Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 1: AKHLAK MUSLIM TERHADAP AGAMA ISLAM

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 1: AKHLAK MUSLIM TERHADAP AGAMA ISLAM"— Transcript presentasi:

1 BAB 1: AKHLAK MUSLIM TERHADAP AGAMA ISLAM
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 4 AKHLAK ISLAMIAH BAB 1: AKHLAK MUSLIM TERHADAP AGAMA ISLAM

2 AKHLAK MUSLIM TERHADAP AGAMA ISLAM
Definisi akhlak: Dari segi bahasa – budi pekerti dan kesopanan seseorang Dari segi istilah – kekuatan jiwa yang melahirkan amalan-amalan zahir. Akhlak yang menepati syarak disebut mahmudah (terpuji), dan yang melanggarnya pula disebut mazmumah (tercela) 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 1

3 KEISTIMEWAAN AJARAN ISLAM
Di antara keistimewaan ajaran Islam yang perlu kita ketahui ialah: Islam bersifat ajaran Ilahi ( Rabbaniyyah) Islam bersifat sempurna (Syumuliyyah) Islam bersifat membangun tamadun (Hadhariyyah) Islam bersifat berterusan (Istimrariyyah) Islam bersifat sejagat (‘Alamiyyah) 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 1

4 a. ISLAM BERSIFAT AJARAN ILAHI (RABBANIYYAH)
Segala ajaran yang terdapat dalam Islam ialah semata-mata ajaran Ilahi (Rabbaniyyah). Dengan sifat ini menyebabkan ajaran Islam dapat hidup kekal serta dapat mengatasi segala masalah dalam kehidupan manusia. Pengetahuan Allah s.w.t meliputi segalanya. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 1

5 a. ISLAM BERSIFAT AJARAN ILAHI (RABBANIYYAH)
Dengan memahami ajaran Islam, maka orang Muslim akan lebih jelas tentang tujuan hidupnya dan dapat memahami dan menerima syariat Allah s.w.t. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 1

6 b. ISLAM BERSIFAT SEMPURNA (SYUMULIYYAH)
Islam adalah agama yang sempurna dan syumul. Paling utama, Islam mendidik manusia mengenai hubungan manusia kepada Penciptanya sendiri. Ajaran Islam meliputi semua perkara dan seluruh bidang kehidupan. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 1

7 b. ISLAM BERSIFAT SEMPURNA (SYUMULIYYAH)
Islam mendidik umatnya mengenai kepercayaan, amalan, akhlak dan tatacara dalam pelbagai aspek kehidupan seharian. Firman Allah, “Dan Kami turunkan kepadanya al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.” (al-Nahl:89) 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 1

8 c. ISLAM BERSIFAT MEMBANGUN TAMADUN (HADHARIYYAH)
Ajaran Islam mengandungi peraturan-peraturan yang dapat mengubah masyarakat jahiliyyah serta membangunkan masyarakat Islam dengan struktur yang baru. Setiap perintah dan larangan dalam Islam perlu difahami dan dihayati kerana merupakan pedoman serta petunjuk bagi manusia dalam menjalani hidup di dunia dan mempersiapkan diri bagi alam akhirat. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 1

9 d. ISLAM BERSIFAT BERTERUSAN (ISTIMRARIYYAH)
Ajaran Islam tetap relevan walaupun berlaku perubahan keadaan dan zaman. Juga sesuai bagi semua lapisan masyarakat dari zaman dahulu hingga ke akhir zaman. Sunnah Rasulullah merupakan sumber kedua selain al-Quran serta pelengkap bagi sistem Islam 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 1

10 e. ISLAM BERSIFAT SEJAGAT (‘ALAMIYYAH)
Ajaran Islam tidak dikhususkan bagi kaum, daerah atau negeri tertentu sahaja. Islam mengandungi peraturan bagi seluruh umat manusia di dunia ini yang merupakan petunjuk dan rahmat bagi seluruh alam. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 1

11 IDENTITI SEORANG MUSLIM
Allah telah mengkategorikan Muslim kepada 3 golongan: Golongan yang menganiaya diri mereka sendiri Iaitu mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mempunyai pegangan yang kuat kepada ajaran-ajaran Allah s.w.t 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 1

12 IDENTITI SEORANG MUSLIM
Golongan yang bersikap pertengahan Iaitu mereka mempunyai sikap dualisme dalam kehidupan. Mempunyai pegangan yang kuat terhadap Islam serta menjalankan perintah Allah, tetapi pada masa yang sama kadangkala melanggar larangan Allah. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 1

13 IDENTITI SEORANG MUSLIM
Golongan yang bersegera dalam melaksanakan kebajikan dan amal kebaikan Iaitu orang-orang yang sentiasa berlandaskan kepada ajaran suci Islam. Serta sentiasa berusaha untuk mengukuhkan keimanan serta mencapai tahap ketakwaan yang sempurna. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 1

14 IBADAH SEBAGAI TUJUAN HIDUP
‘Ubudiyyah (pengabdian) dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat ketaatan dan kepatuhan terhadap Allah s.w.t. Ibadah terbahagi kepada 2: Ibadah umum Ibadah khusus Segala aktiviti kehidupan manusia merangkumi percakapan dan perbuatan. Solat, puasa, zakat dan haji 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 1

15 IBADAH SEBAGAI TUJUAN HIDUP
Beberapa sifat perlu ditanam untuk perbaiki ibadah adalah seperti berikut: Ihsan Khusyu’ Harap dan takut Mengambil berat tentang ibadah sunat 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 1

16 AL-QURAN SEBAGAI SUMBER AKHLAK
Al-Quran merupakan sumber rujukan bagi seluruh umat Islam bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah, ibadah dan pembinaan akhlak. Tujuannya agar manusia memperolehi petunjuk ke arah jalan yang benar dan akhlak yang terpuji. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 1

17 AL-QURAN SEBAGAI SUMBER AKHLAK
Di antara sikap Muslim terhadap al-Quran: Berusaha mendekati al-Quran dengan hati yang ikhlas. Berusaha membacanya secara tertib dan mengikuti hukum tajwid. Berusaha memahami makna kandungan al-Quran supaya dapat menghayatinya. Berusaha mempraktikkan segala ajaran Allah s.w.t. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 1

18 RASULULLAH SEBAGAI CONTOH TERBAIK
Rasulullah diutus untuk mendidik serta mempertingkatkan kesucian dan kemuliaan hati, fikiran dan akhlak manusia. Dikenali dengan sifat ‘al-amin’ iaitu ‘orang yang dipercayai’. Baginda sebagai uswatun hasanah iaitu contoh tauladan yang terbaik bagi manusia. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 1

19 RASULULLAH SEBAGAI CONTOH TERBAIK
Apabila seseorang itu mentaati Rasulullah dengan penuh rela dan ikhlas, maka bererti mereka juga telah berlaku taat dan patuh terhadap Allah s.w.t. dan akan dicintai oleh-Nya. 2008 KBM 4 AKHLAK BAB 1


Download ppt "BAB 1: AKHLAK MUSLIM TERHADAP AGAMA ISLAM"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google