Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

AKIDAH 1.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "AKIDAH 1."— Transcript presentasi:

1 AKIDAH 1

2 Bahagian Iman Iman terbahagi kepada lebih dari 70 bahagian.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A dari Nabi S.A.W bersabda: Iman itu lebih dari enam puluh atau tujuh puluh bahagian, yang paling utama ialah (mengakui) tiada Tuhan selain Allah, dan yang paling rendah ialah mengetepikan benda yang menyakitkan di jalan dan malu itu sebahagian dari iman. (Hadis sahih Bukhari dan Muslim)

3 RINGKASAN MUKJIZAT NABI SAW

4 Definasi Mukjizat Dari segi bahasa: lemah atau melemahkan (’Ajaza- A’jaza) mensabitkan kelemahan untuk sesuatu Dari segi Istilah: Perkara luar biasa yang dianugerahkan Alah S.W.T kepada para nabi sebagai bukti kebenaran risalah mereka dan cabaran kepada orang yang memungkiri kenabian mereka.

5 Mukjizat Risalah Nabi Muhammad saw
Pengkhabaran kedatangan baginda di kitab yang terdahulu Firman Allah : “ Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah, Nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka” (al-A’raaf: 157) “ Orang yang Kami beri Kitab sebelum turunnya Al- Quran, mereka beriman kepadanya” (al-Qasas: 52)

6 Mukijzat Hissi bagi Nabi S.A.W
Ribut yang mengalahkan tentera kafir (perang Ahzab) Memperbanyakkan makanan yang sedikit Membelah bulan Pokok dan batu memberi salam kepada Nabi S.A.W Menyembuhkan orang yang didoa Rasul (Qatadah R.A) dalam perang Uhud Pelepah Korma yang menyebabkan manusia menangis Batu bertasbih Biawak yang menyaksikan ketuhanan Allah S.W.T

7 Mukjizat Al-Quran Kefasihan lafaz, uslub (gaya bahasa) dan susunannya
Mengandungi berita-berita tentang perkara ghaib yang telah dan akan berlaku Mengesani jiwa manusia dan terasa yang berkata-kata kepada kita ialah Allah swt Hukum-hakam di dalamnya telah menghasilkan umat yang terbaik diantara umat manusia Mengandungi ilmu dan fakta yang bertetapan dengan peredaran zaman Kandungan yang meliputi pelbagai bidang sedangkan yang membawanya adalah Nabi yang ummi Sesuai untuk setiap zaman dan tempat hingga ke akhir waktu

8 Beriman dengan al-Quran & kitab-kitab terdahulu
Beriman bahawa kitab-kitab yang diturunkan ke atas nabi-nabi menurut undang-undang untuk kebaikan umat , terkandung di dalamnya nasihat dan panduan untuk kepentingan umat. Terbahagi kepada beberapa bahagian antara yang paling penting: 1) Tertulis pada papan 2)didengari dari belakang tabir 3) dari malaikat

9 Beriman dengan al-Quran & kitab-kitab terdahulu
Beriman bahawa Quran adalah kata-kata ALLAH S.W.T bukan Makhluk dan bersifat azali dan ia tertulis di dalam mushaf dan disimpan dalam hati dan dibaca dengan lisan. Ulama’ berpendapat bahawa terdapat 104 kitab yang diturunkan: 50 kepada Nabi Syiith A.S, 30 kepada Nabi Idris A.S, 10 kepada Nabi Adam A.S, 10 kepada Nabi Ibrahim A.S, Taurat ke atas Nabi Musa A.S, Injil atas Nabi Isa A.S, Zabur ke atas Nabi Daud A.S dan Quran atas Nabi Muhammad S.A.W.

10 KEFASIHAN DAN BALAGHAH AL-QURAN

11 Al-Quran Menjadi Saksi Terhadap Kerasulan Nabi saw
Firman Allah : “ Muhammad ialah Rasulullah dan mereka yang bersamanya bersikap keras dan tegas terhadap orang kafir yang memusuhi Islam dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama umat Islam” (al-Fath: 29) * Firman Allah dalam surah al-Munafikun (Ayat 1)

12 Balaghah Dan Kefasihan Al-Quran
Hikmah penurunan al-Quran: Sesuai dengan keadaan masyrakat Arab yang ketika itu mahir dalam sastera, syair, sajak dan puisi. Hanya orang yang pakar bahasa Arab akan memperakui kebenaran Al-Quran apabila mendengarnya Tidak ada yang mampu meniru kalam Al-Quran Kata-kata hebat ini mustahil keluar dari seorang yang ummi Al-Quran mampu mematahkan hujah orang yan gpaling terpetah di kalangan masyarakat arab ketika itu.

