada tuhan lain mengatasiku.”

44 Tafsiran Maka Allah menyiksanya dengan azab di akhirat dan azab di dunia. Sesungguhnya dalam padah yang menimpa (Fir’aun) itu terdapat pelajaran bagi orang yang takut (kepada tuhannya).

45 Tafsiran Oleh kerana kebiadabannya terhadap Allah s.w.t. itu, diturunkan ke atasnya azab di dunia dengan menenggelamkannya serta bala tenteranya. Peringatan buat mereka kepada balasan di hari akhirat yang berupa azab api neraka. Pengiktibaran yang perlu diambil juga oleh orang-orang yang beriman dan juga mereka yang kufur bahawa golongan seperti Firaun itu diberikan azab di dunia dan akhirat.

46 Pedoman Hidup dan Hukum-hakam
Kisah Nabi Musa a.s. dengan Firaun dan bala tenteranya benar-benar membawa pengajaran dan teladan bagi orang-orang yang mahu mengambil iktibar. Melalui kisah tersebut juga dapat memberikan sedikit sebanyak kelegaan kepada Nabi s.a.w. dalam menghadapi tentang kaumnya.

47 Pedoman Hidup dan Hukum-hakam
Kisah Nabi Musa a.s. dengan Firaun dan bala tenteranya benar-benar membawa pengajaran dan teladan bagi orang-orang yang mahu mengambil iktibar. Melalui kisah tersebut juga dapat memberikan sedikit sebanyak kelegaan kepada Nabi s.a.w. dalam menghadapi tentang kaumnya.

48 Pedoman Hidup dan Hukum-hakam
Allah s.w.t. mendatangkan contoh kekufuran yang lebih besar daripada golongan musyrikin yang dihadapai oleh baginda Muhammad s.a.w. Walaupun telah ditunjukkan mukjizat Nabi Musa a.s. itu, tetap Firaun menolak bahkan bertindakbalas dengan mendustakan dan menderhakai Allah s.w.t.

49 Pedoman Hidup dan Hukum-hakam
Walaupun Firaun mempunyai ketenteraan yang sangat kuat ketika itu, ia tetap tidak ada tandingan sedikit pun terhadap kekuasaan Allah s.w.t. Sebagai peringatan dan iktibar bagi orang-orang yang beriman dan juga mereka yang kufur kepada Allah s.w.t.

50 Bersambung


Download ppt "Andalus PPI Minggu 3 Surah An-Nazi’at ayat 1-26"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google