13 Cara Orang Kafir Menghalang Dari Terkesan Dengan Bacaan Al-Quran
Mengatakan Al-Quran sebagai sihir Firman Allah : “ Kemudian ia berpaling dan berlaku sombong serta berkata, Al-Quran ini tidak lain hanyalah sihir yang dipelajari. Ini tidak lain hanyalah kata-kata manusia” (al-Mudaththir: 23-25) Melarang sesiapa sahaja dari mendengarnya Firman Allah : “ dan orang yang kafir berkata, Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia supaya kamu berjaya” (Fussilat: 26)

14 Pengakuan Orang Eropah Yang Jujur
“ Al-Quran dianggap sebuah kitab yang mulia dan tinggi kerana selama 14 kurun ia diturunkan, kita tidak berupaya mencari kecacatan uslubnya walaupun sedikit dan ia sentiasa segar seolah-olah ia baru diturunkan semalam” - orientalis – Lyon “Tidak ada sesuatu pun yang menyamai Al-Quran dari segi kekuatannya meyakinkan manusia, balaghahnya dan susunannya. Ia juga merupakan punca perkembangan ilmu dalam semua bidang di dunia Islam” - Harsyfield

15 Al-Quran Mencabar Manusia
Firman Allah : “ Dan kalau kamu meragui tentang apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, maka cubalah buat satu surah yang sebanding dengan Al-Quran, dan panggillah mereka yang boleh membantu kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang yang benar. Maka kalau kamu tidak mampu membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak akan mampu membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu yang disediakan untuk orang kafir” (al-Baqarah: 23-24)

16 Al-Quran Mencabar Manusia
Al-Quran mencabar manusia dan jin supaya mendatangkan sesuatu yang setanding dengan al- Quran dari segi keindahan dan ketakjubannya: Cabaran untuk mendatangkas sesuatu yang sebanding dengan al-Quran seluruhnya Cabaran utk mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan sepuluh surah dari nya Cabaran utk mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan satu surah darinya.

17 AL-QURAN MENDAHULUI ILMU MODEN

18 Al-Quran Adalah Kitab Petunjuk
Firman Allah : “ Pada bulan ramadan yang diturunkan padanya Al- Quran sebagai petunjuk untuk manusia…” (al-Baqarah :185) Ia bukan kitab perubatan jampi/ musabaqah/tangkal Berbeza dengan kitab-kitab lain: kitab Veda, kitab Bible, kitab Talmud, kitab Tripitaka dan sebagainya dari segi isi dan gaya penyampaian.

19 Al-Quran Mendahului Ilmu Moden
Al-Quran diturunkan berdasarkan ilmu Allah Al-Quran menjelaskan fakta-fakta sains yang tidak dapat difahami manusia dahulu Mengatasi ketamadunan agama/ bangsa lain Fakta-fakta tersebut hanya difahami dengan bantuan kemajuan teknologi dan ilmu sains Ini menjadi mukjizat yang membuktikan kebenaran Al-Quran pada zaman moden Ia tidak dapat dipalsukan dari apa jua segi

20 Bukti ketamadunan al-Quran
Perjalanan planet di atas orbit masing-masing: Surah Yasin: Ayat 40 Pertemuan air masin dan air tawar tanpa sempadan: Surah ar-Rahman: Ayat Laut Mati sebagai paras terendah di bumi: Surah ar-Rum: Ayat 2

21 BERIMAN DENGAN HARI AKHIRAT

22 Definasi beriman dengan Hari Akhirat
Beriman bahawa segala perkara yang dikhabarkan mengenai hari kiamat adakah benar dan bukan dongengan semata contoh percaya bahawa kebangkitan akan terjadi walaupun setelah hancur binasa tubuh badan.

23 Pembahagian Kehidupan Manusia
Alam Alastu: Alam sebelum manusia dikeluarkan ke alam dunia dan menyaksikan ketuhanan Allah S.W.T Alam Dunia:Tempat hidup sementara bertujuan untuk beramal dan mencari bekalan untuk kehidupan bahagian kedua dengan tempoh masa yang telah ditetapkan Alam Barzakh: Alam penantian sebelum dihitung amalan di alam akhirat-sebahagian amalan dibalas Alam Akhirat:Tempat pembalasan. Manusia akan menerima hasil dari apa yang diamalkan semasa di dunia ke syurga ataupun neraka

24 Mati Definasi: Terhentinya nafas, pergerakan dan deria seorang insan setelah rohnya dicabut oleh malaikat maut. Tujuan diciptakan mati: Untuk menguji hamba siapakah di kalangan mereka yang melakukan amalan yang terbaik (Surah al-Mulk: 2) Mati adalah perpindahan dari tempat amalan (dunia) ke tempat pembalasan (akhirat) Firman Allah : “Katakanlah! Nyawa kamu akan diambil oleh malakul maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika sampai ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhanmu. Dan sekiranya engkau melihat ketika orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka seraya merayu, Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami dapat mengerjakan amal yang baik, sesungguhnya kami telah yakin” (as- Sajdah: 11-12)

25 Akhirat Tanda Keadilan Allah
Dalil naqli kebenaran akhirat : Hadis Jibril datang berjumpa Nabi menanyakan tentang Iman Dalil ‘aqli kebenaran akhirat : Manusia cintakan keadilan tetapi Keadilan Tuhan adalah lebih sempurna Maka Allah memberikan balasan ke atas setiap kesalahan dan ganjaran kepada setiap kebaikan dengan apa yang Dia kehendaki Penepatan janji atas orang beriman dan kafir berdasarkan amalan sewaktu hidup di dunia

26 SUASANA HARI AKHIRAT

27 Nama-nama Hari Akhirat
Yaum al-Kiamat Yaum al-Aakhir Al-Saa’ah Yaum al-Baa’th Yaum al-Khuruuj Al-Qaari’ah Yaum al-Fasl Yaum al-Din Al-Saakhah Al-Thoomatul Kubra Al-Ghaashiah Yaumul Khulud

28 Alam Barzakh Ia adalah alam kubur- jangkamasa selepas kehidupan dan sementara menunggu hari kiamat Tempat persemadian walau mcm manapun keadaan kematian seseorang itu. Allah S.W.T mengembalikan ruh ke dalam jasad tetapi bukan dalam alam kehidupan hakiki Balasan amalan bermula di alam Barzakh Firman Allah : “ Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang dan pada hari Kiamat diperintahkan kepada malaikat, Masukkanlah Firaun dan pengikutnya ke dalam azab seksa neraka yang seberat-beratnya” (al-Mu’min: 46)

29 Tiupan Sangkakala Firman Allah :
“Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah, kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (keputusan masing-masing)” (az-Zumar: 68) “Mereka tidak menunggu melainkan satu teriakan saja yang akan membinasakan mereka ketika mereka sedang bertengkar. lalu mereka tidak kuasa membuat suatu wasiatpun dan tidak pula dapat kembali kepada keluarganya” (Yasin: 50)

30 Tiupan Sangkakala Peniup Sangkakala : Israfil
Hari Ditiup Sangkakala : Jumaat.  Dalil : Sabda Nabi saw: “Sebaik2 hari di mana terbitnya matahari ialah hari Jumaat, padanya diciptakan Adam, padanya juga Adam dimasukkan ke syurga, padanya juga Adam dikeluarkan daripada syurga, dan tidak akan berlaku kiamat melainkan pada hari Jumaat” Hadis riwayat Muslim  Secara zahirnya Israfil meniup sangkakala sebanyak 2 kali. Yang pertama semuanya akan mati dan yang kedua semuanya akan dibangkitkan.

31 Al-Ba'ath (Kebangkitan Dari Kubur)
Definasi: Menghidupkan yang mati dan mengeluarkan mereka dari kubur mereka utk dikumpulkan dan dihitung amalan Peringkat kedua dari proses hari kiamat. Firman Allah : “Dan ditiuplah sangkalala , maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka. Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat-tidur kami (kubur)?". Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasul(Nya)” (Yasin: 51) Sabda nabi s.a.w : “Aku penghulu anak2 adam pada hari kiamat aku adalah orang pertama yang akan dibangkitkan dari kubur”

32 Keadaan Orang Yang Dibangkitkan
Sabda Nabi s.a.w : “manusia akan dikumpulkan pada hari kiamat berkaki ayam dan telanjang” Berkata Aishah: “wahai Rasulullah! Lelaki dan perempuan?” Rasul menjawab: “Wahai Aishah keadaan terlalu teruk sehingga seseorang tidak ada keinginan untuk melihat sesama sendiri”

33 Mahsyar (Hari Manusia Dikumpulkan)
Definasi: Tempat di mana manusia dikumpulkan utk dihitung amalan dan berbeza dgn tempat kita di bumi sekarang Firman Allah : “Iaitu pada hari ketika bumi diganti dengan bumi yang lain dan demikian pula langit, dan mereka semuanya di padang Mahsyar berkumpul menghadap ke hadirat Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa” (Ibrahim: 48)

34 Makhluk yang dikumpulkan: Manusia, jin, malaikat dan haiwan.
Firman Allah : “Katakanlah: Sesungguhnya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian, banar- benar akan dikumpulkan di waktu tertentu pada hari yang dikenal” (al-Waaqi’ah: 50)

35 Pembentangan Buku Amalan
Definasi: Lembaran amalan yang dilakukan manusia semasa hidup-satu lembaran catitan amalan utk sehari Firman Allah : “dan buku amalan dibentangkan. Maka engkau akan melihat yang berdosa merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya dan mereka berkata : Ah! Celakalah kami. Mengapa buku ini begini rupanya! Ia tidak meninggalkan yang kecil mahupun yang besar melainkan semua dihitungnya! Dan mereka dapati semua yang mereka kerjakan itu tertulis didalamnya dan Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada sesiapa” (al-Kahfi: 49)

36 al-Mizan (Neraca Timbangan)
Definasi: Neraca timbangan yang menimbang amalan yang baik dan buruk untuk menentukan tempat tinggal yang abadi (syurga atau neraka) Firman Allah : “Oleh itu sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, mereka itulah yang berjaya dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, merekalah yang merugikan diri sendiri. Mereka kekal di dalam neraka Jahanam” (al-Mukminun: )

37 Al-Haudh (Kolam Air) Definasi: Jisim tertentu yang luas penjurunya yang terletak di sesuatu kawasan selepas melalui titian, putih seperti perak, sesiapa meminumnya tidak akan haus selamanya Setiap nabi mempunyai haudh untuk umatnya sendiri Haudh Rasulullah saw dinamakan sebagai al-Kaustar Sifat air al-Kaustar : Lebih putih dari susu, lebih manis dari madu, lebih wangi dari kasturi, seluas perjalan sebulan dan penghujungnya serupa, timba minumannya lebih banyak dari bintang di langit

38 As-Sirat (Titian) Dari segi bahasa: Jalan yang luas
Dari segi Istilah: Sebuah titian yang berada di atas neraka Jahanam yang mana apabila dilalui oleh segolongan orang kafir, mereka akan tergelincir lalu jatuh ke dalam jurang neraka dan dihujung titian ialah syurga Lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang Jaraknya sama seperti perjalanan kaki 3 ribu tahun Menjadi laluan bagi setiap orang selepas perhitungan Ahli syurga akan lalu di atasnya menuju ke syurga Ahli neraka pula akan jatuh ke dalam neraka

39 Syurga Definasi: Dari segi bahasa: Taman
Dari segi Istilah: Tempat pembalasan pahala yang dijanjikan sebagai Perhentian terakhir bagi orang- orang yang beriman Perhentian yang penuh nikmat Ia adalah ganjaran bagi yang beriman Kekal di dalamnya Rasulullah mensifatkan syurga : “di dalamnya terdapat nikmat-nikmat yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengar telinga dan tidak terlintas di hati manusia”

40 Tingkatan Syurga Syurga Firdaus: Syurga ‘And Syurga Khuld:
Syurga Na’im: Syurga Ma’wa: Syurga Darussalam: Syurga Darul Jalal:

41 Neraka Definasi: Dari segi bahasa: Jisim yang bersifat lembut dan bergerak Dari segi Istilah: Tempat Azab yang disediakan utk orang yang berdosa Disediakan bagi orang-orang kafir dan munafiq Balasan di atas kekufuran mereka Keadaan orang beriman yang berdosa : Orang-orang beriman yang berdosa akan dimasukkan ke dalam neraka sementara – tidak kekal – mengikut kadar dosa yang mereka lakukan, kemudian dikeluarkan menuju ke syurga

42 Tingkatan Neraka 1) Neraka Jahannam: Tempat utk Orang Mu’min yang berdosa 2) Neraka Lazha 3)Neraka Hutomah 4) Neraka Sa’ir 5) Neraka Saqr 6) Neraka Jahim 7) Neraka Hawiyah: Tempat utk orang Munafik


Download ppt "AKIDAH 1."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google